Sep 7, 2009

'Mercun'

Seperti biasa, apabila menjelangnya hari Raya Aidilfitri, bermula daripada hari pertama Ramadhan, maka kedengaranlah bunyi2 mercun walau dimana pun kita berada kat bumi Malaysia ni. Bermain mercun di kalangan anak2 orang Melayu sempena musim perayaan merupakan tradisi y boleh dikatakan mampu menghidupkan suasana @ mood hari raya itu sendiri.

Semasa kecil, zaman sebelum mercun diharamkan penjualannya oleh kerajaan, mercun amat mudah diperolehi. Kalau di sekitar pekan Alor Setar tu, kira bersepah orang2 menjual mercun. Ada macam2 jenis. Masa tu mercun y bunyi kuat seperti mercun bola belum ada dijual. Y ada masa tu, mercun katak, mercun burung, mercun mancis, mercun papan, mercun teluq naga, mercun roket, mercun das, mercun ular & macam2 lagi nama mercun ni. Bunga api ni toksah dok kira la, memang banyak dijual. Memang x dinafikan, memang meriah hari Raya dengan bunyi mercun. Tetapi xder pulak dengar orang putus kaki tangan sebab bermain mercun. Tetapi ada jugak y cedera bermain meriam buluh. Aku masa kecik tu x pernah main meriam buluh, setakat join buat meriam tong tu adalah. Tetapi alhamdulillah la, jari tangan aku masih ada 10 sampai hari ini.

X salah kalau nak bermain mercun or bunga api. Tetapi jagalah keselamatan diri. Janganlah nak jadi terlebih kreatif, buat mercun buatan sendiri. Kononnya nak bagi bunyi kuat. Kemeriahan bukan berpunca dari bunyi mercun y kuat, tetapi kemeriahan berpunca dari hubungan kekeluargaan y ceria apabila bersama2 berkumpul menunggu tibanya Syawal. Kalau nak main jugak bunga api or mercun, berkumpul beramai2 dengan keluarga, baru seronok. Anak2 bermain bunga api, ibu ayah n sanak saudara melihat sambil berbual sambil bergelak ketawa gembira. Adakah bukan itu sebenarnya nikmat hari raya. Biar erat silaturrahim, buka erat kain pembalut luka y membalut tangan y dah x sempurna akibat bermain mercun buatan sendiri.

Rasanya, kanak2 y kudung akibat bermain mercun buatan sendiri, eloklah apabila besar nanti diserapkan ke dalam anggota tentera Malaysia sebagai penyelidik pembuat bom. Mungkin Malaysia x perlu lagi dok susah payah nak beli bom buatan Amerika or barat. jimat belanja.

Kepada sesiapa y nak main mercun tu, jaga keselamatan diri n anak2. Seronok, seronok jugak, tetapi keselamatan adalah perkara utama.


No comments: