Sep 17, 2009

'Hal Ehwal Pelajar'

Mungkin bagi sesetengah orang, title entri ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati, jelak n muak dengan apa y akan dperkatakan. Namun, hakikatnya, inilah kebenaran y perlu di telan dalam memastikan setiap generasi muda hari ini membuka mata melihat ilmu dari kaca mata y amat berharga. Ilmu y dimaksudkan disini adalah ilmu akademik. Ia merupakan kunci penting kepada melahirkan generasi y celik dengan situasi n bijak merencanakan masa hadapan y leibh cemerlang.

Apabila wujud orang2 y tidak tahu kepentingan ilmu, maka akan wujudlah golongan y kuat membodek, mengampu n mengipas orang lain hanya untuk kedudukan n jawatan. Ini akan merosakkan sesebuah institusi y bernama universiti.

Perbincangan bersama2 warga akademik, membuka satu dimensi apabila melihat ke dalam hal ehwal pelajar di universiti2. Acap kali di dengar, ahli2 akademik y bergelar Profesor, Profesor Madya, Doktor n sebagainya memberita tentang hal ehwal pelajar y kerap kali mengganggu urusan akademik pelajar. Memang benar, ilmu di universiti bukan hanya ilmu akademik semata2, namun masyarakat ini secara khususnya mahukan anak2 mereka memasuki universiti untuk menimba sebanyak mana ilmu akademik, termasuk ilmu agama n sosial dalam membina masyarakat majmuk y berjaya. Y kedua, apabila mendapat ilmu, maka akan bekerjaya n dapat membantu membela nasib ibu bapa.

Pernah sekali apabila berbincang dengan penyelia berkenaan dengan penyelidikan y sedang dijalankan, saya diajukan satu soalan oleh penyelia saya. Soalannya lebih kurang begini, "Zul, kalau dikatakan awak bekerja, awak mendapat kerja sebab awak sangat berilmu. Seorang kawan awak mendapat kerja kerana hubungan baiknya dengan pihak atasan. Kemudian dia berkata kepada kamu, kenapalah perlu belajar n menimba ilmu sebanyak mungkin, gaji kau dengan aku sama saja". Apa y perlu dijawab, tanya penyelia saya. Sebenarnya saya tidak ada idea untuk menjawab soalan itu kerana situasi begitu ada kebenarannya. Kemudian dia berkata, akan rosak bangsa kita kalau inilah pemikiran y ditanamkan dalam otak seseorang.

Banyak perkara y diketahui apabila duduk semeja dengan ahli2 akademik. Perasaan mereka agak sukar ditafsirkan. Namun kerap kali terdengar adalah cerita mereka tentang hal ehwal pelajar. Contohnya, banyak aktiviti bukan akademik y dianjurkan oleh hal ehwal pelajar y kadang2 merosakkan pelajar secara tidak sedar. Ada satu peristiwa, seorang pelajar membawa surat meminta pelepasan daripada pensyarah kerana perlu menyertai satu aktiviti anjuran hal ehwal pelajar. Tetapi pada masa itu, pelajar itu mempunyai ujian. Apa y menyedihkan, masih tergamak pihak y mengeluarkan surat pelepasan itu, n pelajar itu sendiri mahu meminta pelepasan dari menduduki ujian semata2 mahu mengangkat nama universiti dengan menyertai aktiviti tersebut padahal dia sedia maklum, ujian di universiti adalah sesuatu perkara y amat amat penting. Menaikkan nama universiti bukanlah dengan cara itu, tetapi dengan cara belajar dengan tekun, itulah y akan mengangkat nama universiti. Ada pula y datang pada seorang pensyarah, mengatakan kepada pensyarah itu, nasib baik dia aktif menyertai program2 bersama2 hal ehwal pelajar, n kemudian belum pun sempat konvo, dia sudah mendapat jawatan dalam pentabiran di universiti. Tidak perlu bersusah payah pergi ke kelas. Malahan, ada pula y gagal, kemudian terpaksa menambah tahun pengajian akibat kegagalan itu, tetapi kemudian memegang jawatan dalam universiti.

Selepas saya bergraduasi, saya juga mendapat beberapa tawaran bekerja, termasuk di sebuah bank di Alor Setar, namun saya memilih untuk menyambung pelajaran kerana saya merasakan banyak kekhilafan y telah saya lakukan semasa bergelar mahasiswa. Namun saya akui n menerima kekurangan y saya ada untuk memandu saya menimba ilmu ke setakat mana y saya mampu. Semoga impian saya untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan bersama2 bakal isteri y sekarang menyambung pengajian ke peringka Ph. D akan tercapai.

2 comments:

wan fara said...

rezeki ni keje Tuhan. Tak payah nak pertikaikan. kita tak tahu stuasi sebenarnya, mcm mana agaknya stuasi ketika dia dpt keje tu. mcm mana susahnya keadaan dia. kajian dah dbuat menunjukkan faktor utama pengangguran adalah dsebabkan oleh 'keperluan asas' yang dperlukan oleh majikan.yang berkaitan dgn kelemahan kemahiran sosial dan keterampilan diri. susah juga kalau pointer nya bagus, tapi tidak toleran, tidak tahu berkomunikasi dengan baik dan tak mampu mmbuat kputusan dalam msa yang singkat.. keje memerlukan org yg mampu buat kptusan dgn cepat,xde nak pikir dua kali,perlu tegas.mcm mana nak memimpin anak buah dengan baik kalau tak pernah dilatih menjadi pemimpin ketika di universiti?org tak berkerja lagi mmg takkan fhm.. come on laa. bila bangsa cina extend bertahun2 sebab nak jaga pointer takde pn org nak pertikai. tapi bila org mlayu buat, utk jaga pointer, supaya dpt ambil subjek sket2 tiap2 sem kecoh satu malaya. korang tau ke bape pointer dia walaupun dia extend? come onlaa.ni kan rezeki masing2. teruskan lah usaha utk sambung blaja tu, takya nak pertikai pilihan org lain utk terus berkerja.mungkin mereka pn ada prancangan sndiri, smbung master sambil bekerja sperti yg sy buat skrg.jangan dengan mudah menilai org lain ssuka hati.bukan pntadbiran suka2 amek org nak bkerja ngan mreka.mesti mreka pn ada ssuatu kemahiran menyebabkan mereka diambil bekerja.masa zaman 70an dlu universtiti ni mmgla tempat menimba ilmu,tp zaman skrg ni mahasiswa kena gabungkan byk pakej utk betul2 jadi graduan yang berjaya bila dah klua nanti.baca paper hari ni (rabu 30sept) oleh timb pengarah PPP, UKM bertajuk (CABARAN UTAMA MAHSISWA IPTA). ada bncangkan isu ini. wallahualam.

Hafezul said...

Sebenarnya isu y selalu diluahkan di dalam blog ni bukan berkenaan dengan kerja n pengangguran. Tetapi lebih kepada bagaimana pembentukan modal insan y tidak seimbang. Jangan nafikan apa2 unsur nepotisme n kronisme y wujud bila kita begaul dengan orang2 atasan, terutama sekali y sangat pandai membodek. Jangan juga nafikan y itulah y dilakukan oleh setiap orang y ingin sangat mendampingi sesetengah pihak berkuasa universiti. Matlamat tidak menghalalkan cara. Rezeki kerja Tuhan adalah alasan y paling skeptikal kepada puak2 ini. Sepertimana Yahudi merampas tanah2 orang2 arab, mereka akan kata, itu adalah bumi y dijanjikan Tuhan kepada mereka, yakni rezeki Tuhan kepada mereka. Saya akui memang orang y tidak bekerja tidak akan faham, namun ini bukanlah semata2 isu itu rezeki kau, ini rezeki aku. Cuma pelik bagaimana orang2 y berpangkat profesor n doktor, pun turut mempertikaikan situasi sedemikian. Tidak peliklah bila ramai y berfikiran seperti saudari. Kalau tidak, masakan individu y terang2 melakukan rasuah, boleh terpilih untuk menjadi calon pilihanraya. Tahniah sebab melanjutkan pelajaran sambil bekerja. Mungkin dah ada kesedaran sedikit. Y, saya ada membaca artikel berkenaan, namun tidak pula ada dinyatakan untuk mengelakkan pengangguran, berdampinglah dengan HEP. Berpeganglah kepada satu kenyataan bahawa sampai bila2 pun, universiti adalah tempat untuk menuntut ilmu. Lihatlah bagaimana orang2 barat menimba ilmu di universiti. n belajarlah dari mereka.