Aug 28, 2009

'Sifat Amarah'

Semalam, masa aku g solat terawih kat masjid belakang rumah aku ni, aku mendengar tazkirah ramadhan oleh imam terawih y bagi aku sangat menarik walaupun gaya penyampaian ringkas. Memang setiap ulasannya amat tepat berkaitan dengan apa y terjadi pada dunia akhir zaman ini. Walaupun aku cam mengantuk, tapi x mampu nak tidur disebabkan tazkirah y disampaikan dengan begitu berkesan itu.

Tazkirah itu berkenaan 7 tingkatan nafsu. Nabi Muhammad SAW bersabda, bahawa apabila datangnya Ramadhan, Allah SWT akan membuka semua pintu2 syurga, menutup semua pintu2 neraka serta membelenggu syaitan2. Maka, secara ringkasnya, dapat kita fahami bahawa syaitan tidak lagi menjadi alasan untuk kita melakukan kejahatan. Selama ini, apabila membuat kesalahan, kita mungkin akan berkata,"ah, syaitan la ni y menghasut aku". Jadi, bulan puasa ni, syaitan telah diikat oleh Allah SWT. Y tinggal adalah fizikal kita bersama2 dengan spiritual kita (rohani). Rohani terbahagi kepada 3 iaitu akal, hati n nafsu. Maka, sekiranya kita masih melakukan kejahatan di bulan Ramadhan, nafsulah y telah berjaya mengalahkan akal y waras.

Masih ramai y tidak mahu berubah kepada y lebih baik. Niat ada, tetapi pelaksanaan kurang. Kalau kita melihat suasana di bazar Ramadhan, suasananya tidak ubah seperti pasar malam y terdapat di bulan2 lain. Terutama kaum wanita. Y tidak bertudung, masih tidak bertudung, y tidak menutup aurat, masih tidak menutup aurat. Begitu juga di kedai2 nombor ekor, masih ada kelibat orang Islam berjudi di situ. Apatah lagi y tidak berpuasa tanpa sebab2 y diizinkan syarak. Adakah ini kerana hasutan syaitan. Nafsu y memainkan peranan besar di dalam hal2 sebegini. Alangkah malangnya kerana kita tidak mampu mengawalnya. Begitu juga dengan diri aku sendiri. Ini y dikatakan tingkatan nafsu y digelarkan amarah. Tingkatan nafsu y paling buruk di sisi Allah SWT.

Walau apa pun, semua manusia mahukan y terbaik untuk dirinya. Sekiranya Islam n iman menjadi matlamat kita, maka kita akan mendapat keredhaan Allah. Syurga Allah pasti menjadi destinasi kita y kekal lagi abadi. Sesungguhnya, secara peribadi, aku sangat gembira berada di dalam bulan Ramadhan. Setiap hari, terasa sengat teruja untuk mula berpuasa. Alhamdulillah, umur masih panjang. Ramadhan tahun hadapan tidak pasti lagi aku dapat menemuinya. Sekiranya dipanjangkan umur, ia pasti menjadi Ramadhan y sangat indah kerana pada masa itu, aku telah pun berumah tangga. Semoga Ramadhan membawa syafaat pada kita y berlipat2 kali ganda.

Aug 25, 2009

'Hukuman Sebat Kerana Minum Arak'

Saya ada membaca blog Tun Mahathir Mohamad berkenaan dengan isu hukuman sebat terhadap seorang wanita Islam y meminum arak. Persoalan y ditimbul oleh Tun berkisarkan adakah terdapat dalil n bukti y jelas dalam perlaksanaan hukuman y mengikut undang2 syariah tersebut. Terdapat pelbagai percanggahan n ijtimak y boleh kita sandarkan terhadap hukuman2 y berlandaskan Islam ini.

Islam bukanlah agama y zalim. Bukan juga agama teroris. Hukum Syariah adalah berdasarkan al-Quran n hadith daripada Nabi SAW. Berkenaan dengan hukum minum arak, saya pernah mendengar bahawa sesiapa y meminum arak, maka ia wajib disebat dengan 80 sebatan. Namun, sebelum hukuman tersebut, perlulah diselidiki dengan sedalam2nya. Sekiranya didapati bersalah, perlulah orang y bersalah dinasihati, disuruh bertaubat kepada Allah SWT n berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Namun, apabila ia ingkar, maka hukum sebat wajib dilaksanakan. Sebenarnya, hukuman sebegini bukan untuk menjatuhkan nama baik agama Islam, namun untuk menjadi iktibar kepada umat Islam y lain bahawa hukum Allah jelas. Sekiranya tidak bertaubat, mencari Allah semula, maka hukum akhirat y akan menanti. Kenapa perlu bersusah payah melakukan perkara y dilarang. Sekiranya Allah mengharamkan arak, maka ikut sahajalah. Pasti ada manfaat y akan kita dapati.

Pada pandangan saya, Jabatan Agama Islam tidak perlu tunduk kepada desakan mana2 pihak untuk menangguhkan hukuman tersebut. Tambahan pula, y bersalah merelakan dirinya untuk disebat. Mungkin denga cara y demikian, beliau akan merasa lebih tenang n tidak lagi malu untuk berhadapan dengan Allah semasa bersolat. Hormatilah semua pihak. Jangan diberi komen2 y secara tidak langsung akan membahagikan umat Islam ini kepada berpuak2. Kadang2, dalam melaksanakan hukuman sebegini, kita perlu tegas. Jangan takut bangsa lain mempersoalkan agama Islam kerana apa y dilakukan mereka hanyalah provokasi y x sudah2. Keindahan Islam dapat dihayati sekiranya kita sama mengikut suruhan Allah n meninggalkan apa y dilarang. Kita hanya hamba, bukan tuan di dunia ini.

Aug 22, 2009

'Selamat Berpuasa!'

Alhamdulillah, bulan mulia y dinanti2kan oleh umat Islam di seluruh dunia telah telah tiba. Alhamdulillah, Maha Suci Allah y telah memanjangkan umur kita semua untuk meneruskan ibadat padaNya, mendapat kelimpahan rahmat y diturunkan di dalam bulan Ramadhan ini. Alangkah bertuahnya.

Terasa baru semalam Ramadhan y lalu meninggalkan kita. Hari ini, kita berada di dalamnya semula. Syaitan dibelenggu, pintu2 syurga dibuka, ditutup pula lubang2 neraka. Supaya setiap hamba y bertakwa mendapat segala ganjaran n rahmat kasih sayang Allah, tuhan Rabbul-Jalil. Bergembiralah semua insan, kerana limpah kurniaNya y tiada tandingan ini menjemput kita menikmatinya.

Kepada semua umat Islam, ibu bapa, saudara mara, sahabat2 n rakan2 walau dimana berada, saya ingin menyusun jari memohon ampun n maaf andai kata selama hari ini, ada salah n silap y dilakukan. Selamat datang Ramadhan al-Mubarak. Saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua. Semoga semua amal ibadat kita akan menjadi bekalan untuk kita bertemu Allah nanti dilakukan dalam keadaan ikhlas n sabar. SELAMAT BERPUASA!

Aug 18, 2009

'Papadom'

Title entri ini walaupun cam tajuk sebuah filem y menang banyak award baru2 ni, tapi xdak kena mengena pun dengan apa y aku akan tulis. Papadom ni asalnya dari India. Kira cam keropok India la. Aku x sure camna nak buat dia. Tapi y pasti, kalau kat kedai, bila cakap papadom, tokei kedai akan bagi y kering punya, sama cam keropok ikan orang Melayu, cuma cutting jer lain. Y selalu aku makan, jenis y cut kuboidal tu, segiempat tepat. Habis tu, kenapa nak ada entri pasal papadom ni.

Selain daripada roti canai y popular dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini y berasal dari India, papadom mungkin boleh kita ambil contoh sebagai satu makan eksotik y menjadi kesukaan segenap lapisan masyarakat. Sehinggakan dia diangkat menjadi title sebuah filem. Walaupun citer tu xdak mengangkat papadom sebagai subjek utama (pendapat aku la based on sinopsis ja sebab filem tu x tayang lagi), tapi ia amat dekat dihati kita sehingga tajuk sedemikian pasti akan menarik minat masyarakat untuk pergi menonton, tidak kira Melayu, Cina atau India.

Inilah sebenarnya konsep y perlu kita faham. Walaupun asilimisasi tidak berlaku semasa negara mencapai kemerdekaan, namun, masyarakat Melayu menerima kaum2 Cina n India dengan tangan y amat terbuka. Tidak ada diskriminasi kaum. Semua menjadi satu bangsa y bernama Malaysia di pentas dunia.

Lihatlah orang2 y begitu lantang mengemukan isu perkauman, menentang kerajaan y dituduh rasis, cauvinis n sebagainya. Mereka ini amatlah berjaya. Lihatlah Karpal Singh n anak2nya. Semua menjadi peguam terkenal. Cuba bayangkan kalau mereka ini masih di India, mungkin mereka ini sekarang hanya pemungut najis kepada kasta y lebih tinggi n mulia. Siapa y menjadi amat kaya di Malaysia ini. Y pertama Cina, y kedua India. Semua orang tahu. Adakah ini y dikatanya diskriminasi.

Tidak ada pembunuhan etnik. Tidak ada penghapusan kaum, penindasan n sebagainya. Ia cuma imaginasi mereka y masih trauma dengan apa y terjadi pada mereka di tanah asal mereka sebelum mereka datang disini. Negara ini n penduduk asalnya amatlah bersifat mulia dengan memberi tanah tumpah darah mereka untuk dikongsi bersama. Tapi ibarat melepaskan anjing y tersepit, sekarang anjing itu sedang menggigit orang y sesiapa y menyelamatkan nyawanya.

Orang Melayu tidak boleh berdiam diri lagi. Orang Melayu sangat rapuh sekarang ini, umpama sekeping papadom, y sedang @ cuba dikunyah oleh mereka y buta sejarah, lupa asal usul n tidak tahu mengenang budi. Kita perlu bersatu supaya negara ini menjadi warisan y terbaik untuk anak cucu kita. Biarlah kita hanya makan papadom, tetapi tidak di'papadom'kan.

p/s: Susu semakin membasi...

Aug 11, 2009

'Konvokesyen Ke-40 USM'

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan USM y akan bergraduasi bermula pada esok hari, 12 Ogos 2009 sehingga 16 Ogos 2009. Sekalung bunga n setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada tunang tersayang, Nur Asshifa yang akan bergraduasi untuk kali kedua pada esok hari. Beliau telah berjaya menghabiskan pengajian di peringkat sarjana bioteknologi. Alhamdulillah kerana berjaya mengharungi semua cabaran bersama2, pahit manis n asam garam menjadi seorang pelajar. Ilmu n pengalaman y kami kongsi selama ini akan menjadi bekalan untuk kehidupan y lebih baik pada masa akan datang. Mungkin kejayaan ini merupakan hadiah perkahwinan kita y teristimewa y akan berlangsung tidak lama lagi. Tahniah.
Suasana semasa pengambilan jubah

Istimewanya konvokesyen kali ini adalah ia merupakan konvokesyen ke-40 USM. Namun, agak mendukacitakan kerana negara sedang dilanda wabak selsema babi y menyaksikan keadaan suram akibat kebimbangan orang ramai terhadap penularan wabak ini. Namun, tidak menjadi masalah. Pastikan kebersihan sentiasa dijaga, pakai topeng muka @ mask n elakkan bersesak2 di kawasan y padat dengan orang ramai. Kalau boleh, warga emas n kanak2 tidak dibiarkan berada di persekitaran y terdedah kepada virus ini. Kita tidak tahu n pasti siapa y menjadi pembawa n menghidapi penyakit ini secara diam, namun kita mampu mengelakkannya, insyaAllah. Pastikan air diminum secukupnya agar sistem badan sentiasa berada didalam keadaan optimum untuk menentang segala jenis penyakit.
Bersama Dekan Sains Kajihayat, Profesor Abu Hassan

Saya ada melawat ke kedai2 di tapak konvo tadi, n mendapati tidak banyak gerai seperti tahun2 y lalu. Mungkin ramai y bimbang. Saya tidak pasti samada ada @ tidak kaunter khas screening selsema babi kerana saya pergi tadi pada waktu malam. Diharapkan ada kaunter sedemikian agar dapat dijalankan proses screening kepada semua tetamu universiti y akan berkampung di USM bermula sejak hari ini. Apa2 pun, keselamatan setiap y ada adalah menjadi tanggungjawab bersama.
Penerima2 anugerah Doktor Kehormat USM

Apa2 pun, buat pertama kali konvokesyen USM akan diadakan setelah diiktiraf sebagai universiti APEX terunggul di Malaysia, akan meraikan semua graduan2 y lahir atas usaha tanpa jemu para pensyarah n pegawai2 akademik USM dalam melahirkan modal insan untuk masa depan negara. Tahniah n semoga USM akan terus cemerlang didalam memacu negara kearah ketinggian ilmu n memartabatkan bangsa Malaysia.

Bergaya dengan Jubah Dekan, hehe..