Aug 22, 2009

'Selamat Berpuasa!'

Alhamdulillah, bulan mulia y dinanti2kan oleh umat Islam di seluruh dunia telah telah tiba. Alhamdulillah, Maha Suci Allah y telah memanjangkan umur kita semua untuk meneruskan ibadat padaNya, mendapat kelimpahan rahmat y diturunkan di dalam bulan Ramadhan ini. Alangkah bertuahnya.

Terasa baru semalam Ramadhan y lalu meninggalkan kita. Hari ini, kita berada di dalamnya semula. Syaitan dibelenggu, pintu2 syurga dibuka, ditutup pula lubang2 neraka. Supaya setiap hamba y bertakwa mendapat segala ganjaran n rahmat kasih sayang Allah, tuhan Rabbul-Jalil. Bergembiralah semua insan, kerana limpah kurniaNya y tiada tandingan ini menjemput kita menikmatinya.

Kepada semua umat Islam, ibu bapa, saudara mara, sahabat2 n rakan2 walau dimana berada, saya ingin menyusun jari memohon ampun n maaf andai kata selama hari ini, ada salah n silap y dilakukan. Selamat datang Ramadhan al-Mubarak. Saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua. Semoga semua amal ibadat kita akan menjadi bekalan untuk kita bertemu Allah nanti dilakukan dalam keadaan ikhlas n sabar. SELAMAT BERPUASA!

No comments: