Mar 10, 2009

'Syafiq Ketagihan'

Frust betul aku hari ni. Syafiq beli camera SLR pulak dah!!!! Aku target nak beli, dia pulak y beli dulu. Siput la ko Syafiq. Janji nak beli sama2. Di manakan janji2 manismu. Aku masih belum mampu. Mahal tu. Paling murah pun RM 2000. Itu boleh guna buat mas kahwin dah tu. Kalau aku beli jugak, mau kena sunat sekali lagi aku ngan Shifa.

Memang sekarang ni, semua benda dia nak ambik gambar. Takut gak aku. Sampai tidur malam pun kena kunci pintu. Takut gak dia senyap2 masuk bilik aku masa aku tengah tidur, pastu curi2 ambik gambar aku. X pasal2 aku jadi mangsa cam Elizabeth Wong, hehe. Nak letak jawatan apa pastu. Mana aku ada jawatan apa2.

Memang x dinafikan kamera SLR Syafiq one of y paling latest la. Even bukan pro, dia mampu mengambil gambar y lawa2. Dia dah ketagihan tu. Semalam sampai sanggup ajak Travis n Jam g Georgetown, berjalan kat Town sebab nak ambik gambar. Aku no komen la. Tadi dia bakar mug ex-housemate kami, Kerol sebab nak ambik gambar api n asap kuar dari mug. Gila x?! Habis terbakar mug tu. Hilang satu lagi bukti y Kerol pernah tinggal kat sini. Aku x tau la esok dia nak buat apa pulak.

Okla, cakap banyak pun x guna. Kat sini aku upload la gambar2 y dia n aku ambik petang tadi. Korang layan la.

p/s: Give me 2 month....









Mar 6, 2009

'Nyawa Manusia Semakin Murah'

Mungkin dahulu kita boleh mengatakan manusia hidup di dalam zaman purba. Tiada undang2. Kalau ada pun mungkin kita dengan bangganya mengatakan ia adalah undang2 rimba. Y kuat berkuasa, y lemah, ditindas. Dahulu orang mungkin berbunuhan kerana maruah, kerana menjaga kawasan mereka, daerah, negeri dan seterusnya keamanan negara. Senjatanya mungkin hanya parang, keris, tombak dan kadang2 mungkin hanya dengan tangan kosong. Namun seringkali dilontarkan pelbagai gelaran pada manusia silam tentang kononnya keganasan y telah mereka lakukan.

Mungkin mereka tidak hidup dizaman pintar n serba moden ini. Namun, kiranya, boleh kita dakwa bahawa mereka lebih bertamadun dari kita. Mungkinkan teknologi y merosakkan kita. Aku rasa, perlu ada satu menyelidikan y mendalam tentang kaitan diantara teknologi n 'kerosakkan otak' manusia pada zaman sekarang.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa pada tahun 2008, sebanyak 652 kes bunuh telah berlaku di seluruh pelusuk Malaysia. Secara nisbahnya., boleh kita katakan lebih kurang 2 pembunuhan berlaku setiap hari. Persoalannya, kenapa ia masih berlaku pada zaman y kononnya bertamadun seperti kita ini. Tidak kecil jumlahnya 2 kes sehari walaupun jika dibandingkan dengan 30 juta rakyat Malaysia. Persekitaran kita semakin tidak selamat. Dalam hal ini kita tidak boleh mengharapkan pihak berkuasa sahaja y menjaga keamanan, kita juga perlu melibatkan diri dalam menyediakan persekitaran y selamat untuk kita n anak2 kita.

Susah sebenarnya untuk menyatakan langkah2 y perlu diambil dalam menangani masalah sebegini. Namun, apa y penting, diri kita perlu sentiasa mengambil langkah 'pre-caution' agar kita tidak menjadi mangsa seterusnya. Dadah, pelacuran, along n bermacam2 lagi aktiviti2 haram menjurus kepada peningkatan kes2 bunuh. Sehingga terdapat kes2 bunuh kanak2 n remaja y melakukan pembunuhan. Di sini, sebagai warga y bertanggungjawab, kita perlu sentiasa berhubungan n bekerjasama dengan pihak berkuasa, menjaga keselamatan diri n harta benda. Kita tidak tahu apa y akan terjadi pada esok hari. Namun kita mempunyai daya untuk mengubahkannya..

p/s : tiada p/s untuk kali ini.

Mar 4, 2009

'My Way'

Aku memang begitu mengkagumi Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia y ke-4. Perdana Menteri aku sorang saja, Dr. Mahathir. Jiwa n gaya kepemimpinannya sangat berkesan dalam membentuk ideologi aku. Memang, dalam sesuatu zaman, Allah SWT menjanjikan akan ada seorang pemimpin y mampu mengubah bangsanya.

Entry kali ni bukanlah nak cakap banyak pasal Dr. Mahathir. Cuma nak berkongsi satu lagu y Tun amat minati n menjadi salah satu cara beliau menterjemahkan segala apa y dilakukan ada untuk bangsa walaupun ia tidak selari dengan pandangan orang lain. Ini jelas menunjukkan betapa futuristik pemikiran Tun. Mungkin kita sama2 boleh menghayati lirik lagu ini. My Way oleh Frank Sinatra.

p/s : I hope one day I could say the same to others by this song.


"My Way"

And now, the end is here
And so I face the final curtain
My friend, I'll say it clear
I'll state my case, of which I'm certain
I've lived a life that's full
I traveled each and ev'ry highway
And more, much more than this, I did it my way

Regrets, I've had a few
But then again, too few to mention
I did what I had to do and saw it through without exemption
I planned each charted course, each careful step along the byway
And more, much more than this, I did it my way

Yes, there were times, I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew
But through it all, when there was doubt
I ate it up and spit it out
I faced it all and I stood tall and did it my way

I've loved, I've laughed and cried
I've had my fill, my share of losing
And now, as tears subside, I find it all so amusing
To think I did all that
And may I say, not in a shy way,
"Oh, no, oh, no, not me, I did it my way"

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught
To say the things he truly feels and not the words of one who kneels
The record shows I took the blows and did it my way!

[instrumental]

Yes, it was my way


Mar 3, 2009

'Antara Kedai Kopi & Starbuck'

Kedai kopi, merupakan satu istilah y begitu terkenal n sinonim dengan orang Malaysia secara khususnya. Dari kecik sampai la besar, wajah orang Malaysia ini tidak dapat tidak, mesti akan dikaitkan dengan kedai kopi. Siapa y x pernah ke kedai kopi, berbual tentang bermacam2 isu. Dahulu, semasa zaman sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, para pemimpin Kesatuan Melayu Muda(KMM) berpidato di kedai2 kopi untuk mengajak anak2 muda berjuang bersama2 kesatuan mereka. Memang, kedai kopi mampu berperanan sebagai platform untuk sesiapa saja mengutarakan pendapat, idea2 dan pelbagai lagi.

Namun, perkara buruk juga selalu dikaitkan dengan kedai kopi, seperti pusat penyebaran fitnah n tempat mendapatkan berita tanpa fakta y benar. Kita selalu mendengar istilah 'sembang kedai kopi', 'cakap2 kedai kopi' & , macam lagi untuk menggambarkan ketidakseriusan berita y didapati oleh pengunjung kedai kopi. Y menjadi masalah, orang kita selalu mengambil berat & serius perkara2 y tidak kita pasti hujung pangkalnya. Topik y paling hangat di kedai kopi pasti setiap berita y terpampang di dada2 media massa & cerita2 politik. Tanpa perlu menyiasat kebenaran berita kedai kopi ini, ia disebarkan melangkaui budaya & keturunan, setiap lapisan masyarakat.

Ini sebenarnya gejala pepecahan dalam masyarakat. Cakap2 kedai kopi sebegini lah y kadang2 menjadi nanah kepada institusi sosial masyarakat kita. Tokok tambah setiap cerita itu kadang2 menimbulkan permusuhan. Ramai y tidak berminat untuk mengkaji perkara y didengar sedalam2nya. Hanya tahu mengikut membuta tuli. Mereka ini apabila diasak dengan fakta atau cerita y benar akan cepat2 mencari jalan untuk menokok tambah cerita supaya menjadi seperti berita benar.

Banyak orang kita hari ini, termasuk mereka2 y cerdik pandai y belajar di universiti2 terkemuka, bercakap tentang perkara y mereka sendiri tidak tahu asal usulnya. Hanya bercakap berdasarkan 'orang kata'. Menjadi pak turut kepada sesetengah pihak berdasarkan cakap2 kedai kopi ini. Ideologi dibentuk secara membabi buta. Lihatlah sesetengah pemimpin pelajar, mereka kadang2 kelihatan bodoh apabila sesekali memberi kenyataan tentang dunia semasa. Termasuk juga y begitu gah membangkang itu dan ini.

Lain pula dengan Starbuck. Ia seperti menjadi tempat menggali ilmu. Kita boleh lihat sesuana pengunjung bersama buku mereka di situ tanpa ada rasa janggal ataupun malu tidak bertempat. Sebenarnya, budaya sebeginilah y perlulah menjadi darah daging bangsa kita. Kita perlu mengubah budaya kedai kopi ini kepada budaya menjadi bangsa y berilmu. Walaupun bercakap tentang hal ehwal politik dan semasa, namun kebijaksaan mengulas setiap fakta itu perlu menjadi asas kepada setiap perkara. Kaji tentang setiap perkara sebelum mengeluarkan pendapat. Alangkah bertuah sekiranya satu hari nanti kita dapat budaya Starbuck berada di kedai kopi!

Feb 19, 2009

'Catatan tentang kehidupan'

Semua orang ada kenangan. Ada y best, ada kenangan y hampeh! Aku pun mestila banyak memori or kenangan y kadang2 menjengah kembali, menerjah kepala hotak aku y 2 3 hari ni cepat pulak jem. Jiwa x kacau pun, tapi kadang2 terpikir gak, seronok yek waktu muda2 dulu, hehe.

What I'm trying to say??! Sebenarnya, xdak idea pun nak tulih apa2. Tapi aku ada something y aku teringat. Aku bukan orang senang. Bukan dari keluarga y well-off. Bapak aku cuma penjawat awam berpangkat rendah, mak aku pulak surirumah. Tapi alhamdulillah, mereka mendidik n membesar aku sehingga aku boleh dikatakan sampai ke tahap y aku x pernah mimpikan. Dulu, aku tidak terfikir untuk belajar di universiti, menjejakkan kaki ke luar negara untuk belajar, mendapat segala kemudahan dengan ilmu n mendapat kepuasan dalam hidup y tidak boleh dibeli dengan duit. Mak n bapak aku adalah segala2nya di dunia ini.

Dulu aku selalu cemburu dengan sepupu2 aku y lahir dalam keluarga y senang n mewah. Kadang2 otak budak2 aku ni selalu dok pikir benda2 negastif, naper parent aku x kaya cam parent diorang. Tapi sekarang, tiada perkataan y paling besar y boleh aku katakan kecuali syukur y teramat2 atas kehidupan aku ini. Mak n bapak y berkorban untuk aku, aku doakan supaya di sana nanti, Allah akan memberi mereka syurga sebab di dunia, mereka telah berkorban menjadi syurga aku.

Banyak pengalaman y mahu aku kongsikan dengan semua orang. Pengalaman y paling bermakna adalah semasa aku di matrik dulu n semasa aku di Dublin dahulu. 2 tahun bukan satu jangkamasa y singkat. Walaupun aku gagal dalam mencari ilmu, namun pengalaman aku terlau mahal harganya. Ia membentuk pandangan n keperibadian aku. Aku keras hati (bukan hepar chirhossis), tapi aku keras hati bila nak membuat sesuatu keputusan. Aku dah x kisah kalau anything bad nak jadi kat aku lagi, sebab semasa aku membesar, aku sentiasa diingatkan supaya tabah.

Rindu betul aku dengan kenangan indah semasa remaja dulu. Sekarang tanggungjawab semakin menggunung. Semoga jalan y aku lalui tidak akan terpesong n kehidupan akan sentiasa menyebelahi aku kali ini, amin....