Dec 1, 2009

'Kembali menulis'

Agak lama aku tidak menulis apa2 isu di blog aku. Kadang2 kalau ada sikit masa, baru sempat tulis tentang sikit2 kehidupan aku selepas berkahwin. Tiada isu berat y ditimbulkan. Bukan sudah tiada idea untuk menulis, namun kejaran waktu menghambat aku menjadikan blog ini agak tidak terurus. Rasanya visitors pun dah kurang since tiada topik y menarik untuk dikongsi bersama. Kepada pengkritik, mungkin ia merupakan satu modal y terbaik untuk mengatakan bahawa aku bersemangat 'hangat2 tahi ayam'.

Kesibukan sebegini adalah biasa untuk pelajar sarjana. Tidaklah sesibuk pegawai2 atasan y ke sana sini bermesyuarat 24 jam 7 hari, namun tidak ada hasil apa2 dari segi integriti atau akauntibiliti. Tambahan pula aku telah mengambil cuti panjang semasa menguruskan perkahwinan aku tempoh hari. Hari ini, aku masih terkejar2 untuk meng'cover' balik kerja2 y terbengkalai selama 15 hari aku bercuti baru2 ini. Kerja aku di Belum masih berbaki 2 bulan sebelum dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja2 di makmal n penulisan tesis. Aku amat berharap agar dapat menyiapkan tesis aku tahun 2010 dan kemudian bergraduasi. Tekanan menelaah pelajaran kadang2 menyerabutkan kepala. Harap2, tidaklah sampai botak kepala aku apabila tua nanti.

Banyak isu y mahu aku bicara, namun tidak tahu mana satu hendak dimulakan. Mungkin aku perlu duduk disamping menyiapkan tugasan2 aku, n mula semula menulis. Kepada diri sendiri, aku ucapkan Selamat Kembali ke alam per'blog'an.

No comments: