Seminggu sudah berlalu. Namun, kisah di sebalik perayaan terbesar umat Islam itu masih dihayati. Pengorbanan merupakan satu sifat mulia y mendekatkan diri manusia n Tuhannya. Setiap orang pernah melakukan pengorbanan, samada dari segi fizikal mahupun rohani. Pengorbanan merupa satu amalan y telah wujud semenjak manusia diciptakan lagi. Al-Quran n kitab2 agama samawi y lain jelas menceritakan tentang pengorbanan y dilakukan oleh keturunan Nabi Adam a.s iaitu Habil n Qabil. Bagaimana korban y ikhlas itu sangat tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.
Hari Raya Korban merupakan satu hari mulia y diberikan Allah SWT kepada umat Islam khususnya. Hari y disyariatkan supaya pengorbanan dilakukan, sepertimana kisah Nabi Ibrahim diperintahkan mengorbankan anaknya, Ismail. Kisah y menunjukkan betapa tingginya takwa kepada Allah SWT. Pada hari ini juga, berjuta2 umat Islam berkumpul di Tanah Haram, Mekah al-Mukarramah untuk menyempurnakan rukun Islam y ke-5 iaitu menunaikan haji. Pengorbanan sedemikian mendekatkan diri dengan Allah, memperlihatkan penyatuan seluruh umat Islam, tidak kira apa bangsa mereka. Y kaya n y miskin sama sahaja.
Di kampung saya, menjadi tradisi setiap tahun untuk melaksanakan ibadah korban. Tahun ini, 6 ekor lembu dikorbankan. Setelah dibahagi-bahagikan kepada y memerlukan, lebihan daging korban itu dimasak n diberi makan kepada seluruh penduduk kampung. Namun, satu isu telah timbul apabila terdapat penduduk kampung itu y bukan beragama Islam. Persoalan telah timbul, adakah boleh mereka diberi makan daging korban itu. Ramai dikalangan orang2 kampung y mengatakan haram diberikan kepada bukan Islam. Pada masa y sama ada seorang India beragama Hindu datang ke majlis itu n meminta makanan. Orang2 kampung dengan penuh yakin memberitahu kepada orang Hindu bahawa mereka tidak boleh memberikan kepadanya makanan tersebut. Ianya haram. Saya agak kecewa dengan situasi y berlaku. Saya cuba menjelaskan tentang konsep menarik minat bukan Islam terhadap Islam. Bayangkan, apa persepsi orang Hindu itu kepada Islam. Bagi orang Hindu, mereka tidak boleh memakan lembu kerana mereka anggap lembu adalah haiwan suci. Namun terdapat pula y memakan daging lembu. Jadi, dikesempatan inilah y perlu digunakan untuk umat Islam mempromosikan keindahan Islam. Agama y mengelakkan timbulnya fitnah, persengketaan dan juga kekeliruan. Tidak ada siapa tahu tentang hidayah Allah SWt. Manalah tahu, dengan cara y demikian, akan terbuka hati orang itu untuk mengenali Islam n kemudian menjadi penganutnya.
Di dalam Al-Quran, Allah ada menjelaskan tentang korban ini. Firman Allah SWT, 'Dan unta tersebut Kami jadikan ia bagi kamu sebagai sebahagian daripada syiar Allah, bagi kamu semua padanya ada kebaikan. Maka sebutlah nama Allah atasnya (ketika menyembelihnya) hal keadaan berdiri. Maka apabila wajib( habis nyawanya) maka makanlah daripadanya dan berilah makan akan orang y meminta n orang y tidak meminta.'(Surah al-Hajj:36)(Rujukan:Fiqah berinteraksi dengan Non-Muslim;Muhammad Nidzam Abdul Khadir). Tidak ada ayat-ayat Al-Quran ataupun hadith y mengatakan bahawa tidak boleh memberikan daging korban kepada orang bukan Islam. Ulama2 terdahulu termasuk Syafi'e, Maliki n Hambali ber'qiyas mengatakan haram diberikan kepada bukan Islam atas alasan ibadah korban adalah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah. Namun perlu dijelaskan, pada zaman imam-imam ini, bilangan orang bukan Islam tidaklah seramai hari ini. Maka, keperluan untuk berinteraksi dengan bukan Islam ini lebih kepada untuk menarik minat mereka kepada agama Islam. Dakwah Islamiah hadir dengan pelbagai cara. Dakwah Islamiah juga akan memberikan kita peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Hari ini, Islam dikenali sebagai agama pengganas, teroris n sebagainya. Menjadi satu keperluan untuk kita mengikis setiap apa y membataskan cara kita menyebarkan agama Islam ini. Berdakwah bukan semata2 membuat majlis ilmu, ceramah semata-mata. Ia sangat luas. Mungkin dengan cara ini, maka kesucian Islam akan lebih terserlah. Bukan niat mahu mengatakan imam-imam terdahulu salah. Mereka adalah insan hebat y lebih dekat dengan Allah. Namun, sebagai insan kerdil n tidak berilmu, saya merasakan perlunya untuk mencari lebih banyak ruang untuk mempromosikan Islam ini. Islam agama y sesuai untuk setiap zaman. Hukum Allah jelas sekiranya kita tekun mencarinya. Wallahualam.

No comments:
Post a Comment