Oct 7, 2009

'Pakaian Dalam Islam'

Saya tertarik dengan laporan berita hari ini tentang Sheikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi, yang berhasrat mahu mengharamkan pemakaian purdah di kalangan pelajar-pelajar perempuan Universiti Islam tersohor itu. Alasan utama hasrat tersebut dinyatakan adalah di atas sebab keselamatan di samping mahu membuang stigma terhadap Islam oleh masyarakat bukan Islam yang menyangkan bahawa Islam adalah agama yang jumud.

Dalam konteks ini, umat Islam begitu sensitif sekiranya ditegur tentang perkara-perkara yang mereka sendiri salah faham dan tidak dapat membezakan yang mana hukum, yang mana pula adat dan budaya masyarakat setempat. Purdah bukanlah pakaian Islam. Ia adalah pakaian masyarakat Arab Badwi di mana di sesetengah negara-negara Arab pada masa ini, pemakaian purdah adalah diwajibkan kepada golongan wanita. Di negara kita, khususnya golongan-golongan yang mengamalkan Islam secara tidak berilmu, pemakaian purdah ini disangka pakaian Islam yang dapat menjauhkan diri daripada perkara keji dan mungkar. Walhal, ianya tidak ada kena mengena langsung. Terdapat juga kelompok yang mula merasakan yang mereka lebih Islamik daripada orang lain kerana mereka memakai purdah atau paling biasa pun, bertudung labuh. Maafkan saya, bukan niat mahu menjatuhkan dan memperlekehkan sesiapa, namun pengalaman saya berhadapan sendiri dengan orang-orang sebegini menjadikan saya agak skeptikal.

Hasrat Sayyed Tantawi boleh kita lihat daripada sudut kefahaman Islam yang sebenar. Beliau merupakan ulama tersohor, sudah tentu lebih memahami Islam yang sebenarnya. Beliau juga merupakan ahli akademik dan sarjana Islam yang sentiasa melakukan kajian tentang kesyumulan agama ini. Maka, hasrat beliau perlulah kita hormati dan bincangkan secara berhemah agar kita tidak mendedahkan kelemahan umat Islam kepada masyarakat bukan Islam. Sudah tentu selepas ini, akan ada perdebatan hebat tentang perkara ini.

Purdah digunakan oleh orang Arab kerana mereka kebanyakkannya tinggal di padang pasir. Fungsinya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melindungi mereka daripada habuk-habuk dan pasir-pasir kering yang boleh menyebabkan penyakit. Begitu juga dengan serban yang dipakai oleh kaum lelaki Arab. Ekor serban biasanya digunakan untuk menutup mulut dan hidung daripada dimasuki pasir. Apabila Islam muncul di Tanah Arab, pakaian Arab ini secara tidak langsungnya mempengaruhi pemakaian di kalangan orang Islam kerana mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW. Namun, Islam yang maha suci tidak pernah melabelkan pakaian Arab itu sebagai pakaian rasmi dan keislaman. Ia adalah semata2 salah faham di kalangan orang-orang Islam itu sendiri. Cuba fikirkan, adakah kurang Islamnya orang-orang Eskimo yang tinggal di kutub sekiranya mereka tidak berpurdah? Kalau purdah pakaian Islam, maka mati bekulah orang-orang Eskimo kerana perlu memakai purdah. Adakah Islam bukan agama yang adil dan ingin memberikan keselesaan hidup kepada penganutnya.

Saya tidaklah anti kepada sesiapa yang berpurdah. Ianya bagus tetapi lebih baik kita bersederhana ketika mengamalkan Islam. Allah menerangkan secara jelas di dalam Al-Quran tentang aurat-aurat kaum wanita. Tidak pula disebutkan tentang perlunya berpurdah. Aurat wanita adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Bukan kecuali mata n tapak tangan.

"Sesungguhnya orang y paling mulia disisi Allah orang y paling bertakwa".

10 comments:

Anonymous said...

Salam..

Saya tertarik dengan article kamu..Kalau boleh saya tahu..kenapa kamu begitu skeptik dengan wanita yang berpurdah dan tudung labuh ni..?apa yang mereka telah lakukan..?sehingga pemikiran skeptik ini terhasil?

kamu boleh mempunyai pendapat sendiri, syeikh itu juga boleh memberi pandangan..org ramai boleh memberi pandangan dan mungkin perdebatan...dan di sini saya juga ingin melemparkan pandangan saya..mohon laluan ye..

bagi saya,islam bukan agama yang memaksa dan bukan juga agama yang jumud..masing2 individu punyai cara berpakaian yang mereka sukai..jadi mungkin mereka yang berpurdah itu..telah selesa dan terlatih semenjak kecil untuk berpakaian begitu..ya..saya setuju terkadang ada yang berpurdah ini jarang untuk bertegur sapa dan bergaul mesra(dlm erti kata masih di dalam batas pergaulan yang dibenarkan syara') dengan lelaki ajnabi yang baru dijumpai atau telah berkawan selama 3 atau 4 tahun(tahun dalam universiti)..akan tetapi cuba selidiki dulu keluarga si wanita berkenaan..adakah dia datang dari keluarga yang ramai adik beradik lelaki atau sepupu2 lelaki atau sebaliknya..kadang2, kita terlepas pandang wanita yang berpakaian biasa(maaf cakap-tudung 3 segi bidang 45') pun ada yang tidak dapat bergaul secara terus atau mesra dengan lelaki ajnabi..atas sebab2 diri sendiri yang kurang bersosial atau memang kurang keyakinan atau juga hanya ada adik beradik perempuan..

jadi, di sini saya hanya ingin memberi pendapat sebagai seorang yang hanya cetek ilmu dan pemikiran agamanya..untuk tidak judge a book by it's cover sahaja..

wallahua'am...

Hafezul said...

Terima kasih. Pertama sekali, perlu saya menyatakan bahawa pemikiran skeptik saya terhadap golongan y berpakaian ala2 arab ini adalah kerana pengalaman y telah saya lalui. Tidak perlu saya nyatakan di sini takut ia akan lebih kepada peribadi seseorang itu. Saya tidak menghalang, malah membantah sesiapa y nak berpakaian arab ini, namun ramai y telah saya jumpa y merasakan bahawa mereka ini lebih islamik daripada orang lain. Namun, hasil pemerhatian saya, mereka ini y terdiri daripada remaja atau mahasiswa universiti, mereka tidak mengenali islam secara asas. Pendek kata, tidak ada basic, hanya mengamalkan islam secara membuta tuli. Dunia sekarang, kita perlukan satu mekanisma kukuh untuk menarik minat orang terhadap Islam. Sebagai contoh, persepsi orang bukan Islam kepada Islam adalah Islam akan keganasan. Jadi, kita perlu memperbetulkan tanggapan itu. Jadi, apa y perlu dilakukan adalah kembali kepada asas Islam. Saya rasa, di dalam entri saya ini, tidak menyentuh pula tentang hubungan perempuan berpurdah @ bertudung labuh dengan lelaki. Untuk pengetahuan awak, beberapa kali saya terkena dengan golongan y merasakan mereka ini ahli syurga sehingga saya merasa meluat untuk berurusan dengan jabatan2 agama Islam @ apa2 sahaja y ada nama Islam pada organisasi itu. Saya merupakan seorang muslim y daif ilmu agama, namun saya cuba untuk menjadi sekurang2nya dapat memberikan saya keredhaan Allah SWT.

seteguh Khadijah said...

Assalamualaikum..

sebelum berbicara soal wanita yang berpurdah n bertudung labuh mengapa tidak anda bincangkan mengenai terlalu ramai wanita di luar sana yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna..
sedih apabila masih terdapat golongan yang tidak menghargai akan pengorbanan wanita yang sanggup menutup kerahsiaan bentuk tubuhnya demi menjaga kesucian agama,dalam masa yang sama kaum lelaki dapat mengelakkan diri daripada melakukan dosa percuma..
adakah anda memahami hati wanita itu..
selamilah hati mereka dahulu sebelum anda membuat kenyataan fitnah..ya,memang benar bukan semua orang bertudung labuh n berpurdah ini orang baik,tetapi sekurang-kurangnya mereka telah terlepas daripada tanggungjawab terhadap aurat mereka..
Saya ingin bertanya,adakah untuk mendapatkan 4flat usaha kita cukuplah biasa2 sahaja,tentulah kita akan berusaha dengan bersungguh2..begitu juga dengan orang yang ingin mencari kerdhaan Allah S.W.T..
semoga Allah merahmati dan mengasihi anda..
Ini sahaja yang mampu saya coretkan kerana kami kaum hawa yang sentiasa mendokan agar diri kami serta kaum adam dijauhi daripada fitnah..Wassalam..

Hafezul said...

Waalaikumusalam WBT,
Seteguh Khadijah, saya menghormati komen saudari. Terlebih dahulu saya memohon maaf andaikata tulisan saya mengguris hati saudari. Seperti biasa, setiap daripada cabang amalan kita, perlu dimuhasabah agar kita tahu tujuan kita dalam mengamalkan ajaran Islam y mulia ini. Perlulah saudari merenung semula hadith Rasulullah SAW tentang kesederhanaan. Tidak pula saya menyokong umat Islam mendedahkan aurat. Namun ini hanyalah pendapat. Setiap orang bebas mengamalkan Islam berdasarkan pengetahuan sendiri. Saya tidak memfitnah. Namun cuba untuk membuka minda orang Islam terutamanya pelajar. Firman Allah,"Maka berilah peringatan sesama kamu, sesungguhnya dengan memberi peringatan itu dapat memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman"(Al-Dhaariyaat,Ayat 55).

Anonymous said...

Assalammualaikum...
Ingin saya menumpang lalu. Pada saya bukan tudung atau pemakaian yang menutup aurat itu yang salah...
Ia terpulang pada individu itu sendiri. Biasanya bila baik pemakaian sesorang itu, maka baik lah tingkah lakunya.. Tetapi zaman sekarang ini, manusia ingin menutup kesalah nya sendiri dengan berlagak 'alim'. So kita tak bolah salah kan kepada orang2 islam yang lain yang berpakaian mengikut syara' ini. Jangan sehingga nila setitik rosak sebelanga. Jangan kan hanaya kerana orang2 yang sebegini 'yang rosak akhlaknya' akan merosakkan maruah orang islam yang lain. Kenapa kita hendak menuding jari pada salah orang lain, sedangkan kita sendiri menudingkan 4 jari kita yang lain ke arah diri sendiri. So bermuhasabah lah... Jangan mempersoalkan hukum Allah, kerana hukum2 Allah tentukan semuanya adalah untuk menjaga maruah kita sendiri, menjaga agama kita. Ia adalah ibadah yang memang diperuntukkan kepada setiap muslimin n muslimat. Sekarang dalam dunia sekarang ni lebih banyak perkara yang lebih membimbangkan kita. Untuk pemahaman yang membimbangkan saya sila klik link ini: http://www.dinar-emas.com/vatican.html Di sini saya menasihatkan diri saya sendiri dan anada yang membaca supaya kita umat islam hendaklah bersatu dan kita binalah jati diri n maruah islam di dalam hidup kita dan bersama kita tolong menolong sesama ISLAM.. InsyaAllah.... Allahhuakbar x 3 ...!!!
Wallahualam...

Hafezul said...

Anaonymous 2 July: Saya tertarik dngan link y kamu berikan. Sebenarnya, saya telah mendapat email tntg perkara ini, seingat saya awal thun ini. Saya tidak mahu berkata cerita ini benar atau salah. Namun, apa y saya mahu tarik perhatian sekelian pembaca, kajilah setiap perkara secara alamiah, bukan bersandarkan ilusi n paranoid y tidak berkesudahan. Sebagai contoh, Kristian terbahagi kepada bnyak mazhab. Khatolik y dketuai oleh Pope @ Paus ini hanya sbhagian. Protestan mereka tidak percaya kepada Pope. Saya percaya artikel ini ditulis oleh orang y cuba merosakkan pemikiran umat Islam. Terutama dalam hal berkaitan ilmu akademik. Saya lihat hadith di dalam artikel ini dterjemah tanpa bdasarkan sejarah Muhammad SAW serta diterjemah secara tidak berilmu. Ini merupakan ingatan y baik, namun saya takut artikel ini merupakan satu lagi fitnah y mungkin akan dihadapi oleh umat Islam akhir zaman.

mat perca said...

Bismillahirrahmanirrahim...
pertama sekali, saya rasa kesian dekat yang menulis article nih, kamu mesti ingat dosa orang yang tidak solat tidak sama dengan dosa orang yang mngatakan solat itu tidak berfaedah dsb.. begitu juga dengan hukum2 Allah yang lain, boleh terkeluar dari islam dengan AUTOMATIK nya.
1. dalil aqli (akal) takdak satu perempuan yang sanggup bersusah payah nak pakai tudung labuh tambah lagi purdah hanya kerana nak tunjuk kat orang yang dia tu warak, melainkan BERKORBAN sebab dia tahu apa yang dijanjikan padanya oleh Allah.
2. dalil naqli (al-Quran) An-Nur ayat 31, pada keratan ayat "dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir darinya" di keratan ini Imam syfi'e mentafsirkan hanya pakaian yang menutup seluruh tubuh termasuk muka dan tapak tangan sahaja yang boleh nampak, bermakna mazhab syafi'e auratnya didepan lelaki ajnabi adalah jami'ul badan bermaksud seluruh tubuh tidak terkecuali muka dan tapak tangan.
yang perempuan buka muka dan tapak tangan bukan mengikut tafsiran mazhab syafi'e tetapi imam lain.
Jadi jangan lah keluarkan kenyataan yang BODOH maaf, dengan izin, bukan sahaja sesat tapi menyesatkan.mungkin makwe kamu kot yang pakai tudung labuh lepas tu keluar dating dengan kamu, kamu rasa dia tak bagus atau pun kamu syok dengan sorang perempuan pakai tudung labuh atau purdah, dia tak layan kamu, tup2 dapat kat lelaki soleh lain so frust tulis la yang bukan bukan... a'la kulli haalin kesian....

Hafezul said...

To Mat Perca: Terima kasih kerana memulakan komen dengan lafaz bismillah dan disudahi dengan fitnah, andaian serta penuh dengan penghinaan. Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pendapat y berlandaskan ilmu serta pengetahuan y mungkin kepada kebanyakkan orang, penulis berfikiran dangkal serta cetek. Hukum Allah tetap hukum, serta saya menulis tidak langsung pun menafikan hukum Allah. Sekiranya ada, tolong berikan penyataan saya y menyalahi akidah Islamiah serta menafikan hukum Allah. Mungkin saya terkhilaf dan saya akan perbetulkan. Namun, selepas dibaca semula, jelas tidak ada satu pun y menyalahi hukum serta kefahaman Islam. Saya cuma menempelak segelintir individu y selalu bertopeng agama tetapi sikap serta tingkahlaku amat jauh dari landasan syariat seperti diri saudara mat perca sendiri. Menghina ilmu orang amatlah dilarang keras oleh agama kita sendiri. Saya cuma memberikan pendapat, kalaupun ianya salah, maka perbetulkan saya. Sekiranya ia fit dengan apa y menjadi pengetahuan saya, maka saya akan menerimanya, tanpa ragu. Sikap cendiakawan seperti saudara, suka memotong ayat Allah (al-Quran) mengikut selera sendiri. Sikap seperti ini ada dijelaskan oleh Allah di dalam surah ali-Imran ayat ke 7. Sila rujuk, dan renungi sikap y saudara pertontonkan kepada khalayak pembaca blog ini..

Nur Husna said...

"Dinegara kita, khususnya golongan2 y mengamalkan Islam secara tidak berilmu, pemakaian purdah ini disangka pakaian Islam y dapat menjauhkan diri daripada perkara keji n mungkar. Walhal, tidak ada kena mengena langsung."

Assalamualaikum..terjumpa entry ini kerana tertarik mencari sebab pengharaman pemakaian purdah suatu ketika dahulu..
Kebanyakannya boleh diterima akal,ana sokong kebanyakannya walaupun ana masih memagang pendapat purdah adalah sunnah dan boleh jatuh wajib..
sebagai seorang yang berpurdah,berasal dari keluarga sosial dan bersekolah menegah di sekolah under gereja..entry ini menyebabkan ana memahami sebab2 pengharaman pemakaian purdah..dan sebab2 itu memang wujud dan berlaku dikalangan sesetengahniqabis contohnya merasa diri lebih baik dri org lain,(kerana sebahagian mereka ni menyebabkan sukar mendekati mad'u yg tidak menutup aurat)..ramai juga kalangan niqabis yg berpurdah tetapi aurat kaki diabaikan... cuma satu je ana xblh terima,ayat yg ana dah highlight tu,bgi ana sangkaan purdah blh mngelakkan pkra mungkar mmng benar2 blaku bukanlah tidak ada kena mngena lngsung sebab sorg muslimh yg bpurdah akn b'usha bsungguh2 utk jd contoh baik buat org lain..(tp ada jg sorg shbt ana yg bpurdah tp tlnjur pla dgn pakwe)..huhu
akhir sekali,nak mohon copy entry..utkk dkongsi sbg pnduan bg yg baru nak bpurdah agar beringat2 selalu..

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara zul. Sy tertarik dgn entry ni, terjumpa mse tgh bce psl purdah. Saudara zul, sbg manusia biasa, sy faham dgn apa yg saudara cuba sampaikan. Bahkan, saya sndiri pernah mengalami pengalaman yg kurang menyenangkan seperti yang telah dinyatakan oleh saudara. Tidak saya nafikan, di hati dan minda yg serba kekurangan ni, sudah beberapa kali terdetik di pemikiran saya untuk menjauhi golongan2 yang pada fizikalnya nampak alim, golongan2 yang bertudung labuh, golongan yang berjubah, berjanggut, berserban dan sebagainya.

Terkadang di hati yg kotor ini, terlintas pula ia untuk beersangka buruk terhadap hamba2 Allah ini. Bila difikirkan kembali, saat saya sedang menaip komen ini, terasa bergenang air mata terasa begitu hina diri ini sedangkan terang dan jelas Allah telah berfirman:

(maksudnya), “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa,dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu berasa jijik...”(Surah al-Hujurat ayat: 12).

Maafkan saya andai saya tersilap berbicara, tiada niat di hati untuk melukakan hati sesiapa sekadar ingin berkongsi pandangan. Di sini saya akui, seperti saudara zul, saya juga pernah melalui pengalaman yang sama, malahan ada di antara org terdekat sy yg berkelakuan sedemikian. Namun, bila difikirkan kembali, adilkan kita menilai masyarakat tersebut hanya kerana tindakan segelintir ahlinya yang sedikit tergelincir dari landasan? Seperti yang berlaku pada hari ini di seluruh pelusuk dunia, di mana org bkn islam menilai dan mempersoalkan islam kerana umatnya. Antara faktor major yg mengakibatkan mereka memusuhi islam adalah kerana akhlak mazmumah yg sengaja di'highlight'kan media mereka di samping penyampaian maklumat yg lgsg tidak tepat.

Oleh itu pd pendapat sy, amatlah tidak adil bg kita untuk mengadili golongan2 yg berpakaian cukup sempurna bg sy. Mungkin ada antara mereka yg tergelincir dari niat sebenar untuk berniqab tetapi sy masih mahu menganggap dan di hati saya masih kuat mempercayai bahawa majoriti antara mereka berpakaian sedemikian adalah semata2 krn Allah s.w.t.. Bukankah lebih indah jika kita fikirkan bahawa mereka berpakaian sebegitu rupa kerana mahu keindahan dan kesempurnaan ciptaan Allah hanya perlu menjadi hak milik org yang paling berhak sahaja iaitu suami mereka.

Pada pendapat saya, tidak ada salahnya jika mereka dgn rela hati penuh keikhlasan menutup aurat mereka dgn sempurna tanpa sebarang niat atau sifat mazmumah seperti riak atau untuk tujuan menunjuk2.

Jika difikirkan, ada juga betulnya keperluan untuk brpakaian sebegini di kalangan remaja2 perempuan kita kerana ia dpt mengelakkan pndangan yg blh menimbulkan fitnah oleh lelaki2 ajnabi. Dek kerana video2 lucah yg mudh didapati mcm cendawan tumbuh lps hujan, bdk2 lelaki kita zaman skrg majoritinya sdh ada 'equipment' yg cggih2 spt 'xray' dan 'mri' yg bleh 'scan' dan 'see through' tersedia dalam kepala otak mereka bila melihat wanita2 yg menggegarkan iman, nauzubillah. Berbanding dgn wanita yg berpakaian 'kurg meter' atau yg 'meminjam' pakaian adik2 kecil mereka, mereka sbnrnya mnjd punca kpd dosa apabila mrk menggugat iman golongan adam yg terliur dek bentuk2 tubuh yg sptutnya tidak diperlihatkan. Dengan pemakaian tudung2 melepasi paras dada, pakaian2 yg menutup aurat dgn sempurna diharapkan dpt mengelakkan dosa dan fitnah di zaman kita yg penuh dgn krisis ini.

Akhir kata, saya berharap penulisan sy tidak menyinggung mana2 pihak. Sy masih mentah dan daif dlm ilmu diharapkan sesama kita dpt memperbetulkan diri kita masing2 insyaAllah. Jgnlah krn perbezaan pendapat, kita sbg umat islam berpecah belah.

Wallahualam.