Aug 29, 2009

'Sandal Hilang Kat MASJID'

Semalam, aku memang hangin satu badan la. Aku baru ja tulis kat dalam entri sebelum ni tentang nafsu amarah, iaitu dalam bulan puasa semua syaitan kena rantai. Hanya sifat jahat seseorang itu sahaja y mendorong dirinya melakukan dosa n kejahatan. Aku pun pelik, apa y orang2 sebegini fikirkan. Adakah mereka hanya bersikap hipokrit dengan mengikuti perintah Allah yakni berpuasa n bersolat, tetapi dalam masa y sama mencuri n menganiaya orang lain.

Semalam, aku g solat Jumaat la. Aku pakai satu sandal Crocs y dihadiahkan oleh Blairs kat aku masa diorang balik dari Texas tempoh hari. Since itu hadiah dari orang, memang kasut tu jadi kasut favorite aku la. Aku pun memang minat ngan kasut Crocs sebab selesa dipakai, ringan n lasak. Kira2, baru sebulan aku pakai kasut tu. Waktu aku nak g solat Jumaat tu, aku pakai je la sandal tu. Ada terfikir takut dicuri, tapi hati aku cakap, siapa nak curi kat masjid. Lagipun bulan Ramadhan pulak ni. Kalau kat masjid kat kampung aku yela, ramai budak2 nakal. Ini budak2 universiti, y bijak pandai. Xkan nak curi harta orang kot. Pastu, habis je sembahyang, aku pun kuar la. Dalam dok sesak2 tu, aku cari la kat tempat kasut tu mana kasut aku. X nampak pun bayang dia. Aku dah mula x sedap hati dah. Then, aku tunggu sampai orang y kuar dari masjid reda sikit, n cari sekali lagi sandal tu. Memang sah dah xdak kat situ. Aku pun pusing2 la jenguk kat sekeliling tepi2 masjid tu, pun xder. Sah dah rembat sandal aku tu. Terus aku panas hati. Bukan sebab sandal hilang, tapi sebab orang y mencurinya tu melakukan masa orang tengah or baru habis sembahyang, dalam bulan puasa lagi. Memang aku minta kena panah petir la orang camni. X hormat langsung segala amal ibadat. Gila kot orang y camni. Sudahnya aku balik berkaki ayam la ke lab. Nasib baik hujan, kalau x mau terbakar kaki aku pijak tar jalan.

Pastu masa solat Asar, aku g la masjid, jenguk kot2 ada balik sandal tu. Aku fikir positif la, kot orang tersalah pakai ker masa nak kuar masjid tadi tu. Tapi xdak juga. Kalau tersalah ambik, mesti at least rasa x senang hati n pulangkan kat masjid. Time terawih pun aku g check (cam desperate la aku ni, hehe), tapi xder juga. So, aku confirm memang kena curi. YaAllah, aku x boleh imagine la camna orang tu boleh buat keja macam tu. Bulan puasa ni. Memang sah, kalau dia jahat di bulan lain, bukan sebab syaitan, tetapi dialah y mensyaitani diri sendiri.

Since sandal tu dah jadi favorite aku, aku pun g beli la sepasang kat Queensbay malam tadi. Xkan nak berkaki ayam pulak. Sandal y hilang tu warna hijau. Y baru aku beli warna cam cream sikit. Selepas ni, aku mesti lebih berhati2 even kat masjid sekalipun. Title entri tu sengaja aku capitalize kan word masjid tu, bukan nak kata masjid teruk tapi tentang teruknya orang Islam kita x menghormati rumah Allah itu. Harap2 orang y terlibat itu akan segera insaf supaya tidak mendapat kemurkaan Allah SWT.

1 comment:

teruterubuzu said...

ermm sy pun pernah hilang sandal kat surau dulu..huhuhu..
masa tu aper yang terpikir mesti ada orang tersalah pakai kasut,,tapi sy nak tersalah ambik kasut yang mana pulak kan..??

hehe..
puas mencarinya..sampi pak cik kat surau tu perasan..
yang paling syok sy balik berkaki ayam..
aduih sakit maa kaki..
dugaan..
anyway cantik crocs tu..