Semalam, rakyat Malaysia menerima hadiah kemerdekaan daripada kerajaan iaitu kenaikan harga petrol iaitu 25 sen untuk petrol premium RON97 dan 5 sen untuk RON95. Asas untuk menaikkan harga minyak ini sudah tentulah kerana kenaikan harga minyak dunia y menyebabkan subsidi kerajaan terhadap petrol meningkat dengan drastik.
Sebagai pengguna, saya memandang ini secara pro n kontra. Hakikatnya, kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi y berjumlah berbillion ringgit setahun hanya untuk mengawal harga petrol. Sekiranya tidak melibatkan campur tangan kerajaan dalam menentukan harga petrol, maka sudah tentulah rakyat akan lebih terbeban terhadap kenaikan harga minyak dunia. Lagi pula, duit subsidi petrol y dapat dijimatkan akan dapat disalurkan kepada pembangunan negara menjelang tahun 2020. Mungkin bagi sesetengah orang, termasuk diri saya sendiri, kenaikan ini merupakan satu bebanan. Namun, rasanya rakyat Malaysia sudah 'imun' terhadap harga petrol pada masa ini kerana pernah merasai harga y lebih tinggi di zaman pemerintahan Pak Lah. Masa akan menjadikan setiap orang menyesuaikan diri dengan harga baru ini.
Kenaikan ini tidaklah mengejutkan kerana kalau tidak salah, kerajaan telah mengumumkannya lebih awal apabila bercadang untuk memperkenal petrol RON95 ke dalam pasaran. Saya rasa pengumuman itu telah dibuat beberapa bulan y lalu. Namun, kenaikan pada musim perayaan begini tidaklah sesuai kerana krisis harga barang y belum menampakkan stigma penurunan. Sepatutnya, penguatkuasaan perlu dilakukan oleh kerajaan dengan lebih tegas untuk mengawal harga barang2an harian. Harga barang perlu dipaksa turun terlebih dahulu, barulah harga minyak dinaikkan. Rasanya, harga barangan2 sekarang ini bernilai setaraf dengan harga petrol RM2.80, dimana harga barang telah dinaikkan pada masa kenaikan harga minyak ke RM2.80 dahulu n tidak ada penurunan selepas itu. Jadi, bukan hanya perlu memikirkan beban kerajaan untuk menanggung jumlah subsidi namun perlu dilihat juga bebanan rakyat y rata2 berpendapatan rendah. Y miskin terus miskin, y kaya terus kaya. Walaupun KDNK Malaysia menokok kepada tahap y tinggi berbanding tahun2 y lepas, namun masih ramai sebenarnya y hidup di dalam keadaan miskin n daif. Pastinya, para peniaga pasti akan mengambil kesempatan di atas kenaikan harga ini. Harapan supaya kerajaan tidak akan menaikkan minyak lagi untuk setahun dua ini agar rakyat merasa mereka ini merupakan aset y lebih penting kepada kerajaan.

No comments:
Post a Comment