Jun 3, 2009

'USM-kesilapannya y "Tidak Disengajakan"-cont.'

Saya percaya ramai y salah faham apabila membaca entry saya semalam berkaitan kesilapan teknikal oleh pihak USM sehingga mencetuskan isu nasional. Saya hanya menerima satu komen tetapi saya perlu memberi penjelasan terhadap komen itu sebelum ramai y tersalah faham.

Sebenarnya, y dimaksudkan kesilapan y terjadi bukanlah kesilapan USM keseluruhannya. Tetapi ia adalah kesilapan y dilakukan oleh PENTADBIRANnya. Pentadbiran USM merupakan sebahagian kecil daripada USM. Berfungsi untuk mentadbir universiti, tugas2 mereka hanyalah menjadi pemudah cara untuk setiap bahagian n pusat pengajian di USM.

Mendapat status APEX bukan hanya kerana pentadbiran y hebat, tetapi ia juga disebabkan oleh sumbangan y tidak kecil nilainya daripada pusat2 pengajian y banyak melakukan kajian demi keuntungan untuk manusia sejagat.

Saya merupakan warga USM y berstatus pelajar sarjana n dengan bangga menyatakan bahawa saya adalah PIHAK USM juga. Saya bukanlah orang luar y sengaja ingin menjatuhkan pihak universiti dengan komen y begitu kritikal. Pentadbiran USM tidak boleh mendakwa bahawa USM hanyalah milik mereka. Mereka tidak lebih hanya terdiri dari golongan y memerlukan golongan2 pelajar untuk meneruskan kelangsungan @ survival universiti ini. Saya teringat kata2 dekan pusat pengajian saya kepada penolong pendaftar di UPPU USM, bahawa pelajar merupakan tonggak utama USM kerana tanpa pelajar, pihak pentadbiran tidak akan ada pekerjaan. Selalunya, cara layanan pihak pentadbiran kepada pelajar seperti pelajar tidak bernilai kepada mereka. Mereka ini lupa bahawa tanpa pelajar, bagaimana boleh wujud satu universiti.

Jelaslah disini bahawa pentadbiran banyak menyalahgunakan kedudukan y mereka ada. Bagi mereka, merekalah diatas n pelajar2 berada dibawah y boleh dipijak dengan kaki. Pesan saya, tadbirlah universiti ini dengan baik supaya ianya tidak akan dipertanggungjawab sehingga ke akhirat kelak.

p/s: Kita adalah USM...and I am not outsider..Justify Full

8 comments:

Mahasitua said...

Saudara Hafizul.

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta dipertanggung-jawabkan". (Surah Al-Isra': Ayat 36)

Maaf. Sengaja saya petik ayat ini daripada intisari slogan profail saudara. Tahniah kerana pandangan anda. Ada keberanian berhujah. Ada teguran. ada cetusan idea. ada saranan. Kritis dan kriatif. Namun pandangan yang saya perlunakkan berikutan ini juga perlu saudara dalami secara tenang tanpa disulami rasa emosi yang berlebihan.

Sebagai mahasitua, masuk usm pada ketika usia yang mencecah pertengahan abad saya ada pandangan berbeda. Pertama saya mempunyai pengamalan menjadi pentadbir dan keduanya saya mempunyai pengalaman pula sebagai mahasiswa.

Pandangan saudara tentang 'isu kesilapan yang tidak disengajakan' seolah sesuatu yang mengaibkan usm. Pada saya tidak. Kesilapan dalam apa sahaja urustadbir pasti berlaku dalam apa sistem sekalipun. Pertama kerana sistem itu dicipta oleh manusia. Saudara harus ingat bahawa tidak ada manusia yang sama aras pemikiran dan kerana itu setiap daripada mereka berpeluang membuat kritikan mengikut laras pemikiran masing-masing. Cuma kita mesti berpijak di bumi nyata bahawa kita perlu atasi kesilapan. Bereti juga sistem perlu dirombak berasaskan kelemahan yang terjadi.

Saudara
Dunia pentadbiran jauh berbeza daripada dunia kemahasiswaan. Demikian juga ketertipan dan keberkesanan suatu urustadbir tidak berpaksi kepada kecemerlangan akademik. Pokoknya kecemerlangan akademik sama sekali tidak boleh menjamin kecemerlangan pentadibaran. Ukuran saudara mengkelasi hal sebegini rupa amat merbahaya malah suatu penghinaan kepada pentadbir yang pencapaiannya akademik hanya sekadar "cukup makan'.

Pengurusan pentadbiran sesuatu unit atau organisasi adalah satu cabang seni. Kecemerlangannya banyak bertautan kepada sikap, kriatif dan inovatif. Sama ada seseorang pentadbir itu bekas pemimpin pelajar atau dia seorang pemilik ijazah kelas pertama, hakikatnya ia bukan penentu kecemerlangan dalam sesuatu urustadbir.

Birokrasi dalam pentadbiran sememang berlaku. Sebabnya, 'sikap'. Bukan kerana ijazah. Mendidik perubahan 'sikap' lebih banyak gagal daripada berjaya. Kerana itulah sistem atau gagasan pelaksaanan sesuatu perancangan itu menemui jalan buntu dan gagal. Kerana 'sikap' maka pelaksanaan dan rantaian sistem menjadi tidak selari. Tidak sealiran.

Kekecewaan ibu bapa kepada pelajar yang terlibat akibat kesilapan itu. Benar. Apabila ada tawaran tiba-tiba ditolak USM. Kecewa. Itu sudah pasti. Tetapi seperti saudara hujahkan bahawa pentadbir usm membuat kesilapan. Pokoknya apakah kita mesti akur dengan kesilapan itu. Adakah kita berkeupayaan memenuhi kehendak. Pemilik kelayakan yang minimum perlukah diberi tempat di ipta (USM)?

USM telah membuat pembetulan. Sudah memohon maaf. Semua pelanggan USM mesti tenang. Berbalik kepada kelemahan yang ada pada diri masing=masing dan masing-masing pula harus mencari 'jalan keluar'.
Kesilapan major sebegini pada pengalaman saya adalah sesuatu yang sukar untuk berulangan lagi. Ia cukup mahal. Ia juga menjadi iktibar kepada banyak khalayak

Saudara Hafizul.
Berdasarkan tulisan saudara maka ertinya saudara cukup prihatin. Ada pengalaman kekecewaan akibat sikap dan birokrasi. Maka saranan saya agar saudara suatu hari nanti bisa cemerlang dalam urustadbir nusabangsa. Rakan-rakan saudara adalah pemerhati dan pengkritik setia yang bakal membuat 'penanda aras' apabila saudara berada di dunia pekerjaan. Maaf dan terima kasih kerana sudi membaca kementar saya yang panjang.

Salam ilmu.

EXCO said...

Jangn melalut. Meraba dalam gelab. Semua warga USM adalah 'kiambang yang bertaut'. Jangan kritik USM kerana kekecewaan yang saudara alami. Nikmat orang kecewa sama imbang dengan nikmat orang berjaya. Habuannya hanya dapat dirasai ketika kita kecewa atau sukses.

Hafizul.
Kami faham tetapi ada yang kami akur dan banyak juga yang kami kurang setuju.

Anonymous said...

Setuju..

Hafezul said...

To exco: Perhap awak juga orang y makan cili lalu terasalah pedasnya. Say tidak melalut, bahkan apa y saya kata adakan adalah fakta y awak sendiri persetujui. Usahlah menjilat najis sekiranya kita tahu ianya kotor. Sukses atau tidak adalah bergantung pada usaha. Tetapi sukses kerana kepetahan 'kiss ass' orang lain, ia bukanlah satu suskses y boleh dibanggakan. My name is HAFEZUL.

readers said...

salam to all. sy adalah neutral sblm dan slps mmbace komen2 yg diberi. pd pndgan sy, SAUDARA/I MAHASITUA mempunyai point yg bagus dan bernas sbb beliau mempunyai pengalaman sbg pelajar dan pentadbir, dan mungkin juga pernah berhadapan dgn situasi yg sama dgn EN HAFEZUL. sy juga bersetuju CGPA tidak menentukan personaliti dan cara bekerja seseorg. Ia mungkin mempengaruhi tp tidak lah sewenang-wenangnya kita boleh menuding jari dan menuduh pegawai2 yg mendapat CGPA rendah tidak pandai membuat kerja. pengalaman berkomunikasi dan beriteraksi juga penting untuk menjadi seorg pentadbir yg baik. sy akui situasi ini boleh dikatakan agak memalukan lebih2 lg setelah mendapat status APEX, namun, kita perlu belajar daripada kesilapan dan bersama2 menyokong antara satu sama lain utk memperbaiki universiti kesayangan kita. buat saudara HAFEZUL,sepadan dgn makna nama saudara, beringatlah, apa tujuan saudara menulis blog ini. jika tak salah saya, ia utk berkongsi idea dengan org lain dan dalam masa yang sama ingin mendengar pendapat para pembaca anda. jgn mudah melatah dan beremosi apabila menerima kritikan kerana ia menggambarkan anda seorg penulis yg kurang matang dalam menzahirkan pendapat dan emosi anda. mungkin saudara boleh menafikannya namun jauh di sudut hati, sy yakin saudara hafezul sedikit beremosi ketika menerima kritikan dan tidak menerimanya dengan hati yg terbuka. well, bukan senang utk membuat blog. i know its not easy to write a blog, dont just do it because others do it.think carefully and weigh the pro and cons esp in choosing the right word when replying your reader's comments. best of luck from me, may u'll be a smart blogger one day.

Hafezul said...

To readers-Thanks for the comment. Benar, saya akui saya bukanlah blogger y baik, juah skali ingin menjadi sempurna dalam menyatakan maksud y tersirat dihati. Cara saya menyampaikan pendapat adalah agak keras mengikut keperluan. Sekiranya saya beremosi, saya akan menjawab komentar dari mahasitua. Tetapi saya tidak terlintas untuk berbuat demikian kerana saya amat suka bahasanya y diguna pakai. n menerima pendapatnya dengan hati lapang. Namun, ada juga komen y seperti mahu memperlekehkan pendapat saya. Saya perlu mempertahankan hujah saya walaupun tidak semua pendapat saya boelh dijadikan rujukan. Saudara mungkin tertinggal satu bab dalam sejarah bangsa kita y menyatakan, bahawa berdirinya Kota Melaka kerana kekerasan dalam mengutarakan hujah n pandangan. Cuba2lah selak Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang.

Sekiranya saya tidak menyokong Universiti APEX ini, saya tidak akan menulis tentangnya dalam blog saya. USM dihati saya, namun terdapat segelintir orang y berada di pihak pentadbiran y merasa juah dengan apa y sedang mereka ada. Agak keras komen saudara sehingga menyentuh peribadi saya. Terima kasih saya ucapkan.

readers said...

it is very nice to hear such a smart and proper reply from you. sorry if my previous comment sounds a bit harsh to you. however, the way you r replying my comment shows that both of us are doing the right thing in term of giving and accepting the advices. as one of the followers of your blog, i really hope to hear other issues in future.

Hafezul said...

To readers-Thanks for completing your comments to me without any horror thinking of me. I just say something that I think that I should say. Sometimes I'm a bit edify, sometimes it is also critical all alongthe way. Hope u'll continue to read my future entry overyonder.