Jun 1, 2009

'Chin Peng'


Mungkin title entry ini tidak begitu menarik minat kepada para pembaca. Namun, terdetik jugak untuk membicarakan n memberi pandangan ringkas terhadap isu y agak panas sekarang ini.

Aku xlah kenal sangat Chin Peng ni. Cuma kenal melalui buku n artikel y pernah aku baca jer. Tambah lagi dengan buku sejarah masa sekolah dulu. Tapi y aku tau, Chin Peng ni boleh dikatakan bukan pengkhianat negara pun sebab dia bukan rakyat negara ni. Dia lahir sebelum merdeka, n tidak mendapat kerakyatan pun selepas merdeka sebab dia adalah pengganas, jadi otomatik dia bukan pengkhianat negara. Dia adalah MUSUH negara, sama seperti penjajah pada zaman dahulu. Cuma y berbeza, dia dilahirkan di Tanah Melayu. Malangnya Tanah Melayu tidak lagi wujud kini, jadi dia adalh orang y tidak bernegara. Dia tidak boleh mendakwa dia rakyat Malaysia kerana semasa dia dilahirkan, Malaysia y ada sekarang belum wujud lagi.

Apalah jasa dia pada negara ini. Jasanya tidak lebih hanyalah menyebabkan ramai wanita y menjadi janda, anak2 menjadi yatim, orang2 y sempurna anggota tubuh menjadi cacat seumur hidup. Masakan rakyat Malaysia boleh lupakan tragedi Bukit Kepong, Tragedi Gubir n banyak lagi y menjadi bukti kekejaman Chin Peng. Dalam hatinya tidak lebih daripada hati binatang y tidak ada rasa perikemanusiaan.

Ini bukan masalah perkauman apabila orang Cina mahukan Chin Peng diberikan hak kerakyatan, tetapi merupakan masalah rakyat Malaysia keseluruhannya. Berapa ramai juga orang Cina n India dibunuh oleh orang2 Chin Peng. Begitu juga kaum2 y lain. Masakan ia boleh dimaafkan begitu sahaja. Bukan sahaja Chin Peng, malah berapa ramai lagi pemimpin komunis y berbangsa Melayu hidup dalam buangan sekarang. Bagaimana dengan Rashid Maidin. Nasibnya lebih baik kerana dia memang orang Melayu, berasal dari Tanah Melayu.

Hentikanlah semua polemik y akan mengundang perbalahan ini. Jangan timbulkan isu2 sensitif. Orang Cina n India perlu hargai pengorbanan orang Melayu y menerima mereka sebagai saudara sebangsa di atas nama Malaysia. Ingatlah, dahulu Cina tidak diterima dimana2 negara. Begitu juga India. Namun, orang Melayu mengutip Cina n India di tepi jalan n menjadikan sebagai saudara. Hentikanlah. Hentikanlah.


No comments: