Saya merasa masih teruja untuk berbicara tentang entry saya sebelum ni y menerima kritikan secara maya n secara langsung. Tidaklah pelik bila kita berbeza pendapat. Hujah2 kita kadang disalahtafsirkan, juga secara emosi y tidak stabil. Pokoknya perbezaan pendapat membawa kebaikan y tidak kurang eloknya.
Saya tidak akan bercakap perkara y saya samar2. Tua x semestinya bijak. Muda x semestinya pemikiran amatlah kebudak-budakan sehingga setiap apa y diperkatakan, tidak langsung mendapat perhatian. Sudah menjadi resam dalam masyarakat kita bahawa teguran secara lembut tidak memberi kesan. Maka setiap pendekatan perlulah secara agresif tetapi masih berada dilandasan y betul.
Sudah semestinya, apabila kita berada didalam kelompok y tertentu, maka kita perlu menjadi sebahagian daripadanya. Tidak pelik juga apabila seseorang menyerang peribadi ibu bapa kita, walaupun benar, tetapi kebenaran pastinya amat pahit. Walaupun benar, namun kita pasti akan marah kerana ia adalah ibu bapa kita. Begitulah juga dengan organisasi y kita berada di dalamnya. Walaupun salah, pasti kita tidak berdaya untuk meng-ia-kannya.
Integriti bermula sejak pertama kali seseorang itu memasuki alam pekerjaan. Tanamlah didalam hati, aku perlu bekerja, bukan hanya makan gaji, tetapi untuk menyenangkan semua orang. Boleh dikatakan, memang pihak pentadbiran USM umpama lilin y membakar diri demi pelajar2 semua, namun kesilapan boleh dikatakan kesilapan sekiranya ia hanya berlaku sekali.
Akademik memang penanda aras setiap kecemerlangan. Sebab y demikian, maka sebarang institusi mahukan seseorang cemerlang dalam akademik, barulah perhatian akan diberikan. Ia berbeza sekiranya kita menggunakan pengaruh kita untuk mengambil seseorang y cemerlang dari segi akademik berbanding menggunakan pengaruh mengambil seseorang y amat lemah dalam bidang akademik. Ini ada isu y sebenar. Ia seperti menyalahgunakan kuasa. Kita percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan, tetapi Tuhan tidak mahu seseorang menyalahgunakan kuasa untuk mengambil hak orang lain. Sebagai contoh, sekiranya ada kekosongan ruang pekerjaan, di USM contohnya, mengapa tidak semua diwar2kan. Buka peluang kepada semua pelajar y bergraduasi. Selepas itu bersainglah secara sihat. Y terbaik akan terpilih. Dimasa itulah, integriti akan menjamin keutuhan sesebuah organisasi.
Bagaimana pentadbiran di Malaysia ini mampu menjadi setanding dengan negara maju? Lihatlah indeks rasuah di negara kita. Adakah ia berkurangan? Jawapannya pasti tidak. Jangan nafikan kelemahan y wujud kerana kita ini manusia y serba lemah. Kalau begitu, tidak perlulah meneruskan kehidupan kerana kita buat apa2 pun, pasti ada y tersilap. Saya lihat, walaupun sesetengah orang itu bertahun2 menjadi pihak pentadbir, namun pengalaman y beliau kutip sepanjan tahun2 itu tidak langsung meningkatkan taraf perkhidmatan.
USM telah berusia 40 tahun. Namun hakikatnya kita masih tidak mampu bersaing secara hakiki disebabkan banyak karenah birokrasi pentadbiran y masih tidak mampu diselesaikan oleh orang y mendakwa berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran. Nampaknya, akademik masih memainkan peranan penting dalam mencorakkan sesebuah organisasi.
p/s: Suka orang y mengkritik..

8 comments:
Hafezul.
Pertama. saudara tiada pengalaman berkerja. Apa yang saudara perkatakan adalah cetusan pendapat rawak dari kacamata seorang pelanggan.
Kedua, membuat tuduhan rawak dan rambang secara borongan adalah berbahaya kerana asasnya semata-mata berfukus kepada andaian.
Mengkritik tanpa selitik dari akar hingga pucuk adalah kedangkalan. Kedangkalan menjadi bahan ketawa jika paksinya rambang.
Pengukuran kecemerlangan adalah berbeza. Perbezaan itu adalah kerana ilmu, fakta, pengalaman, sikap dan sudut pandangan yang berlainan.
Jangan humbankan kemarahan kita kerana kita tidak memperolehi peluang. Peluang yang diberi kepada seseorang belum tentu benar berasaskan kepada salahguna kuasa. Peluang diberi kebiasaannya berasaskan kepada potensi. Potensi seseorang diukur dari kacamata dan garis panduan seseorang penilai atau paanel penilai. Tidak adil kita menyalahkan penilai petensi seseorang calon berasaskan dari sudut garis panduan kita sendiri.
Seseorang pentadbir itu diikat dengan akta, pekeliling perkhidmatan, akuan sumpah rahsia, tanggungjawab, amanah. dll. Tidak semua perkara boleh didedahkan kepada umum. Hal inilah yang menjadi lompang kepada fakta-fakta saudara.
Saya kira ulasan Mahasitua itu ada baiknya saudara teliti. Tanpa pengalaman saudara hanya bercakap tentang kulit bukan isi. Jangan marahkan nyamuk kelambu mahu dibakar. Seperti saya mulakan tadi bahawa teguran itu bagus tetapi bagaimana mengurus dan menjurus teguran itu agar ia sama aras dengan kita sebagai seorang inteliktual.
To 'so-called-dr' irfan ipoh- Pertama, bagaimana dr tahu saya tidak ada pengalaman kerja. Bagaiamana dr tahu saya hanyalah selama ini bersama dengan buku semata2. Dr mengatakan bahawa seseorang pentadbir itu diikat dengan akta, pekeliling perkhidmatan, akuan sumpah rahsia, tanggungjawab, amanah dll. Adakah betul2 dr beramanah ketika menjalankan tugas. Berapa minit dr keluar minum pagi daripada masa y dibenarkan? Saya tidak marah kepada sesiapa, cuma terkilan kerana banyak perkara masih belum terjawab sepenuhnya. Memang benar, tidak dapat dinafikan pengukuran kecemerlangan begitu subjektif, namun inilah sebenarnya apa y kita katakan pembentukan modal insan y negara mahukan. Sekiranya benar apa y dikatakan oleh mahasitua itu tadi, mengapa perlu beliau masih memasuki universiti pada usia y sudah senja. Apa y dicarinya. Ilmu bukan?
Kedua, bukan tuduhan ini secara ramabang n borongan semata2. Bukan juga pada andaian, tetapi pada pengalaman semada secara langsung atau tidak langsung. Tidak bermakna sekiranya saya masih bergelar mahasiswa, saya merupakan kelompok hingusan y tidak ada ruang untuk bersuara. Nampak gayanya, dr masih lagi terkebelakang dalam soal keterbukaan n integriti. Walaupun bertitle dr, pada asasnya, dr sendir masih belum faham makna sebenar apa dikatakan potensi itu. saya fikir, tulisan saya adil, kerana hanya mengetengah apa y saya arif sahaja.
Perlu dijelaskan disini bahawa setiap orang akan disertakan dengan rezeki n peluang y semuanya datang dari Allah SWT. Penat saya untuk mengulang semula kerana saya rasa dr tidak faham apa y saya perkatakan dalam ketiga2 entry saya walaupun dr memiliki pengalaman ysngt luas. Pokoknya, dr tidak boleh hanya duduk di pejabat, tidak tahu tentang apa y sebenarnya berlaku diperingkat bawahan.
Jangan nafikan, orang kita amat kuat berpolitik, walaupun dalam hal ehwal pengambilan pekerja. Hanya mengambil pekerja y membawa slogan 'titah tuanku, patik junjung'..
Saudara Hafezul.
Saya terhina apabila anggapan saudara kepada kami yang berusia ini meneruskan pendidikan tinggi. Sebenarnya di sinilah letaknya persimpangan antara kita. Pada tanggapan saudara mahasiswa seperti kami sekadar perebut ijazah pertama. Tanggapan itu nyata meleset. Dalam usia 26 + tahun selaut manalah pengalaman saudara.
Saya ingin hentikan perbincangan ini kerana saudara tegar dengan tanggapan yang cetek dan tidak bersandarkan asaskan yang kukuh. Saya setuju dengan intipati tulisan Dr. Irfan.
Untuk Dr. Irfan.
Terima kasih kerana lorongan pendapat. Walau bagaimanapun saya ingin menarik diri kerana saya terkhilaf bersadungan dengan hafezul yang lebih gemar membasah benang dari berdiri pada paksi hakikat.
Salam.
To mahasitua-Nampaknya saudara telah tersalah tafsir jawapan saya kepada Dr Irfan. Mungkin saudara tidak membaca komen2 saya y lain berkenaan dengan keterbukaan saya mendengar pendapat saudara sehinggakan saya tidak menjawab apa2 bg komen saudara. Saya tidak sebut langsung ditaraf manapun saudara belajar ketika memasuki universiti. Jadi, emosi telah merosakkan ideologi saudara pada saya pada pertama kali kita bertemu di dunia maya ini. Saya hormati pandangan saudara. Terima kasih n maaf sekiranya kata2 saya seperti menghina saudara. Walaupun saya tidak berniat sedemikian. Terima kasih.
saya tidak mahu 'mengomen' apa2 tentang komen terdahulu kerana saya tidak mengikutinya dr awal. saya cuma ingin menambah berkenaan isu kesilapan teknikal usm ini. human mistake sebegini bkn tidak pernah berlaku di tempt lain cuma apa yg telah berlaku terhadap usm hari ini ialah pentadbiran atasan yg sudah tidak digemari oleh org luar dan termasuk org dlm sendiri terhadap tonggaknya. jadi kesilapan teknikal membuka ruang utk menghentam individu tersebut sebenarnya (bkn org yg key in data komputer itu). perkara ini hanya arif diketahui oleh mereka yg bertugas dibahagian pentadbiran atasan univ. telah membuka pekung didada.
To anonymous: Kalau ditanya kepada semua pelajar2 y betul2 serius dengan pelajaran di USM, hampir 80% akan mengatakan tidak suka dengan pentadbiran USM terutamanya BHEPP. Saya sebenarnya mendapat respon awal dari orang2 ini sebelum saya mula menulis entry saya berkenaan dengan perkara ini. Apa2 pun, mesti ada human mistake y terlibat, cuma perlu disiasat samada ia berpunca dari kelalaian atau tidak sengaja. Maaf untuk mengatakan, saya pernah mendengar seseorang y bergelar pihak atasan di USM berkata, Universiti APEX 'S**t'.
slm, to hafezul, sy kurg setuju dgn kenyataan 80% pelajar tidak setuju dgn BHEP. sy sbg slh seorg pelajar dan sudah hampir 5 tahun berada di sini sgt berpuas hati dgn HEP. ada benarnya kdg kala mereka membuat kesilapan di sana sini tp, kita adalah manusia, mudah utk membuat kesilapan dan mudah pula utk menuding jari. sy selalu berurusan dgn pihak HEP dan berpuas hati dgn layanan mereka (perlu diingatkan, sy bukanlah org HEP dan lgsg tiada kenalan yg bekerja di sana) namun, mereka mmberi layanan yg sgt baik. jd, pd saya, angka 80% itu sgt kurg tepat (adakah anda menggunakan sample size yg sesuai?). dan kebanyakan rakan seperjuangan saya bersetuju dgn saya. anda mengatakan anda sayangkan USM, namun, dgn kenyataan tanpa usul periksa sedemikian, boleh membuatkan org luar tidak yakin dgn USM. fikir-fikirkan lah.
Saya sangat setuju dengan komen hafezul. setidak tidaknya, adalah jelas USM melakukuan kesilapan.Namun ia tidak bermakna ia tidak boleh diperbaiki.
1, Sebagai seorang yang banyak berurusan dengan pentadbiran usm. adalah sangat mengecewakan apabila dalam 40 kali panggilan dibuat. hanya 5 kali dijawab. saya tidak mahu mendedahkan bahagian pentadbiran mana. Cadangan saya adalah setidak2nya usm perlu melengkapkan setiap telefon dgn mesin pesanan suara, sekurang kurangnya pemanggil boleh meninggalkan pesanan penting.
2.Sistem Usm perlu lebih bergerak kepada sistem teknologi, adalah mengecewakan apabila emel urusan rasmi tidak diberi perhatian,apabila ditanya,katanya hanya melalui fax diberi jaminan.Usm perlu mengadaptasi dengan perubahan yang lebih pantas.
3.jika kita lihat pada laman web usm, memang ada versi bahasa inggeris tetapi untuk laman sistem direktori telefon USM, hanya dalam bahasa melayu, sebagai Universiti yang menuju taraf antara bangsa, setidak tidaknya versi bahasa inggeris perlu ada.ini kerana ia akan membuka jaringan yang lebih luas di peringkat antara bangsa untuk berurusan.
4.Usm perlu buka portal umum,untuk ruangan orang ramai untuk melontarkan buah fikiran dan komen yang boleh memperkasa usm
Post a Comment