Jun 3, 2009

'USM-Kesilapan Yang "Tidak Disengajakan"'

Sebahagian pelajar n ibu bapa berkumpul di bangunan Canselori
USM untuk mengesahkan status anak2 mereka ke USM setelah
senarai nama telah disalah paparkan oleh 'komputer'


Dalam minggu ini, kecoh apabila telah berlaku kesilapan teknikal oleh pentadbiran USM (pendaftar USM) sehingga tawaran masuk untuk pelajar baru bagi sesi pengajian 2009/2010 menawarkan tempat ke universiti berprestij ini kepada pelajar2 y tidak berkelayakan. Ini juga telah menyebabkan lebih seratus pelajar beserta ibu bapa telah datang ke bahagian pendaftar USM untuk menyemak status permohonan anak mereka. Harapan mereka adalah untuk melihat anak mereka berada di tempat terbaik n mendapat ilmu y terbaik.

Saya tidak mahu menangguk di air y keruh. Saya juga tidak mahu menuding jari kerana ia tidak ada kaitan dengan saya walaupun saya sedang menuntut di USM. Bukan menjadi amalan untuk menembak membabi buta tanpa peduli tentang fakta sebenar n apa y sedang berlaku. Pagi nanti, mesyuarat mingguan kabinet Malaysia akan membincangkan kesilapan ini sehingga ia menjadi isu penting untuk minggu ini. Menjadi isu nasional menggambarkan sisi USM y mudah menarik perhatian seluruh anggota masyarakat untuk mengetahui tentang setiap apa y berlaku padanya. Bagi saya, itu adalah perkara y positif.

Namun, sebagai universiti bertaraf tinggi, kesilapan itu bukanlah sesuatu y boleh dimaafkan dengan sekelip mata. Ia memerlukan siasatan rapi kerana ia secara tidak langsung mendedahkan bahawa universiti ini leka. Bukan kerana status APEXnya, tetapi kerana setiap y menjadi tenaga pentadbirnya tidak begitu serius dalam usaha meningkatkan mutu kerja n integriti pentadbiran. Saya pernah menajdi mangsa, menunggu sehingga lebih kurang 3 jam di Institut Pengajian Siswazah, hanya menunggu pegawai y bertugas. Saya juga pernah membawa seorang visiting profesor dari Slovenia untuk menyelesaikan hal2 berkaitan dengan dengan pihak unversiti, tetapi pentadbiran y tidak cekap telah menyebabkan imej universiti menjadi rendah dimata profesor tersebut.

Pernah juga terjadi peristiwa dimana seorang kawan y mahu mengisi borang permohonan kerja adiknya terpaksa mencuba beratus2 kali, hanya kerana sistem offline, tidak berfungsi n sebagai. Setelah seminggu, apabila pergi ke pihak y berkaitan, barulah sistem itu berfungsi semula. Kalau tidak ada komplen, tidak akan ada y monitor perkara2 sedemikian. Itu hanya beberapa peristiwa. Banyak lagi y terjadi selama 4 tahun saya disini.

Mungkin ini disebabkan oleh sikap universiti y suka mengambil staf daripada golongan orang y tidak berkualiti dari segi akademik, mendapat CGPA y begitu rendah(sekadar cukup makan) sebagai pegawai2 di USM hanya kerana mereka ini sangatlah aktif berpersatuan, memegang jawatan YDP n sebagainya. Apabila orang sebegini y mentadbir, maka hasilnya seperti y dapat kita lihat n dengar sepanjang minggu ini. Hanya banyak menghabiskan masa mesyuarat disana sini namun tidaklah begitu membanggakan dari segi integritinya.

Diharapkan, kesilapan y semacam ini tidak lagi berulang. Kesian kepada ibu bapa y begitu mengharapkan anak dapat memasuki USM y terbilang ini, namun akhirnya hampa kerana kesilapan y sebegini. Perkara y lepas biarlah lepas. Semoga universiti lebih maju ke hadapan pada masa akan datang.

p/s: USM-Universiti Suka Mesyuarat...

2 comments:

fuzama said...

Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.

terima kasih bagi pihak USM.

Anonymous said...

gajah sama gajah
harimau sama harimau
kancil sama kancil
sama saja ... itu binatang jalanan.

- hjhadinikaziz