Apr 28, 2009

'Sabar Menunggu'

Ramai orang x suka menunggu. Kenapa x suka? Sebab y pertama, mungkin ia membuang masa. Masa lebih berharga dari emas. Tetapi menunggu juga penuh dengan hikmah y kadang2 kita langsung tidak terfikir n terlintas dihati kita.

Dalam sesebuah hubungan sosial, percintaan @ persahabatan, menunggu dan ditunggu adalah perkara biasa. Mungkin masa itu emas, tetapi bagaimana pula dengan hati n perasaan. Adakah ia tidak bernilai. Apa y dimaksudkan disini adalah, sebagai contoh, apabila kita berjanji untuk melakukan sebarang perkara bersama, kenapa kita tidak sanggup menunggu supaya dapat bersama2. Kita selalu meletakkan syarat dalam sesebuah hubungan sosial, tetapi adakah kita sendiri mampu untuk memenuhi syarat y kita sendiri cipta.

Orang y ditunggu pula, sekiranya tidak ada perkara y penting, janganlah la biarkan orang tertunggu2. Setiap orang ada komitmen masing2. Pokoknya, kita perlu sabar. Kadang2 rasa terkilan juga apabila kita sanggup menunggu orang, tetapi orang itu tidak sanggup menunggu kita. Adakah masa kita kurang berharga dari masa mereka. Jawapan tidak. Didalam setiap persahabatan @ percintaan, susah untuk kita menjadi hati orang lain. Kita cuba menjaga hati orang lain, tetapi pastikah mereka mampu menjaga hati kita.

7 tahun menunggu, akhirnya masa y ditunggu pasti akan tiba tidak lama lagi. Hubungan y baik datang daripada sikap toleransi sesama sendiri. Ini y baiknya. Sekiranya kita tidak mampu menunggu, jangan harap y sama dari sahabat kita.

p/s: Tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan x timbul2..

3 comments:

Anonymous said...

aku xsuka menunggu...!!!
xsuka..
xsuka..
xsuka...!
mcm mna nk buat???

Anonymous said...

menunggu mana da lama sebab masa berjalan. bulan 11 tuh tak lama lagi untuk menunggu dibandingkan dgn 7 tahun.

Hafezul said...

I am actually using sarcasm phrase n word. Not really talking about my relationship with my 8th wonders of the world..I really mean to smash somebody but in a kind word.