Mar 3, 2009

'Antara Kedai Kopi & Starbuck'

Kedai kopi, merupakan satu istilah y begitu terkenal n sinonim dengan orang Malaysia secara khususnya. Dari kecik sampai la besar, wajah orang Malaysia ini tidak dapat tidak, mesti akan dikaitkan dengan kedai kopi. Siapa y x pernah ke kedai kopi, berbual tentang bermacam2 isu. Dahulu, semasa zaman sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, para pemimpin Kesatuan Melayu Muda(KMM) berpidato di kedai2 kopi untuk mengajak anak2 muda berjuang bersama2 kesatuan mereka. Memang, kedai kopi mampu berperanan sebagai platform untuk sesiapa saja mengutarakan pendapat, idea2 dan pelbagai lagi.

Namun, perkara buruk juga selalu dikaitkan dengan kedai kopi, seperti pusat penyebaran fitnah n tempat mendapatkan berita tanpa fakta y benar. Kita selalu mendengar istilah 'sembang kedai kopi', 'cakap2 kedai kopi' & , macam lagi untuk menggambarkan ketidakseriusan berita y didapati oleh pengunjung kedai kopi. Y menjadi masalah, orang kita selalu mengambil berat & serius perkara2 y tidak kita pasti hujung pangkalnya. Topik y paling hangat di kedai kopi pasti setiap berita y terpampang di dada2 media massa & cerita2 politik. Tanpa perlu menyiasat kebenaran berita kedai kopi ini, ia disebarkan melangkaui budaya & keturunan, setiap lapisan masyarakat.

Ini sebenarnya gejala pepecahan dalam masyarakat. Cakap2 kedai kopi sebegini lah y kadang2 menjadi nanah kepada institusi sosial masyarakat kita. Tokok tambah setiap cerita itu kadang2 menimbulkan permusuhan. Ramai y tidak berminat untuk mengkaji perkara y didengar sedalam2nya. Hanya tahu mengikut membuta tuli. Mereka ini apabila diasak dengan fakta atau cerita y benar akan cepat2 mencari jalan untuk menokok tambah cerita supaya menjadi seperti berita benar.

Banyak orang kita hari ini, termasuk mereka2 y cerdik pandai y belajar di universiti2 terkemuka, bercakap tentang perkara y mereka sendiri tidak tahu asal usulnya. Hanya bercakap berdasarkan 'orang kata'. Menjadi pak turut kepada sesetengah pihak berdasarkan cakap2 kedai kopi ini. Ideologi dibentuk secara membabi buta. Lihatlah sesetengah pemimpin pelajar, mereka kadang2 kelihatan bodoh apabila sesekali memberi kenyataan tentang dunia semasa. Termasuk juga y begitu gah membangkang itu dan ini.

Lain pula dengan Starbuck. Ia seperti menjadi tempat menggali ilmu. Kita boleh lihat sesuana pengunjung bersama buku mereka di situ tanpa ada rasa janggal ataupun malu tidak bertempat. Sebenarnya, budaya sebeginilah y perlulah menjadi darah daging bangsa kita. Kita perlu mengubah budaya kedai kopi ini kepada budaya menjadi bangsa y berilmu. Walaupun bercakap tentang hal ehwal politik dan semasa, namun kebijaksaan mengulas setiap fakta itu perlu menjadi asas kepada setiap perkara. Kaji tentang setiap perkara sebelum mengeluarkan pendapat. Alangkah bertuah sekiranya satu hari nanti kita dapat budaya Starbuck berada di kedai kopi!

2 comments:

NA said...

aku suke kopi! frapuccino satu! ;)

Anonymous said...

betul!betul!betul!