Dec 17, 2008

'Nasib Proton'


Proton @ Perusahaan Otomobil Nasional merupakan projek kebanggaan negara y di ilhamkan oleh Perdana Menteri y begitu berwawasan, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Telah melangkaui usia lebih 2 dekad berada di dalam industri automotif, Proton nampaknya sudah bangkit dari kejatuhannya sebelum ini dan mula mencatatkan keuntungan y memberi kesan terhadap ekonomi negara secara amnya. Pasti, semua rakyat Malaysia begitu berbangga dengan Proton.

Baru2 ini, timbul isu tentang pembelian kereta berjenama luar oleh kerajaan Negeri Perak y diterajui oleh Pakatan Rakyat. Mengikut pekeliling y dikeluarkan sebelum ini, semua agensi kerajaan perlu menggunakan kereta nasional or kereta buatan tempatan untuk urusan rasmi. Sebelum ini, Negeri Terengganu juga telah berjaya membeli kereta Mercedes untuk kegunaan para pegawai kanan kerajaan. Namun, akibat dikritik, mereka telah membuat keputusan untuk tidak menggunakan kereta itu sebaliknya meneruskan penggunaan kereta Proton.

Persoalan, kenapa perkara sebegini terjadi. Ada 2 kemungkinan iaitu kualiti kereta Proton dan sikap tamak seseorang pemimpin apabila mendapat kuasa. Saya lebih cenderung untuk bersetuju dengan kemungkinan y pertama itu tadi. Dari segi harga, tidak dinafikan kereta Proton amat kompetitif dan mampu milik oleh semua golongan. Namun, dari segi kualiti, tidak tahu kenapa selepas lebih 2 dekad, Proton masih di takuk lama. Cuba lihat kereta Proton Wira di jalan raya, model terbaru. Apa pembaharuan y kita nampak. Boleh dikatakan tidak ada. Proton Wira y dihasilkan hari ini, sama bentuk n rupa seperti Proton Wira 15 tahun y dulu. Old-Fashion. Cuba kita lihat kereta jenama luar negara dalam kelas y sama dengan Proton Wira, kita akan langsung tidak nampak sedikit pun ciri 1st model kereta itu.

Saya sering mendengar ramai y merungut tentang kereta Proton ini. Terbaru, kereta Dekan Pusat Pengajian saya, baru berusia setahun lebih, tetapi sudah menghadapi masalah gear box. Rasanya, ramai y tahu masalah ini sering berlaku terhadap kereta Proton tapi tidak nampak langsung inisiatif daripada Proton untuk menyelesaikan masalah ini dalam keluaran terbaru mereka. Padahal, kes-kes kerosakan sebegini telah berkumandang bertahun2 lamanya. Semalam, semasa memandu, saya ternampak sebuah Proton Wira y mengeluarkan asap tebal dari ekzosnya. Pasti kereta itu menghadapi masalah enjin y serius. Bapa saya, pernah menggunakan Honda Accord 1.6 keluaran tahun 1988. Selepas 15 tahun, kereta itu masih gagah. Enjin tidak ada masalah. Cuma kerosakan kecil sebab kereta tua n servis sahaja y perlu dihadapi.

Kakak saya pernah membeli Proton Gen 2. Dalam masa tidak sampai sebulan selepas kereta tu di beli, lebih dari 3 kali kereta itu masuk bengkel atas bermacam2 kerosakan.

Jadi, saya bersetuju sekiranya ada kerajaan negeri, tidak kira Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional untuk menggunakan kereta jenama luar. Ini supaya, Proton dikejutkan dari tidur dan mula bekerja lebih keras untuk membina kereta y lebih berkualiti dan mempunyai identiti unggul seperti kereta import y lain. Dengarlah rungutan dari pengguna dan carilah kumpulan jurutera y lebih kreatif dan berwawasan, bukan hanya tahu pasang enjin sahaja tetapi menjalankan penyelidikan demi penyelidikan demi survival Proton, syarikat kebanggaan kita ini.

p/s : Aku guna Kancil BFK 2976 je sebab dia guna teknologi import!

2 comments:

NA said...

sebab tu aku nak BMW!! there..i said it! haahaa

Hafezul said...

Beb, Honda City baru lawa nak mampus. Aku dah tgok prestasi keta Jam. so, ko paham2 je la, hehe..