Nov 25, 2008

'Sehari di Feringgi'

Hujung minggu lepas, aku, Jam n Travis join dengan budak2 girl 6-6-3 VSK g picnic di Betu Feringgi. Kami g pantai y bhadapan dengan Spice Garden kat Batu Feringgi tu. Syafiq x join sebab dia balik KL utk uruskan pasal hal kereta dia y eksiden tu. Jadi, pagi tu, kami kuar dari rumah pukul 10.30 pagi ke sana. Pagi2 lagi sebelum g, aku bangun prepare foods. Aku goreng koewteow n Jam goreng fries, haha~~. Before tu, aku dah order 3 ekor ayam bbq kat cafe Harapan. Sedap ayam y mamat cafe tu marinade. Di tingkat 6 VSK plak, Nik btungkus lumus menggoreng bihun. Kira bnyak la mkanan untuk picnic hari tu.

Ok, program kami hari tu dijoin oleh Girlings n Blairs. Aku invite mereka ni utk bagi meriah lagi percutian hari tu. Amy n Ryan sampai ke pantai lebih kurang 10 minit lepas kami semua sampai. Jill, Ashley, Isabell, Julia, Hayden n Will sampai setengah jam pastu. Masa kat sana, aku n Travis btungkus lumus cuba nyalakan arang utk masak bbq tu, tapi x tau la silap kat mana, api xmau hidup plak. Travis telah menggunakan segala kepakaran dia semasa dalam hutan utk nyalakan api. Akhirnya, lepas setengah jam, baru api nak hidup. Teror ar Travis!(mesti dia tngok Man vs Wild kat Discovery Channel ni). Apa lagi, kitorang berbbq la pastu. Sedap beb ayam tu. Rugi betul Syafiq n Mail x ikut. Banyak betul makanan Jill bawak. Buah-buahan berlambak2. Diorang ni memang suka picnic. Y paling best, diorang ni sporting sangat!

Aku n Jam join Ashley n Ryan main American Football. Ashley la y bawa bola tu. Penat giler. Walaupun aku team ngan Ashley(dia ni player dulu) tapi kami kalah juga. Nampaknya badi Anugerah DiRaja Jam telah menghantui aku. Kira teror la Jam ni walaupun 1st time main. Y geng2 pompuan pulak dok main bola. Best wo!

Pastu, ada kitorang main baseball jap. Tapi x best la, bola pukul asyik x kena jer. Kalau kena, bola masuk laut pulak. Aku x mandi sangat. Jam y kononnya x mau mandi tu(dia langsung x bawa baju spare even aku suruh bawa), dia y lebih basah dari orang lain. Pergh, puas hati betul bila dapat sesekali g rileks camni. Hilang stress seminggu bekerja. Makanan semua sedap. Lain kali aku nak ajak diorang lagi la. Sian kat Syafiq. Lain kali la k Syafiq, kita g lagi sekali.





















4 comments:

FuzAma said...

hahaha...mstila photo yg d last one tu kan...hahaa..doa2..mg2 cepat makan nasi minyak..tunggu ko lambat sangat!heeee...

Anonymous said...

tp, ade saingan.."ada utkku..."

Anonymous said...

xyah la membazirkan doa ko fuzah..meh aku doakn ko dgn *tuuuuuuut*..>>>aku tau crush ko..ngeh2

FuzAma said...

hahaha...ala apa salahnya nik..ok apa...kalu jodoh tak ke mana ye tak..heee

hii..nasib ko lah zul..dah jadi lempeng agaknya dikerjakan nik...heee...nik apapun aku tetap sokong ko..heee