Pertama sekali,tahniah diucapkan kepada seluruh warga USM y tercinta ini diatas penganugerahan kerajaan kepada USM sebagai Universiti APEX y pertama di Malaysia mengalahkan UM,UPM n UKM.Status USM sebagai RU @ universiti penyelidikan telah berjaya membawanya ke mercu kegemilangan di bawah pentadbiran Tan Sri Prof. Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Naib Cancelor y amat berwibawa n berwawasan tinggi.Seluruh warga USM amat berbangga menjadi sebahagian daripada USM. Diharapkan dalam masa y terdekat ini,USM akan turut mendapat status MSC y terus akan memacunya menjadi universiti bertaraf global.
Apa y paling penting, setiap warga USM haruslah sentiasa berusaha untuk mengekalkan kegemilangan ini. Pengorbanan dari segi masa, ilmu n tenaga bagi menjayakan wawasan n harapan seluruh negara kepada perkembangan ilmu y akan menjadi tanda aras tentang kemajuan sesebuah tamadun di dunia ini. Setiap perkara y akan merosakkannya haruslah dikikis n di basmi agar segala perancangan tidak akan terjejas.
Integriti juga harus dperkukuhkan. Di USM, Bendahari USM selalu menjadi bahan keluhan para pelajarnya kerana kurang berintegriti. Namun, setahun kebelakangan ini, telah ada perkembangan y positif di dalam mutu perkhidmatan Bendahari.
Selain dari itu juga, penglibatan pelajar di dalam politik kampus seperti pilihan raya MPP haruslah diseimbangkan dengan akademik. Ramai pelajar y pada awalnya cemerlang dalam akademik tetapi merosot pelajarannya apabila menyertai MPP. Ini juga merupakan rungutan daripada para pensyarah y begitu mementingkan akademik. Dunia pembelajaran y hanya 3 4 tahun ini haruslah digunakan sebaik2nya untuk menimba ilmu. Duit rakyat y digunakan untuk menampung pelajaran di sini tidaklah seharusnya di sia2kan hanya untuk menonjolkan diri hero dikalangan mahasiswa. Pengisian di dalam MPP n persatuan2 lain haruslah dikaji asalkan masa untuk akademik lebih banyak berbanding masa untuk berpersatuan. Apabila sudah bergraduasi, terpulanglah kepada mahasiswa untuk berpolitik n berpersatuan apabila mereka telah memasuki alam pekerjaan. Pada masa itu, tanggungjawab mereka untuk menuntut ilma secara formal telah pun berakhir.
Ada beberapa isu y sepatutnya tidak berlaku di universiti bertaraf univerti terbaik ialah sindrom kronisme di dalam pemilihan individu untuk menjadi orang penting di dalam universiti. Biasanya, orang y terlibat aktif dalam MPP akan dibuka peluang seluas2nya untuk mendapat jawatan n peluang emas y sepatutnya diberikan kepada individu y cemerlang dari segi akademik. Sebagai contoh, YDP MPP apabila bergraduasi, walaupun keputusan pengajiannya tidak memberangsangkan tetapi akan terus diberikan jawatan ysng baik dalam sektor awam oleh kerana hubungan baiknya dengan pihak pentadbiran universiti. Contoh lain, seorang mahasiswa y CPGA tidak lebih dari 2.50 telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara n diberikan biasiswa. Ini merupakan satu perkara y tidak adil untuk mahasiswa y bertungkus lumus mencari ilmu n mendapat keputusan y cemerlang tetapi dinafikan kecemerlangan mereka itu. Perkara ini adalah seperti melanggar amanah Allah SWT, n rakyat y mahu generasi y cemerlang dengan ilmu pengetahuan, bukan hanya kebijaksanaan berpersatuan. Masih ramai mahasiswa y bercita2 untuk lebih maju dalam dunia akademik mereka tetapi mahasiswa y tidak mahu belajar diberi lebih peluang. Integriti tampak tempang di dalam kes sebegini.
Pembangunan di dalam USM berjalan dengan baik. Begitu juga dengan sistem keselamatan. Hal ini telah mencipta persekitaran y selamat n kondusif untuk semua mahasiswa untuk menuntut ilmu. Diharapkan USM akan terus cemerlang dalam melahirkan masyarakat madani y akan membangunkan Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
1 comment:
pergh dasyat nye meng"hentam" orang2 HEP...nie betul tak puas hati nie..xpe2 orang pun setuju..
Post a Comment