"KOTA BHARU - Seorang pelajar pondok yang disaman kerana menunggang motosikal dengan memakai serban diperintahkan Mahkamah Majistret di sini semalam untuk membela diri terhadap tuduhan itu.
Majistret Tengku Amalin Ais'shah Putri Sultan Ismail Petra memutuskan demikian setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Nasir Darus (gambar), 27, dan menetapkan 24 November ini untuk perbicaraan.
Semasa dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 lalu, pelajar Pondok Pasir Tumboh itu tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan atas kesalahan yang dilakukan pada 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh dekat sini.
Ahmad Nasir disaman kerana menyalahi Kaedah 4 Motosikal (topi keledar) 1973 dan dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Mohd. Yusri Mamat manakala pelajar itu diwakili oleh peguam Ahmad Rizal Effande Zainal.
Pada perbicaraan pertama pada 24 Jun lalu, pendakwaan telah memanggil seorang saksi memberikan keterangan iaitu anggota polis yang bertanggungjawab menyaman Ahmad Nasir.
Ahmad Rizal semasa memberi keterangan telah menarik perhatian ramai apabila meminta anggota polis itu, Lans Koperal Che Sidek Omar Mat Hassan melafazkan dua kalimah syahadah berserta maksudnya bagi membuktikan status agamanya setelah dia mengaku beragama Islam."
Berita di atas ini bertarikh 16 September 2008, di petik dari Kosmo. Kes sebegini amat menarik untuk di bincangkan tentang pemahaman Islam secara ekstrimis n membabi buta. Dalam ajaran Islam y sebenar, hal2 seperti ini tidak akan berlaku sama sekali. Islam jelas menyeru kepada umatnya untuk menjaga keselamatan diri n nyawa. Setiap undang2 y bertujuan untuk menjaga keamanan n keselamatan masyarakat tidak salah dari segi syarak asalkan bukan bertujuan untuk mencabar kekuasaan Allah SWT. Undang2 sebegini y dikuatkuasakan oleh kerajaan adalah WAJIB untuk dipatuhi. Pelanggaran terhadap undang2 sebegini sebenarnya melanggar perintah Allah y menyuruh hamba2nya patuh kepada pemerintah selagi mana pemerintah itu tidak menyuruh mensyirikkan Allah.
Di dalam Islam, tidak ada pakaian khas untuk umatnya.Orang Islam bebas untuk memakai apa jenis pakaian asalkan menutup aurat n tidak diperbuat daripada benda2 haram seperti najis n kulit babi. Berjubah n beserban adalah pakaian tradisi arab. Serban tidak mencerminkan akhlak seseorang muslim itu. Sedangkan Abu Jahal, musuh Islam y paling utama pada zaman Nabi Muhammad SAW pun memakai serban. Ada di kalangan orang2 arab y kaya sekarang ini memakai serban tetapi menghisap candu(shisha), mencuri n sebagainya. Pakaian suci dalam Islam ialah pakaian y menutup aurat n bersih dari najis n boleh digunakan untuk beribadat. Jadi, tidak ada keperluan sama sekali untuk orang2 y belajar di pondok atau sekolah2 agama atau tok2 imam di masjid mengenakan serban untuk menunjukkan ilmu mereka lebih tinggi dari orang lain. Ini adalah sama sekali tidak betul.
Kita perlu berpakaian mengikut kesesuaian n keadaan. Apabila menaiki motosikal, sangat penting untuk kita memakai helmet kerana statistik menunjukkan punca kematian penunggang motosikal akibat kemalangan adalah kecederaan di kepala. Serban tidak sesuai untuk digunakan ketika menunggang motosikal. Sama juga sekiranya kita memakai helmet semasa bersolat. Persoalannya adalah sesuai atau tidak sesuai.
Namun, terdapat beberapa remaja berumur setahun jagung y bangga n merasa hebat dengan ilmu agama y mereka pelajari. Mereka mencabar undang2 y nyata tidak langsung berdosa sekiranya di patuhi semata2 untuk menunjukkan mereka sedang menegakkan Islam n berdakwah. Mereka merasakan mereka sedang mempertahankan Islam padahal mereka sedang menjual agama mereka sendiri. Bayangkan sekiranya pemuda di dalam kes di atas kemalangan n mati, siapa lagi y akan menegakkan Islam ini. Orang bukan Islam amat gembira sebenarnya melihat kebodohan y sebegini. Mereka mahu tidak akan ada pelapis2 alim ulama Islam. Secara tidak langsung, dakwah mereka akan menang akibat tindakan bodoh dari orang Islam itu sendiri.
Kita selalu bertegang urat kerana kes2 remeh sebegini. Oleh sebab itu kita tidak tahu tentang hal sebenar y sedang berlaku pada umat Islam di dunia ini. Allah SWT menyuruh kita mencari ilmu dunia n akhirat. Ilmu akhirat sahaja atau ilmu dunia sahaja tidak akan menjadikan umat Islam dihormati di dunia ini. Umat Islam sekarang sedang ditindas. Malahan ada y sudah berani mencabar Islam dengan mengatakan bahawa azan untuk memanggil umat Islam bersolat adalah pencemaran bunyi n mencabar hak2 asasi kaum2 y lain. Di manakah kita apabila perkara ini ditimbulkan? Kita sebenarnya berada d tempat y paling bawah y tidak ada kekuatan untuk mempertahankan agama y suci ini.
No comments:
Post a Comment