Kebelakangan ini, di dalam siri ceramah Anwar Ibrahim, pasca
keputusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman penjara kepadanya kerana
kesalahan meliwat, Anwar tidak berhenti-henti menyerang beberapa individu
Melayu yang dikatakan sebagai kroni kerajaan. Ironinya, tuduhan yang dilakukan,
tidak ada kena mengena dengan hukuman penjara yang telah dijatuhkan ke atas
beliau. Malah, sebelum keputusan tersebut, nama seperti Tun Daim Zainuddin, Tan
Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Mohkzani Mahathir menjadi objek sasar
yang amat disukai beliau di dalam ceramahnya. Namun, apa yang begitu
mengecewakan, serangan terhadap individu yang merupakan usahawan Melayu yang
berjaya ini kerap kali dilakukan dihadapan bangsa lain, terutamanya Cina yang
umum mengetahui merupakan kaum yang menguasai kekayaan ekonomi di Malaysia ini.
Betul kata seorang sahabat, bahawa Melayu cuma pandai untuk menjatuhkan Melayu,
merosakkan bangsa sendiri dengan sikap dengki semulajadi.
Jika diteliti, di dalam senarai individu terkaya di Malaysia,
semuanya milik kaum Cina, bermula dari yang paling kaya, dan di dalam senarai
10 individu terkaya di Malaysia, cuma dua orang dari kaum Melayu. Kenapa di
dalam ceramah Anwar Ibrahim, beliau tidak menyebut tentang kekayaan Robert Kuok
(individu terkaya di Malaysia) sebagai hasil menjadi kroni kerajaan? Di dalam
buku ‘The Reluctant Politician’, beberapa bahagian di dalam buku ini menamakan
Robert Kuok sebagai sahabat karib kepada pemimpin kerajaan Perikatan pada masa
itu iaitu Tun Dr Ismail. Robert Kuok disebut beberapa kali sebagai sahabat
sejak dari zaman muda Dr Ismail sehinggalah ke akhir hayat. Kenapa beliau tidak
disebut sebagai kroni kerajaan? Adakah kerana beliau berbangsa Cina. Di mata
Anwar, hanya Cina saja yang boleh
jadi kaya-raya, dan tidak dicop sebagai kroni. Begitu juga dengan Ananda
Krishnan, mendiang Lim Goh Tong, Tony Fernandes, Vincent Tan. Mereka juga
menjadi kaya akibat peluang yang diberikan oleh kerajaan. Ananda Krishnan
contohnya, diberi lesen untuk menjalankan bisnes tv satelit iaitu Astro, dan
sehingga ke hari ini, beliau memonopoli bisnes tersebut akibat dasar kerajaan.
Kenapa beliau tidak disebut sebagai kroni kerajaan? Begitu juga dengan Tony
Fernandes. Kerajaan siap membina sebuah lagi lapangan terbang iaitu KLIA2
sebagai hub kepada Air Asia untuk menjalankan perniagaan. Kenapa beliau tidak
dinamakan sebagai kroni?
Sebenarnya, di sebalik tabir kejayaan individu-individu yang
saya namakan di atas, bukanlah hasil dasar mengamalkan kroni oleh kerajaan.
Kerajaan cuma memberi peluang kepada mereka ini, selebihnya adalah hasil kerja
keras dan kebijaksanaan mereka di dalam menjalankan perniagaan. Sebagai contoh,
Tan Sri Syed Mokhtar merupakan usahawan sejak dari zaman mudanya. Kemudian
kejayaan dimiliki diperolehi secara perlahan-lahan sehingga menjadi billionaire
hari ini. Saya masih ingat soalan Anwar ketika seronok memburuk-burukkan Syed
Mokhtar. Beliau berkata ‘bagaimana seorang individu boleh mendapat pelbagai
projek kerajaan. Buat landasan keretapi, dia. Buat jambatan, dia. Perlabuhan,
dia. Takkan seorang individu tahu semua bidang?’. Bagi saya, ini satu soalan
yang bodoh daripada seorang pemimpin yang menggambarkan dirinya sebagai
pemimpin besar. Jawapan kepada dakwaan ini mudah saja. Bukan Syed Mokhtar yang
buat semua tu. Syarikat-syarikat yang beliau miliki yang melaksanakan. Beliau
cuma menjadi pemilik kepada syarikat-syarikat seperti UEM, Perlabuhan Pasir
Gudang, MMC dan lain-lain. Soalan ini boleh ditanya semula kepada Anwar. Kenapa
dia nak jadi Perdana Menteri sangat-sangat. Perdana Menteri perlu uruskan
ekonomi, buat bangunan, bina jalan, tahu undang-undang, uruskan kewangan, bina
rumah. Takkan Anwar sebagai seorang individu tahu semua bidang-bidang ini? Jika
beliau berpegang kepada kenyataan ini, tak perlulah beliau sibuk-sibuk untuk
menjadi Perdana Menteri. Mustahil untuk beliau nak menjadi PM yang baik kerana
bagi beliau, mustahil untuk individu mahir dalam pelbagai bidang. Tan Sri Syed
Mokhtar cuma usahawan. Beliau menguruskan perniagaan, tidak kisahlah apa juga
cabang perniagaan tersebut. Kerja-kerja lain diuruskan oleh pengurus syarikat
beliau yang pastinya mempunyai latar belakang yang sesuai dengan kerja yang
mereka laksanakan. Jadi, tidak timbul soalan bodoh sebegini, terutamanya dari
individu yang dianggap pemimpin besar oleh pengikut-pengikutnya.
Amat malang sekali, ramai daripada pengikut-pengikutnya,
menelan bulat-bulat apa yang dimomokkan kepada mereka. Tidak boleh jika untuk
seketika, mereka ini berfikir dengan waras. Amat malang jika kita sesama kaum,
memburukkan bangsa sendiri di hadapan bangsa lain. Ini adalah satu
pengkhianatan. Sejarah menunjukkan, bangsa kita hancur akibat sikap dengki dan
busuk hati bangsa kita sendiri. Kita sepatutnya berbangga dan bersatu padu,
supaya nasib bangsa kita terbela. Lihat, bagaimana kaum Cina bersatu-padu. Persatuan-persatuan
mereka kuat dalam memperjuangkan isu yang berkepentingan kepada bangsa mereka,
tetapi kita, asyik saling menggigit sesama kita. Tidak mustahil, suatu hari
nanti, bangsa kita akan hilang di bumi bertuah ini. Berpolitik ada batasannya.
Jangan kerana inginkan keuntungan politik, pengkhianatan terhadap bangsa
sendiri dilakukan.
Mungkin ada yang membaca artikel ini akan mengangap artikel
ini bersifat rasis. Ini bukan artikel rasis. Ini cuma artikel untuk memberi
nasihat kepada Melayu, agar bersatu-padu. Buangkan sifat hasad dan dengki di
dalam hati kita. Berwaspadalah terhadap pemimpin seperti ini. Jika di depan
Melayu, nada suaranya berbeza pula. Ini bukan sikap seorang pemimpin yang baik.
Pemimpin yang baik, adalah pemimpin yang tidak menghasut rakyat untuk saling
membenci. Berusahalah untuk menjadi lebih baik daripada hari ini.
1 comment:
Yes, great US Military force. Also, in his post you have given a chance to listen about US Military. I really appreciate your work. Thanks for sharing it. Dyed Fabric
Post a Comment