Dec 16, 2010

'Perangai Si Comel Asshaff'

Hari ni, dah 49 hari umur Wan Asshaff. Sekejap ja dia dah semakin membesar. Rasanya, berat badan dia pun dah semakin bertambah. Berat ja aku rasa bila time meriba dia menyusu. Dia sekarang dah kurang meragam, kuat tidor n kuat menyusu. Dah semakin besar la katakan.



Hari sabtu minggu lepas (11 Dec), aku, shifa, tok ma n tok Asshaff organise kenduri akikah, berendoi n bercukur untuk dia. Kira 3 in 1 lah kenduri ni. Semua berjalan dengan lancar sehari tu. Start dari pagi, orang datang untuk marhaban n berendoi kemudian potong jambul dia. Pastu makan dalam pukul 11 pagi camtu. Lauk pun banyak, campur ngan kurma kambing lagi. Kira boleh support makan lebih 200 orang la. Tapi jemputan 100 orang ja, n mengikut tukang kira majlis profesional, kira2 2oo orang y datang masa kenduri Asshaff baru2 ni (haha). Lauk habis, nasi habis. Semua sold out. Kira puas hati la buat kenduri macam ni. Lega n tercapai hajat tok ma n tok wan Asshaff kat Kamunting tu. Diorang la beria-ia sangat nak buat akikah untuk cucu sulung mereka. Kalau ikut aku, nak je buat tahun depan. Boleh rileks sikit pas penat masa Asshaff baru2 lahir hari tu. Tapi apa2 pun, semua dah settle, termasuk duit simpanan aku (haha).



Asshaff start dari minggu lepas, dah mula kami hantar ke rumah pengasuh. Pengasuh dia ni anak mami, kami kenal menerusi kawan kat USM tu. Mula2, dah try cari nursery, kat USM n y kat luar USM. Tapi semua dah penuh. Susah hati jugak aku mula2 tu. Takut juga nak hantar ke nursery sebarangan, macam2 kes y kita dengar lately. Tapi alhamdulillah, aku dapat juga pengasuh untuk dia. Ok juga, bila stay ngan pengasuh perseorangan ni. Senang orang tu boleh fokus kat dia ja. Bila kurang budak2 ni, kurang la risiko nak kena penyakit berjangkit n menjadi vektor membawa penyakit pulak. Aku tengok, pengasuh ni ok sangat jaga dia. Sangat mementingkan keselamatan n kebersihan dia. Macam2 dia ajar kami, camna nak take care Asshaff ni. Since dia pun ada 3 orang anak y sedang membesar, sebab tu pengalaman dia lebih. Apa2 pun, aku harap Asshaff dapat environment y kondusif untuk dia membesar.



Sekarang ni, Asshaff dah pandai senyum!! Kadang2, dia menyahut bila kita sembang dengan dia. Excited betul ibu dia bila tengok dia senyum. Ada 1 lesung pipit. Cam papa dia la. Asshaff ni, masa kat rumah pengasuh, pengasuh tu kata dia asyik makan tidur ja. Tapi bila sampai rumah, dia memang tau ni rumah dia, n dia nak bermanja. Kalau letak atas rocker dia pun, dia nak kita kat sebelah dia. Biasanya kami tinggal je dia sorang sebab, yela, banyak perkara y nak settle kan. Ibu dia kena masak, papa dia kena kemas2 apa y patut. Biasanya dia bertaham 15 - 30 minit ja. Pastu dia akan merengek. Kita cam panggil kami la tu untuk kat dia. Mata2 dia akan terkebil2 tengok sana sini. Pastu, dalam pukul 9 or 10 mlm, dia dah start ngantuk dah. Lepas letak atas katik dia, tepuk2 sikit, dia akan tidur. Tapi ada juga time dia susah nak tidur. Tepuk lama jugak, x tidur2 pun. Tapi ok sangat, malam2 dia dah kurang meragam. Dia akan bangun 3 jam sekali untuk menyusu. Biasanya aku x take port sangat, ibu dia y bangun untuk menyusu.



Selepas 49 hari ni, aku rasa, Asshaff ni jenis y extrovert la, cam aku. Dia suka orang ramai, suka naik kereta. Bila dalam keta, dia xkan tidur. Mata dok meliar tengok sana sini. Pastu, kalau ada orang datang ke rumah tengok dia, dia akan diam je, x meragam. Pas orang balik, baru dia start meragam. Y aku perasan, kalau orang ramai, dok bising sembang, dia boleh pulak tidor lena. Kira x terinfluence la dengan suara2 kat sekeliling dia. Kalau xdak orang, bunyi suara aku batuk pun dia dah terjaga.



Itulah, sedikit sebanyak y aku dapat kongsi dengan korang setakat ni. Pengalaman menjadi memang menyeronokkan. Penat keja hilang camtu ja bila balik rumah. Apa2 pun, wish I could be a good papa for Asshaff!!

Dec 5, 2010

'Dilema Pahala & Dosa'

Konsep pahala dan dosa adalah satu konsep y amat penting di dalam agama Islam. Ia merupakan satu bentuk peringatan agar kita sentiasa berada di jalan y lurus untuk bertemu dengan Allah Azzawajalla. Namun, adakah kita faham mengapakah Allah menciptakan pahala dan dosa? Interpretasi mudahnya, adalah untuk memberi ganjaran atau untuk memberi hukuman terhadap apa y kita lakukan di dunia ini. Namun, adakah sesiapa y pernah terfikir bahawa dosa n pahala merupakan ujian Allah antara y paling besar kepada kita.

Konsep ganjaran merupakan konsep y paling popular tatkala membicara pahala dan dosa. Ganjaran merupakan sesuatu y diberi kepada seseorang bagi membalas budinya sebagai tanda berterima kasih. Serta hukuman merupakan satu deraan atau siksaan daripada segi fizikal n mental terhadap seseorang bagi membalas kejahatan y dilakukan. Secara mudahnya, dapat disimpulkan sebagai buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat.

Tetapi, pada hemat saya melalui beberapa siri kajian melalui pembacaan y telah saya jalankan, jelas konsep pahala n dosa merupakan satu ujian Alalh terhadap kita. Sebagai contoh, pahala. Ganjaran seperti y dijelaskan diatas, merupakan pemberian terhadap kebaikan y dilakukan. Di dalam perkara y lain pula, membuat sesuatu dengan mengharapkan ganjaran, terikat dengan konsep ikhlas serta semata2 kerana Allah apabila sesuatu perkara dilakukan. Persoalannya, adakah apabila kita melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan dari Allah merupakan satu pekerjaan y ikhlas? Keikhlasan terutamanya dalam beragama merupakan satu intipati y sangat penting bagi mencapai takwa serta mendapat keredhaan Allah.

Jadi apabila kita melakukan sesuatu, mampu atau tidak untuk kita menanam di fikiran bahawa setiap kebaikan y kita lakukan adalah semata2 kerana Allah, bukan kerana mahu mendapat pahala. Serta setiap kejahatan y tidak dilakukan adalah semata2 takutkan Allah, bukan kerana dosa y dijanjikan Saya pasti, sekiranya konsep ini dipraktikkan, kita akan menjadi manusia y lebih rasional serta sentiasa mengikut jalan y lurus. Konsep takutkan Allah lebih hebat berbanding takutkan dosa.

Dilema kita, kita sering disogokkan oleh ustaz2 serta tok-tok guru bahawa apabila melakukan sesuatu, kita akan diberikan pahala. Sebagai contoh, ketika sembahyang tarawih. Ada di beberapa y masjid y pernah saya pergi, akan memberitahu ganjaran tertentu y akan diberikan Allah pada malam2 tertentu. Begitu juga dengan lailatul qadar. Memang benar, semua ini dijanjikan Allah, namun tidakkah kita terfikir bahawa Allah ingin menguji keikhlasan setiap hambanya.

Saya disoalkan oleh seorang rakan y beragama kristian dengan konsep ini. Mereka mempertikaikan orang2 Islam y sentiasa mengharapkan 'rewards' untuk setiap apa y dilakukan. Mereka bertanyakan tentang keikhlasan. Agak susah juga untuk saya menerangkan kepada mereka konsep y sewajarnya. Namun, persoalan y ditimbulkan membuatkan saya terfikir tentang perkara ini. Agama y ad-din ini, menunjukkan kita jalan y lurus untuk setiap apa y kita lakukan. Begitu juga konsep pahala n dosa ini, ia sebenarnya untuk melatih kita bagaimana hubungan kita sesama manusia.

Saya harap, kita akan dapat sama2 berfikir agar satu kemanisan beragama dapat kita kecapi. Akhir kalam, semoga apa y dibincangkan ini akan mendapat lebih banyak pertunjuk dari Allah serta mendapat keredhaannya.

Nov 21, 2010

'Anak Ku Yang Pertama'

Pada detik 2.35 pagi, 29 Oktober 2010, Wan Asshaff bin Wan Mohd. Hafezul telah selamat dilahirkan di Hospital Columbia-Asia, Taiping. Akibat sedikit masalah, bayi comel yang sepatutnya dilahirkan secara normal telah dilahirkan melalui C-section. Isteriku, Asshifa, dijangka akan melahirkan Asshaff pada 5 November 2010, tetapi terawal seminggu dari tarikh y dijangkakan. Dia mula sakit 3 hari sebelumnya. Pada pagi isnin tu, aku dah balik ke USM. Dalam pukul 11 tu, isteriku called, n bagitau yang dia dah mula rasa sakit. Ada darah keluar sedikit. Aku terus bergegas pulang ke Taiping. Petang itu aku terus membawa Shifa ke hospital. Dr Khairul, y merawat isteri aku sepanjang tempoh mengandung melakukan pemeriksaan n memberitahu bahawa belum sampai masa lagi. Isteriku masih belum 'terbuka' lagi. Kemudian, selepas 3 hari, dengan sakit y datang sekejap2, Shifa mula rasa sakitnya semakin kerap. Selepas berjemaah malam Jumaat 28 Oktober 2010 serta membawa Yasin, sakit Shifa datang lagi. Dari 30 minit sekali, ia semakin kerap ke 5 minit sekali. Dalam pukul 10.30 malam camtu, aku membawa Shifa ke hospital ditemani oleh kedua ibu bapa mentua aku. Shifa diperiksa. 'Bukaan'nya baru 2cm. Dr menjangkakan Shifa akan melahirkan baby lebih kurang pagi, pukul 4 5 pagi camtu. Awalnya, semua ok. Kedudukan baby, heart beat nya semua normal. Dr berpesan kepada Shifa untuk makan sedikit pada malam itu, untuk mengumpulkan tenaga sewaktu bersalin nanti.



Pada pukul 1.45 pagi camtu, tiba2 heart beat baby meningkat. Sepatutnya range normal 120 - 160. Tetapi tiba2 meningkat sehingga 190 dan tidak turun. Nurse y menjaga Shifa agak cemas n terus menghubungi Dr Khairul. Dalam tempoh 15 minit, Dr datang n Shifa terus dibawa ke labor room. Air ketuban (amniotic fluid) dipecahkan. Namun masih tidak menunjukkan apa2 perubahan. Menurut Dr, baby mungkin dah berak dalam kandungan. Namun Dr masih usahakan untuk Shifa melahirkan baby secara normal. IV drip dimasukkan untuk mencairkan ketuban, namun tidak berkesan. Pilihan terakhir dicadangkan. C-section! Aku pada mulanya agak keberatan untuk membenarkan Shifa dibedah. Sudahlah menyaksikan bagaimana sakitnya dia diperlakukan semasa Dr memecahkan ketuban tadi. Namun, memikirkan nyawa n keselamatan baby, aku akhirnya menurunkan tandatangan untuk membenarkan Shifa menjalani C-section itu.

Shifa, dibawa masuk ke Operation Theater (OT). Aku dibenarkan untuk menemani Shifa sepanjang prosedur itu. Aku diberikan pakaian untuk OT berwarna hijau. Selepas menukar pakaian, aku dibawa masuk n diberi kerusi untuk duduk ditepi Shifa. Pada masa itu, Shifa sudah dibius separuh badan n dia dalam keadaan sedar. Selepas tu, y aku sedar, Shifa sedang dibedah n aku menyaksikan dari mula sehinggalah selesai. Namun, seumur hidup aku, aku xkan lupa saat melihat Dr menarik keluar Asshaff dari dalam perut ibunya. Seperti mimpi! Yang aku ingat, aku tidak putus2 menyebut 'Allahuakbar' berulang2 kali. Sangat hebat kuasa Allah. Aku seperti mimpi. Baby Asshaff kemudian di'pass'kan kepada Dr Fabian, pakar kanak2 untuk tindakan seterusnya. Aku sempat melihat Dr memasukkan getah ke dalam mulut Asshaff untuk menyedut air ketuban n najis y termasuk ke dalam mulutnya. Menurut Dr, nasib baik cepat keputusan diambil untuk melahirkannya secara pembedahan. Sekiranya terlewat, ditakuti baby akan tertelan najis n mungkin akan berlakunya jangkitan. Alhamdulillah, semua selamat. Selepas itu, aku keluar dari OT sementara Dr menjahit luka pembedahan Shifa. Aku terus menuju ke nursery tempat baby diletakkan dan mengazankannya seterusnya mengiqamatkan Asshaff. Harapanku semoga dengan kalimah pertama y didengarinya itu akan menjadikannya anak y soleh.



Shifa dibawa masuk ke wad. Alhamdulillah, isteriku selamat setelah melalui saat2 y menggetirkan. Sayangku kepadanya semakim melimpah ruah dengan kehadiran cahaya mata kami y pertama. Shifa tinggal di wad selama 2 hari. Pada petang sabtu, 30 Oktober 2010, y juga merupakan ulang tahun perkahwinan kami y pertama, Shifa dibenarkan keluar dari wad. Wan Asshaff merupakan hadiah ulang tahun perkahwinan kami y teristimewa. Terima kasih isteriku n selamat datang, Wan Asshaff ke dalam kehidupan kami berdua.

Oct 13, 2010

'Lebuhraya Maut'


Beberapa hari lepas, negara telah dikejutkan oleh satu kemalangan maut berlaku yang membabitkan 2 biji bas serta 3 buah kereta dan sebuah van di di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Ia telah meragut nyawa 12 orang termasuk seorang pemandu bas serta mencederakan 38 orang itu. Kejadian ngeri itu di berlaku pada pukul 6.40 petang Ahad lalu. Dipercayai, bas Ekspres Delima y terlibat di dalam kemalangan itu telah dipandu secara laju sebelum terbabas, terpelanting ke lebuh raya arah bertentangan dan melanggar kenderaan2 y terlibat di dalam kemalangan itu. Menurut saksi, bas itu berada di dalam keadaan terhoyong hayang ketika cuba memotong sebuah kereta sebelum terbabas.

Selepas kejadian, pelbagai spekulasi telah timbul. Kecuaian pemandu sering dijadikan faktor utama. Seperti biasa, pihak berkuasa y berkaitan cuba bersikap lepas tangan di dalam kemalangan antara y terburuk pernah berlaku di lebuh raya utara-selatan.

Sebenarnya, saya antara orang y amat kecewa dengan sikap pihak2 berkuasa seperti JPJ serta Polis di dalam mengawal keselamatan orang ramai di jalan raya. Masyarakat sering dikaburi oleh Operasi y bermusim y dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, Ops Sikap y sering dijalankan ketika musim perayaan. Angka kemalangan serta kematian dicatatkan. Apabila kemalangan serta kematian menurun, maka diwar2kan di dalam media bahawa operasi mereka telahpun berjaya. Padahal, ramai y tahu bahawa kemalangan jalan raya berlaku setiap hari dengan jumlah y tinggi di seluruh Malaysia sepanjang tahun, cuma tidak dilaporkan kerana bukan di dalam jangkauan masa operasi pihak berkuasa.

Selepas kejadian maut sebuah bas terjunam ke dalam gaung beberapa tahun lalu serta mengorbankan berluluh nyawa di Perak, pelbagai reaksi serta operasi y dijalankan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk membersihkan perkhidmatan bas ekspres daripada bas2 y uzur serta pemandu2 y cuai. Namun, selepas beberapa ketika, operasi itu terus senyap dan tidak kelihatan lagi kelibat anggota penguatkuasa di pintu2 tol di lebuh raya, tidak seperti ketika selepas kemalangan maut itu berlaku.

Pada hemat saya, tidak perlulah diciptakan pelbagai undang2 sekiranya penguatkuasaan berada di kelas y tercorot. Sebagai contoh, Ops Sikap perlu di jalankan sepanjang tahun, secara aktik seperti y dijalankan pada musim perayaan. Apa ertinya Ops Sikap sekiranya hanya dijalankan selamat 10 hari. Adakah ia mampu mengubah sikap pemandu di Malaysia ini. Dengan cara ini, bukan sahaja kemalangan maut, malah kes2 mat rempit pun akan mampu ditangani.

Jangan sehinggakan orang berkata, pihak penguatkuasa hanya makan gaji buta. Selain daripada itu, sikap pemandu sendiri y perlu di tangangi. Saya cadangkan kepada kerajaan agar meneliti aspek keselamatan jalan seperti turapan serta kualiti jalan. Sebagai contoh, di lebuhraya berdekatan dengan R & R Gurun, kerap terjadi kemalangan akibat kualiti y teruk kerana jalan diturap dengan menggunakan simen. Ketika hujan, jalan menjadi lebih licin serta membahayakan pengguna. Bukan disebabkan oleh lembaga kebaya merah ke atau makhluk halus. Ia adalah akibat kecuaian manusia itu sendiri. Saya ketawa apabila membawa laporan bahawa jalan itu 'keras', jalan ini 'keras' apabila ada kemalangan berlaku. Patutlah masyarakat kita jauh tertinggal di belakang dek kerana terlalu percaya kepada perkara karut dan tahyul (baca sini).

Saya akui, dahulu saya juga suka memandu laju, terutama di lebuh raya. Namun, selepas berkeluarga, saya bertukar tabiat untuk memandu dengan lebih sederhana serta tidak memecut sesuka hati. Ini adalah untuk keselamatan saya dan isteri serta anak kami. Alhamdulillah, setakat hari ini, tidak ada buruk. Ada sesetengah pemandu, suka memandu sangat laju. Kadang2, ketika memandu dilebuhraya, saya melihat ada kereta y memotong saya serta jauh kehadapan meninggalkan kereta saya. Padahal waktu itu saya memandu pada halaju 110 km/j, halaju y ditetapkan. Saya terfikir, berapa agaknya halaju kereta tersebut pada ketika itu. Ada y beberapa kali di saman kerana memandu laju, tetapi masih memandu laju dan disaman lagi. Seolah2, saman itu hanyalah resit pembelian baju y tidak perlu diberikan apa2 perhatian. Sedangkan, saman itu adalah didikan dan pengajaran supaya tidak lagi melakukan kesalahan pada masa hadapan. Jenis pemandu sebeginilah y layak digelar kepala batu serta tidak menghormati pengguna lain serta mempunyai mentaliti kelas ke-3.

Harapan dan doa saya, tidak akan ada lagi kemalangan ngeri seperti y berlaku pada Ahad lepas. Kasihani pengguna jalan y lain, sekiranya para pemandu tidak mengasihani diri sendiri. Pihak berkuasa pula perlu menjadi lebih tegas dan produktif ketika menjalankan tanggungjawab. Jalankanlah operasi sepanjang masa untuk membentuk sikap pengguna.

Oct 9, 2010

'USM Universiti Unggul'

Melihat kepada tajuk entri saya kali ini, mungkin ramai y menjangkakan bahawa saya adalah seseorang yang suka bercakap hari ini lain, esok lain (baca sini). Namun, sebagai seorang pelajar di USM, saya selalu memikirkan pelbagai cara untuk menaikkan taraf USM sebagai universiti penyelidikan terunggul di dunia. Walaupun, sumbangan ini amatlah kecil jika mahu dibandingkan dengan penyelidik2 lain y jauh lbih berpengalaman y telahpun mengharumkan nama USM di dalam dan di luar negara.

Saya sebenarnya baru sampai ke rumah selepas 4 hari berada di Prince Songkhla University, Thailand kerana menghadiri satu konferen berkaitan dengan sains & teknologi y menjadi tulang belakang kepada sesebuah institusi pengajian tinggi. Sains teknologi lah y banyak membantu untuk mempermudahkan cara manusia menjalani kehidupan seharian. The world is toward that point. Kita tidak ada jalan lain kecuali merelakan diri kita menuju kearah kecanggihan serta penemuan y menakjubkan hasil daripada akal y diberikan oleh Maha Pencipta kepada semua makhluk y bergelar manusia.

IMT-GT Uninet & Joint International PSU-UNS Conferences merupakan satu contoh perhimpunan para saintis serta penyelidik di rantau Asia Tenggara serta beberapa negara Eropah y memberi sumbangan y tidak kurang pentingnya kepada perkembangan ilmu serta pengetahuan pada masa ini. Walaupun apa y dibawa oleh saya ke sana cumalah satu penyelidikan y bertaraf 'kampung', namun saya percaya, bahawa itulah satu permulaan y baik di dalam memenuhi cita2 saya untuk menjadi seorang saintis serta ahli akademik y ulung di USM pada satu hari nanti.

Seramai 100 orang delegasi daripada Pusat Pengajian Sains Kajihayat telah menyertai konferen tersebut. Tidak kurang daripada 50 hasil penyelidikan telah dibawa untuk dikongsi bersama dengan cendiakawan y datang dari pelbagai latar belakang. Konferen dwi-tahunan ini berlangsung dengan lancar serta meninggalkan impaks y tidak kurang besarnya ke atas diri saya secara peribadi untuk lebih berusaha pada masa hadapan.

Graf Publication in International Journals USM

Di permulaan konferen tersebut, satu data telah dibentangkan oleh seorang 'guest speaker' iaitu Dr. Virasakdi Chongsuvivatwong dari Prince Songkhla University tentang prospek penyelidikan diantara Malaysiam Indonesia dan Thailand. Apa y membanggakan, USM merupakan universiti terunggul di kalangan universiti ahli IMT-GT Uninet. USM jauh meninggalkan pesaing2nya sebagai universiti y paling banyak menerbitkan kertas2 jurnal penyelidikan di peringkat antarabangsa. Jumlah y begitu signifikan sehingga menyebabkan USM menjadi hub untuk universiti2 lain di Asia Tenggara berminat untuk melakukan usahasama dengan penyelidik dari USM.

USM merupakan pusat untuk menjalinkan kerjasama akademik

Hal ini merupakan sesuatu y membanggakan. Ahli-ahli akademik dipandang tinggi serta kebolehan mereka dihargai. Sebenarnya, mereka2 inilah y menjadikan USM sebagai sebuah universiti unggul di rantau ini.

Harapan, supaya USM lebih unggul di dalam fokus utama wujudnya universiti 'Sains' di negara ini. Diharap juga supaya pihak pentadbiran USM akan melipat gandakan bantuan terutamanya dari segi kewangan serta dana agar pelbagai lagi bidang dapat diterokai.

p/s: I dont like word 'Lestari'. Tend to like 'Bistari' more...

Oct 1, 2010

'Syawal yang Sederhana'

Hari ni dah 22 Syawal 1431 bersamaan dengan 1 Oktober 2010. Sekejap sangat masa ini berlalu. Pejam celik pejam celik, dah 22 hari kita menyambut Syawal. Maknanya sudah 22 hari jugaklah kita meninggalkan Ramadhan. Rindu sungguh aku rasa kepada Ramadhan. Agaknya tahun depan, dapat lagi tak berada di dalam bulan Ramadhan.

Selepas hari raya tempoh hari, selepas mula bekerja, aku tidak ambil peduli sangat dah berapa hari kita berhari raya. Cuma masih tahu kita masih di bulan Syawal kerana Astro masih tunjukkan drama2 serta rancangan hari raya. Walaupun asyik ulang tayang, tetapi sekurang2nya, masih terasa kehangatan Syawal. Jemputan ke rumah terbuka pun sudah semakin berkurangan. Yang terakhir bagiku mungkin open house kat rumah kawan aku, Mahfuzah and the geng. Selepas ini x tahulah kerana belum dapat apa2 jemputan. Lagipun kalau ada, hujung minggu ini aku akan balik ke Kamunting untuk menghantar isteriku balik ke rumahnya kerana expecting date dia dah semakin hampir. Tinggal hanya beberapa masa sahaja yang akan menjadikan aku seorang ayah. Aku agak keberatan untuk menghantar isteriku pulang, namun memandangkan pada Rabu minggu depan, aku perlu ke Thailand kerana menghadiri satu konferen, maka keputusan sedemikian terpaksa diambil. Lagipun, isteri perlu menjalani medical check-up di Hospital Columbia, Kamunting sebelum boleh mendapat tempat untuk bersalin di hospital tersebut.

Agak sibuk jugaklah aku sekarang ni. Dengan kejaran waktu untuk menyiapkan disertasi master aku, serta ada beberapa konferen y perlu dihadiri, menjadikan 24 jam tidak cukup untuk aku (+tidur 8 jam, hehe). Agak2, mampu tak aku menyiapkan tesis aku sebelum bulan 12 ni. Malas betul aku. Masa sampling dulu cerdas ja otak n fizikal aku, tetapi bila bab menulis, lebih slow dari siput babi. Kompleks betul la.

Jadi, Syawal ni, perasaan untuk berhari raya tidaklah seceria semasa dulu. Serba serbi sederhana. Tetapi masih berlainan kerana aku pertama kali berhari raya bersama isteri tercinta. Namun, selepas 3 hari raya, semuanya kembali menjadi normal. Kehidupan serta kesibukan. Oleh kerana isteriku akan pulang ke kampung esok, bermula dari minggu ini dan minggu2 seterusnya, aku akan berulang-alik setiap hujung minggu ke Kamunting. Bermula esok juga, aku akan terpaksa 'berdikari' menguruskan sendiri hal diri kerana separuh jiwa telah dihantar pulang ke Kamunting. Tetapi tidak mengapa, segala2 akan berakhir tidak lama lagi, seperti mana berakhir Syawal y pastinya akan ditunggu lagi pada tahun hadapan.


Sep 16, 2010

'Menjadi Ayah'

InsyaAllah, dalam masa sebulan lagi, aku akan bergelar seorang ayah. Di dalam usia perkahwinan yang akan menyambut ulangtahun yang pertama pada 30 Oktober ini, mungkin kehadiran orang baru yang dijangka pada 5 November 2010 akan menjadi hadiah ulangtahun perkahwinan yang cukup berharga dan bermakna.

Namanya sudah ada. Serta cara serta kaedah untuk membesar dan mendidiknya juga telah dirancang dengan rapi oleh aku dan isteri. Kami menyediakan diri dengan meneliti buku2 berkaitan dengan 'parenting' serta mendapatkan pandangan daripada rakan2 y telah mempunyai keluarga. Pelbagai pe'el serta ragam anak2 cuba difahami. Tidaklah sama praktikal dan teori. Sudah semestinya praktikal ini akan menjadi lebih mencabar sekiranya kita terlalu bergantung kepada teori. Namun, biasanya teori akan banyak membantu diri untuk bersedia menerima apa saja yang akan terzahir melalui realiti.

Gementar juga rasa dihati apabila memikirkan tanggungjawab yang akan di pikul nanti. Namun, cabaran biasanya akan memberi kita satu keseronokan serta nikmat yang mungkin tidak akan mampu difikirkan oleh kita. Bagi yang sudah melaluinya, mungkin ucapan selamat berjaya yang akan muncul di fikiran apabila mengetahui kita akan mennyertai mereka di dalam Kelab Ibu Bapa. Anak yang merupakan kain putih lagi bersir, perlu dicorakkan dengan penuh berhati2 serta penuh dengan kesabaran akan mereka akan menjadi kain yang bernilai serta bermutu tinggi.

Setakat hari ini, persiapan secara sederhana telah siap dilakukan. Baju, seluar, lampin, selimut, tuala, katil dan pelbagai lagi barangan bayi telahpun disediakan. Seronok apabila melihat barangan2 bayi ini. Kecil n comel, seperti tidak percaya aku akan menajdi seorang ayah tidak lama lagi. Harapan semoga bayi yang akan dilahirkan oleh isteriku sihat sempurna serta tidak ada cacat cela. Juga doa ini kupanjangkan kepada isteriku yang berkorban untuk mengandung serta melahirkan zuriat aku, agar selamat dan mudah ketika melahirkan anakku itu nanti. Pengorbanan sebesar ini tidak akan dapat aku balas walaupun nyawa ini ditukar ganti.


Aug 31, 2010

'Salam Kemerdekaan'

Alhamdulillah, hari ini dah genap 20 hari kita berpuasa. Ramadhan kali ini saya rasakan cukup bermakna kerana pertama kali mmenyambut bulan y penuh barakah ini bersama isteri y tercinta, Nur Asshifa serta pertama kali juga saya berpuasa dengan 2 buah keluarga, iaitu keluarga saya sendiri serta keluarga mentua saya. Alhamdulillah juga kerana anugerah kesihatan y terbaik y diberikan oleh Allah kepada saya sepanjang bulan Ramadhan ini walaupun 2 minggu sebelum bulan puasa, saya mengalami diarrhoea y agak teruk sehingga dimasukkan ke dalam wad di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar akibat jangkitan Salmonella n rotavirus.

Alhamdulillah juga kerana pada bulan y mulia ini, negara kita sekali lagi menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan negara y ke-53 tahun. Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan detik kelahiran sebuah negara y kita kenali sebagai Malaysia pada hari ini. Kebijaksanaan pemimpin serta semangat perjuangan para pahlawan negara y telah banyak menumpahkan darah n air mata semata2 untuk membebaskan negara serta tanahair daripada penjajahan telah memberi sejuta rahmat kepada generasi pada hari ini. Sebagai generasi pasca kemerdekaan, perlulah setiap dari individu itu bermuhasabah secara mendalam di dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan y kita miliki hari ini serta kesenangan hidup y dikecapi. Apalah makna sebuah kemerdekaan sekiranya masih ramai diantara kita y tidak menghargainya.

Kita lihat budaya pada hari ini, seperti tidak lagi menghargai nilai kemerdekaan negara kita y tercinta ini. Dengan gejala dadah, buang bayi, mat rempit, serta penghinaan kepada negara sendiri melalui isu2 politik y melampau, tidak pasti sampai bilakah kemerdekaan ini mampu dipertahankan. Kita sedang berusaha mewujudkan negara bangsa. Hanya bangsa y bersatu daripada 1 asas pluralism kepada asas kebangsaan sahaja y mampu untuk terus memakmurkan negara ini untuk satu jangkamasa y panjang. 53 tahun bukan satu masa y lama untuk sebuah negara y merdeka. Ia masih lagi dikategorikan sebagai bayi y baru merangkak. Merangkak untuk mencari langkah pertama y melonjakkan diri kepada satu dunia y lebih luas lagi.

Namun kita mudah lupa. Melihat kepada generasi muda kini y lebih teruja kepada keseronokkan y melampau, terlibat di dalam budaya sosial menjadi penyakit kepada semua gejala y saya sebutkan diatas tadi, maka terfikir di benak saya, mampukah kita mengekalkan kemerdekaan negara ini. Wawasan 2020 kita y hanya tinggal 10 tahun sahaja lagi, adakah mampu untuk generasi y ada pada hari ini mempersiapkan diri untuk bukan sahaja maju dari segi material n infrastruktur, namun turut maju dari segi pemikiran n pemilikan nilai2 masyarakat madani.

Harapan saya, sempena bulan y penuh keberkatan ini, kita dapat sama2 mendoakan, agar negara ini terus aman serta dilindungi oleh Allah SWT sehingga hari kiamat.

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!

Jul 15, 2010

'Isra' dan Mikraj'

Sebenarnya, saya telah menulis sedikit berkaitan title entri kali ini pada Sabtu, 27 Rejab y lepas sempena ulang tahun peristiwa Isra' dan Mikraj ini. Tetapi, semasa sedang menulis, saya tertekan 'select all' & 'delete' menyebabkan isi kandungan entri saya hilang. Semoga kali ini, saya dapat menulis berkaitan peristiwa ini dengan lancarnya.

Isra' dan Mikraj merupakan peristiwa bersejarah, bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW. Mukjizat y diberikan Allah SWT kepada baginda bukti Allah Maha Perkasa lagi Maha Suci untuk melakukan apa sahaja y dikehendaki. Pada malam tersebut, 27 Rejab tahun kesebelas kenabian baginda, Allah telah memperjalankan baginda ke dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin seterusnya dibawa ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah. Hal ini di rekodkan oleh Allah di dalam al-Quran Surah al-Israk ayat 1. Dalam peristiwa itu jugalah baginda telah menerima perintah solat daripada Allah SWT.

Setiap tahun, kita pasti akan meraikan ulang tahun peristiwa ini dengan pelbagai acara kerohanian serta keagamaan. Setiap tahun juga kita dihidangkan dengan ceramah2 berkaitan hal ini, tentang peristiwa y terjadi sepanjang perjalanan suci tersebut. Seingat saya, sejak dari kecil sehingga sekarang, cerita2 y di berikan semasa ceramah2 agama ini, asyik diulang saban tahun berkisar kepada perkara y sama. Tidak pasti samada cerita2 itu benar ataupun ditokok tambah serta penuh dengan hikayat Israiliyat. Namun, y pasti, cerita2 ini tidak melambangkan kecerdasan pemikiran umat Islam dalam menghayati peristiwa besar ini.

Allah SWT tidak akan memberikan sesuatu kepada kita melainkan untuk menjadi hidayah di dalam kita mencari bukti kewujudanNya. Sebagai contoh, kita selalu mendengar satu peristiwa di di dalam Isra' n Mikraj iaitu tentang bagaimana pada masa Jibrail mengiringi Rasul SAW ke langit y ketujuh. Sampai di satu tempat, Jibrail telah berubah menjadi rupanya y asal. Dia berkata kepada baginda bahawa sampai di situ sahajalah dia mampu mengiringi baginda kerana sekiranya di melepasi tempat tersebut, maka akan binasalah dia. Kita mendengar cerita ini dan cuma berasa takjub serta tidak mampu terfikir di manakah tempat y dimaksudkan itu serta apa rahsia peristiwa itu. Orang bukan Islam mengkaji perkara ini. Akhirnya mereka membuat satu teori tentang kewujudan lubang hitam di angkasa raya. Lubang hitam ini merupakan penemuan penting di dalam ilmu sains cakerawala. Lubang hitam merupakan kawasan y sangat padat sehinggakan cahaya tidak mampu melintasinya melainkan akan musnah serta disedut ke dalamnya. Malaikat dijadikan daripada nur atau cahaya. Mungkin boleh disimpulkan tempat y dimaksudkan oleh peristiwa itu merupakan lubang hitam y wujud di angkasa, y jaraknya amatlah jauh. Kelajuan cahaya sekalipun masih jauh untuk sampai kepadanya namun dengan kelajuan apakah baginda meneroka angkasa raya dengan hanya satu malam. Maka, bukti kekuasaan Alalh jelas di situ. Begitu juga dengan cerita tentang lapisan2 langit sehingga 7 lapisan. Sains mendapati memang langit kita terdiri daripada lapisan2 tertentu seperti stratosfera, troposfera, mesosfera dan lain2. Namun, agak menyedihkan, penemuan2 sebegini dilakukan oleh orang bukan Islam y mengkaji al-Quran n hadith lebih daripada kita.

Acapkali saya mendengar, ketika berdoa memohon bantuan Allah SWT kepada umat2 Islam y tertindas diseluruh dunia terutama di Palestin, ada imam2 y memohon Allah menghantar burung Ababil untuk menentang musuh Allah. Adakah semudah itu hidup umat Islam, meminta itu dan ini tanpa mahu berusaha malah berfikir serta mengkaji ayat2 suci al-Quran. Orientalis barat berjaya memecahkan kod peristiwa burung Ababil dan tentera bergajah ini y dicatatkan Allah di dalam al-Quran Surah al-Fiil. Mereka berfikir, bagaimana menewaskan musuh dengan mudah. Maka mereka mengambil contoh burung Ababil untuk diciptakan sesuatu y boleh terbang iaitu jet pejuang serta batu dari neraka itu diciptakan mereka sebagai bom y dilepaskan daripada udara. Maka, dengan cara itu, mereka amat mudah untuk menewaskan musuh mereka seperti mana Allah memusnahkan tentera Abrahah y sangat besar bilangannya.

Saya fikir, setiap dari kita perlu berfikir diluar kotak. Jangan hanya menunggu bantuan Allah sahaja. Allah jadikan kehidupan kita didunia untuk kita berfikir bagi menghayati tentang kekuasaannya. Namun, sekiranya kita alpa dengan kisah2 sejarah sahaja tanpa mengambil iktibar serta menterjemahkan sejarah itu kepada sesuatu y lebih baik, maka kita hanya menjadi hamba Allah y zalim pada diri sendiri serta rugi, dunia dan akhirat.

Wallahua'lam.


Jul 1, 2010

'Langkah yang Bagus!

Hari ini, saya menerima surat pekeliling daripada supervisor, berkenaan dengan masalah trafik di dalam kampus sejahtera ini. Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Naib Canselor serta mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti telah sebulat suara mengambil keputusan untuk melaksanakan sistem 'clamping' atau kunci tayar kenderaan terhadap mana-mana kenderaan y meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di bahu-bahu jalan atau di kawasan y boleh menghalang lalu-lintas. Tindakan 'clamp' ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Keselamatan USM. Ini merupakan tindakan bijak untuk mendisiplinkan warga kampus secara keseluruhannya. Undang2 ini akan mula dilaksanakan pada 1 September 2010.





Apa y lebih penting, diharapkan supaya tindakan penguatkuasaan ini dilakukan secara konsisten serta tidak kompromi samada pihak atasan universiti, pensyarah kanan, pensyarah, pegawai-pegawai, staff serta para pelajar. Juga tidak boleh diberi kelonggaran atau layanan 'double standard' kepada orang2 tertentu. Juga, terhadap pelajar2 dari negara2 Timur Tengah y terkenal dengan sikap cuai ketika memandu serta tidak menghormati pengguna jalan raya y lain di dalam kampus. Mereka ini setiap kali melanggar aturan, meletakkan kereta di bahu2 jalan serta menghalang kenderaan y lain terutamanya ketika waktu solat Jumaat. Ada juga y meletakkan kenderaan di tempat letak kereta Dekan Pusat Pengajian serta bersikap kurang ajar ketika ditegur. Saya berpendapat, Jabatan Keselamatan harus menjadi lebih tegas, tidak hanya cuma hangat-hangat tahi ayam seperti isu sticker kenderaan serta roadblock di dalam kampus. Perkara2 ini cuma dapat dilihat dilakukan dengan penuh agresif ketika awal2 semester. Ada pula semasa roadblock, tidak menahan kenderaan pelajar asing terutama dari Timur Tengah walaupun jelas mereka tidak mempunyai sticker USM. Ini disaksikan sendiri oleh pelajar y ditahan pada masa y sama atas kesalahan y sama.

Tindakan ini amatlah bagus dan saya amat mengalu-alukan tindakan sebegini diambil. Sepatutnya, di luar kampus juga pihak berkuasa harus melaksanakan sistem sebegini. Di Eropah terutamanya di Dublin, sistem ini dilaksanakan dengan penuh konsisten n agresif sehingga tidak akan dapat kita lihat kenderaan diletakkan secara sebarangan serta tidak membayar parking. Pendapatan melalui 'clamping program' sahaja mencecah jutaan Euro setiap tahun. Inilah y kita mahu, disiplin melalui penguatkuasaan undang2 y konsisten.

Diharap, pihak Universiti akan terus tampil untuk menjadi ikon universiti y sejahtera. Warga kampus y bijak pandai semestinya akan menyokong setiap usaha y dilakukan untuk mewujudkan persekitaran akademik y kondusif untuk semua.

Jun 30, 2010

'Jentik Sikit'

Dah lama x menulis. Kejaran masa menjadikan idea n isu untuk ditulis menjadi basi. Masa y terhad mengurangkan waktu untuk membaca n meluangkan masa mendalami ilmu semasa. Mungkin sesetengah pembaca setia telah mula meninggalkan blog ini. Apa pun, semoga masa y sebegini terhad dapat dikongsi oleh semua.

Untuk entri kali ini, saya ingin menjentik beberapa isu y mungkin telah diarifi oleh semua orang.

Jemaah Islamiah(JI)

Isu JI ini telah menarik perhatian saya walaupun setakat hari ini, perkara ini seakan telah selesai kerana tidak ada perkembangan terkini mengenainya. Saya mendengar pelbagai cerita2 n pendapat2 umum daripada ahli2 politik serta orang awam. Ada y mempercayai, tidak kurang pula y mengandaikan bahawa ia adalah ciptaan pihak kerajaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah kepimpinan parti kerajaan.

Harakah isu Jumaat 25 Jun 2010 menyiarkan pandangan beberapa pemimpin utama PAS berkenaan isu ini. 90% daripada pihak pembangkang berpendapat bahawa isu JI ini adalah sandiwara kerajaan. Paling melucukan adalah pandangan daripada pemimpin2 pembangkang. Presiden PAS berpendapat bahawa isu JI ini menghina Islam dikalangan golongan bukan Islam. Saya sedikit ketawa mendengar komen bodoh sebegini. Sejak bila PAS peduli tentang perasaan bukan Islam n isu penghinaan agama ini. Sejak bersahabat dengan DAP n PKR ini, PAS menjual identiti serta perjuangan y mereka bawa selama ini. Saya fikir mungkin Presiden terlupa siapa y menggalakkan ahli2nya menentang bukan Islam. UMNO dituduh kafir kerana bekerjasama dengan MIC n MCA. Padahal Islam tidak pernah menghalang tindakan y sedemikian. Maka, tafsiran agama mereka bertuhankan politik telah menghina Islam secara tidak langsung. Hari ini tidak boleh bekerjasama dengan bukan Islam, esok boleh pula. Bukankah ini secara tidak sedar menghina Islam sebagai agama y tidak berpendirian. Saya fikir, eloklah JI ini mengebom rumah mereka2 ini, baru mereka percaya.

Siapa agaknya y gemar berdemostrasi itu n ini, terutama selepas solat Jumaat. Berbaring dihadapan kereta sultan serta menghina Sultan Melayu? Bukankah ini menghina Islam. Baru lepas solat, kemudian mengotorkan masjid n perkarangan dengan demonstrasi haram. Dulu, rakyat dituduh kafir sekiranya memilih wakil rakyat BN y bukan Islam. Ayat Quran diputar belitkan untuk membenarkan kenyataan sebegini. Tetapi sekarang, bukan Islam pula dijadikan calon mereka. Mewakili PAS pulak tu. Padahal UMNO tidak sesekali membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket UMNO tetapi atas tiket BN melalui MIC serta MCA. Karut betul perjuangan mereka ini.

Anwar kata, JI ini permainan kerajaan. Nampaknya, Anwar mungkin salah seorang y mendapat manfaat sekiranya benar kerajaan cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada isu2 nasional. Maka, kes mahkamahnya mungkin akan ditangguhkan lagi atas sebab keselamatan daripada ancaman JI.

Jihad serta syahid

Ramai y terus-terusan menggunakan isu jihad n syahid ini untuk kepentingan politik. Amat kotor serta jijik bila agama digunakan sebagai alat politik. Padahal, ramai y tidak sedar, ramai pemimpin mereka bermain2 dengan al-Quran serta hadith untuk membenarkan perlakuan mereka y tidak betul. Ramai juga y mentafsirkan ayat al-Quran secara berkepentingan. Menggunakan isu jihad serta syahid ini sebenarnya menghina Islam itu sendiri. Islam bukan dibina dengan menggunakan pedang serta kekerasan. Islam dibina diatas landasan iman n takwa. Kalau kita menggunakan senjata jihad dengan menafsirkan sebagai kekerasan perlu dibalas dengan kekerasan, maka kita sebenarnya tidak faham apa maksud jihad itu. Adakah sekiranya ada orang y berjihad dari segi ekonomi akan digelar as-syahid apabila beliau meninggal dunia.

Banyak perkara y perlu di dalami untuk kita melaksanakan jihad. Jihad ini wajib kepada semua orang y beriman. Namun, untuk memperolehi syahid, ia semua adalah terletak di tangan Allah SWT. Jangan mudah mendakwa orang itu syahid n sebagainya hanya kerana pemikiran ekstrem y kita bawa. Untuk jangkamasa panjang, ia akan menjadi satu hinaan kepada agama kita sendiri.

Minggu lepas, kereta saya telah ditoreh oleh individu y tidak bertanggungjawab. Saya fikir saya tidak ada musuh diluar sana. Namun rupa-rupanya ada juga y menyimpan dendam terhadap kritikan serta pandangan y saya beri. Saya mencipta musuh tanpa saya sedari. Saya mencipta musuh melalui dunia maya y tidak bersempadan ini. Saya tidak pasti siapa y melakukannya. Saya harap bukan mereka y amat berbangga dengan jihad y melakukannya kerana sekiranya benar, adakah ini jihad y mereka perjuangkan. Ini adalah tindakan pengecut!They didn't have the 'balls'. Saya harap, ia adalah hanya perbuatan budak2 nakal.



Jun 8, 2010

'Kisah Kepulangan Wira'

Alhamdulillah, Allah SWT telah memakbulkan solat hajat serta doa dari sekelian umat Islam untuk menyaksikan pembebasan sukarelawan Freedom Flotilla y dalam misi membantu rakyat Gaza y ditindas oleh Zionis y berhati binatang. Siaran secara langsung pada pagi Ahad lepas menggambarkan betapa rakyat Malaysia begitu mengambil berat tentang nasib saudara seagama serta y bukan beragama Islam di bumi Gaza. Sedih apabila melihat peta negara Palestin y ditunjuk saban hari di dada media. Hanya bumi Gaza y masih tinggal menjadi wilayah Palestin. Masih terdapat saki baki di Kota Lama Baitul Maqdis tetapi hanya sekangkang kera sahaja. Y lain, dijajah dan diduduki secara haram oleh Rejim Zionis y dilaknat Allah SWT. Semua penduduk dunia tahu fakta ini.

Semalam, 6 orang sukarelawan Malaysia dari MV Rachel Corrie selamat tiba di tanah air. Mereka semua membawa kisah y boleh dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia serta dunia tentang kekejaman Rejim Zionis. Kita pasti menunggu kisah tersebut. Eloknya, kisah ini dibukukan serta dibaca oleh setiap lapisan masyarakat serta disertakan tentang sejarah pendudukan Zionis di bumi Palestin agar kita menilai krisis kemanusiaan y tidak tahu bila akan berkesudahan ini.

Untuk maklumat, MV Rachel Corrie ini dinamakan sempena nama aktivis kemanusiaan, Rachel Aliene Corrie, seorang Amerika y beragama Kristian y sanggup mempertaruhkan nyawa semata2 untuk mempertahankan penduduk Palestin. Beliau digilis oleh jentolak Zionis menghalang perobohan rumah seorang Palestin oleh tentera Rejim Zionis. Beliau meninggal dunia pada usia y masih muda dan mati di tempat beliau bersiri menjadi perisai manusia untuk menghalang pencerobohan tersebut. Kematiannya membuka mata dunia tentang kekejaman Zionis pada 2003, namun selepas itu tertutup semula mata UN, OIC serta pertubuhan2 dunia y lain. Inilah y dibimbangkan. Adakah kejadian y berlaku 3 4 hari y lepas, akan dilupai oleh dunia seperti mana halnya Rachel Corrie. Diharapkan, kita tidak akan bersatu hanya ketika isu ini hangat diberitakan. Namun, semuanya hilang selepas beberapa ketika. Tidak kita malu melihat jihad y dilakukan oleh penganut agama lain namun kita masih berpeluk tubuh melihat berita di media2 massa? Rachel Corrie menjadi lambang kesepaduan agama, dimana perbezaan anutan tidak menghalang tugas2 murni kemanusiaan.

Sebagai umat Islam, kita amat berbangga dengan syahidnya 9 orang aktivis keamanan y menyertai misi kebajikan ke Gaza baru2 ini. Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan2 hamba2 y berjuang di jalan Allah SWT. Krisis di Palestin buka krisis agama semata2, namun ia merupakan krisisi kemanusiaan. Bukan semua Yahudi serta Kristian mahu berlakunya keganasan. Mereka mampu bersatu dengan umat Islam untuk menolong manusia y lain y ditindas. Pada masa ini, diharap tidak ada tafsiran y salah tentang agama lain kerana setiap agama pun menyuruh penganutnya melakukan kebaikan. Y penting, kita perlu bersatu untuk menyelesaikan masalah kemanusiaan ini.

Saya merasa amat tidak wajar pada waktu y kritikal ini, masih ada orang y menafsirkan al-Quran secara membuta tuli. Y mengajak supaya bermusuh dengan y lain selain dari orang Islam. Padahal tidak semua y bukan Islam itu menyokong kekejaman Rejim Zionis.

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 120, 'Orang2 Yahudi serta Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesunggunya petunjuk Allah itulah petunjuk (y benar). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". Ayat ini diturunkan khas kepada Yahudi Bani Quraizah serta Nasrani Bani Najran y tinggal di Madinah pada masa itu. Mereka telah melakukan pelbagai muslihat untuk membawa umat Islam pada masa itu mengikut agama mereka.

Namun, tidak semua Yahudi serta Kristian seperti itu. Ada y begitu menghormati Baginda Rasulullah SAW. Lihat sahaja Waraqah bin Naufal, seorang Kristian y berkata, sekiranya ketika Nabi dilantik menjadi Rasul, beliau masih muda n bertenaga, sudah pasti beliau akan membantu dakwah Nabi. Kita juga melihat daripada sejarah tentang 2 orang isteri Nabi SAW berketurunan Yahudi. Mereka ialah Juwairiyah binti al-Harith serta Safiyah binti Huyay. Malahan, Sufiyah merupakan anak kepada Huyay, ketua Yahudi Bani Quraizah. Maka, kita perlu menolak perpecahan ini. Apa y menjadi musuh umat Islam sekarang adalah Yahudi y berfahaman Zionis, y menyalahtafsirkan kitab Talmud milik mereka serta memutarbelitkan ajaran Taurat y menyatakan mereka adalah umat pilihan, bangsa y mulia. Padahal, menurut sejarah, Bangsa Israel inilah y telah melakukan pelbagai kejahatan termasuk membunuh beberapa Nabi.

Merujuk entri terbaru Nik Abduh, perpaduan merupakan agenda penting. Saya amat bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, bahawa sekiranya kita mampu bersatu, seluruh negara Islam, kita mampu membentuk askar y ramai serta kuat untuk menentang kejahatan Rejim Zionis ini. Sekiranya satu negara menghantar 1000 anggota tentera, berapa ramai tentera y mampu dibentuk daripada seluruh negara Islam. Walaupun ini cuma cakap2 sahaja, tetapi tidak mustahil hal ini dapat direalisasikan.

Misi sebegini wajar diteruskan. Kita perlu terus menekan Rejim Zionis agar akhirnya sekatan akan dibuka dan warga Gaza y mendapat pembelaan sewajarnya. Dunia perlu menentang segala bentuk keganasan supaya setiap tempat merupakan wilayah y selamat diduduki demi kemaslahatan setiap manusia di muka bumi ini.

Jun 2, 2010

'Misi Bantuan ke Gaza'

Misi bantuan kemanusiaan ke Gaza atau Lifeline4Gaza, seperti y diketahui umum, telah mencetuskan satu tragedi iaitu pembunuhan 19 orang sukarelawan serta mencederakan berpuluh lagi oleh rejim Zionis yang tanpa berperikemanusiaan telah menyerang kapal Mavi Marmara y membawa bantuan ubat-ubatan, makanan, pakaian serta lain2 lagi untuk penduduk di Gaza. Sukarelawan lain iaitu berjumlah lebih 600 orang telah ditangkap serta dihumban ke dalam penjara oleh pihak tentera Israel/Zionis. Namun, syukur ke hadrat Allah SWT kerana berita sebentar tadi telah melaporkan bahawa semua tahanan itu telah dibebaskan termasuk 12 orang rakyat Malaysia. Mereka sekarang berada di Amman, Jordan. Mereka berada di dalam keadaan sihat namun hanya tinggal sehelai sepinggang serta pasport mereka turut dirampas oleh tentera Rejim Zionis. Sementara itu, menurut laporan berita lagi, seramai 124 orang sukarelawan dari 12 negara Islam telah pun di bebaskan dan berada di Jordan ketika ini.



Saya sebenarnya amat berbangga serta terharu dengan semangat serta keberanian para sukarelwan ini. Mereka ini sanggup untuk menggadaikan nyawa semata2 untuk membuka mata dunia terhadap penderitaan penduduk2 di Gaza serta Palestin. Misi ini merupa misi bunuh diri jika dilihat kepada tingkahlaku kurang ajar serta biadap Rejim Zionis itu. Sementara itu, pada masa ini, sukarelawan dari Malaysia serta Ireland masih meneruskan pelayaran dengan kapal MV Rachel Corrie semakin menghampiri perairan Gaza serta dijangka tiba di dalam masa 24 jam. Mereka bertekad untuk meneruskan misi tersebut biarpun mengetahui bahawa nyawa mungkin melayang sekiranya tersalah percaturan. Namun, syahid merupakan janji Allah kepada sesiapa y berjihad di jalanNya. Maka, marilah kita sama2 mengangkat tangan serta berdoa supaya kapal ini berjaya untuk menghantar bantuan ke Gaza.

Di Malaysia, saya melihat umat Islam bersatu membantah serta mengecam tindakan tidak berhati perut Rejim Zionis itu. Demonstrasi serta tunjuk perasaan diadakan dengan setiap rakyat, tanpa mengira kaum, agama serta fahaman politik bersatu untuk menunjukkan kesepaduan umat Islam. Walaupun suara itu mungkin langsung tidak di dengari oleh pihak y bertanggungjawab, namun penyatuan ini diharap dapat membuka jalan ke arah perpaduan umat Islam diseluruh dunia. Walaupun malapetaka y dihadapi oleh umat Islam pada hari ini merupakan sebahagian tanda bahawa usia dunia ini akan semakin menuju ke pengakhiran, namun sebagai umat Islam, kita perlu berjuang demi mempertahankan agama serta saudara seagama. Bukan umat Islam sahaja, bahkan ramai daripada agama samawi y lain seperti Kristian serta Yahudi, y menentang keganasan y dilakukan oleh saudara mara mereka. Pada masa inilah kita lihat, perpaduan perlu dititik beratkan di dalam mencapai asas agama y kukuh. Lupakan perbezaan mazhab, fahaman politik serta ijtihad masing2, kembalilah kepada tali Allah dan jangan berpecah belah. Nescaya umat Islam mampu mempertahankan saudara seagama daripada ditindas.

Ada juga y masih bertindak atas dasar kepentingan politik. Namun, Kerajaan kita telah menunjukkan sikap bertanggungjawab atas dasar prinsip umara untuk berusaha membebaskan rakyat kita y ditangkap dengan menggunakan apa jua cara. Tahniah kepada Datuk Seri Najib serta rakyat Malaysia keseluruhan atas doa y tidak putus2. Allah telah memakbulkannya.

Semoga roh2 para syahidin y dibunuh oleh tentera Zionis itu akan ditempatkan di kalangan hamba2 Allah y mulia serta misi ini akan berakhir dengan jayanya. Pintaku, marilah kita bersama2 berdoa serta bersolat hajat memohon supaya Allah memberi kemenangan kepada umat Islam serta para sukarelawan y berjihad di jalan Allah tersebut.

May 25, 2010

'Ranking Universiti: Kita terlalu percaya kepada Barat'

Saya terkejut apabila mendapat tahu bahawa kedudukan Universiti Sains Malaysia tidak berubah di kalangan universiti terbaik di Asia dalam sistem penarafan universiti oleh majalah Time Higher Education (THE). Tahun lepas USM di tangga 69, dan kedudukan itu kekal pada kedudukan 69 di belakang Universiti Malaya n Universiti Kebangsaan Malaysia. Agak ganjil sekiranya kedudukan ini dinilai. Bukan berniat mahu mengatakan bahawa USM lebih baik daripada kedua2 universiti tersebut, namun secara lahiriahnya, bermacam program y telah dilaksanakan untuk menaiktarafkan akademik di USM terutamanya melalui Accelerated Program for Excellent (APEX). Bermacam penyelidikan serta penerbitan-penerbitan ilmiah telah dilaksanakan, namun USM seperti tidak mampu bersaing dengan universiti-universiti penyelidikan terkemuka di negara ini. Rupa2nya, penarafan oleh THE itu adalah tidak sah kerana data y dikutip oleh THE untuk menarafkan universiti2 di seluruh dunia tidak tepat. Ini di akui sendiri oleh Phil Baty, Editor Times Higher Education World University Rankings dan Timbalan Editor Majalah Times Higher Education seperti y ditulis oleh Prof. Dr. Arndt Graf, Pengerusi Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman di dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Mei 2010 (baca sini).

Berikut saya lampirkan di bawah, kenyataan y dibuat oleh Phil Baty untuk penilaian kita bersama.

Flawed rankings

By PHIL BATY

I must make a confession: the rankings of the world’s top universities that my magazine has been publishing for the past six years, and which have attracted enormous global attention, are not fit for purpose.

Those who have used our rankings to cast judgment on the state of Malaysian higher education (and many, in very senior positions have done so) must be told that the annual tables had some serious flaws — flaws which I have a responsibility to put right.

Of course we always knew that rankings had their limitations. No ranking can be definitive. No list of the strongest universities can capture all the intangible, life-changing and paradigm-shifting work that universities undertake.

But we do believe that rankings have some real uses. Rankings help students select courses, help university staff make career choices and forge research partnerships, and they help university managers set strategic priorities.

As nations around the world, like Malaysia, reshape their economies through investment in higher education for a knowledge- and innovation-driven future, worldwide rankings are playing an ever more influential role in government too.

Love them or hate them, rankings are here to stay.

So those of us who rank universities have a responsibility to make them as rigorous, balanced and as transparent as possible, and that includes admitting to past mistakes.

Our annual world university rankings were first published in 2004 – when Times Higher Education magazine not only had a different editor, but a different name (the Times Higher Education Supplement) and a different owner.

Last year we took the first opportunity for a full review of the rankings. We did not like what we found, and we took the chance to act.

In November 2009, we ended our partnership with the company QS, which supplied and owned all the data for the rankings between 2004 and 2009. We are now working with the world-leading research data specialists Thomson Reuters, which will collect and analyse all the data for our rankings for 2010 and beyond.

So what was so bad about the old world rankings? Of most concern was the so-called “peer review”. Some 40% of a university’s overall ranking score was based on this “peer review” – in fact a simple opinion survey, asking university staff which institutions they rated most highly.

QS achieved only a tiny number of respondents to this survey. In 2009, around 3,500 people provided their responses – a fraction of the many millions of scholars throughout the world. Figures for individual countries are even more shocking. In 2008, just 563 responses from the UK were used, and, I am ashamed to say, a mere 180 responses came from Malaysia. It was barely better for Indonesia, with just 228 responses, or the Philippines with 201.

Most shockingly, only 116 responses were collected from China’s many, many thousands of scholars, in 2008.

Is it any wonder that with such a high weighting for such a flimsy measure, we have seen dramatic volatility in the tables?

Although I had no involvement with the rankings until 2009, I am personally ashamed of the terrible case which saw Universiti Malaya plummet from 89th place in the 2004 ranking to joint 169th in 2005, before dropping out of the top 200 altogether later on.

The headlines were alarming, with one newspaper asking whether there was a “crisis in Malaysia’s public universities”.

Of course, there was no crisis. It was simply a stark and shocking example of the weakness of the ranking data.

The 2010 reputation survey will be a massive improvement. For 2010, Thomson Reuters has hired professional polling company Ipsos MediaCT to carry out the work, and it has committed to gathering a much higher number from a respondent pool that truly represents the international university community.

The views of Malaysian scholars are being collected in far greater number, and their responses will be properly weighted when we compile the final tables. While QS issued its 2008 survey in only two languages – English and Spanish – I am pleased to say that our new poll was released in seven languages.

But increased volume and better regional representation are not the only improvements. The questions have been carefully prepared to elicit more meaningful responses and to make clear what is being judged, people will be questioned in their narrow academic field, and the opinion poll will go only to invited participants – we will not allow people to volunteer to take part in the poll – so we can be sure of gathering only informed opinions. We are also asking questions about both teaching quality and research quality for the first time ever.

The rest of the rankings methodology is also open for a complete review, and we are seeking informed opinion.

We have already responded to criticisms and declared that we will change the way research excellence is measured, to end the clear bias against the arts, humanities and social sciences. From 2010, when we collect data on the number of times a department’s published work is cited by other scholars – a measure of research impact – we will take into account the dramatically different citation habits between disciplines, which was not done by QS.

But we want more input, and we welcome views from Malaysia. Is a staff-to-student ratio a suitable proxy for teaching quality? Is it fair to give credit for the proportion of international students on a campus when there’s no way of judging the quality of those students? What other indicators should we avoid; what should we include?

So much rests on the results of our rankings: individual university reputations, student recruitment, vice chancellors’ and presidents’ jobs in some cases, and even major government investment decisions.

We have a duty to overhaul the rankings to make them fit for such purposes.

'Phil Baty is editor of the Times Higher Education World University Rankings, and deputy editor of Times Higher Education magazine.'
www.timeshighereducation.co.uk
.


May 23, 2010

'Judi World Cup 2010'

Berita n keputusan ini pasti menggembirakan kaki-kaki (taik-taik) judi y ingin kaya cepat. Kerajaan kita sekali lagi tidak cuba untuk mencegah kemungkaran apabila ingin memberi lesen kepada sebuah entiti korporat y terkenal di negara kita ini. Saya terkejut apabila perkara ini didedahkan. Y menariknya, kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri y beragama Islam.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, agama Islam adalah agama rasmi. Walaupun negara ini tidak mengamalkan Islam di dalam sistem perundangannya, tetapi sebagai agama rasmi, Islam perlu dihormati serta diletakkan di tempat y sewajarnya. Islam bukan meliputi ritual keagamaan sahaja, tetapi perlu dinobatkan sebagai agama y mencegah perbuatan keji n mungkar. Saya tidak pasti, namun saya rasa, di dalam agama mana sekali pun, judi merupakan satu larangan. Menghormati agama Islam sebenarnya akan lebih memberi kesan positif kepada keseluruhan rakyat termasuk kaum Melayu secara khusus. Ini akan menjadikan ketuanan Melayu lebih dihormati serta Islam akan menjadi agama y menganjurkan keamanan n kesejahteraan di negara ini.

Tidak tahu samada keputusan y sebegini merupakan satu tindakan y ingin memenuhkan poket siapa. Adakah pak-pak menteri turut mempunyai saham di dalamnya. Seperti y semua orang maklum, di dalam dunia bola sepak, perjudian y dijalankan bukan melibatkan pertaruhan seringgit dua, tetapi melibatkan pertaruhan ribuan ringgit, malah ada y mencecah jutaan ringgit. Jadi, pendapatan y diperolehi hasil perniagaan sebegini bukan sahaja menguntungkan ahli-ahli perniagaan y terlibat, malah turut menguntungkan kerajaan melalui cukai y mereka perolehi. Jadi, untuk membangunkan negara dengan menggunakan wang hasil perjudian, bukanlah satu pelaburan y akan menyebabkan negara ini mendapat rahmat n kasih sayang Allah SWT, malah menjauhkan kita semua dari hidayahNya.

Wang hasil daripada sumber y haram di takuti akan menjadi darah daging setiap individu. Pemimpin ibarat bapa kepada rakyatnya. Apabila memberi makan kepada anak2 dengan duit berasaskan sumber y haram, maka ditakuti, masa depan generasi ini akan terlindung daripada mendapat pertolongan daripada Allah. Al-Quran jelas menerangkan secara mutlak tentang pengharaman judi. Tidak kiralah kerajaan samada akan melarang umat Islam atau tidak untuk berjudi melalui syarat y dikemukakan kepada penerima lesen tersebut, ia merupakan selapis kulit nipis y cuba menghalalkan tindakan kerajaan. Kerajaan perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat keseluruhannya terutamannya masyarakat Islam. Negara ini diperintah oleh seorang y beragama Islam. Adakah kerajaan bersikap tutup sebelah mata terhadap perkara sebegini. Apa y akan dijawab kepada Allah SWT apabila dihadapkan kehadapanNya kelak. Tidak malukah apabila berada di hadapan Tuhan Semesta Alam itu, kita sebagai umat Islam dengan tanpa rasa bersalah melanggar larangan Allah melalui kitab n rasulNya.

Di dalam al-Quran, Allah sering menyebut 'Afala taqqilun' y maksudnya 'Adakah kamu pernah terfikir'. Walau apa pun kemahuan kita, pertama sekali kita perlu berfikir sebelum membuat apa2 keputusan. Sesungguhnya apabila kita tidak melampaui batas, ia merupakan nikmat y tidak terhingga kepada kita. Saya berharap, para mufti serta menteri y bertanggungjawab terhadap agama Islam (y sangat bijak berkata2 serta faham tentang hukum hakam Islam) untuk memperlihatkan bantahan terhadap keputusan ini. Jangan mengambil sikap berdiam diri, kelak rakyat akan semakin hilang kepercayaan kepada tokoh2 agama di negara ini.

p/s: Tidak perlulah untuk mengadakan demonstrasi untuk isu ini n apa2 isu. Berbincang dengan cara y baik. Ambil iktibar dengan apa y terjadi di Bangkok..

May 18, 2010

'Tahniah MP Sibu yang Baru'

Tamat sudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu. Tahniah kepada MP y baru daripada DAP, Wong Ho Leng kerana berjaya memenangi PRK tersebut dan selamat menjalankan tugaas sebagai Ahli Parlimen y berkesan untuk membantu menyuarakan hasrat rakyat Sibu untuk mendapat kehidupan y lebih baik. Seperti biasa, akan timbul cakap2 kedai kopi selepas tamat pilihan raya ini. Apa2 pun, kalah menang tidak menjadi soal selagi mana tanggungjawab kepada rakyat menjadi agenda penting bagi setiap orang y mahu menjadi pemimpin.

Kekalahan Robert Lau Hui Yew bukanlah bermakna beliau tidak boleh berkhidmat kepada anggota masyarakat. Seperti biasa, peluh dan keringat perlulah ditumpahkan untuk membangunkan Sibu demi keselesaan hidup rakyat di sana perlu menjadi tumpuan beliau. BN dahulu, kini dan selamanya perlu disematkan di dalam diri, bukan untuk menjadi YB sahaja, tetapi dahulu, kini dan selamanya perlu berkhidmat n berjasa kepada rakyat. Tidak perlu ada perasaan kecewa di dalam diri. Pemimpin sejati adalah pemimpin y mengutamakan rakyat lebih dari segala2nya.

Kalah kali ini bukan bermakna kalah selamanya. Biar kalah bertanding, tetapi menang untuk mendampingi rakyat. Tempoh kempen merupakan medium y paling penting untuk mendampingi rakyat. Ia wajar diteruskan, tidak hanya pada pilihan raya sahaja. Saya berfikir, janji2 kerajaan untuk memberi segala bentuk sumbangan perlulah diteruskan. Janganlah disebabkan kalah, rakyat y mengundi BN turut menjadi mangsa. Mereka hanya memilih wakil rakyat, bukan berniat untuk bermusuh dengan kerajaan. Siapa sahaja wakil mereka, diharap akan menjadi jambatan y berkesan menghubungkan rakyat n pemerintah. Itulah makna demokrasi y sebenar.

MP y baru diharap tidak akan membanggakan diri akibat jawatan politik y dimenangi. Mungkin hari ini rakyat suka anda, tetapi sekiranya tidak dijaga dengan baik, jawatan itu akan hilang sekelip mata. Rakyat pasti gembira apabila wakil rakyat mereka akan begitu cuba untuk memahami masalah dalah kehidupan seharian mereka. Duduk mesti sama rendah, berdiri mesti sama tinggi. Sekiranya kita mengambil contoh di Eropah, wakil rakyat tidak sana tidak begitu mempedulikan protokol2 mereka. Di sana, sekiranya panas, wakil rakyat akan berpayung sendiri, tidak berkarpet merah di acara2 y mereka hadiri. Walaupun ia hanyalah perkara kecil, tetapi itulah y menjadi penilaian rakyat untuk melihat keikhlasan pemimpin mereka. Mereka suka pemimpin merendahkan diri n begitu memahami masalah rakyat. Sikap membezakan taraf setiap orang cumalah akan menyebabkan perpecahan y membawa kepada keruntuhan kita pada satu hari nanti. Saya lihat, orang di Malaysia sangat gemar membezakan taraf setiap individu, walaupun dunia sudah lama memasuki zaman teknologi n keterbukaan minda.

Saya tidak pasti apakah punca kekalahan BN. Saya secara peribadi sejak awal tidak begitu menggemari calon BN untuk Parlimen Sibu. Walaupun saya tidak mengenali beliau, namun saya tidak begitu gemar calon untuk apa jua parti, tidak fasih berbahasa Malaysia. Negara sudah merdeka 53 tahun, tidak ada alasan untuk tidak fasih berbahasa Malaysia. Orang Bangladesh y datang Malaysia setahun pun lebih fasih bercakap Melayu. Bagaimana untuk menjadi MP y baik sekiranya Perlembagaan Persekutuan pun tidak mampu di penuhi iaitu berbahasa Melayu. Ini cuma akan melebar jurang dengan rakyat y hanya bertutur menggunakan bahasa Melayu. Bagaimana untuk menyampaikan agenda rakyat di Parlimen?

Walaupun Sarawak merupakan kubu kuat BN, seharusnya kerajaan tidak ambil mudah apa y terjadi di sana. Perlu ada sesuatu y dilakukan untuk mengeratkan perhubungan antara semenanjung dengan Sabah n Sarawak. Pembangunan di sana, mestilah seiring dengan apa y ada di semanjung. Isu2 tanah2 milik bumiputera haruslah diselesaikan secepat mungkin. Bukan di Sarawak sahaja, tetapi di seluruh Malaysia. Tetapi apa pun, rakyat mestilah didahulukan.

p/s: Taib Mahmud dah lama sangat. Tolonglah ganti dengan orang lain at next DUN election.

May 3, 2010

'Polis dan Aminulrasyid'

Sepanjang minggu lepas dan minggu ini, panas di akhbar2 serta di internet tentang kisah 'pembunuhan' dan 'kekejaman' y dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Aminulrasyid, remaja y berusia 15 tahun. Adakah ini benar? Tidak ada sesiapa y tahu. Namun, ramai y memberi komen serta pandangan berkaitan dengan insiden ini y kadang2 bersifat provokasi dan tidak bertanggungjawab.

Cerita sebenar di sebalik kejadian ini tidak jelas diketahui. Menurut cerita rakan Allaryarham Aminulrasyid y bersama2 dengan arwah ini pada malam kejadian, mereka tidak melakukan kesalahan jenayah. Mereka baru pulang makan daripada sebuah restoran. Semasa di dalam perjalanan, mereka telah melanggar lampu isyarat y menyebabkan mereka dikejar oleh polis. Polis mengejar dan dalam masa y sama, melepaskan beberapa das tembakan y salah satunya terkena di belakang kepala Aminulrasyid y menyebabkan kematiannya. Walaupun mangsa telah mati tetapi kakinya masih di pedal minyak y menyebabkan beliau seolah2 mahu melanggar pihak polis. Kereta mereka melanggar tembok. Kemudian apabila kawan mangsa keluar mahu menyerah diri, beliau telah dibelasah oleh polis tetapi dapat melepaskan diri.

Menurut cerita, Aminulrasyid seorang remaja y bijak serta amat aktif bersukan. Beliau juga disifatkan sebagai remaja y tidak bermasalah serta tiada masalah disiplin. Jadi, tuduhan y dilemparkan kepadanya iaitu beliau mungkin anggota kumpulan penjenayah adalah mungkin tidak benar. Beliau y seorang remaja y menjadi mangsa kerana berada di tempat y salah pada waktu y salah.

Di dalam hal ini, polis tidak seharusnya dipersalahkan 100%. Kesalahan terletak kepada semua pihak. Namun, pada masa ini, menuding jari bukanlah sesuatu y bijak y perlu kita lakukan. Kita perlu bersabar menunggu hasil siasatan sebelum mengulas tentang insiden ini.

Saya berbincang dengan beberapa orang sahabat tentang perkara ini di laman sosial Facebook. Di laman ini, wujud satu 'Group' y bertajuk 'Kekejaman Polis Malaysia-Justice for Aminulrasyid'. Inilah perkara y mahu diulas oleh saya. Wujudnya laman sosial sebegini, walaupun di dalam penerangan laman group itu tertulis bahawa ia bukan bertujuan untuk membenci polis Malaysia tetapi hanya bertujuan untuk mencari keadilan dan membuka mata orang ramai terhadap kes ini. Saya fikir, dengan tajuk group tersebut, ia merupakan satu provokasi y dilakukan oleh insan2 y tidak bertanggungjawab. Perkataan Polis Malaysia ini menggambarkan secara umum bahawa keseluruhan institusi keselamatan di negara ini tidak boleh dipercayai. Ini sebenarnya cuma akan mengeruhkan keadaan. Saya sebagai rakyat Malaysia y begitu cintakan negara, secara keras menyatakan bahawa laman group sebegini patut ditutup. Biarlah siasatan dijalan, barulah kita semua membuat kesimpulan.

Penafian merupakan satu sifat semulajadi manusia y paling awal dikuasai oleh setiap orang. Menurut ahli psikologi terkenal, Sigmund Freud, penafian wujud didalam diri manusia seawal manusia itu boleh bertutur. Kita boleh melihat contoh di sekeliling kita. Anak2 kita y masih kecil, apabila bermain dengan kawan2, sekiranya terjadi apa2, mereka akan mengambil jalan menafikan kesalahan mereka dengan harapan mereka tidak akan dimarahi. Mereka bukan berniat untuk berbohong, tetapi mereka melakukan ini demi kelangsungan hidup mereka. Mungkin kedengaran teori ini agak gila, tapi itulah hakikatnya. Jadi, apabila mendengar penafian dipihak mangsa serta polis, sahaja hanya tersenyum. Kalaulah tidak ada sikap penafian, saya fikir, dunia ini akan aman n tenteram.

Namun, kejadian ini membuka mata banyak pihak terhadap institusi kekeluargaan serta menarik perhatian orang ramai terhadap polis serta anggota keselamatan y lain. Saya tidak mahu mempersoalkan bagaimana keluarga begitu mempercayai kanak2 seusia 15 tahun untuk tidak berada dirumah pada awal pagi, memandu kereta tanpa lesen serta keluar bersama rakan y juga masih diperingkat juvana. Namun, ini akan membuka mata semua pihak agar kita bersikap lebih peduli. Ibu bapa sepatutnya memastikan anak2 sentiasa berada di dalam zon selamat iaitu rumah, pada waktu2 tertentu terutamanya malam. Semua pihak perlu sedar semua ini. Saya fikir, ada iklan di radio tidak lama dahulu, y bertujuan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya untuk mengetahui di mana anak2 berada terutamanya pada waktu malam. Di waktu inilah segala kegiatan jenayah dilakukan dan kita perlu risau anak2 kita berada ditempat y salah pada waktu y salah. Dalam hal ini, kita tidak perlu menuduh polis itu dan ini kerana tugas mereka hanya untuk mengawal keselamatan orang ramai termasuk anak2 kita semasa kita sedang enak tidur dirumah. Saya berpendapat bahawa kes ini merupakan satu insiden y tidak disengajakan oleh anggota polis. Maka, mensensasikan kes ini, serta terdapat unsur politik y mula mencampuri urusan siasatan, maka ini hanya akan mengeruhkan keadaan. Apa sahaja dakwaan polis, kita tidak boleh tolak bulat2, begitu juga dengan dakwaan kawan kepada mangsa.

Saya cuma berharap agar perkara sebegini tidak berlaku kepada keluarga saya. Harapan saya agar semua pihak bertenang. Jangan huru-harakan negara dengan tindakan2 y tidak bertanggungjawab.

p/s: Al-fatihah untuk Allahyarham Aminulrasyid serta anggota2 polis y terkorban semasa menjalankan tugas mereka..