Apr 15, 2009

'Jambatan Indah'

Akhbar hari ini ada melaporkan tentang gesaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) kepada kerajaan untuk menyambung semula projek Jambatan Indah di Johor bagi menggantikan Tambak Johor di sebelah Malaysia y dibatalkan semasa zaman Perdana Menteri y paling 'cerdik' Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebenarnya, cadangan untuk menggantikan Tambak Johor itu telah lama berlegar2 di seluruh negara. Rakyat pelbagai bangsa dikira bersetuju n mengalu2kan projek mega itu. Namun, tanpa ia dibatalkan tanpa satu pun alasan y munasabah. Secara psikologinya, maruah n kedaulatan negara kita telah tergadai kepada sebuah negara y tanah kubur pun tidak cukup, iaitu Singapura.

Projek ini adalah salah satu agenda kerajaan dalam melaksanakan Wawasan 2020. Tun Dr Mahathir menerusi ideanya y begitu futuristik, mengimpikan negara maju Malaysia pada tahun 2020. Namun ia telah dimusnahkan oleh seorang y tidak cekap mentadbir kerajaan. Tindakan ke belakangnya telah menconteng arang sedikit kepada agenda kerajaan sebelumnya. Negara rugi berjuta ringgit kerana perlu membayar pampasan kepada semua kontraktor y terlibat kerana kerja2 prelimanary telah pun berjalan. Ini y boleh dikatakan pembaziran duit rakyat secara tidak bertanggungjawab. Sepatutnya, orang ini perlu diheret ke muka pengadilan selepas zaman kekuasaannya.

Walaupun negara mengalami kemelesetan ekonomi akibat krisis ekonomi global pada masa ini, namun adalah wajar kerajaan mempertimbangkan untuk menyambung semula projek itu selagi belum terlambat. Faedahnya amatlah besar kepada negara. Mungkin, sekiranya tidak diteruskan juga, kifarah akibat pembaziran y dilakukan keatas duit rakyat akan terus menenggelamkan ekonomi negara. Fikirkanlah.

No comments: