Jumaat y lepas, sebelum solat Jumaat, telah diadakan tunjuk perasaan untuk mengutuk kekejaman Israel n menyokong Palestin dalam mencari erti kebebasan n pendamaian di Universiti Sains Malaysia. Saya menyokong penuh tindakan ini. Dalam secara tidak langsung, ia menunjukkan kesepakatan n keprihatinan mahasiswa2 USM tentang isu kezaliman Israel ini.
Namun, apa y menyedihkan, isu Palestin ini telah disalahgunakan oleh segelintir pihak y tidak bertanggungjawab untuk berpolitik sementelah pilihanraya kampus makin hampir tidak lama lagi. Saya tidak begitu arif tentang politik kampus, corak permainannya n bagaimana ia berfungsi didalam struktur sosial kehidupan di kampus ini. Semasa tunjuk perasaan diadakan, telah dijemput 2 orang pemidato y berpidato tentang kezaliman Israel n kesengsaraan rakyat Palestin, namun benarkah mereka memahami isu ini, mengkaji sejarah tercetusnya krisis di Asia Barat, atau mereka hanya membaca pidato tulisan tangan orang lain. Kalau tidak salah saya, mereka berdua merupakan calon pilihanraya kampus y akan datang. Corak pidato itu seakan kempen politik. Saya berharap firasat saya ini salah kerana, amat malang sekiranya isu Palestin y begitu sensitif ini digunakan untuk kepentingan peribadi.
Dalam pada itu, saya juga sempat melihat karenah2 pro-HEPP USM termasuk TNCnya. Benarkah mereka begitu prihatin kepada nasib malang rakyat Palestin. Ketika penunjuk perasaan berdiri di tengah2 panas, mereka semua berteduh didalam masjid, dibawah kipas, dan melihat sahaja para penunjuk perasaan terpekik ditengah panas. Datang ke masjid pun, kereta hantar sampai ke hadapan pintu masjid. Adakah orang y begitu berprotokol sebegini sensitif dengan nasib rakyat Palestin. Entahlah. Bila politik mengaburi matlamat, beginilah sebenarnya y terjadi.

No comments:
Post a Comment