Dec 30, 2008

'Selamat Tahun Baru'

Aku harap aku belum terlambat untuk ucapkan Maal Hijrah 1430 kepada semua. Sekejap rasanya masa berlalu sehinggakan sedar x sedar, aku pun dah tamat belajar kat USM ni. Besok lusa, dah pula masuk Tahun Baru 2009. Pastu Tahun Baru Cina pulak. Bagus betul la kita, orang Malaysia, ada banyak tahun baru. Mesti kita pun ada banyak azam. Kalau la azam2 y kita buat setiap tahun baru tu kita berjaya tunaikan, mesti Malaysia betul2 cemerlang, gemilang dan terbilang.

Apa azam standard orang Malaysia? Mestilah nak lebih berjaya, berhenti merokok, belajar bersungguh2 dan mahu jadi orang y lebih baik. Kalau y bertunang, mesti berazam nak kahwin, cam aku ni, hehe. Bila agaknya aku nak kawin? Persoalan ni akan aku jawab menjelang pertengahan tahun depan. Wah, dah macam pelan peralihan kuasa UMNO pulak.

Sepanjang tahun 2008, macam2 y berlaku kan. 365 hari tu, cam ada 1001 kejadian y boleh berlaku. Kira, secara purata, 3 kejadian y terjadi kat dalam hidup kita setiap hari. Kira banyak la tu. Kalau di dunia pulak, beratus ribu kejadian dan kenangan y terpahat dalam kalendar 2008. Cuma, Dajal jer y x keluar lagi. Kalau x, bersedia la untuk menanti Hari Kiamat @ Apocalypse. Apa2 pun, sepanjang hidup ini, kita perlu sentiasa bermuzakarah dan beramal dengan amalan baik. Semoga kita diredhai Allah SWT pada setiap nafas kita di dunia ini.

Ok, mungkin ramai sekarang ni tengah countdown New Year. Atau tengah seronok bercuti, menghabiskan cuti tahunan. Atau sedang seronok menonton filem2 kat tv sempena Tahun Baru. Macam2 aktiviti y kita lakukan, mungkin sebagai balasan setelah setahun bertungkus lumus menjalani kehidupan, menempuh pelbagai dugaan. Alangkah bahagianya orang2 y berjaya menempuh semua dugaan2 tu.

Semoga, setiap tahun baru mempunyai makna dan pengertian besar kepada setiap orang. Bukan hanya menanti detik 12 malam 1 Januari 2009, kemudian bersuka ria sampai ke pagi, minum najis arak, seks bebas, merempit dan bermacam2 lagi sempena tahun baru. Semoga selamat semuanya..

p/s : Kat mana agaknya nak sambut tahun baru ni yek? Any idea, plz give it to me. tq...

No comments: