Dec 3, 2008

'Cuti Pernikahan Abang + Aidil Adha'

Salam kasih kepada semua pembaca setia blog 'When Zul Writes' ini. Sebelum ini, aku agak aktif menulis dalam blog ni. Sempena cuti utk Raya Korban minggu depan dan pernikahan abang aku hari Sabtu ni, mungkin aku akan bercuti selama seminggu lebih start dari hari ini. Aku akan balik kampung petang ni. Memandangkan abang aku x dapat cuti awal utk menguruskan hal pernikahan dia, aku la terpaksa take over bantu parent aku nak buat preparation. Hari Sabtu ni cuma majlis akad nikah. Kenduri kahwin akan diadakan selepas Tahun Baru Cina bulan depan, insyaAllah. Aku xnak komen apa2 pasal pernikahan abang aku ni cuma lepas ni, tinggal aku sorang2 la, dah xder geng. Aku rapat ngan abang aku ni. Beza umur kami hanyalah 2 tahun, jadi membesar lebih kurang bersama2 la. Bila dah dewasa ni, masing x plak buat hal masing2. Kalau balik kampung, cuti ker, selalu lepak ngan dia la. Abang aku ni jenis x bnyak cakap sngt. Lain ngan aku y memang banyak cakap. Well, pasni dia dah ngan bini dia. Aku terpaksa bawa diri sendiri la.

Aku x puas hati sebenarnya cuti raya korban tahun ni sehari jer. Celaka punya Lim Guan Eng. Bagi la cuti 2 hari ker. Terpaksa la aku balik Penang awal dari orang lain. Dah la pastu dah kena g Belum dah. Aku terpaksa settle cepat2 hal nak g Belum tu. Scholarship pun dah dapat, so kena cepat start keja sampling ni. Cukup tahun Emkay dah nak report. Tapi apa2 pun aku akan pastikan aku nikmati cuti raya sepenuhnya hati sebab pastu dah susah nak cuti dah. Abstrak paper pun nak kena repair lagi. By 12 Dec nak kena hantar dah. Kalau x, x dapat la aku nak g Surabaya untuk conference tu nanti. Ok, keja keja jugak. Enjoy tetap kena enjoy. Seminggu rasanya aku x dapat nak tulis dalam blog ni nnt. Ape2 pun, Selamat Bercuti pada semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR BATIN.

p/s : Semalam aku g tgok movie, Twilight. Best citer tu. 2 tumbs up!! Kalau Kerol bagi 3.5 stars, aku bagi 4 la,hehe~~~~~

2 comments:

Unknown said...

hahaha..kan aku da cakap best..sonok sebab vampire byk langgar rule. kuar siang. boleh bau bawang. pastu badan glowing. hahaah

Hafezul said...

Aku nak pi cari novel tu la. Cam best ja. Cinta y unik, aku suka!!!