Nov 6, 2008

'Bosan+Ngantuk=Brainfart'

Pergh, penat la. Aku baru balik dari k.l petang tadi. 3 hari y rush semacam. Ada interview scholarship. Eh, x bosan lagi ker aku ni nak belajar. So far, x penat lagi la walaupun dari umur 6 tahun aku g sekolah sampai la sekarang ni. Masih ada peluang untuk aku. Aku akan cuba untuk capai impian aku untuk jadi orang y cemerlang dalam akademik. Ramai orang y terus kerja lepas belajar. Aku pun punyai peluang y sama, namun rasanya belajar ni dah jadi darah daging dah. Sayang pulak rasanya nak tinggalkan dunia y macam ni. Aku pernah gagal tapi bukan akan gagal sampai bila2. Aku nak jadi idola kepada semua orang y begitu cintakan ilmu. Aku nak jadi tokoh akademik y begitu gah. Dulu pun aku ada impian untuk jadi doktor tapi impian aku hancur dalam sekelip mata. Mungkin ada salah y aku buat, ada dosa aku pada Tuhan hinggakan aku terima kaffarah dariNya. Tapi aku tetap bersyukur sebab perancangan Tuhan ni Maha adil.

Macam2 y dah aku lalui. Kebaikan, kejahatan orang pada aku, penganiayaan, dan sebagainya menjadi sejarah y membuatkan aku terus kuat untuk hidup dan hidup. Pengalaman aku tiada tolok tandingnya. Aku bangga dengan apa y aku lalui. Aku ada ibu bapa yang penyayang, saudara y begitu tabah menyokong aku dan cinta yang menjadi tulang belakang aku selama ni. Entahlah. Kalau terlalu kenangkan perkara lalu, perkara y di hadapan akan menjadi lebih samar. Aku akan selalu berkata dan berkata kepada diriku sendiri supaya teruskan usaha dan kehidupan kerana kehidupan aku lebih bermakna sekarang.

No comments: