Sep 13, 2008

'Qada & Qadar'

Hari ini hari Jumaat ke-2 dalam Ramadhan tahun ni.Alhamdulillah,dah 12 hari dah posa..xdak masalah sangat.Semua berjalan lancar dan badan rasa sihat jer spanjang bulan posa ni.Keja kat ofis pun dah banyak y setel.Cuma tinggal nak id insects y kutip kat Endau Rompin ri tu.Dah siap 30 botol.Ada lagi 60 botol lagi nak siap.Besok kalau rajin,kena p lab jap sambung keja tu.Pergh,selagi belum tutup mata,keja keja keja..!

Pagi tadi,masa dok tgah buat keja,member aku Sirul mesej.Dia minta tolong.Mak member dia kena lung cancer.Dah stage 4 dah.Dia minta tolong derma darah kat mak member dia tu.Mak member dia dalam keadaan kritikal sekarang ni.So,kawan dia tu telefon dia minta tolong kalau ada kawan2 y nak derma darah kat mak dia.Aku pun p la ngan Sirul tadi kat Island Hospital.Masa tu dah dekat nak semayang Jumaat dah..Masa sampai kat situ,aku pun terus isi borang untuk derma darah.Dah lama sebenarnya aku x derma darah ni.Last time pun dah dekat setahun dah.Dah lupa camna rasa jarum y besaq gedabak tu.Aku pun cam nervous gak tadi.Tapi Alhamdulillah,aku dapat gak derrma tadi walaupun aku posa ri ni.Prosedur untuk derma darah memang kena makan dulu or perut xleh kosong.Tadi pun,nurse2 kat situ paksa aku buka posa tapi aku mati2 x mau berbuka.Sayang la sebab masa tu dah tengahari.Aku rasa aku boleh tahan x makan.Last2 sekali,depa kata ok.Tapi kalau pas derma aku pening,aku mau x mau kena buka posa.
Memang, pas je balik dari hospital,tadi aku cam ngantuk sangat.Kepala rasa berat semacam.Nasib baik ok aku drive sampai USM td.Aku pun tertidoq sejam lebih kat dalam ofis aku tadi.Malam ni pun pas berbuka kepala rasa pening lagi n berat sangat.Aku tertidoq kat depan tv pas mmaghrib tadi.Burn la terawih aku tadi.


Tapi xpa,y penting aku dapat tolong member tu tadi.Sian gak kat dia bila dia cita,dr cakap mak dia x dapat bertahan lama.Dia pun cam nak nangis ja tadi tu.Aku harap,dengan darah aku y x seberapa tu,dapat bagi sikit kekuatan kan mak dia untuk lawan barah tu.Aku pun,minta simpang,minta dijauhkan oleh Alah dari segala penyakit y berbahaya.

No comments: