Dasar merupakan salah satu daripada tiang y mewujudkan sesebuah negara.Dasar digubal untuk menguatkuasakan sesuatu undang2 agar ianya diguna pakai untuk satu jangka masa y panjang.Malaysia mempunyai banyak dasar y digubal untuk melindungi entiti Melayu.Melayu merupakan pemilik tanah y makmur ini,kini terpaksa bertungkus lumus untuk memelihara survival mereka.Ungkapan terkenal iaitu 'Melayu xkan hilang di dunia' memang ada benarnya.Melayu xkan hilang di dunia tetapi akan hidup merempat sekiranya tiada sebarang usaha y diambil untuk memelihara bangsa y berpegang teguh kepada adat n budaya ini.
Hari ini,kita dapat lihat betapa angkuhnya kaum2 lain di Malaysia cuba untuk mengikis hak2 keistimewaan Melayu. Tetapi dalam masa y sama, Melayu sendiri tidak sedar y mereka ini sedang diperhatikan setiap gerak geri mereka. Andai kata gerak geri itu sumbang sedikit,pasti akan ada anasir2 y akan cuba menyungkurkan mereka.Sekarang,dapat dilihat sedikit demi sedikit hak2 itu semakin tergugat.Lama kelamaan,pastinya Melayu akan meminta sedekah di tanah nenek moyang mereka sendiri.
Ada juga generasi2 muda hari ini bersetuju agar hak2 Melayu dihapuskan atas alasan kalau hak2 ini dipertahankan, Melayu akan menjadi manja dan akan terus mengharapkan tongkat y selama ini membantu mereka berdiri.Generasi2 muda y berfikiran sedemikian adalah pengkhianat kepada bangsa mereka sendiri.Mereka ini y lahir pasca kemerdekaan amat buta dengan sejarah perjuangan nenek moyang mereka.Mereka cuba untuk berlagak pandai tetapi padahal mereka amat dungu dan berfikir mengikut kata hati y amat dangkal.Sebenarnya mereka ini tenggelam dek kerana terlalu banyak disogokkan dengan pemikiran liberal dan kesenangan y mereka kecapi hari ini hasil daripada darah dan airmata nenek moyang mereka.Amat malang sekiranya generasi2 sebegini y diharapkan untuk menjaga bangsa dan negara ini pada masa hadapan.
Namun,sekiranya hak2 Melayu dicabar,salah satu sebabnya adalah kelalaian mereka sendiri.Pemimpin2 y ada sekarang pun nampaknya amat lembik dan lemah apabila berhadapan dengan tekanan daripada kaum lain.Perkembangan semasa sebegini amatlah membimbangkan.Tidak mustahil dalam masa 10 tahun dari sekarang Melayu Malaysia akan menjadi seperti Melayu Singapura,ditindas dan dihalang untuk mengecapi kemajuan.Bangsa Melayu sebenarnya adalah satu bangsa y amat suka kepada perpecahan.Mereka akan berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan orang lain asalkan periuk nasi mereka tidak terganggu.Melayu amat terkenal dengan hasad dengki,iri hati dan cemburu dengan kejayaan bangsa sendiri.Mereka tidak sanggup bersatu untuk menolong antara satu sama lain.Y kaya terus kaya dan y miskin akan terus ditindas.Lain pula dengan kaum lain.Cina contohnya,mereka amat penting semangat untuk membantu sesama mereka.Kalau ada y mahu membuka perniagaan,y sudah berjaya dalam bidang perniagaan akan membantu memberi modal dan sebagainya.Lihat saja di pusat2 membeli belah.Kelibat anak2 muda Cina berniaga samada kedai menjual telefon,salun dan sebagainya.Dari manakah mereka ini mendapat modal untuk memulakan perniagaan?Jawapannya ialah dari kaum mereka sendiri y amat gembira apabila melihat kaum mereka pantas berjaya berbanding kaum2 lain.Sikap sebegini sepatutnya y perlu ada dalam jiwa Melayu sekiranya mereka mahu kekal menjadi tuan di negara ini.
Hari ini,Melayu hanya kaya dari segi politik sahaja.Ekonomi telahpun dikuasai oleh kaum lain.Justeru,segala persengketaan dari segi politik haruslah dielakkan.Politik mampu untuk mencorakkan ekonomi negara.Kelak,kesatuan Melayu ini akan dapat meningkatkan taraf hidup Melayu itu sendiri dan tidak akan selama2nya mengharapkan apa-apa keistimewaan untuk terus bersaing dengan kaum lain.
No comments:
Post a Comment