Jul 8, 2011

'Boikot Produk Yahudi serta Cakap Tak Serupa Bikin'

Sudah lama saya ingin mengulas tentang perihal boikot produk-produk yang di dakwa dimiliki oleh Yahudi serta Israel. Namun, baru-baru ini, isu ini kembali segar di memori saya serta membolehkan saya memberi ulasan. Saya pernah menerima 1 flyer tentang senarai produk-produk yang kononnya milik Yahudi serta penggunaan terhadap produk-produk itu akan secara tidak langsung menjadikan kita benifactor atau penyumbang kepada keganasan serta sumber kekayaan Yahudi pada hari ini. Saya tidak menafikan hakikat tersebut serta mungkin ada kebenarannya. Namun, dengan memboikot produk-produk itu, adakah ia akan menjatuhkan Yahudi?Serta yang keduanya, bagaimanakah dengan mereka-mereka yang mencari nafkah dengan berkhidmat dengan syarikat-syarikat penyedia produk-produk tersebut di Malaysia. 

Sebagai contoh, McDonald (M) dikatakan menyumbangkan hasilnya kepada Yahudi. Serta pernah dimiliki oleh Yahudi. Untuk makluman pembaca yang dihormati, McDonald adalah sebuah syarikat pegangan awam (Public Traded Company or PTC). Maksudnya, sesiapa yang mempunyai duit atau dana serta kelayakan dari segi undang-undang untuk menjadi pemilik saham McDonald, maka tidak ada masalah untuk menjadi pemilik McDonald hatta orang Yahudi sekalipun. Pernah satu ketika, McDonald dimiliki oleh seorang berbangsa Yahudi iaitu Jack M. Greenber, yang juga Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry, Inc. serta McDonald juga ditaja oleh Jewish United Fund (JUF). Namun, pemilik McDonald sekarang adalah Jim Skinner, seorang berbangsa kulit putih America. 

Ada pelbagai lagi isu serta kontroversi tentang hubungan McDonald dan Yahudi, namun di Malaysia, McDonald ini telah pun terkeluar daripada lanskap Yahudi. McDonald telah memberi lesen kepada Golden Arches Restaurant Sdn Bhd., milik Tan Sri Vincent Tan kalau tak salah saya pada tahun 1980. Restoran McD yang pertama telah dibuka pada tahun 1982 di Jalan Bukit Bintang. Namun, apa yang perlu kita tahu, selepas lebih 20 tahun di Malaysia, McD mula diterajui oleh orang Melayu beragama Islam. Bukan itu yang patut dibanggakan. Pelbagai kerja-kerja kebajikan serta pelunasan tanggungjawab sosial kepada rakyat Malaysia yang perlu kita sokong. McDonald juga telah menyediakan pekerjaan kepada hampir 2000 orang di seluruh Malaysia dengan lebih 170 cawangan di seluruh Malaysia. Oleh kerana ia merupakan perniagaan franchais, McD telah membayar cukai yang tinggi kepada kerajaan serta menyempurnakan impian kerajaan bagi mewujudkan usahawan bumiputra yang maju dan berdaya saing. Sekiranya semua orang mengambil langkah bodoh dengan memboikot McD, siapakah yang akan membantu 2000 orang pekerja untuk mencari rezeki.


Saya tidak membantah langkah untuk memboikot, namun kita perlu menyediakan asas yang kukuh supaya Islam tampak indah dengan tindakan yang akan kita ambil. Di zaman Rasulullah, baginda SAW pernah memboikot perniagaan Yahudi kerana sistem kapitalis serta riba yang dilakukan oleh mereka. Namun, sebelum boikot itu dilaksanakan, Rasulullah SAW memerintahkan Abdul Rahman bin Auf, seorang pakar ekonomi Islam yang terkenal memulakan pasar Islam atau Suqul Ansar yang diuruskan 100% oleh orang-orang Islam. Setelah pasar itu mula berjalan dengan lancar, barulah tindakan boikot dilaksanakan. Ini supaya selepas itu umat Islam tidak lagi terlibat bermuamalat dengan orang Yahudi. Pada hari ini, ramai yang berteriak supaya memboikot produk-produk Yahudi, namun tidak pula menyediakan alternatif untuk menggantikan produk tersebut. Malah, mereka ini tidak dapat lari daripada menggunakan produk Yahudi. Inilah yang dinamakan cakap tidak serupa bikin. Peribahasa Melayu menjelaskan perkara ini dengan 'meludah ke langit, terkena muka sendiri'.


Sebenarnya, kita tidak ada inisiatif untuk memajukan umat Islam. Selalu tindakan yang diambil membawa kita ke belakang. Tidak ada matlamat yang konkrit, cuma yang ada hanyalah emosi yang cuba menghalalkan setiap tindakan. Sikap malas untuk berfikir di luar kotak, bersederhana hanya mencambahkan penyakit jiwa yang merasakan diri sendiri yang lebih bijak daripada orang lain.


Sebagai contoh, ada yang kononnya, tidak akan menjejakkan kaki ke McD kerana kononnya syarikat milik Yahudi. Tetapi pada masa yang sama bekerja di syarikat komputer milik Yahudi. Ada yang kononnya tidak mahu minum Coca-Cola tetapi pada masa yang sama aktif menggunakan Facebook yang diasaskan oleh seorang yang berketurunan Yahudi. Ada yang tidak meminum air Sprite, tetapi pada masa yang sama menyokong serta menyarung jersi pasukan bolasepak yang dimiliki oleh seorang berbangsa Yahudi. Adakah ini situasi yang sihat. Kita cuma menimbulkan kekacauan serta ketakutan pada mereka yang ikhlas mencari rezeki dengan bekerja di syarikat-syarikat produk berkenaan. Inilah dikatakan cakap tidak serupa bikin.


Hakikatnya, dunia hari ini amat bergantung kepada produk-produk yang dijelmakan oleh mereka yang berketurunan Yahudi. Kerana apa? Kerana itu adalah janji Allah dimana diakhir zaman, Yahudi akan diberi peluang untuk menakluki dunia selepas dua kali diusir dari al-Quds. Sejarah bangsa mereka yang sangat panjang serta 'great diaspora' bangsa itu menjadikan mereka bertaburan di seluruh pelusuk dunia hari ini serta menguasai ilmu Allah untuk menguasai dunia. 


Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakkan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar." Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka maharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak, dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri; dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagai mana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.
(Al-Isra': 4 - 7)


Setiap perbuatan serta pemikiran kita, perlu kita teliti agar orang disekeliling kita tidak meragui pendirian kita. Biarlah kita sentiasa bersikap besederhana dalam apa jua perkara. Musuh kita kuat kerana kita yang lemah. Hari ini, Hamas di Palestin masih belum mampu bersatu dengan Fatah. Negara-negara Arab yang kaya raya masih tidak mampu merajai dunia kerana sentiasa alpa dengan nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Serta kita, masih suka untuk mengambil tindakan terkebelakang di dalam usaha untuk memerangi mereka. Semoga saya berada di jalan yang benar serta diredhai Allah. Usahakan supaya umat Islam menjadi bangsa berilmu serta menyumbangkan sesuatu kepada dunia. Dan sumbangan itu akan menjadikan mereka bergantung dengan kita di dalam menjalani kehidupan mereka diakhir-akhir umur dunia ini. Serta barulah kita akan dihormati serta tidak lagi bergantung kepada produk mereka. Wallahualam.

72 comments:

faizal moin said...

boikot barang yahudi,,,buat majlis besar2,,lepas berteriak,bersorak n menjerit,,lepas habis majlis tu,lepak kedai mamak,minum teh,,sambil hisap rokok,,amalan baik nee..rokok 2 merosakkan diri,,fikir2 la sendiri..

Anonymous said...

xnak kasi merokok bwat ape kasi lesen mrokok bai...

Khairul said...

boikot sana boikot sini, Manchester United tu lagi lah besar jahanam yahudi... syok jer orang melayu kita menyokong tak putus2.. APTB!

ngapap said...

Bro test dengar ceramah ni..
Dr Hafidzi ni pengerusi Aqsa Syarif(antara ngo yg kuat memberi bantuan ke Palestin)
Dgr sbb ape die ajak boikot Mcd..
http://www.youtube.com/watch?v=OiVjFK4WbM8

naga78 said...

Tak payah main bola @ tengok bola sebab bolasepak pon Yahudi yang asaskan. Chelsea, manchester United dan Arsenal ada kaitan ngan Yahudi. " Manchester United tu lagi lah besar jahanam yahudi" ayat paling celaka aku dengar. Sekian .

naga78 said...

Manchester City tu pak arab punya pakai mai sokong............. Baik hang sokong kelab Arab Saudi yang yang berbersekutu ngan Yahudi, Mohd Khairul Bin Abd Hajis.

naga78 said...

Umat Islam kena bersatu seluruh dunia baru boleh tentang Yahudi. Kalau kata bersatu dah, Raya, Puasa pon tarikh boleh tak sama bukan dok planet Marikh.

Unknown said...

terbaik.. betul 100%

Unknown said...

setuju dan betul 100%..
pikir la baik² sebelum buat keputusan yg mengarut

Anonymous said...

HAIL ISRAEL! HAHAHAHAA... JOM MKN MCD!

Huda Engku said...

Maaf, boleh tahu sumber maklumat dalam entry ni? Saya nak baca lebih lanjut. Terima kasih :)

Anonymous said...

lepas baca, semakin "rajin" berfikir.. sebab, sebelum ni ada terfikir macam ni tapi tak ramai kawan yg suka cerita2 macam ni so tak boleh nak share pendapat.. thanks :)

2x5 said...

Salam bro. 1st, perkara mcm ni kita kena terbuka. 2-2 pendapat kita kena terima. Sapa yang nak boikot, teruskan dan sapa yang taknak boikot, hak mereka. Allah tak tanya apa usaha mereka, Allah tanya apa usaha kita lakukan. Selemah-lemah iman didalam hati. Rasanya mudah je nak boikot sebagaimana kita boikot Belanda dulu. Mcdonald Malaysia menggunakan trademark asal Mcdonald dan secara tak langsung menyumbangkan dana ke negara Yahudi. Sedangkan kita tahu apa negara Yahudi dah buat pada kita. Kalau diorang hentikan sumbangan yang menjurus kepada memerangi saudara2 kita di Palestin dsb, kita sokong mereka selagi mana mereka patuh pada undang2 dan hukum. Aku tak rela walau sesen pun duit aku ke Yahudi yang kejam, melainkan sesetengah perkara yang tak mampu aku buat apa-apa contohnya menggunakan Facebook untuk dakwah dsb. Selagi ada pilihan, aku akan pilih jalan mendekati perjuangan Fisabilillah. Makan di kedai makcik yang mencari rezeki di bumi Malaysia ni lebih baik & membantu ekonomi mereka berbanding aku pergi makan di McDonald yang menguntungkan orang-orang atasan yang sudah kaya raya sedangkan pekerja bawahan bergaji cukup-cukup makan.

Bleu84 said...

I am not a Muslim but this are what I want to hear or listen from the Muslims. Bukan buat sesuatu without any concrete basis. Seriously...

Bleu84 said...

I am not a Muslim but this are what I want to hear or listen from the Muslims. Bukan buat sesuatu without any concrete basis. Seriously...

McCurry said...

bercakap soal menyediakan alternatif? rasanya McD ni restoran ni terkenal dgn cara pemakanan yg xsihat. Jadi apa jenis restoran yg harus kita sediakan. Penulis mungkin kurang peka dgn perkembangan usahawan tempatan seperti Radix Fried Chicken (sbg contoh) yg boleh djadikan alternatif lbh baik kepada fast food retaurant Yahudi. Hendak seribu upaya, xhendak seribu alasan.

UnitedMalaysian said...

Aku setuju dgn 'ngapap'. penjelasan dari Dr Hafidzi : http://www.youtube.com/watch?v=OiVjFK4WbM8 . Isunya bukan McDonald tu yahudi semata-mata, tapi isunya kerana McDonald menyokong Israel, penyumbang besar kepada Jewish United Fund (www.juf.org). Pergi ke website tu dan lihat di muka hadapannya kempen sumbangan kepada kerajaan Israel

p/s: Israel sekarang tak ada kaitan keagamaan dengan Israel Nabi Yaakub

Muhamma Usaid said...

Assalam, bro admin. Saya merasakan admin ada beberapa point yg releven. Akan tetapi, sebagai muslim pada pendapat saya, mengecil kan usaha memboikot ini semacam kita tak sensitif dgn isu yg lebih besar. Bukan MCD sahaja,tapi beberapa produk yang lain juga perlu di boikot. Boleh refer kepada page http://www.inminds.com/ utk tgk list. Bukan semua produk yahudi tersenarai. Tetapi produk daripada syarikat-syarikat yg menyalurkan dana secara direct kepada kerajaan haram israel-zionist. Boleh baca/dengar pencerahan dari Dr. Hafidzi mengenai usaha boikot ini. Usaha yg sedikit akan juga dikira oleh Allah. Semoga Hidayah Allah Taala sentiasa berterusan ke atas kita. WAllahualam.

Anonymous said...

Sesiapa nak boikot, silakan. Yang taknak boikot, hak masing2.. Yg nak boikot tu saya ucapkan tahniah sbb ada usaha utk tonjolkan keberanian. Dan yg taknak boikot tu, jgn la duk kecam org yg boikot. At least diorg ada usaha. Kalau effect boikot tu pada lebih 2000 org bekerja dekat company tu, apa masalah dia? Ko ckp mcm ko tak yakin rezeki tu Allah yg bagi. Come on la, Allah bg kita tulang 4 kerat, siap bagi bumi yg penuh rezeki ni, kat mana2 pun org boleh hidup kalaulah company tu lingkup. Yakin dgn Allah, yakin dgn rezeki Allah yg be4lambak kat bumi ni, korang akan senang. Percayalah..

Anonymous said...

sy dulu penah je keje dgn mcd. tp takde la nak jdkan mcd tu tempat utk mata pencarian. yg keje kt situ pun part time je. tak susah pun kalu tak keje kt situ. belambak2 lg keje part time lain bole buat. jual barang kt intenet ke. yg ada pangkat kt situ bukan calang2. ada diploma. takkan diploma tu utk keje kt mcd je kot. blogger ni tak paham kot, royalty yg mcd malaysia bayar kt mcd israel tu pun dah cukup membuatkan dorang kaya. cuba cari berapa ribu cawangan dorang kt satu dunia. tak berbillion royalty dorang dapat. kalu nak pk sangat 2000 pekerja yg bekerja. tak mati kot kalu tak keje ngn mcd. bukan taknak ikut sistem islam, tapi fahamkan dulu teori matematiknya. ke nak kene skolah balik?

Blue Vader said...

guwe suka gaya penulisan blog ni. Kemas dan cantik. takde gambar pon xpe, artikel die da kira menarik hati untk baca...

sebelum nak mulakan plan A, mesti ade backup plan B dan Plan C kan? SO, nak boikot pon bole tapi mesti ada alternatif/plan supaya x trperangkap.. sbg cnth: boikot McD, korang ade alternatif lain mcm RAMLEE BURGER.. buat sndiri ataupun beli kat gerai brader2 jual berger.. tambah skit ekonomi org Islam. Ni name die Plan backup..

sekadar pendapat jer

Anonymous said...

disagree..
antara artikel paling bodoh..
2000 org rakyat malaysia hilang perkerjaan bulan ni, bulan depan inshaallah bulan depan dpt kerja lain..rakyat palestine 2 yg ilang nyawa,kna sembelih, kna zalim 2 kau igt bulan depan boleh dpt balik ka nyawa 2..banggang..org boikot 2 bkn suka2 nk jahanam kn bisnes mcd 2,,boikot sebab mcd sponsor zionis.

Anonymous said...

aku nak lepak kat Genting Sambil Makan Lempeng... sesaper berani bukak Francais jual Lempeng kat genting Hignland????

2x5 said...

Sindiran makan lempeng di genting highland tu tak masuk akal. Tak apa lah, kamu boleh perkecilkan usaha boikot ini. Tapi percayalah, andai terjadi pada batang hidung sendiri. Bilamana kita merayu jangan sokong orang yang memerangi kita, mak ayah kita, adik2, saudara mara, masa itu mungkin kita sedar yang umat Islam dah dimanipulasi untuk memberikan sokongan kepada mereka musuh Islam. Dan rintihan kita tak didengari. Israel memang terer dalam Art of Deception, sampaikan umat Islam sendiri dah tahu kesan masih menyokong. Ironi sungguh. Sekecil2 Israel, mengawal sebesar2 kerajaan polis dunia..hehehe

Anonymous said...

sedang org dh mula timbul kesedaran tentang zionis ni, ko pulak cuba serapkan kerisauan dlm hati umat islam..come on la, kita boikot bukan sebab untung @ tidak ekonomi umat islam..kita boikot sebab kekejaman zionis keatas umat islam kt palestine 2 yg mna dana yg digunkan adalah direct dri company2 francais mcm MCD 2..

suria lekatlekit said...

ada yang kononnya, tidak akan menjejakkan kaki ke McD kerana kononnya syarikat milik Yahudi. Tetapi pada masa yang sama bekerja di syarikat komputer milik Yahudi. Ada yang kononnya tidak mahu minum Coca-Cola tetapi pada masa yang sama aktif menggunakan Facebook yang diasaskan oleh seorang yang berketurunan Yahudi.<< I LOIKE >>
tak salah nak boikot tp jgn sebar fitnah.

Anonymous said...

bila nak boikot Mcd kena sediakan alternatif lain supaya kita boleh memilih? kahkahkah setakat berger sebijik pun nak sediakan alternatif ka? belambak ja orang jual berger.
kita boikot selagi mampu.at least ada jugak usaha kecil utk membantu.nanti kalau ALLAH tanya boleh la jawab dgn usaha kecil kita ni

Pawas said...

kepada admin... rezeki tu allah yg bagi... takde mekdi tak mati pon org semua... boikot bukan sebab derang bangsa yahudi... boikot sebab derang sponsor peralatan perang untuk rejim israel bantai palestin... kalo derang tak sponsor...tadenye la nak boikot2... masalahnye..korang sedap2 melantak bege...duit yg korang baya tu... derang gi beli senjata bunoh org palestin.


Bile cakap sme nak kuar releven2...gune logik la apela... otak kite nie Allah yg cipta, kite asik gune logik... tp allah kasi bala kat kite tak gune logik pon..tau tau dah kene sapu... cube la korang pikir.. burung berapi yg baling batu dari neraka , burung ababil...leh bagi huraian logik?.... Taufan sandy yg tetibe mengganas... lumpuhkan ekonomi US 100 Tahun....bole tafsir gune logik?... Allah tgk segala usaha kite lakukan walaupon sebesar zarah.. Nanti bile Allah tanye time saudara kita kat palestin tu tgh sengsara, kite buat ape? ... Err.. saye tgh makan mekdi....baguihnye ayat..

Anonymous said...

apa yang berlaku pada zaman rasulullah adalah ketiadaan pasar islam dan terpaksa menggunakan pasar yang menggunakan sistem riba dan sebagainya.sebagai alternatif, pasar islam diwujudkan dahulu sebelum boikot dilakukan.. sekarang nie kalau nak bercakap pasal McD.. rasanya dah berlambak burger kat luar nun. tak makan McD pun takpe. pasal minum Coke, berlambak lagi air kat luar sana nun.. nak sebut pasal alternatif apa kat sini. tak mati umat islam kalau tak makan burger McD, tak mati umat islam kalau tak minum Coke.. pikirkanlah sendiri

Anonymous said...

niat en zul kn prbtol kan no..jgn bt post utk tarik trafik ja..lg 1, kita kan dh ada rfc, kfc n byk la kdai juai burger, x ckop lg p kdai western food.. sekian..

Anonymous said...

tak perlu la rs nyer kt nak berbalah sesama kt psl boikot memboikot ni, tp seelok elok nyer kt renung blk jnji Allah dimana yahudi ttp akn berjaya tawan baitul maqdis iaini bumi palestine sbb disitu nnti akn jd tmpt penyembelihan kaum yahudi beramai ramai oleh tentera Islam pimpinan Imam Mahadi.....ape yg perlu kt buat ialah kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah yg sebenar benar nyer dlm diri kt masing2 dan ini jg jnji Allah, selama mana kt tggl kan Al-Quran dan As-Sunnah slagi itu jg la umat Islam akn ditindas dan itu la yg berlaku skang ni.....renungkan lah!

zulyunus said...

http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Muhammad Fizrie Zainuddin said...

setiap perbuatan ada ganjaran pahala atau dosa...kalau anda ada hati,perasaan,anda tau mcd tu mmg penyumbang kewangan israel..boikot lah..kalau x nk boikot,lagi siap kutuk org yg boikot,mmg anda x ada perasaan..heartless..akai ada pandai2 la pk..

UnitedMalaysian said...

Bukan berbalah, tapi since post ni dah wujud mstilah ada pro dan kontra. Dan since ini isu saudara seagama, mestilah ambil tahu dan ambil tindakan. Sekurang2nya jelas mengapa. Tingkatkan nilai empati dalam diri menyelami kesusahan saudara kita yang lain didalam dan luar negara. Nak ikut Al Quran & As Sunnah, bukankah kita perlu mengambil tahu hal saudara seagama supaya tergolong dalam umat Rasulullah S.A.W? Setiap Muslim itu bersaudara. Kukuhkan bnteng dan saf2 kita

Anonymous said...

kecilnya minda blogger ni..

Anonymous said...

sebagai Islam kita patutnya bersatu,bkn bertelagah.....jgn mara dan ikotkan nafsu,kite bincang.....bincang dgn baek...bersatu bru teguh Islam....Jihad ada bnyk cara...gunalah sebaiknya peluang yang ada...

Anonymous said...

halahaiiiii,,,kate beriman,,,dah rezeki 2 dari ALLAH,,,y ko sebok2 nk pertikaikan buat aper,,,abih 2 kire kije MCD je lah ley kasik kat 2000 org ko tu mkn,,kire klo diorang x kije MCD x ley mkn la diorang???sengkek la pemikiran ngko,,,klo bodoh buat care bodoh,,,jgn sedap ati jer nk ckp,,,abih 2 ko x nk pikir plak kedai makcik2 kat sblh MCD,,ko ingt diorang x rugi plak MCD bukak kat sebelah,,abg2 jual beger ker...

Anonymous said...

Bab menyediakan alternatif barang lain tu aku nk rungkaikan sikit.
Kalau kita nak boikot pun boleh..sebabnya banyak barang kita dah ada. Contoh mcD..alternatif dia burger tepi jalan.burger bakar.burger budak2 melayu jual.kita lagi nampak mana duit dia pergi. Kalau air coke pulak..banyak kot air gas lain yg boleh minum.xpayah minum pun xper..mcm aku..xminum air gas..dari kecik lagi xsuka.banyak lagi alternatif barang lain yang kita dah ada.kalau FB..hakikatnya memang ini medium komunikasi.darpd FB..kita guna kelemahan dia..mcm revolusi di mesir etc..dgn fb kita boleh bina kekuatan nak musnahkan sesuatu.informasi di gaza cepat dpt.org kata sambil menyelam minum air.
Hakikatnya..semua atas diri sendiri..nak xnak jer..pikir2 la

Anonymous said...

aku sokong penulis!

sedih tgk bnyk melayu yg maseh berfikiran jumud! maseh ikut nafsu dlm melaksanakan sesuatu.ade otak x mau fikir! x nk belajar ngn org putih pebende tu maksud think out the box!

nazril said...

saudara sudah silap. kita boikot zionis bukan yahudi. mark zuckerberg yahudi tp adakah dia zionis? zionis tidak semestinya yahudi. kristian juga ada yg zonis. atheis juga ada yg zionis.

Anonymous said...

kurang ilmu jangan pakai sembur je bro.

nazril said...

berkenaan perenggan suqul ansar:
1. em, maaf saya meragui perenggan itu tanpa sandaran rujukan ilmiah yg betul. ia tidak ada dalam kitab sirah yg mu'tabar. berikan rujukan tepat tentang peristiwa suqul ansar tersebut.
2. produk alternatif begitu banyak dan sungguh lemah hujah mengatakan tidak ada produk alternatif. nyatakan satu produk zionis yg tidak ada alternatifnya. facebook bukan produk zionis ia hanyalah produk seorang yahudi yg tidak semestinya zionis

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya setuju dengan nazril kerana hanya komen dia sahaja yg ada unsur kejelasan. Ramai di antara penulis/pemberi komen yg tidak jelas akan perbezaan antara israel dan zionis. Fahamkan perbezaannya dahulu, barulah nak berapi-api memberi komen. Lagi satu, pilihan utk boikot/tak boikot adalah hak individu. Tapi, jika sudah nyata sesebuah sykt itu menyalurkan dana kepada rejim zionis,(tak susah nak cari senarai sykt2 multinasional ini, cuba buat research sendiri daripada beberapa sumber) mungkin adalah lebih baik jika kita mengelak daripada terlibat sama. Seperti yg telah diperkatakan, ada banyak alternatif lain. Tepuk dada, tanya selera. Wallahuallam.

akmalhakimx said...

Tak payah makan Mcd pun xpe. Buger bakar Selayang Jaya kan ada. Apa susah.

Anonymous said...

Org dulu mkn ubi keledek ok je.alternatif la tu.klu otak dh kematu dek berger mcD,buta hati la jdnye.

Unknown said...

Lawak la admin nih.. rezeki di tentukan oleh Allah la brader.. bukan kat MCD hang tu.. "Sikap malas untuk berfikir di luar kotak".. ko pun malas nak pikir lg nak cakap org

Anonymous said...

Heran mengapa dok hadap sgt McD ni. Mahal, tak berkhasiat dan tak la sedap. Mkn la benda lain, cakoi kat Tmn Melewar atau Pasar C Kit lg sedap, murah. Dok minum Coke tu pasal apa, sy nk habiskan setin pun rasa nk termuntah. Minum la air suam, air kosong kalau tak pun teh o panas dan cukup best.

Buat la sumbangan sekecil mana pun, sama kisah burung yg cuba memadamkan api membakar Nabi Ibrahim.

Burung Hijau said...

Inisiatif... ??? kan Ramly ada bkak kiosk mcm Mcd cuma tak spopular McD... kan RFC ada yg hampir 99% sama mcm KFC... kn orang melayu banyak jual pizza di pasar2 malam cuma belom se gah PizzaHut... kita sendiri yg pndang n cari benda2 ni ... bukan nya syarikat2 yg p cari kita...>_<

zulyunus said...

Ni komen orang yg tak faham isu dan taktau hormat org. Juga tidak melihat sensitiviti umat Islam seluruh dunia. Pakai akaun name anonymous, tak mesti boleh cakap sesuka hati.

Anonymous said...

kita sepatutnya amk peluang ni utk bersatu-padu, bkn bertelagah pasal isu boikot memboikot..ape yg admin tulis xsemuanya salah cuma mungkin ada yg perlu diperbetulkn, n yg komen pn jgn cpt melatah, pandai2 la tapis content..nk boikot or x, itu hak individu..xguna nk bertelagah kat sini.bersatu kn lbh baik =)

Anonymous said...

laaa..patot la pon..ckap buat blog mcm org bodo...rupe2nye....peminat POYO MU....mmg poyo....bodoh sangat sampi buta hati n perasaan bila nak bela produk amerika...dorang 2..penyumbang pada dana ketenteraan Yahudi....bila orang pick cerita freemason...korang soal..betol ke ade...MMG ADE LA....

Anonymous said...

Orang kat atas yang mencarut , maki hamun admin , lagi berdosa . Sebab mencarut tu menjadikan hati lagi gelap . Susah nak terima pendapat orang .

az ha d' said...

kenapa mcd jer yg jd isu besar?produk lain bagaimana....dunhill?nestle? dll.

az ha d' said...

kenapa mcd jer yg jd isu besar?produk lain bagaimana....dunhill?nestle? dll.

zicron21ck said...

tindakan yang sepatutnya buat masa ini adalah dengan mengurangkan kebergantungan kepada produk mereka... bila sudah ada produk gantian, baru dimulakan dengan boikot...

mungkin sebagai contoh, kita patut memperkembangkan menu burger yang makin popular sekarang iaitu burger bakar.... nampak macam banyak da naik sekarang ini, merata tempat ada... mungkin produk2 seperti ini bolehlah dimajukan pada masa ini dan yang mendatang....

dunia sekarang memang tidak akan dapat lari dari terkena tempias sumbangan ke israel zionis kerana mereka telah merebut segala peluang serta menguasai dalam bidang ekonomi dan bidang asas kehidupan. mungkin ada satu dua produk mesti tersangkut dengan mereka tanpa kita sedari...

Anonymous said...

kalu tanank bertelagah, rasanya admin kene mintak maaf dulu kerana mengeluarkan artikel murahan mcm ni.. fikir dulu sebelum nak menulis. bckp bukan mgunakan logik akal saja. ilmu kene penuh didada. budak spm pun bole menulis mcm ni... buat research dulu. mana baik mana buruk sebelum nak bg hujah. kalu bercakap ikut nafsu, mcm ni la jadinya.. sbnrnya admin dan blogger2 yg mcm admin ni la yg menkucar-kacirkan keadaan.. org lain tgh elok2 boikot, nak mengata org yg memboikot tu, kenapa? sukati dorang la nak buat ape.. admin tanak boikot, duduk diam2... tak payah nak merepek meraban sorang2 dalam blog ni..

admin tau ke ape tu francais system? ingat mcd malaysia stands alone ke?? bila org kata dia bodoh, ramai pulak yg backup kata sifat yahudi.. tp bukan sifat2 yg seperti admin tuduh tu dah dikira munafik ke? mengaku islam, tp memecah belahkan silahturahim dan mengata org yg boikot tu tak serupa bikin... pikir pikirkanlah...

Anonymous said...

Allah SWT dah jadikan bangsa yahudi ni merupakan bangsa yang paling cerdik di atas muka bumi . tetapi di akhirat kelak mereka sama mcm kafir yang lain . boikot lah mcm mana sekalipun , mereka akan tetap mencari jalan untuk menambah baik ekonomi mereka . boikot itu tidak salah. tetapi sedarkah sudara sekalian berapa banyak produk keluaran yahudi ? lihatlah di sekeliling anda,hampir kesemuanya adalah produk mereka .

Ikhmal Zain said...

kenapa kita perlu salahkan admin ? itu pendapat dia . lupakah kita yang negara kita adalah negara demokrasi ? setiap individu mempunyai hak untuk bercakap . masing masing bagi pendapat masing masing . rambut sama hitam tapi hati lain lain bro . Ubahlah persepsi orang melayu sikit . pantang berbalah pendapat , mesti nak hentam,caci maki satu sama lain . kalau rasa otak tu jenis narrow-minded,better takpayah baca blog and jangan guna langsung kemudahan internet sebab dalam internet ni mcm mcm benda ada . kita sebagai pengguna mestilah pandai memilih ,bukannya pandai mengutuk orang jaa .

Anonymous said...

satu lagi kita kalau nak boikot yahudi , kita kena boikot US jugak . sebab US yang bagi sumber ketenteraan dekat israel . US dah terang lagi bersuluh menyokong Israel .

Anonymous said...

for admin, bila dah baca comment2 di atas, take it as a benchmark. so next time tak payah la nak bercita2 menghentam sesama manusia... i think this is a reminder. negara demokrasi pun, bercakap dan berhujah biar berasas..

Anonymous said...

Selagi kte bole boikot ape salahnye kte boikot walaupun bukan semua. so, there is no point to say such thing "'Boikot Produk Yahudi serta Cakap Tak Serupa Bikin'"

Anonymous said...

Seekor burung berusaha bersunguh-sungguh memadamkan api yang membakar nabi ibrahim.walaupun tidak mampu memadamkan api yang marak namun masih berbuat demikian.

Walaupun boikot mcd,barang2 dari israel jika dilihat dari segi kewangan,hanya akn mengurangkan sedikit keuntungan mereka,tidak akn membuat mereka guling tikar tetapi apa yg dinilai ALLAH bukannya kesan tersebut.
tetapi tindakan kita,apa yang kita usahakan.
#for gaza

Anonymous said...

ak rse rmai org dh lupe time amerika serang iraq, afghan, dlu. bkobar2 la rkyat Malaysia ni nk booikot produk amerika/israel. taksub dgn freemason la ade kaitan dgn 1 world govement la. rncngan zionis la. tp sume tu skjap je. mcm trend je. tgok org boikot. dia pn nk boikot. tuka dp tnda sokongan la. tp sume tu skejap je. bila dh reda dorg blek gune produk yg dorg boikot. mcm xde ape2 yg prnah blaku. cuma hangat2 taik aym. dharapkn yg sokong boikot akan truskn sokongan dn yg xsokong jgnla nk hina org yg boikot ni.

rasional tnpa kepercayaan=kontang,
kepercayaan tnpa rasional=buta

Anonymous said...

ala.....kalau setakat ckp nak boikot nak api2 kan org sy rasa better lagi kalau kita pergi ke masjid...mendirikan solat....memenuhi setiap rukun islam yg termaktub dari kita mendoakan agar sesiapa jatuh sedangkan rasulullah yg dihini dan direjam dengan batu oleh quraisy lahanatullah masih mampu berdoa kepada Allah SWT supaya dibuka kan hati untuk berubah...insyaAllah apabila tiba masa yg sesuai pasti akan ada perubahan....lagi satu...ingtlah..tanda kehancuran yahudi juga adalah satu petanda dimana akan tertutupnya pintu taubat....adakah saudara sekalian telah melengkapkan diri utk bertemu dengan yg esa??siapkan diri kita...lengkakan amalan kita...berperang la dengan nafsu kita....dalam hadith sohih mengatakan bahawa....sebaik baik perang adalah berperaang dengan nafsu kita...

2x5 said...

Sedih la aku tengok komen-komen sesetengah kat sini, termasuk pendapat admin. Mana pergi PERASAAN korang semua? Mana pergi EMPATI korang semua? Korang nak hidup korang cuma makan, kerja, tidur je ke? Sedar tak yang ditindas di Palestin tu saudara kita? Dan anak-anak tak sempat membesar lagi. Mereka seagama, seakidah. Ada hikmah kita disuruh menjaga kebaikan sesama Muslim, bayangkan kita kat tempat diorang. Lemahnya iman kita kini. Jangan jadi munafik, zahirnya Islam di IC tapi tak ada usaha membantu saudara yang kesusahan. Cuba usaha apa yang termampu untuk memberikan sokongan biarpun sekecil apapun usaha kita. Dan sekecil usaha yang kamu remehkan tu, jika berpihak pada Yahudi, nescaya besar kesannya keatas mereka secara big figure. Barang-barang disekeliling kita memang ya, kebanyakannya produk Yahudi. Tapi kita cuma boikot syarikat yang JELAS menyokong pembunuhan rakyat Palestin. Buat sedikit research. No wonder umat Islam lemah sekarang ni, sebab ada yang jumud. Malas nak bertindak, terlalu selesa dengan keadaan semasa. Mungkin merasakan diri susah, sedangkan ada yang lebih susah dari kita. Boikot ni kesannya akan besar jika kita bersatu hati. Pelik tengok rakyat bukan Islam luar negara, bersemangat menyokong Palestin atas dasar kemanusiaan, tapi orang yang kononnya Islam makin meremehkan. Nak kaitkan dengan solat? Sapa yang tak solat? Solat tu kan wajib untuk umat Islam, tak ada persoalan pilihan utk solat atau tak bagi mereka yang mengaku Islam. Jangan gunakan nama agama untuk habuan dunia bro. Kullu nafsin dzaiqatul maut. Semua yang hidup akan merasai mati. Jangan terlalu selesa, semua akan mati. Cuma kita usaha nak mati bermaruah atau mati sebagai orang yang malas berusaha.

Anonymous said...

Tak mati pun kalau aku tak makan mekdi tapi kalau aku makan mekdi ada org akan mati..

cd said...

Patut x minta kerja d mc donald?? Xpatut kn

Anonymous said...

tebaik

Unknown said...

Nak tulis pn fikir la pakai akal fikiran yang ada landasan tepat..jgn main tulis je..

Anonymous said...

Bisingla..angkat senjata g perangla..sibuk dgn beger mcd plak..kalu bakar semua mcd kat malaya ni pun x terjejasnye israhell tu by now..kaya raya dah zionist tu..mcm bagus2 jer.. Jihad kedaikopi semua ni....jom g perang kat sana!!!! Allahuakbar!

Anonymous said...

Yahudi tetap yahudi..mereka xkan puas aty slagi umat islam ats muke bumi ny masih hdup..diorang ade agenda dorg sndri..jd hnye Allah Maha Mengetahui.. kte hnye mansia biasa

Anonymous said...

pendapat aq, boikot mcd pun boikotlah, burger bkn sihat pun, nak support melayu pun supportlah, tp burger melayu sihat ke? same jugak makanan tinggi kolesterol.. aq pun jarang mkn mcd tp aq xsuke berdemo sane sini, pecahkan cermin kereta org yg pakai sticker mcd, bkn xboikot but doa is the best weapon.. bg aq doa lg cepat makbul.. insyaAllah, mendermalah kamu di tabung Aman Palestin ok..