Apr 18, 2010

'Pelampau Jahil'

Kelmarin, Jumaat, 16 April 2010, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan sikap biadap orang y tidak menghormati institusi agama. Namun, kali ini, y paling mengejutkan, perlakuan itu dilakukan oleh orang Islam sendiri y motifnya tidak jelas diketahui. Apa y pasti, tindakan ini mencerminkan kecetekan serta kejahilan mereka y mendakwa amat arif tentang hukum hakam serta akidah dan akhlak Islamiah.

Perhimpunan di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh, telah memperlihatkan kejahilan pemikiran pemimpin serta penyokong parti pembangkang terutama PAS n PKR. Mereka ini telah melacurkan ahklak Islam mereka diatas nama politik keterlaluan y telah lama menjadi darah daging mereka. Sejarah telah mencatatkan beberapa tindakan agresif serta estremis daripada pemimpin n penyokong pembangkang, namun saya fikir, tidak perlulah kita mengungkit sejarah hitam y tidak lebih hanya akan menjatuhkan imej Islam itu sendiri.


Inilah mereka y tidak menghormati masjid

Sebenarnya, sikap parti pembangkang y menerapkan pemikiran kejahilan bermula dari anak2 mereka lagi. Saya pernah bersekolah di sebuah sekolah aliran agama terkemuka di Alor Setar, y rata2 kawan2 sekelas saya, berpemikiran ekstremis sejak dari tingkatan 1 lagi. Sikap mereka jelas menunjukkan mereka ini terpengaruh dengan dasar y dipelopori oleh ibu bapa mereka y berfahaman pelampau. Pernah seorang sahabat saya, semasa saya ditingkatan 1 berkata, "Dr Mahathir, kalau mati, patut daging dia dipotong2 n diberi makan anjing'. Begitu sekali didikan y diberikan sehingga menghormati umara tidak ada dalam kamus mereka. Padahal ia adalah perkara wajib y dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Sedih apabila melihat masjid y baru sahaja diimarahkan dengan zikir, solat Jumaat serta doa dicemari oleh golongan sebegini. Saya tidak faham, kerana di dalam al-Quran ada menyebut 'Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuataan keji n mungkar' kerana apa y dapat dilihat, jelas kemungkaran telah dilakukan dihadapan rumah Allah. Dengan berkopiah putih serta y wanita bertudung labuh, mereka tidak melindungi akhlak mereka sepertimana mereka menutup aurat mereka. Membaling telur, tidak kira telur busuk atau telur wangi, tetap akan mengotorkan perkarangan masjid dimana hukumnya adalah haram. Bagi saya, mereka ini tidak lebih hanya sekumpulan sekumpulan keldai jantan n keldai betina membawa kitab2 agama dibelakang mereka tetapi tidak tahu isi kandungannya serta tidak memahami asas agama bermula dari akar, tetapi hanya bersikap pelampau y jahil.


Kelibat beberapa wanita 'Islam' sedang ber'jihad'

Isu APCO ini hanyalah propaganda Anwar Ibrahim y mahu mengalihkan perhatian masyarakat kepada isu salah laku moral y dihadapinya. Untuk penjelasan, tidak ada satu pun y terlibat membaling telur memahami isu ini dengan jelas. APCO mungkin dilantik oleh kerajaan untuk terlibat di dalam hal perdagangan Malaysia, y melalui proses tender seperti syarikat2 lain. Hubungan APCO dengan Israel masih belum jelas. Dakwaan oleh Anwar Ibrahim hanyalah berdasarkan faktor luaran semata2, tidak terbias dengan perjanjian sebenar antara kerajaan dengan APCO ini. Kalaupun kerajaan berurusan dengan APCO, ia cuma untuk perdangan n demi rakyat Malaysia secara amnya. Anwar mungkin lupa hubungan baiknya dengan Yahudi y terang2 anti kepada Islam iaitu Rupert Murdoch dan persahabatan eratnya dengan arkitek kepada perang Iraq iaitu Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia. Dia juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Foundation for Future y mengumpul dana untuk menguatkan pengaruh Amerika n Israel di Asia Barat. Saya yakin, para penyokongnya serta penyokong PAS tidak ambil peduli fakta ini. Mereka ini buta dengan politik serta telah digula-gulakan oleh para pemimpin mereka untuk membuat kacau di Malaysia. Ingat, walau apa pun alasan mereka, membuat onar di masjid, selepas solat berjemaah pula, adalah perkara keji y menegaskan penyataan 'matlamat tidak menghalalkan cara'.

Kadang2, terdetik di hati saya, apa lagi y mereka ini mahu. Kerajaan tidak menghalang mereka untuk mengamalkan Islam secara keseluruhan. Kerajaan tidak menghalang mereka untuk berjubah serta berpurdah. Tetapi mereka tetap membawa 'bom' di dalam hati mereka untuk memusnahkan kerajaan. Mereka bersikap mendewa2kan pemimpin mereka tambahan pula y berjubah, beserban serta y bergelar tok guru. Padahal mereka hanyalah manusia biasa y diberikan ujian oleh Allah dengan ilmu agama y luas. Ulama pewaris Nabi tidak merujuk kepada mereka y arif tentang ilmu agama tetapi kepada mereka y mengamalkannya secara keseluruhan, zuhud serta mengamalkan cara hidup y diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW. Mereka tidak hiraukan kesenangan dunia, kemerkapan berpolitikan serta hal2 y syubahah semata2 ingin menjadi pewaris Nabi. Ini lah masalahnya apabila al-Quran n hadith diterjemahkan secara berkepentingan serta membabi buta. Tok Guru tidak lagi menjadi pewaris Nabi setelah dia terlibat di dalam politik kerana beberapa tindakannya jelas menunjukkan bahawa beliau hanya tahu agama tetapi tidak mampu mengamalkan secara keseluruhan. Melantik keluarga serta kroni di dalam hal2 kerajaan negeri menterjemahkan sikap sebenar orang y bergelar tok guru ini (baca sini).

Memang kalau kita pergi ke rumah Tok Guru, dari depan kelihatan uzur. Tetapi lihat di belakangnya. Lihat juga kereta y dinaiki. Padahal, Perdana Menteri sendiri cuma menaiki Proton Perdana y kos maintanancenya lebih murah dari kereta Tok Guru. Jadi, dengan secara automatiknya Tok Guru bukan pewaris Nabi serta tidak maksum dan boleh dikritik. Dosa n pahala orang y mengkritik adalah urusan Allah SWT. Kita sebagai manusia hanya boleh menegur sesama kita untuk mendapat manfaat, tidak layak melabelkan orang itu berdosa kerana mengkritik Tok Guru.


Penulis bersama kereta Tok Guru y amat sederhana


Rumah Tok Guru y sederhana di depan, mewah dibelakang

Saya menyeru kepada semua y begitu taksub kepada pemimpin ini supaya mendalami sejarah serta fakta ketika mahu berhujah. Jangan asyik baca blog sahaja serta mendapat maklumat dari internet. Memandang terdapat segelintir y begitu mempercayai blog, jadi saya meluahkan pendapat ini melalui blog saya serta meletakkan link kepada blog y mendedahkan kepincangan sesetengah individu. Namun bagi saya, buku adalah sahabat utama untuk saya menambahkan ilmu pengetahuan kerana sifatnya y lebih authenthic.

17 comments:

aeman said...

well put bro..!! bravoo...kite kene hidup dengan bertatasusula dan aman supaya negara kite ni makmur n maju..rakyat gak yg dpt manfaat...bukan membuang masa buat protes xtentu hala..setakat nk tunjuk marah..org suruh belajar xnk..modal insan berkualiti kurang (coz sebuk wat protes)so terpakse gune khidmat org luar..salah siape???

Anonymous said...

Haha...good joke..
cakap selit skali la fakta ...
mercedes 2 nama tuan guru ke atau pn kerajaan negeri kelantan?..
terengganu xpakai mercedes ke?..siap ada lg kereta yg hlg..sapa yg songlap?..
beza kan rumah nik aziz ngan fakir miskin mmg la bsr rumah nik aziz 2..
knpe x beza kan ngan istina khir toyol?...
ckp matlamat x menghalakan cara...
jd ckp serupa bikin la bro...
jgn nk men hentam tuan guru tp pemimpin kerajaan yg rmh lg besar nk sorok² lak..

obiwankenobi said...

hahaha...jgn dipertikaikan nik aziz tu...nnt ada la pencacai2 yg masuk backing...nik aziz kan ada kuasa mengampun n kuasa keluarkan fatwa... sat lagi ada la fatwa pakai kereta mercedes tu sunnah...zaid ibrahim kaki mabuk pun dapat pengampunan nik aziz...apa sgt la nak merasionalkan rumah besar dgn keta mewah...alahai....pas pas...sedih tgk budak2 umor 7-8 tahun kat hulu selangor pakai gmbr teoh beng hock kat badan...anak2 cina DAP sibuk g tuisyen...anak2 melayu PAS sibuk jadi pencacai...bila ketinggalan mula la nak salahkan kerajaan.... bodoh bertingkat2.

Anonymous said...

haha..bila zaid bertaubat kat nik aziz?..bkn zaid 2 bertaubat dgn Allah?..
ini la pencacai umngok yg x boleh trima bila org bertaubat..
org umngok je kot yg blh ditrima taubat?...
tp npe nk sedih ngan dak melayu yg pkai bju teoh beng hock?..
npe xsedih tgk ank2 melayu yg mbuk2 kat klab?...ini la mentaliti org umngok..
bodoh mcm mgkuk tgkat..
asal klu org 2 pas maka ketinggalan la?..
biar ketinggalan tp jgn nk mengejar nikmat dunia..
mnm arak, berjudi, berzina, rasuah mmg dah dihalakan oleh kerajaan..

Anonymous said...

Jgn serang peribadi seseorang.. pakatan rakyat serang dasar pemerintah dan kes jenayah dengan cukup bukti namun terkubur d mhkmh kerana institusi yang tidak telus. Untuk pengetahuan saudara, maitainance perdana v6 adalh lebih mahal drpd kereta luar.Ini kenyataan.
Hanya berkongsi pendapat,hak saudara untuk terima atau tidak.
Terima Kasih.
Salam

obiwankenobi said...

hahahaa...lawak la anon 11.42 ni... mo kalau pas, yg rasuah tu ditukar jadi derma, nabi pun amal kroni bla3...masa pilihanraya permatang pasir nik aziz kata dibolehkan dedah keburukan peribadi calon supaya rakyat tahu...abis diungkit semua kisah silam calon tu wpun semua kes tu dah selesai...di bukit gantang, dikeluarkan gambar kononnya calon bn berkaroke dgn pompuan kat siam, padahal tu gmbr karoke dgn ahli2 keluarga...bila calon PR sendiri kena balun kat hulu selangor, keluar pulak fatwa baru, haram serang peribadi...biasa la...elizabeth wong berbogel dgn boyfriend melayu org pkr, pegi jumpa nik aziz, terus dapat kemaafan... zaid yg kaki wiski kaki kuda pakai kopiah putih, terus ckp dah bertaubat... Tun Mahathir yg pegi Mekah, siap dapat sembahyang dlam kaabah lagi, balik Mekah, org PAS dok fitnah mcm tu jgk...siap Bunyamin ka apa nama ckp Tun tgk videop lucah dgn cucu...last2 yg tukang fitnah tu dulu mati x sempat mintak maaf.

kat kelantan sendiri rasuah balak, lantik menantu jadi CEO kat perbincangan meja makan dengan isteri terchenta n anak sendiri si amalina...adun kelantan x bayar cukai pendapatan 1 juta, kes mat sabu berkhalwat....semua tu x diambil kira ka...

x payah la ckp org pas tu baik... politik tetap politik... dalam politik xda satu benda pun yg tetap...heran...kalau anak menjadi, ooo, itu sebab mak bapak pandai mendidik. kalau anak hancur, ooo..itu salah cikgu, salah ketua kampung, salah kerajaan, salah mahathir, salah najib. xda pulak nak salahkan diri sendiri....

alahai.....

Hafezul said...

Mentaliti orang PAS: 1)Memaki hamun orang perkara biasa. 2)Taksub kepada pemimpin perkara biasa 3) Pemimpin diangkat taraf ulama perkara biasa n maksum pulak tu..Ingat, agama dulu2 y bukan Islam terlalu taksub kepada pemimpin lah sehingga pemimpin itu dijadikan berhala..Nauzubillah...

Hafezul said...

To anonymous-anonymous: Saya rasa saudara semua sudah salah faham. Saya bukan penyokong tegar or taksub UMNO seperti saudara y taksub kepada pemimpin. saya juga bukan ahli untuk mana2 parti. Namun saya tidak suka orang y berperwatakan agama tetapi selalu menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Lihat sahaja seperti saudara, menggunakan perkataan kesat seperti UMNGok n lain2 untuk melampiaskan rasa tidak puas hati. Mungkin itu agaknya budi bicara y tok guru saudara ajarkan. Saya tidak mahu komen panjang sebab perangai pemimpin2 PAS mmg begitu. So, no wonder la pengikut tegar membabi buta mcam saudara ini bersikap sedemikian. OK, saudara menyebut tentang pemimpin2 UMNO y kaya raya, i think ok kot kalau diorang nak kaya sebab diorang ni xlah cakap berdegar2 tentang agama. Ini tidak, dok kata orang itu rasuah, kronisme la apa la, tp dia pulak y jadi macam tu. Macam makan najis sendiri pulak tok guru kita tu ya. Beb, mana sikap zuhud dia. Mana pewaris nabi y korang dok cakap berdekah2 dulu. Nabi SAW rumah mengalahkan orang miskin tau. Tidur pun atas pelepah kurma ja. So, buatlah apa y dikatakan. Jangan pandai cakap jer, tapi diri sendiri pun x betul. Orang itu n ini salah, dia ja y betul. Kena kritik sikit, mula la x senang duduk. Minta tolong pengikut2 backing kan dia. Hampeh punya perangai. Kalau kerajaan salah pun, saya akan tulis. Saya bukan jenis y 'pet people's back' punya ok..

Anonymous said...

bkn penyokong tegar or taksub UMNO?...haha
dr awal smpai akhir ak tgk hg dok puja Mahathir bkn taksub ke?..
klu la kata bkn taksub knpa apa yg pembangkang buat baik x diselit kan dlm ni?..

Hafezul said...

To anon: Rasanya, ada ja diselitkan perkara baik n buruk kedua2 pihak. Bukan taksub sehingga memaki hamun orang lain. Mungkin awak x baca blog saya dari awal. Mahathir pun ada saya kritik di dalam blog ni. Nampaknya, ketaksuban tu dah menggelapkan hati awak ni. Awak ni kurang membaca buku la saya rasa. Dok syok baca blog2 kat internet tu ja..Sebab tu pemikiran agak tertutup n sempit. For ur information, saya adalah salah seorang y menaikkan kerajaan PAS di Kedah n mengekalkan kerajaan BN di Persekutuan.. Mungkin awak ni cuma seorang hingusan y cuma apabila mati nanti mengharapkan syafaat daripada tok guru awak kot. Astagfirullah. Minta simpang daripada sikap taksub n ekstrem ni..

me said...

sudah2 la.... org politik tetap politik, engkau zul, mmg fanatik, setiap kali baca pun mmg aku menyampah dengan pandangan dangkal engkau tentang politik ni, fakta tak cukup tapi tetap nak membebel, berat sebelah tapi still nak mengaku diri tak berada di pihak mana2, cukup la, org yg macam ni la yg naik kan kemarahan org yg membaca, sekurang2nya pastikan ada fakta yg mencukupi baru la org boleh terima.... kalau tak cukup ilmu senyap, lebih kan membaca, dengar pendapat org lain n pandangan tu jgn terlalu nak buka keaiban org (entah betul entah tidak fakta yg diberikan)....

zul said...

To me: Ok, kalau menyampah baca, toksah la baca. Tiada paksaan ok. At least aku ada membuat pemerhatian serta mempunyai idea sendiri. Orang y sng nak marah bila membaca idea orang lain, tu kan jenis x bijak..Aku akui ilmu aku x sebanyak mana, tapi at least aku berusaha menambahkan ilmu daripada duduk tercongok, serta tidak membuat apa2.. Sebarkanlah walau sepotong ayat. Thank sebab membuang masa membaca blog aku...

Anonymous said...

tak sangka kau dtg umah tok guru..sengih2 tp leh kutuk belakang..sungguh hipokrit

Anonymous said...

kalau setakat nak komen isu semasa tp tulis pandangan peribadi yang nyata sempit tu..baik tak payahla..to read or not to read..its reader's option. but you choose to write, then you take the risk of being judged what you have wrote. abes tu nape nak mrh2 bila anon me 12:56 komen..satu lg, kalau nak jadi a good komentator..do not bias..ni tidak..ckp byk membaca (siap ckp org lain ni tak mbaca konon)..tp agaknya u baca akbar utusan je kot..yg mmg 200% pro kerajaan. i totally agreed with anon 1:43,nmpk sgt sempit otak u sbb ckp najib pki perdana je..zuhud sgtla tu..tp nape tak komen kak rosmah tu..baik sgt smpi leh ada scandal bunuh.and finally..kalau nak mengomen secara wisely..tunjukkan sikap rasional yg berinformative..jgn emo terlebih beb..ni tak..i rasa you ni adlh ciri org yg tak berapa pandai..tp p umah perdana menteri nak mintak scholarship further study ek..oppss

Hafezul said...

To Anon 1.58: Let me think, bila masa aku g rumah PM yek..r u a stalker? Xperlah, x kisah la apa y nak ko katakan. Y penting aku ada material untuk beri pendapat..susah nak cerita kat orang y x faham ni..Susah jugak nak fahamkan orang y buat2 x faham..In fact, kalau aku x pandai pun, it's none of ur bisnes..

Anonymous said...

Ko ni emo la, zul. Relek la. Aku tengok, ko mmg bias pun, tapi ko tak sedar kot. Bila orang komen kata ko bias, ko tanak terima. Ko kata orang tak paham or buat2 tak paham. Aku tak kisah pasal Nik Aziz or PAS. Tapi kalau pemikiran graduan yang banyak membaca cam ko ni, yang tak membaca, cemana pulak. Risau aku.

Hafezul said...

To anon again: Terpulanglah camna ko nak menilai aku. Aku cuma nyatakan pendapat. Aku rasa, in real life, aku x bias. Kalau aku bias pun, aku akan sedaya upaya untuk kurang. Ok, pandai or x aku ni, ini perkara subjektif. Mungkin pandai ko lain, banyak membaca, tetapi tidak tahu menilai. Aku memberi pendapat bukan untuk sesiapa ikut. Pendapat ini bukannya mutlak, boleh berubah n diperbahaskan. So, kalau rasa betul, ambik walau sepotong ayat. Kalau salah, tinggalkan jauh2. At least, aku ada pemikiran, bukan tahu menuduh orang lain pandai or tidak. Banyak benda y aku masih sedang belajar. Pembacaan aku mungkin x sehebat n sebanyak ko, tapi aku masih setiap hari melihat buku ilmiah untuk kemasan ilmu. Sampai aku mati pun, ilmu n pembacaan aku tidak akan cukup. Terima kasih.