Jul 28, 2009

'Selsema Babi Semakin Membabi'

Pertama sekali, maaf kerana mungkin pada sesetengah orang, title entry di atas agak kasar n kurang sopan. Namun, perlu dijelaskan bahawa, perkataan itu bukanlah bererti mencarut @ makian semata2, y selama ini menjadi mindset kepada kebanyakan orang kita, tetapi ia hanyalah perkataan semata2, mungkin perlu digunakan di dalam sesetengah konteks.

Hari semalam menyaksikan seorang lagi terkorban akibat wabak selsema babi ini. Peningkatan jumlah jangkitan amat membimbangkan. Setakat hari ini sahaja, 48 kes baru dikesan y melibatkan jangkitan tempatan (mungkin jumlah ini telah berubah). Jumlah kematian menjadi 2 kes y pada saya adalah serius. Sepatutnya, tidak perlu ada kematian akibat penyakit y pada awalnya telah kita sedari tentang potensinya y boleh membunuh.

Setiap hari berita di akhbar melaporkan kes2 baru. Minggu lepas, 2 UiTM telah ditutup dan semua pelajar diberikan cuti selama seminggu. Semalam, ia merebak pula ke Unimap. Rasanya, banyak lagi kolej2 dan universiti2 y akan ditutup akibat penyakit berbahaya ini.

Tetapi, masih ramai tidak sedar akan keperluan menjaga kesihatan. Masih ada y memakan daging babi. Ladang2 ternakan babi masih bebas beraktiviti dan menjalankan urus niaga. Selain daripada manusia y perlu dikuarantinkan, kenapa kerajaan menutup sebelah mata berhubung dengan kebersihan di kandang2 babi n masih membenarkan import n eksportnya masih berjalan seperti biasa. Sepatutnya, langkah berani perlu diambil agar wabak ini y terang-terangan berpunca daripada babi merebak n membunuh manusia. Agaknya, nyawa babi n tauke babi lebih bernilai.

Di pintu2 masuk negara, pemeriksaan kesihatan agak longgar. Menurut teman semakmal y baru pulang dari Iran n China, pemeriksaan dibuat ala kadar. Hanya memeriksa suhu badan, kemudian boleh pulang kerumah. Bila ada kes, baru tergopoh-gapah mengesan semua y berada di dalam satu flight dengan mangsa untuk dikuarantin kan. Kita amat faham bahawa bukan mudah untuk melakukan semua itu, namun biarlah kita susah sedikit daripada susah banyak di kemudian hari.

USM pernah dihebohkan dengan proses kuarantin beberapa orang pelajar2 akibat disyaki menjadi pembawa selsema babi ini. Saya ada berbual dengan seorang staf di sekolah saya pagi tadi, beliau ada menyebut tentang kerisauannya akibat penyakit ini. Menurut beliau, beliau ada berbual dengan seorang doktor di Pusat Kesihatan USM dan doktor tersebut menyatakan bahawa sepatutnya USM juga perlu ditutup seminggu bagi mengelakkan virus ini terus bermaharajalela. Namun, tidak pasti apa y terjadi di 'atas' sana sehingga penyakit ini seperti dirahsiakan daripada pengetahuan pelajar. Sekurang2, berikan kesedaran kepada semua pelajar, edarkan risalah n mungkin mengedarkan mask kepada setiap pelajar. Dimanakah pegawai2 di Kampus Lestari? HEP? MPP? Pusat Mahasiswa n sebagainya? Berikan kesedaran sebelum ia menjadi lebih serius. Seperti biasa, sudah menjadi tabiat orang Malaysia, bila terhantuk beru nak tengadah.

p/s : I'm watching Chief of MPPUSM is bluffing on TV1..

4 comments:

the readers said...

Seperti biasa, kain org kita mudah nampak koyaknye, tak sedar kain sendiri dah rabak. Saya agak sedih dengan pendekatan dan kata2 yg dilunaskan di dalam blog saudara. entri saudara kali ini boleh dikatakan hampir sama dgn kebanyakan entri saudara yg sebelum ini, "stigma buruk terhadap pihak pengurusan tertinggi USM". kdg2 timbul perasaan pelik, benarkah saudara ini pelajar USM? acapkali saudara menyalahkan pihak USM dlm kebanyakan isu yg melibatkan USM. adakah saudara sudah kekontangan idea? benar, USM tak sempurna, banyak cacat celanya tapi mengapa kita sibuk memperkatakan kecacatan dan kecelaannya, alangkah baiknya jika kita sama2 menyumbang idea utk memperbetulkan kecacatan dan kecelaan tersebut.misalnya, dlm entri H1N1 ini, saudara menyalahkan USM kerana tidak mengedarkan risalah bg menyedarkan para pelajar mengenai isu ini. namun, saya rasa, katak di bawah tempurung sahaja yg tidak tahu akan isu ini. di dalam TV, radio, iklan2 di tepi jalan hatta di internet byk memperkatakan ttg isu ini. perlukah utk USM memperbanyakkan lagi risalah ttg isu ini, jika terlebih risalah nnti, saya rasa ada pula yg akan melatah "byk duit USM dihabiskan utk risalah yg tidak perlu".hmmm...satu entri lain pula. oleh itu, apakata, saudara menggunakan blog saudara sebagai medium perantaraan utk mengajak kawan2 saudara khususnya pelajar USM utk sama2 memakai mask atau sbrg perlindungan bg mengelakkan dijangkiti virus ini. silap2 saudara pon belum cukup faham ttg virus ini. "SESEORG ITU TIDAK AKAN DIJANGKITI VIRUS H1N1 MELALUI DAGING BABI". takpelah, anggap saje saudara sedang berhumor dengan pembaca.haha.sbg seorg blog follower,saya byk membaca blog2, dari penulis terkenal sehinggalah dari kalangan rakan2 sendiri. well, based on my experience and observation,tidak hairanlah kurang bloggers yg memberi komen dalam blog saudara. mungkin kerana mereka jelak dengan cara saudara melontarkan idea dan mengekspresikan emosi saudara yg saya rasa not in a proper way as an educated people. and im sure u are well educate people. tak mengapalah, itu pendapat saya, after all, this is your blog, not mine, but needless to say, other bloggers comments are also important. but its all up to you.
tapi, saya rasa, tidak salah utk saya memberikan kritikan utk kebaikan bersama.kritikan membina org kata. pada hemat saya, saudara adalah blogger muda, mungkin kurang dari setahun berpengalaman menulis blog. jadi, mungkin kita boleh belajar bersama2, bukan bersama2 mengutuk yg lain.wassalam.

Hafezul said...

Terima kasih. Panjang lebar komen saudara/ri. Ada tlintas nk buat entry untuk kempen pakai mask. Since saudara/ri dah komen, harap pembaca sudah sedar apa y perlu dilakukan. Saya berada di persekitaran USM, menjadi salah seorang ahli akademik, bukan dari pentadbiran. Bukan mencari bahan murahan untuk ditulis dalam blog, cuma pandangan peribadi hasil apa y saya hadapi setiap hari. Ini adalah pandangan, janganlah ikut kalau salah. Kenapa nak melatah sekiranya apa y saya katakan tidak benar. Saya tidak pandai berdolak-dalik, tetapi kadang2, ramai y misinterpret. Ya, saya akui, mungkin saya tidak sangat tahu tntg H1N1, tetapi, i just care. U people always shout all out about doing this n that, but sometimes, u seem so talking too much, without taking any step. Jadi, as a student, that is my responsibility to rivet u people, so that u'll take action.
People hear ur voice. Saya hanya menjentik, tetapi ramai y melatah, sperti entry saya y lalu. Saya menulis blog, tidak saya fikirkan y mahu blog ini hit, mendapat banyak komen, tetapi hanyalah untuk menjelaskan apa y tersirat dihati. Sebagai pelajar, hanya inilah medium saya untuk mengutarakan apa sahaja y saya rasa perlu. Awak mungkin blogger berpengalaman. Seperti awak, orang kita memang mudah jelak untuk menelan kebenaran. Mereka hanya mahukan cerita2 palsu, penglipurlara, blog2 hiburan n cerita2 dongeng y hanya menjanjikan mimpi y indah. Tetapi inilah kebenaran. Sekiranya apa y saya katakan di dalam blog saya banyak y salah, sue me, show me which one was wrong. I'm waiting for it!

Anonymous said...

saya sangat bersetuju dengan the readers.

pada hemat saya, sebelum mengutarakan sebarang pendapat, seelok-eloknya dikaji dahulu isi dan pokok perkara yang ingin dibincangkan itu.kerana penulis bertanggungjawab dengan apa yang ditulisnya.dan setiap tulisan mencerminkan peribadi dan mentaliti sang penulis.

H1N1 adalah sejenis virus baru yang bermutasi daripada selsema babi,selsema burung dan selsema manusia.Ia tidak berjangkit dengan memakan babi, tetapi cukup hanya dengan berada dekat si pesakit,dan pesakit itu batuk atau bersin, maka kita mungkin akan terkena penyakit itu kerana ia merebak melalui udara.

banyak info tentang H1N1 ini di internet jika saudara rajin mencari.quoting from wikipedia "Virtually all transmission is human to human, with cooked pork products safe to eat as the virus cannot be transmitted by eating foods."

Jadi, dengan menyekat import-eksport babi atau menutup ladang ternakan babi, tidaklah membawa untung apa-apa kerana jangkitan ini tidak merebak dengan memakan babi, sebaliknya dari manusia kepada manusia.

Mungkin ilmu di dada perlu diperkayakan dahulu, sebelum hanya tahu mengkritik dan menghukum,bimbang nanti kita yang termalu sendiri.

itu sahaja komen saya.apa yang baik itu, harap diambil kira.apa yang buruk itu, dibuang sahaja.kerana saya juga namanya manusia.tetap tidak boleh lari dari alpa dan leka.

harap bolehlah diterima dgn berlapang dada dan hati yang terbuka.

TQ.

Hafezul said...

Terima kasih. Ye, mungkin benar saya tidak begitu jelas tentang H1N1 berbanding dengan saudara anonymous, namun sebagai seorang biologist, saya amat berharap setiap apa y saya perkatakan adalah daripada pengetahuan saya y bersumberkan daripada bahan2 y boleh dipercayai. Kami dididik untuk melihat setiap benda sedalam2nya, menilai semua rujukan dan mengenali penulis2 science supaya informasi y akan kami nyatakan adalah authentic. Awak pasti y ia bukan dari babi kerana walaupun ia bermutasi, namun puncanya tetap daripada babi. Virus tidak bermutasi dalam masa y lama, hanya cukup dalam bebarapa minit, ia sudah mampu bermutasi. Mungkin awak tidak faham apa itu H, apa itu N. Saya hanya sinis bila mengatakan makan babi akan kena selsema babi. Saya faham bagaimana virus merebak. Namun, sebagai Islam, saya amat sensitif terhadap perkara ini, n mahu mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa usaha kita mempertahankan penternakan babi adalah satu kesilapan. Semua ahli biologi tahu tentang babi y menjadi tempat pembiakan pelbagai penyakit n parasit. Virus, bakteria atau apa parasit pun, babi akan menjadi perumah untuk ia bermutasi n membiak, namun ia tidak akan menjangkiti babi, tetapi manusia y akan menjadi mangsa. Adakah awak mahu H1N1 bermutasi lagi n menjadi virus pembunuh dengan membiarkan babi berkeliaran di dalam negara ini. saya faham awak mahu menunjukkan y awak amat tahu tentang semua perkara hanya melalui internet. Saya merendah diri menyatakan saya ini bukan begitu arif, namun saya suka menggali sesuatu benda dari dasar. Saya tidak tahu apa agama awak, tetapi sebagai seorang Islam, babi sebagai binatang y diharamkan, mengapa kita pula perlu menghalalkannya. Pasti ada hikmah Allah memberi kita bencana ini.