Mar 20, 2009

'Malang di Universiti APEX'

X tau la, nape ri ni rasa cam serba x kena je. Aktiviti semua terbengkalai atas sebab musabab y x terfikir sebelum ini. Rasa cam x logik plak apa y berlaku. Tapi xder apa y mustahil. Lagipun perkara y dah berlaku kat aku hari ni memang x mustahil pernah berlaku sebelum ni, cuma mungkin aku jer y x tau.

Pagi tadi, masa aku masuk ofis, aku terkejut betul sebab lantai bilik aku tu basah. Lagi terkejut pas aku tengok kat atas. Syiling n bumbung betul2 atas bilik aku tu pecah. Y aku peliknya, camna bumbung n syiling boleh pecah dengan sebegitu besar. Cam kena pecah masuk jer bilik aku tu. Tapi xder barang2 apa y hilang. Jarak antara syiling dengan bumbung tu cam tinggi jugak antara satu sama lain. Kalau ada orang panjat bumbung n kemudian terpijak bumbung n pecah, camna boleh terpecahkan syiling sama. Aku pun x tau nak habaq camna. Pastu, nak ditambahkan malang aku lagi, masa solat jumaat tadi, hujan turun lebat. Aku masa solat tu dah x kusyuk dah. Dok teringat laptop aku tinggal kat dalam bilik. Takut rosak kena air hujan. Pas solat jer, aku terus redah hujan, lari balik school. Aku terus ke bilik. Memang, bilik aku tu banjir. Tapi komputer aku selamat. Aku pun menyumpah2 la dalam hati kat pembangunan USM. Diorang dah datang pagi tu check, pastu aku minta repair cepat sebab takut hujan. Tapi pas 2 3 jam, diorang x datang balik. Ini kes urgent ni. Camna diorang boleh tangguh2. Esok dah la sabtu. Mungkin ini kot unversiti APEX. Buat keja lembab n banyak birokrasi.



Pastu, petang pulak, pas tension ngan bilik banjir, aku pun nak join la budak2 3rd year bio ada final football match ngan budak2 1st year. Tapi y bengang tu, padang pulak tutup. Sampai nak main kat tepi padang pun x boleh. Kononnya takut padang rosak sebab becak. Sampai ada student terpaksa main bola kat atas jalan tepi padang. Student tension seharian gi kelas la, research n sebagainya. Bila petang nak beriadah tapi gitu pulak jadinya. Tapi padang stadium, boleh pulak digunakan untuk Citrawarna, benda y nak lalaikan student. Aku x faham betul la.Kalau takut padang rosak, korang buat la apa2 bangunan kat atas padang tu, pandai! Kalau ada padang, x boleh main bola takut rosak, apa guna ada padang. Mesti USM ada bajet untuk maintenance. Aku x tau la kot2 duit @ peruntukan tu, sikit sebanyak ada y masuk poket sendiri. Aku cadangkan, USM jadikan padang bola tu tempat student main 'teng-teng' je la, baru x rosak.



p/s : Kritis untuk membina..

5 comments:

Anonymous said...

Marah nmpak saudara Zul kita nie..
SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN..mungkin ini dugaan utk menguji tahap kesabaran hamba-Nya w/pn tidak sebesar mna masalah yg saudara Zul hadapi..

Hafezul said...

To anonymous: Bukan marah. Cuma kritik. Kritikan biasanya nmpak cam marah. Tapi sbnarnya tidak. Terima kasih krana nasihat itu. Bukan masalah pun. Kita perlu stu ruang untuk mluahkan perasaan agar hidup kita pnjg dngan mental n fizikal y sihat.

Anonymous said...

"Aku pun menyumpah2 la dalam hati kat pembangunan USM..Mungkin ini kot unversiti APEX. Buat keja lembab n banyak birokrasi..Mesti USM ada bajet untuk maintenance. Aku x tau la kot2 duit @ peruntukan tu, sikit sebanyak ada y masuk poket sendiri. Aku cadangkan, USM jadikan padang bola tu tempat student main 'teng-teng' je la, baru x rosak.."

u said I LOVE MY UNIVERSITIES???????

kdang2 kritikan dpt menunjukkan kelemahan diri sendiri...

Hafezul said...

To anonymous: U try u dig my weakness. Saya tau apa y saya tulis. Did i say menyumpah2 kat USM. I said pembangunan USM (Jabatan Pembangunan). Saya sygkan USM, sbab ilmu y saya dapat not it staff or whosoever. Saya juga ckap USM ada bajet untuk maintenance, tapi orang2 diamanahkan untuk uruskan perkara2 camtu y x amanah. N banyak perkara y mereka lakukan x fikirkan tntg keselesaan student. Baca betul2. Jangan nafikan segala macam birokrasi n korupsi y sdg dilakukan oleh majoriti orang kita.

Anonymous said...

saya sokong hafezul...
die cume bg pandangan die n die ade hak tuk bersuara....

to anonymous = kadang2 kritikan dapat membina keperibadian seseorang bukan? think positive yer...

kita perlu lihat pandangan saudara hafezul secara positif dan saya juga melihat pendapat saudara anonymous secara positif.. tq

manusia xde yg sempurna walaupun mereka berpangkat tinggi sekalipun.