Dec 25, 2008

'X-mas Eve'

Aku baru balik ni dari rumah Girlings. Jill n Amy ajak aku n Shifa untuk selebret Xmas Eve ngan diorang. Ok, for those y x sure, Xmas Eve adalah malam sebelum Cristmast y di sambut dengan perkumpulan antara ahli keluarga dan makan besar. Cam Tahun Baru Cina jugak la tapi x makan dengan semua keluarga. Cuma keluarga terdekat jer. Malan ni, kami beramai2 makan besar, American style. Ada roast-beef, garlic bread, cheese potato, grilled vege and punch. Sedap sangat daging n cheese potato tu. Memang favorite aku daging.

Pastu, kami lihat anak2 perempuan Girlings bermain piano sambil menyanyi lagu Xmas mereka. Isabel n Julia sangat pandai bermain piano n mereka juga y menulis lirik2 lagu Xmas. Housemate aku, Travis pun ada sekali. Suprise lagi sekali untuk kami iaitu aku n Shifa dapat hadiah Xmas dari keluarga Jill n Ashley. Thanx sangat kat diorang kerana cam appreciate sangat relationship kami y dah berusia setahun lebih ni. Aku dapat jersey Man U n shifa dapat purse Gucci. Cantik! Pastu, cam biasa la, ada minum teh n makan home-made cookies. Pastu, kami sembang2. Cam havoc jugak la kat rumah diorang tadi sebab aku, Ryan n Travis dok pukul2 alat musik y ada kat rumah diorang. Rebab, rebana n macam2 la. Best sangat! So, malam ni aku n Shifa dapat lagi satu pengalaman baru. Harap relationship ngan Blairs, Girling n Travis akan berpanjangan.

Kat bawah aku letakkan gambar Xmas aku jer, Jersey bola n cookies y kitorang makan tadi. Gambar2 lain terlupa nak ambik!

p/s : Tadi kitorang sempat selebret birthday Amy, tepat 12 malam 25th Dec! Happy Amymas!



3 comments:

Anonymous said...

Memang best! Aku suka Zul n Shifa sempat menyambut dng kami. Kalau tak ada akan rasa kurang.

Hafezul said...

Ryan, contact me for the correction..joking!

Ryan said...

Salah? Siapa ajar aku?