Oct 7, 2008

Aidilfitri..

Salam Aidilfitri kepada semua pelayar2 website ini. Selamat kembali bekerja. Selepas 6 hari beraya, semua sudah kembali ke tempat mencari rezeki untuk meneruskan proses kehidupan yang hanya akan tamat bila Izrail datang menjemput.

Aku baru sampai kat Penang maghrib tadi. Sebenarnya plan nak balik ahad semalam tapi dek kerana jalan sangatlah teruk jemnya,jadi aku balik hari ni. Terlupa pulak petang tadi ada kelas ento. Supervisor aku dah kecik harti dah sebab dia x nampak aku kat kelas dia tadi. Besok kena g mintak maaf ni. Takut gak nanti dia ingat aku ni seorang yang x bertanggungjawab. Sorry Dr.!

Raya tahun ni cam suram sikit la. Mungkin sebab hujan kot kat kampung aku. Solat Aidilfitri pun x dapat tahun ni sebab masjid terlau sesak dengan orang ramai. Ditambah pulak dengan hujan jadi kat luar masjid xleh nak sembahyang. Nasib baik ada ramai gak member aku y datang beraya. Ok la sikit. Bestfren aku, Pejel datang beraya kat rumah aku tahun ni. Dia sampai kat rumah aku pagi2 raya ngan mak dia dan beraya kat rumah aku sampai raya ke-4. Thanks Pejel! Housemate aku, Travis pun datang beraya kat Alor Setar.

Aku selsema ni. Hidung aku tengah tersumbat ni. Camna nak buat yek.Aku kena rehat dulu. Besok aku kena keja dah. Oklah. Selamat Malam semua...

No comments: