Feb 7, 2009

'Melayu me'layu'+bahalol!'

Terkejut, kecewa, sedih n marah! itulah y pertama sekali y hadir dalam sanubari aku, apabila melihat Buletin Utama semalam. Melayu semakin lupa diri n biadap. Krisis politik di Perak telah melondehkan sikap sebenar orang Melayu y amatlah dungu n kurang ajar apabila berpolitik. Sebenarnya, aku tidak suka menggunakan perkataan2 kesat tetapi kali ini, aku rasakan tidak ada perkataan y sesuai untuk menggambarkan kebodohan n kekurang ajaran orang Melayu.

Apa lagi y kita ada?! Baju Melayu? Keretapi Tanah Melayu? Hanya 2 benda itu sahaja y masih wujud perkataan Melayu padanya. Y lain semua telah kita gadaikan pada orang lain. Tapi kita masih berbangga, mengetuai rusuhan, perarakan dan demonstrasi untuk bersikap kurang ajar y teramat kepada Raja Melayu. Orang Melayu menderhaka!!! Itulah y cuba ditunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia n dunia semalam oleh orang Melayu, menderhaka kepada tonggak mereka sendiri. Kaum lain hanya ketawa n bertepuk tangan melihat ketololan orang Melayu itu.

Hoi Melayu!! Sedarlah! Kenapa kamu semua tergamak melakukan perkara sedemikian?! Raja kita, lambang kedaulatan kita! Kenapa begitu biadap?! Dah la baru lepas solat Jumaat, tapi solat tu tidak menjauhkan dari perbuatan keji n mungkar. Kemudian kononnya berarak, melawan polis sambil bertasbih. Kononnya memperjuangkan agama kamu. Tahu x, sebenarnya orang Melayu telah melacurkan agama n bangsa kamu sendiri??! Sedih. Kenapa orang Melayu jadi begini. Kita berkelahi sesama kita, apa faedahnya?

Ya Allah, selamatkanlah bangsaku ini..

Feb 5, 2009

'Peningku..'

Macam2 perkara pelik y terjadi kat sekeliling kebelakangan ni. Dunia mau kiamat ker?? Pelik la, pelik betul, hehe. Aku masih x boleh lupa orang2 Johor dapat peluang tengok pocong. Bukan hanya 1, sekeluarga pocong diorang dapat tengok. Ni merupakan sejarah n rekod terbaru ni. Pelik kan. Menurut laporan dari sebuah akhbar (bukan Berita Kampus), pocong tu muncul dalam keadaan penuh menyeramkan n misteri. Ia telah mengejutkan beberapa orang kaki pancing y tengah syok memancing kat tepi pantai kat Johor sana nun. Kemunculan pocong tu juga diikuti dengan bau kapur barus y kuat. Pening aku fikir, camne bau kapur barus bercampur ngan air laut yek. Pastu, ada y berani, g buka ikatan kain pocong tu. Suprise! xder pocong pun!y ada hanya seketul batu. Pelik2..

Semalam, heboh kat Perak, kerajaan bertukar. X pernah berlaku lagi kat Malaysia ni, peralihan kerajaan sebelum pilihanraya. Sihat ker x orang2 politik kita ni?? Aku pening la pikir, camna la BN boleh nak ambik orang2 y lompat parti camni. Ala, pasal loyalty ni, kalau orang bercinta la, contohnya A cinta dengan B. Kemudian A cinta pulak kat C. Tak mustahil nanti A cinta pulak dengan D, hehe. Pening x??! Pastu y A pulak, ada kes pulak tu kat mahkamah sebab ada affair dengan E (kekasih gelap la ni). Apa kes BN nak ambik orang2 camtu. Kalau aku la jadi PM, aku buat jer pilihanraya baru dalam keadaan gawat ni. Biar lagi pening orang Perak. Merengek la MB Perak y lama ni. Yela, baru sebulan merasa naik Camry baru. Tak sempat g 1st time service pun, haha. Apa2 pun, biar mereka sudah y pening, kita teruskan hidup cam biasa.


p/s : Aku rasa la kan, pening aku ni xleh cure la ngan PCM. B, tolong picit!!!!

Feb 3, 2009

'My new phone'

X tau la, apsal tiba2 jadi sangat gila pada satu handphone ni. Before ni, aku x kesah sangat pun pasal handset ni. Asalkan boleh call, mesej, ambik gambar, dengar radio, dah kira ok dah. Tapi aku pun x tau, ada satu hari tu aku baca paper, tiba aku tengok ada satu column pasal gadjet. Pastu aku pun baca la details pasal satu handset ni. Tiba2, aku jatuh cinta dengan rupa n spesifikasi dia. Cinta itu buta, hehe. Aku pun apa lagi, try la search dalam internet pasal handset ni. Nokia 5800 XpressMusic. Rupa2 nya handset ni dah lama release kat Europe n India. Kat Malaysia baru jer 3 minggu menjengah pasaran.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh la review kat internet pasal specs handset ni. Ni satu website y complete pasal hanset ni :-

http://www.mobilecomputermag.co.uk/200902021270/nokia-5800-xpressmusic.html




p/s: Akhirnya ia menjadi milikku..puas hati, puas hati...






Jan 28, 2009

'Selamat Pengantin Baru to my only brother'

Fuh, dah lama aku x menulis apa2 entry y santai sikit. Asyik isu berat jer. Sebelum tu, x terlambat aku rasa nak ucapkan sekali lagi ucapan Selamat Pengantin Baru kepada abang aku, Hafez n isteri, Hanim. Sekarang, tinggal aku sorang jer lagi y single. Pressure nih!!

Alhamdullilah, setelah 2 bulan kami sekeluarga merancang kenduri perkahwinan abang aku ni, semuanya dah selesai n sempurna pada 26 Januari 2009, 2 hari lepas. Majlis y diaturkan sederhana amat meriah dengan kehadiran ramai tetamu. Lebih 2 ribu orang datang memberkati majlis itu.

2 hari sebelum majlis, sudah ramai jiran sekampung datang meringankan tulang, membantu apa y patut. Masak pun secara bergotong royong. Menu sambal ayam, gulai daging, pajeri nanas, acar, laksa, serawa ubi kayu dan air tebu sebagai penghilang haus, sold out! Puas hati kalau buat kenduri camni.

Ramai tetamu jauh n dekat hadir, termasuk housemate aku di Penang, Travis, Ryan dan Ashley Jill sekeluarga. Keluarga bakal mentua aku jugak turut serta. Majlis juga berbesar hati menerima kedatangan Pakar Motivasi terkenal, Dr. Syukri. Majlis hari tu juga diserikan lagi dengan majlis 'berendoi' anak sedara aku, Wan Ihsan Mikhail.

Terima kasih pada semua y menolong, y hadir menyerikan majlis n kepada semua y terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan abang aku ni. Terima kasih banyak2...



















Jan 21, 2009

'AUKU Part-2'

Sebenarnya, saya baru balik dari fieldwork kat Ipoh. Saya kat sana selama seminggu. Sayang sebab saya x sempat untuk mengikuti perkembangan politik kampus, terutamanya di USM. Saya juga terlepas untuk mengundi dalam pilihanraya kampus y tampak lebih kecoh dari pilihanraya Kuala Terengganu. Ok, dalam AUKU Part 2 ni (memenuhi permintaan Wawa n Nik), saya just nak tulis sedikit sahaja memandangkan dalam entry AUKU y lepas, saya dah sentuh secara lahiriah tentang AUKU (dari perspektif sendiri).

Saya sebenarnya x faham, kenapa ada segelintir mahasiswa mahu memansuhkan AUKU. Adakah AUKU menyekat seseorang itu dari menuntut ilmu. Adakah AUKU ini satu undang2 y mahu memundurkan generasi muda pada hari ini. Sejak AUKU dilaksanakan, berapa ramai profesionalis y lahir dari universiti tempatan dan menjadi seseorang y penting di Malaysia ini. Kenapa mahasiswa perlu bising tentang AUKU. Kenapa mereka tidak bising tentang bagaimana mereka menyalahgunakan duit pinjaman PTPTN n biasiswa semata2 nak berpolitik di dalam kampus. Bukannya nak bising kenapa mereka tidak mampu untuk berdisiplin dalam menuntut ilmu.

Saya ada mendapat laporan, bahawa telah terjadi beberapa peristiwa sebelum pilihanraya kampus minggu lepas. Ada demonstrasi @ penyerahan memorandum kepada pihak atasan USM untuk pemansuhan AUKU. Menurut laporan, ia dilakukan oleh Pakatan Rakyat versi kampus. Persoalannya, kenapa mahasiswa2 ini terlalu mengikutkan kata hati y tidak tahu asal usul n hujung pangkat perkara y mereka perjuangkan itu. Ketua mereka baru di Tahun 2 pengajian, ubun2 masih lembik lagi. Tidak fikirkah tentang ibu bapa di rumah y mengharapkan dada anak mereka hanya diisi dengan ilmu, bukan politik. Saya hanya menggeleng kepala. Belum tentu mereka ini sudah habis membaca n menghayati segala apa y termaktub dalam AUKU. Ataupun mereka sebenarnya tidak tahu AUKU itu apa. Ini y dikatakan bodoh sombong.

Saya juga mendapat informasi juga y wakil pro-Mahasiswa (apa2 ajelah), Adi Syahid Mohd Ali, Tahun 2 Sains Kemasyarakatan y menjadi wakil menyerahkan memorandum itu. Kepada Adi Syahid, atau kawan2nya atau mereka y kenal dengannya y melayari blog ini, saya amat teruja untuk bertemu dan bersembang 'kosong' dengan Adi Syahid ini tentang AUKU. Saya mencabarnya untuk berjumpa dengan saya dan memberi saya hanya 2 sebab kenapa mahu memansuhkan AUKU.

p/s : Budak2 y masuk politik kampus ini, hanya kambing hitam jer.