Mar 17, 2010

'Masalah Kita Orang Melayu'

Sudah lama tidak menulis. Mengejar masa adalah salah satu sebab mengapa blog ini tidak ter'update'. Idea untuk menulis title di atas kadang2 datang tidak seperti air y mencurah. Ia hanya datang menjenguk sesekali, mungkin kerana ia merupakan isu y setiap masa perlu digilap supaya kita tidak lupa bahawa kita perlu berjuang memartabatkan bangsa kita.

Hanya tinggal 10 tahun saja lagi Malaysia akan mengecapi kemajuan iaitu pada tahun 2020. Wawasan y diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir ini akan menjadi saat y ditunggu2 oleh semua pihak, setiap lapisan rakyat untuk melihat Malaysia menjadi komponen penting di atas muka bumi ini. Namun, kemajuan y bagaimana akan kita kecapi?

Menjadi sebuah bangsa Malaysia y dimiliki oleh pelbagai kaum menjadikan persaingan untuk memajukan diri sendiri serta kaum adalah tugas y agak sukar. Perpaduan y kita ada hari ini adakah akan kekal sehingga 2020. Melihat kepada kek ekonomi y dimonopoli oleh kaum2 tertentu, timbul persoalan tentang survival bangsa Melayu di tanah air sendiri. Walaupun mempunyai kuasa besar di dalam bidang politik, namun, setakat mana mampu kita mempertahankannya.

Kita sering mendengar fasiliti kelas pertama, namun permikiran kelas ketiga. In bukan kenyataan menghina, namun, ia adalah hakikat. Terutama bangsa Melayu, pemikiran kita semua tidak begitu matang, berfikiran pendek n jarang untuk melihat menembusi masa. Sebagai contoh, saya pernah membuat senarai peserta untuk satu program. Di dalam senarai tersebut, peserta perlu menulis nama serta alamat email. Melihat kepada alamat email peserta Cina & India, jelas terlihat kematangan mereka walaupun pada usia remaja. Email mereka diletakkan nama mereka sendiri, y dapat mereka gunakan sekiranya diperlukan untuk hal2 rasmi. Berbeza sangat dengan peserta Melayu. Hampir kesemua peserta mempunyai alamat email y sangat pelik sehingga sukar untuk dibaca n diingati. Sebagai contoh, aquaquaquaz@limau.com, thestarwalker@asam.com n lain. Mungkin ini perkara kecil, namun sekiranya ini adalah email saya, saya merasa malu untuk memberikan kepada orang untuk hal2 rasmi.

Susah untuk mengubah sikap kita. Apabila saya melawat Thailand, Indonesia serta pernah menetap di United Kingdom, saya melihat masyarakat di sana amat berdisiplin. Ok, tidak perlu membanding dengan negara maju, kita bandingkan dengan jiran kita iaitu Thailand n Indonesia. Apabila di sana, apabila mahu menggunakan tandas, kita merasa kagum dengan kebersihan tandas awam mereka, padahal rakyat mereka lebih ramai y miskin dari y kaya. Di sini, memasuki tandas awam umpama memasuki tempat pembuangan sampai. Mentaliti orang kita, tandas tempat kotor, mengapa perlu dibersihkan. Inilah mentaliti jahiliah y perlu kita ubah demi memastikan kita mampu menjadi bangsa y maju satu hari nanti.

Satu lagi situasi y mungkin bagi sesetengah orang, ia adalah remeh. Namun untuk bangsa y maju, ia adalah lambang kemajuan pemikiran mereka. Apabila kita ke pasaraya2 y menyediakan troli, sering kita lihat orang kita meletakkan troli merata2 setelah digunakan. Ada y diletakkan di belakang2 kereta. Saya sering melihat fenomena ini di Tesco, Giant n pasaraya2 lain. Bagaimanakah cara untuk mendisiplin orang sebegini. Kalau di Tesco di UK, untuk menggunakan troli, perlu dimasukkan syiling. Untuk mengambil semula syiling itu, perlu dibawa troli ketempat letaknya. Jadi, setiap orang mahukan duit mereka semula walaupun hanya 1euro. Namun, saya tidak pasti, sekiranya diaplikasikan cara itu disini, adakah orang kita akan melakukannya. Masalah orang Melayu adalah mereka malas+berlagak banyak duit, maka tidak pasti samada kaedah ini akan berkesan.

Mungkin, kita perlu berusaha lebih gigih untuk mengubah pemikiran kita. Namun, apa y pasti, kemajuan y akan kita kecapi akan terasa lebih nikmat sekiranya bangsa kita sama bersaing untuk memajukan pemikiran kita. Semoga bangsa kita akan terkeluar daripada kepompong kemunduran pemikiran kesan daripada penindasan daripada bangsa lain semasa dijajah dahulu.

Mar 2, 2010

'Menjadi Seorang Bapa'

Semasa kecil dulu, aku merasakan, alangkah seronoknya jikalau aku tidak akan besar2, kerana zaman kanak2 amat menggembirakan hati. Ditatang oleh kedua ibu bapa sebagai anak bongsu, aku tidaklah begitu dimanjakan. Namun, keseronokkan menikmati alam kanak2 menjadikan hidup sentiasa riang walaupun aku tidak mempunyai ramai kawan. Cuma berkawan dengan abang aku serta sepupu aku, maka, zaman kanak2 berlalu dengan memori y cukup indah.

Membesarkan seorang anak bukanlah suatu tugas y mudah. Mereka ibarat kain putih y akan diconteng oleh tangan ibu bapa samada menjadi Islam, Nasrani serta Yahudi. Peringkat menjadi dewasa dibahagikan sebanyak 5 peringkat di mana setiap peringkat mengambil masa 8 tahun. Ia berakhir apabila usia mencecah 40 tahun dimana umur selepas itu dikatakan sebagai umur akhirat. Setiap peringkat mempunyai cabaran y tersendiri dimana sebagai makhluk Allah y dijadikan dengan sebaik2 kejadian y memiliki akal, maka setiap peringkat itu dilalui dengan penuh tabah serta sabar. Setiap insan y gagal menjadi tabah serta sabar, maka kehidupannya akan sentiasa dilanda dukacita.

Hari ini, genaplah 4 bulan aku mendirikan rumahtangga dengan wanita y aku sanjungi n cintai. Usia 4 bulan ini akhirnya diberikan satu perkhabaran gembira iaitu aku bakal menjadi seorang bapa. Pada awalnya, aku rasa agak gementar apabila menerima berita gembira tersebut memikirkan adakah aku mampu menggalas tanggungjawab memimpin sebuah keluarga ini. Namun, setiap orang mengalami pengalaman y serupa menjadi aku lebih tenang n bersedia untuk menjadi insan y lebih baik demi keluarga y bakal aku bentuk.

Usia kandungan baru mencecah 5 minggu, menjadi waktu ini waktu y begitu kritikal untuk janin y terbentuk. Trimester y pertama merupakan saat2 getir untuk menjaga kesihatan ibu serta anak y dikandung. Kesihatan perlu dijaga sebaiknya. Makan hanya benda2 y berkhasiat serta tidak boleh melakukan kerja berat. Ditakuti tekanan akan membawa kepada ' miscarriage'.

Sesungguhnya, aku amat gembira dengan kehidupan aku ini. Kasih sayang kepada isteri semakin bertambah. Aku berdoa agar kandungan isteriku akan selamat n dipelihara Allah SWT sepanjang hayat. Aku akan menjaga mereka berdua sepenuh hatiku.

Ya Allah, kurniakanlah aku isteri n zuriat y soleh. Sebagai penyejuk jiwa serta kehidupanku.
Amin Ya Rabbal Alamin.



Feb 25, 2010

'Ulama Sudah Gila'

Saya x pasti, samada sesuai atau tidak title entri di atas. Apa2 pun, ini cuma sindiran kerasa daripada seseorang y mempunyai ilmu agama y tidak seberapa. Semalam, di blog2 serta di media internet, juga di akhbar, tertera berita tentang seorang ulama menyaman seorang lagi ulama sebanyak RM 1.5 juta. Pernah mengetuai badan dakwah serta orang y di saman pernah di 'offer' untuk mengetuai badan dakwah y sama, nampaknya mereka ini tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan, sama seperti orang lain.

Apa y sebenarnya terjadi. Jika disoroti, ulama y disaman itu amat terkenal dengan pandangan n isu2 y kritikal, berlainan dengan apa y menjadi pegangan ulama di Malaysia selama ini. Terkenal dengan gelaran ulama 'wahabbi', akhirnya, kes ini akan menjadi kes kedua ulama ini untuk memaksakan dirinya ke mahkamah. Y pertama, satu Malaysia tahu tentang kesnya y didakwa memberi kuliah agama tanpa permit. Dia mengkritik dakwaan berlakunya penyelewengan di dalam badan dakwah y pernah diterajui oleh plaintif. Secara tersirat, beliau mengaitkan penyelewengan itu dengan ulama y mahu menyamannya itu. Apa lagi, demi untuk membersihkan namanya, maka tindakan saman perlu diambil, tanpa perlu diambil kira reputasi mereka sebagai tokoh y berwibawa n dihormati di dalam masyarakat.

Ulama pewaris Nabi SAW. Umpama bulan y menerangi malam hasil cahaya daripada sang mentari, maka apabila gerhananya bulan itu, maka resahlah hati setiap insan.. Begitu juga ulama. Memang, mereka insan biasa, bukan maksum. Namun, ilmu mereka pasti akan menyelamatkan mereka daripada keaiban di dunia ini. Mereka orang y amat arif tentang ilmu agama, erti kesabaran n keikhlasan serta lebih yakin tentang qada n qadar. Namun, perkembangan semasa di negara ini mencetuskan persoalan, adakah ulama kini tidak lagi dapat mengawal kemarahan mereka n sudah hilangkan rasa sabar dalam diri mereka. Bukankah mereka y sering membacakan Surah-AlAsr setiap kali tamatnya kelas2 agama y mereka hadiri, dimana ayat itu menyeru kepada kesabaran.

Pada hemat saya, berdiam diri adalah lebih baik. Sudah resmi manusia, pasti akan merasa marah sekiranya difitnah (seperti y berlaku pada diri saya), namun sabar adalah jalan terbaik untuk meningkatkan rasa hormat masyarakat kepada mereka. Seperti y berlaku beberapa tahun lepas, seorang ustazah berkelahi dengan jirannya y juga bergelar ustazah hanya keran rumput mutiara. Semenjak itu, hilang rasa hormat saya kepada mereka2 y terlibat.

Saya berdoa serta berharap agar isu sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang. Islam wajib bersatu. Sekiranya difitnah kemuadian merasa sangat marah, maka jauhkan diri daripada orang y menfitnah agar kita dapat mengawal emosi kita(sekiranya kita tidak mampu mengawal kemarahan itu). Lambat laun, perasaan marah akan reda. Memang benar, penfitnah tidak layak hidup dalam masyarakat, namun, kerana ia seakan2 barah didalam masyarakat kita hari ini, maka seboleh2nya, kita harus mempertingkatkan kesabaran agar hidup lebih tenang.

Feb 18, 2010

'Sudah Selesai'

Sudah selesai akhirnya sampling aku untuk projek master aku di Royal Belum State Park. Akhirnya, bermula bulan Disember 2008 sehingga Februari 2010, maka genap 15 bulan aku berulang alik ke Belum untuk menjalankan kajian aku tentang lalat Mei (Mayfly). Bagi aku, lalat Mei ini merupakan antara serangga y sangat cantik dan unik. Jadi, aku amat menikmati setiap saat penyelidikan aku di sana (walaupun terpaksa sampling dengan orang kuat menfitnah aku).

Jadi, untuk stage y selanjutnya, aku perlu menyiapkan analisis untuk serangga itu, termasuk dengan menganalisis data untuk kualiti air untuk dihubungkaitkan dengan lalat Mei itu sebagai bio-indicator. Agak menarik kajian ini kerara setakat hari ini, belum ada lagi universiti yang menjalankan kajian secara intensif tentang lalat Mei di kawasan Royal Belum itu. Rekod y aku akan hasilkan diharap akan menjadi rujukan untuk kajian pada masa hadapan.

Selama 15 bulan ini, pelbagai pengalaman suka n duka telah di lalui. Bermula dengan masalah untuk berurusan dengan Perbadanan Taman Negeri Perak untuk urusan permit dan bot, sehinggalah ke masalah untuk menjalankan kajian secara intensif dan bersemangat. Berkenaan dengan masalah berurusan dengan Taman Negeri Perak, saya amat bertuah kerana mendapat kerjasama y secukupnya daripada Hidayah, seorang kerani di Perbadanan Taman Negeri Perak itu y menguruskan urusan permit. Namun, y mengecewakan, Pengurusan Taman Negeri Perak y diterajui oleh seorang y begitu rapat dengan ahli-ahli politik telah menimbulkan pelbagai masalah untuk mendapat kebenaran memasuki Belum sehingga kumpulan saya terpaksa mencari alternatif lain iaitu menyewa bot daripada penduduk tempatan dikawasan tersebut. Orang y banyak berjasa kepada kumpulan saya ialah Pak Ya dan anaknya, Hadi y bersusah payah menolong kami diakhir2 kajian kami akibat masalah daripada pengurus Taman Negeri Perak.

Royal Belum State Park merupakan satu tempat y unik serta menarik. Saya pernah terserempak dengan gajah, kijang dan beruang semasa melakukan kajian. Setiap bulan, pasti kami akan terjumpa tapak kaki harimau dan babi hutan. Memang agak menggerunkan setiap kali terlihat kesan tapat kaki harimau y masih baru, namun, demi tugas dan demi universiti, maka setiap halangan berjaya ditempuhi.

Setiap bulan kami terpaksa bermalam di dalam hutan di Belum. Menarik, dengan udara y amat sejuk pada waktu malam, kicauan unggas2 serta cengkerik serta kadang2 terdengar bunyi gajah y sedang memakan buluh, merupakan pengalaman y tidak boleh dilupakan. Di dalam hutan sebegitu, memang cantik permandangan langit pada waktu malam. Dengan ribuan bintang, kadang2 terlihat juga meteorit, ianya sangat cantik.

Saya ingin merakam setinggi penghargaan kepada semua y terlibat membantu. Terima kasih kepada Wan Asiah kerana bantuan y diberikan, serta kawan2 y ikut serta membantu walaupun mereka tidak melakukan kajian dikawasan tersebut.

Feb 9, 2010

'Perak Kekal Bersama Rakyat'

Umum mengetahui bahawa keputusan penghakiman rayuan berkenaan siapa sebenarnya Menteri Besar Perak y sah telah memihak kepada Barisan Nasional iaitu dengan Datuk Seri Zambry kekal sebagai Ketua Kerajaan Negeri Perak. Mantan Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah ditolak rayuannya oleh Mahkamah Persekutuan oleh panel 5 hakim y diketuai oleh Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dengan majoriti 5-0. Ini bermakna, keputusan y sedemikian telah meletakkan krisis politik di Perak di tempat y sewajarnya n menghormati prinsip demokrasi y diamalkan di negara ini.

Sepanjang krisis ini berlangsung, saya melihat n menilai secara terperinci tentang sikap sebenar mantan Menteri Besar y nampak seperti orang 'gila talak' semasa mencari kaedah untuk berkuasa semula. Ini termasuk dengan kenyataan 'patik mohon derhaka' y menjadi satu kenyataan y akan menjadi lagenda kepada sejarah kehidupan beliau sendiri. Begitu juga dengan tunjuk perasaan, persidangan DUN haram, persidangan dibawah pokok n sebagainya. Sebenarnya, Datuk Seri Nizar bukanlah berjuang di dalam PAS semata2 untuk memperjuangkan Islam n bangsa Melayu, tetapi hanya untuk berkuasa. Beliau boleh dikategorikan sebagai pengkhianat kepada bangsa sendiri n umat Islam. Lihat bagaimana keadaan di Perak semasa krisis ini berlarutan. Rakyat berada dalam keadaan tidak tenteram. Niat untuk memperjuangkan rakyat adalah satu omongan kosong y hanya untuk menghalalkan cara. Rakyat semakin jelak n muak dengan aksinya y seperti keanakkan ketika mahu memperjuangkan matlamat peribadi. Memang sedih n kecewa apabila dijatuhkan dengan cara rampasan kuasa, namun, sebagai orang Islam y berjuang untuk menegakkan Islam melalui PAS, maka konsep Qada n Qadar perlu di dalami secara penuh tawadhuk n rendah diri demi kesejahteraan semua. Kalau benar BN memerintah secara tidak bermaruah di Perak, tidak perlu menjerit itu n ini, tunggu sahaja PRU-13 untuk membuktikan y Pakatan Rakyat memang diterima oleh rakyat Perak. Sikap lebih tenang n bersabar sebenarnya akan lebih meningkatkan populariti Datuk Seri Nizar itu sendiri berbanding dengan kaedah y telah digunakan sekarang. Ini tidak, akibat kepentingan peribadi n kroni, rakyat diletakkan di dalam keadaan gelisah.

Ironinya, semalam apabila dilihat kepada komen Datuk Seri Nizar berkenaan dengan peluangnya untuk berkuasa semula, beliau amat yakin terhadap sistem kehakiman negara ini y dinyatakan sebagai telus n adil. Namun, apabila keputusan tidak memihak kepada beliau, secara tiba2 nada itu berubah dengan mengatakan itu konspirasi n badan kehakiman tidak telus n sebagainya. Inilah parti pembangkang, asyik nak membangkang sahaja. Kalaulah ditakdirkan keputusan berpihak kepada mereka, maka hakim2 n badan kehakiman akan dipuji melangit. Kononnya badan kehakiman telah bebas n lebih telus sekarang. Jika sebaliknya, ia akan dikeji. Saya sering menggunkan kenyataan bahawa 'kalau dah nama pembangkang, buat jalan pun dibangkang, x buat jalan lagilah dibangkang'. Bila buat jalan dikatakan menghabiskan duit rakyat. Kalau x dibuat, dikatakan zalim. Inilah karakter sebenar Pakatan Rakyat.

Saya berharap komen saya ini tidak bersifat subjudis memandangkan kes di mahkamah telah diputuskan. Namun, kepada sesiapa sahaja y menyokong secara membabi buta kepada mana2 parti politik, maka bermuhasabahlah. Lihat baik n buruk sokongan kita itu. Pilih pemimpin y bermoral n bermaruah. Sebagai generasi muda y membesar dengan hanya seorang Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya amat berkeyakinan bahawa hanya UMNO y mampu membela nasib bangsa Melayu, bukan PAS bukan PKR. PAS hanya sebagai pengacau y cuba untuk memecahblehkan perpaduan Melayu. Lihat, apa y terjadi di negara2 y sedang bergolah seperti Palestin, Iraq n sebagainya. Perpaduan y lemah n berpecahbelah cuma akan menghancurkan negara n merosakkan tamadun y sedang kita bina ini.