Feb 25, 2010

'Ulama Sudah Gila'

Saya x pasti, samada sesuai atau tidak title entri di atas. Apa2 pun, ini cuma sindiran kerasa daripada seseorang y mempunyai ilmu agama y tidak seberapa. Semalam, di blog2 serta di media internet, juga di akhbar, tertera berita tentang seorang ulama menyaman seorang lagi ulama sebanyak RM 1.5 juta. Pernah mengetuai badan dakwah serta orang y di saman pernah di 'offer' untuk mengetuai badan dakwah y sama, nampaknya mereka ini tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan, sama seperti orang lain.

Apa y sebenarnya terjadi. Jika disoroti, ulama y disaman itu amat terkenal dengan pandangan n isu2 y kritikal, berlainan dengan apa y menjadi pegangan ulama di Malaysia selama ini. Terkenal dengan gelaran ulama 'wahabbi', akhirnya, kes ini akan menjadi kes kedua ulama ini untuk memaksakan dirinya ke mahkamah. Y pertama, satu Malaysia tahu tentang kesnya y didakwa memberi kuliah agama tanpa permit. Dia mengkritik dakwaan berlakunya penyelewengan di dalam badan dakwah y pernah diterajui oleh plaintif. Secara tersirat, beliau mengaitkan penyelewengan itu dengan ulama y mahu menyamannya itu. Apa lagi, demi untuk membersihkan namanya, maka tindakan saman perlu diambil, tanpa perlu diambil kira reputasi mereka sebagai tokoh y berwibawa n dihormati di dalam masyarakat.

Ulama pewaris Nabi SAW. Umpama bulan y menerangi malam hasil cahaya daripada sang mentari, maka apabila gerhananya bulan itu, maka resahlah hati setiap insan.. Begitu juga ulama. Memang, mereka insan biasa, bukan maksum. Namun, ilmu mereka pasti akan menyelamatkan mereka daripada keaiban di dunia ini. Mereka orang y amat arif tentang ilmu agama, erti kesabaran n keikhlasan serta lebih yakin tentang qada n qadar. Namun, perkembangan semasa di negara ini mencetuskan persoalan, adakah ulama kini tidak lagi dapat mengawal kemarahan mereka n sudah hilangkan rasa sabar dalam diri mereka. Bukankah mereka y sering membacakan Surah-AlAsr setiap kali tamatnya kelas2 agama y mereka hadiri, dimana ayat itu menyeru kepada kesabaran.

Pada hemat saya, berdiam diri adalah lebih baik. Sudah resmi manusia, pasti akan merasa marah sekiranya difitnah (seperti y berlaku pada diri saya), namun sabar adalah jalan terbaik untuk meningkatkan rasa hormat masyarakat kepada mereka. Seperti y berlaku beberapa tahun lepas, seorang ustazah berkelahi dengan jirannya y juga bergelar ustazah hanya keran rumput mutiara. Semenjak itu, hilang rasa hormat saya kepada mereka2 y terlibat.

Saya berdoa serta berharap agar isu sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang. Islam wajib bersatu. Sekiranya difitnah kemuadian merasa sangat marah, maka jauhkan diri daripada orang y menfitnah agar kita dapat mengawal emosi kita(sekiranya kita tidak mampu mengawal kemarahan itu). Lambat laun, perasaan marah akan reda. Memang benar, penfitnah tidak layak hidup dalam masyarakat, namun, kerana ia seakan2 barah didalam masyarakat kita hari ini, maka seboleh2nya, kita harus mempertingkatkan kesabaran agar hidup lebih tenang.

Feb 18, 2010

'Sudah Selesai'

Sudah selesai akhirnya sampling aku untuk projek master aku di Royal Belum State Park. Akhirnya, bermula bulan Disember 2008 sehingga Februari 2010, maka genap 15 bulan aku berulang alik ke Belum untuk menjalankan kajian aku tentang lalat Mei (Mayfly). Bagi aku, lalat Mei ini merupakan antara serangga y sangat cantik dan unik. Jadi, aku amat menikmati setiap saat penyelidikan aku di sana (walaupun terpaksa sampling dengan orang kuat menfitnah aku).

Jadi, untuk stage y selanjutnya, aku perlu menyiapkan analisis untuk serangga itu, termasuk dengan menganalisis data untuk kualiti air untuk dihubungkaitkan dengan lalat Mei itu sebagai bio-indicator. Agak menarik kajian ini kerara setakat hari ini, belum ada lagi universiti yang menjalankan kajian secara intensif tentang lalat Mei di kawasan Royal Belum itu. Rekod y aku akan hasilkan diharap akan menjadi rujukan untuk kajian pada masa hadapan.

Selama 15 bulan ini, pelbagai pengalaman suka n duka telah di lalui. Bermula dengan masalah untuk berurusan dengan Perbadanan Taman Negeri Perak untuk urusan permit dan bot, sehinggalah ke masalah untuk menjalankan kajian secara intensif dan bersemangat. Berkenaan dengan masalah berurusan dengan Taman Negeri Perak, saya amat bertuah kerana mendapat kerjasama y secukupnya daripada Hidayah, seorang kerani di Perbadanan Taman Negeri Perak itu y menguruskan urusan permit. Namun, y mengecewakan, Pengurusan Taman Negeri Perak y diterajui oleh seorang y begitu rapat dengan ahli-ahli politik telah menimbulkan pelbagai masalah untuk mendapat kebenaran memasuki Belum sehingga kumpulan saya terpaksa mencari alternatif lain iaitu menyewa bot daripada penduduk tempatan dikawasan tersebut. Orang y banyak berjasa kepada kumpulan saya ialah Pak Ya dan anaknya, Hadi y bersusah payah menolong kami diakhir2 kajian kami akibat masalah daripada pengurus Taman Negeri Perak.

Royal Belum State Park merupakan satu tempat y unik serta menarik. Saya pernah terserempak dengan gajah, kijang dan beruang semasa melakukan kajian. Setiap bulan, pasti kami akan terjumpa tapak kaki harimau dan babi hutan. Memang agak menggerunkan setiap kali terlihat kesan tapat kaki harimau y masih baru, namun, demi tugas dan demi universiti, maka setiap halangan berjaya ditempuhi.

Setiap bulan kami terpaksa bermalam di dalam hutan di Belum. Menarik, dengan udara y amat sejuk pada waktu malam, kicauan unggas2 serta cengkerik serta kadang2 terdengar bunyi gajah y sedang memakan buluh, merupakan pengalaman y tidak boleh dilupakan. Di dalam hutan sebegitu, memang cantik permandangan langit pada waktu malam. Dengan ribuan bintang, kadang2 terlihat juga meteorit, ianya sangat cantik.

Saya ingin merakam setinggi penghargaan kepada semua y terlibat membantu. Terima kasih kepada Wan Asiah kerana bantuan y diberikan, serta kawan2 y ikut serta membantu walaupun mereka tidak melakukan kajian dikawasan tersebut.

Feb 9, 2010

'Perak Kekal Bersama Rakyat'

Umum mengetahui bahawa keputusan penghakiman rayuan berkenaan siapa sebenarnya Menteri Besar Perak y sah telah memihak kepada Barisan Nasional iaitu dengan Datuk Seri Zambry kekal sebagai Ketua Kerajaan Negeri Perak. Mantan Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah ditolak rayuannya oleh Mahkamah Persekutuan oleh panel 5 hakim y diketuai oleh Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dengan majoriti 5-0. Ini bermakna, keputusan y sedemikian telah meletakkan krisis politik di Perak di tempat y sewajarnya n menghormati prinsip demokrasi y diamalkan di negara ini.

Sepanjang krisis ini berlangsung, saya melihat n menilai secara terperinci tentang sikap sebenar mantan Menteri Besar y nampak seperti orang 'gila talak' semasa mencari kaedah untuk berkuasa semula. Ini termasuk dengan kenyataan 'patik mohon derhaka' y menjadi satu kenyataan y akan menjadi lagenda kepada sejarah kehidupan beliau sendiri. Begitu juga dengan tunjuk perasaan, persidangan DUN haram, persidangan dibawah pokok n sebagainya. Sebenarnya, Datuk Seri Nizar bukanlah berjuang di dalam PAS semata2 untuk memperjuangkan Islam n bangsa Melayu, tetapi hanya untuk berkuasa. Beliau boleh dikategorikan sebagai pengkhianat kepada bangsa sendiri n umat Islam. Lihat bagaimana keadaan di Perak semasa krisis ini berlarutan. Rakyat berada dalam keadaan tidak tenteram. Niat untuk memperjuangkan rakyat adalah satu omongan kosong y hanya untuk menghalalkan cara. Rakyat semakin jelak n muak dengan aksinya y seperti keanakkan ketika mahu memperjuangkan matlamat peribadi. Memang sedih n kecewa apabila dijatuhkan dengan cara rampasan kuasa, namun, sebagai orang Islam y berjuang untuk menegakkan Islam melalui PAS, maka konsep Qada n Qadar perlu di dalami secara penuh tawadhuk n rendah diri demi kesejahteraan semua. Kalau benar BN memerintah secara tidak bermaruah di Perak, tidak perlu menjerit itu n ini, tunggu sahaja PRU-13 untuk membuktikan y Pakatan Rakyat memang diterima oleh rakyat Perak. Sikap lebih tenang n bersabar sebenarnya akan lebih meningkatkan populariti Datuk Seri Nizar itu sendiri berbanding dengan kaedah y telah digunakan sekarang. Ini tidak, akibat kepentingan peribadi n kroni, rakyat diletakkan di dalam keadaan gelisah.

Ironinya, semalam apabila dilihat kepada komen Datuk Seri Nizar berkenaan dengan peluangnya untuk berkuasa semula, beliau amat yakin terhadap sistem kehakiman negara ini y dinyatakan sebagai telus n adil. Namun, apabila keputusan tidak memihak kepada beliau, secara tiba2 nada itu berubah dengan mengatakan itu konspirasi n badan kehakiman tidak telus n sebagainya. Inilah parti pembangkang, asyik nak membangkang sahaja. Kalaulah ditakdirkan keputusan berpihak kepada mereka, maka hakim2 n badan kehakiman akan dipuji melangit. Kononnya badan kehakiman telah bebas n lebih telus sekarang. Jika sebaliknya, ia akan dikeji. Saya sering menggunkan kenyataan bahawa 'kalau dah nama pembangkang, buat jalan pun dibangkang, x buat jalan lagilah dibangkang'. Bila buat jalan dikatakan menghabiskan duit rakyat. Kalau x dibuat, dikatakan zalim. Inilah karakter sebenar Pakatan Rakyat.

Saya berharap komen saya ini tidak bersifat subjudis memandangkan kes di mahkamah telah diputuskan. Namun, kepada sesiapa sahaja y menyokong secara membabi buta kepada mana2 parti politik, maka bermuhasabahlah. Lihat baik n buruk sokongan kita itu. Pilih pemimpin y bermoral n bermaruah. Sebagai generasi muda y membesar dengan hanya seorang Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya amat berkeyakinan bahawa hanya UMNO y mampu membela nasib bangsa Melayu, bukan PAS bukan PKR. PAS hanya sebagai pengacau y cuba untuk memecahblehkan perpaduan Melayu. Lihat, apa y terjadi di negara2 y sedang bergolah seperti Palestin, Iraq n sebagainya. Perpaduan y lemah n berpecahbelah cuma akan menghancurkan negara n merosakkan tamadun y sedang kita bina ini.

Feb 1, 2010

'Pemimpin Masa Hadapan'

Negara kita amat komited di dalam usaha melahirkan pemimpin pewaris y akan mewarisi negara ini n memerintah pada masa hadapan. Kita perlu sedar, di dalam keadaan dunia y serba maju ini, kita perlu berilmu, agar kelak kita tidak merosakkan negara ini serta akan terus memacu ke arah pembentukkan ketamadunan y tinggi.

Pemimpin bagaimanakah y kita perlukan. Adakah pemimpin y hanya pandai berpolitik semata2, ataupun pemimpin y berilmu n menjadikan ilmu satu pedoman untuk menjadi pemimpin y berjaya. Mengimbas kembali sejarah negara ini, ia terbentuk hasil usaha individu y begitu menyanjung tinggi budaya keilmuan. Memang benar, tidak dinafikan sokongan, darah n keringat insan2 y berjuang di dalam membebaskan negara ini daripada genggaman penjajahan. Lihat sahaja kepada Bapa Kemerdekaan kita, YM Tunku Abdul Rahman Putra, y merupakan seorang y berilmu tinggi. Begitu juga dengan Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn serta Tun Dr. Mahathir. Bagaimana pula dengan Tun Dr. Ismail, Tun Ghazali Shafie. Mereka semua ini merupakan insan y mementingkan ilmu di dalam membangunkan sebuah negara y bernama Malaysia y kita ada pada hari ini.

Universiti merupakan tempat y paling ramai dengan pemimpin pelapis y akan memimpin negara pada masa akan datang. Namun, pemimpin y bagaimana y perlu kita lihat y boleh menjadi pemimpin y dapat memacu negara dengan lebih maju. Adakah mereka y giat berpolitik di kampus, tetapi gagal di dalam pelajaran. Adakah hanya ilmu 'kepemimpinan' sahaja y mereka perlu ada untuk memimpin. Memetik kenyataan daripada blog seorang teman, di universiti terdapat 4 golongan pelajar iaitu y aktif akademik pasif persatuan, y pasif akademik aktif persatuan, y aktif akademik aktif persatuan serta y pasif akademik pasif persatuan. Memang benar seperti y dinyatakan, untuk mencari golongan y aktif akademik aktif persatuan amatlah susah. Hanya beberapa kerat sahaja individu y sedemikian. Jadi, kita hanya boleh menjadi salah satu seperti y di atas.

Dunia kampus hanya 3 4 tahun sahaja. Apa sangat y perlu dikejar kepada kepemimpinan berteraskan politik? Produk sebuah universiti adalah insan y berilmu. Berakar daripada ilmu, maka akan terbit falsafah kepemimpinan di dalam diri setiap insan. Adakah kita mahu negara ditadbir oleh mereka y memandang rendah kepada ilmu pengetahuan, ataupun sekadar cukup makan sahaja pengetahuannya. Saya mengakui, setiap orang memang dilahirkan, berbeza kemampuannya. Ada juga orang y diluar sana y hidup kaya raya n berjaya walaupun asalnya berpendidikan rendah, terutamanya mereka y terlibat di dalam bidang perniagaan. Saya amat berbangga dengan golongan seperti ini. Walau bagaimanapun, mereka ini sangatlah berbeza dengan golongan y saya maksudkan tadi kerana golongan y terlalu berpolitik ini semasa zaman belajar mereka seolah2 tidak tahu hala tujuan hidup mereka. Apa y perlu dipimpin, sedangkan selepas zaman universiti, mereka bebas untuk melakukan apa sahaja.

Ramai pelajar y begitu aktif berpersatuan sering gagal menyiapkan tugasan, ponteng kelas n sebagainya akibat terlalu aktif berpersatuan. Dalam erti kata lain, tidak menghormati pensyarah n amanah y diberikan kepada mereka. Pemimpin seperti inikah y mahu dibentuk oleh segelintir pihak. Politik kampus di Malaysia amat mudah untuk difahami, kita dipaksa untuk menyokong aspirasi y menjamin kedudukan pihak2 tertentu pada masa akan datang. Di universiti, mahu tidak mahu, setiap pelajar mesti aktif untuk akademik. 3 tahun sahaja, kemudian kalau mereka hendak buat apa sahaja, terserah pada diri masing.

Lihat apa y terjadi sekiranya pelajar terlibat di dalam politik kampus. Pertama, masa terbuang, kedua duit pelajaran di salahgunakan, ketiga menggalakkan perpecahan di kalangan generasi muda. Bukankan elok sekiranya perbezaan ini dapat dihapuskan.

Saya seorang y mengambil berat juga terhadap isu politik semasa. Namun y jelas, saya tidak menyebelahi mana2 pihak. Sedih melihat para pelajar menjadi taksub n bodoh kerana terlalu berpolitik pada masa y salah n tempat y salah. Lihat apa y terjadi di UM, pelajarnya berdemonstrasi akibat tidak berpuas hati itu n ini. Lihat bagaimana mereka membawa sepanduk, memecahkan komputer semata2 mahu tunjuk protes. Situasi sebeginikah y kita mahu lihat di sesebuah gedung ilmu. Cukuplah dengan politik di peringkat nasional.

Politik kampus bukan satu kaedah untuk menyediakan diri kepada falsafah kepemimpinan. Kepemimpinan adalah berlandaskan ilmu pengetahuan. Mampu bercakap di hadapan khalayak y ramai bukan bermakna seseorang pemimpin itu begitu bijak, tetapi hanya bijak untuk menipu, membuat janji palsu n sebagainya. Tetapi seorang y berilmu, mampu menjadi pemimpin y terbaik. Tanyalah kepada Tun Dr Mahathir, adakah beliau giat berpersatuan semasa zaman universitinya. Begitu juga Tan Sri Naib Canselor USM, adakah beliau seorang y aktif berpersatuan pada zaman universitinya.

Jan 30, 2010

'Hukuman Rotan'

Sehari dua ini, ada dibincangkan di dada akhbar tentang keperluan untuk melaksanakan semula hukuman rotan dikalangan pelajar-pelajar peringkat sekolah. Sebenarnya, perkara ini telah lama dipolemikkan. Namun, setahun dua ini, ia seperti menghilangkan diri. Setelah lama tidak dipedulikan, maka timbul semula cadangan sebegini yang saya rasakan amat baik untuk dilaksanakan memandang sistem pendidikan negara negara ini yang bertunjangkan pembentukan modal insan dikalangan generasi pewaris negara ini.

Dahulu, rotan merupakan mekanisme yang bukan ditetapkan oleh sesiapa untuk digunakan di dalam pendidikan kanak-kanak. Ia merupakan inisiatif sendiri para guru dan sikap sebenar mereka yang menganggap perlu untuk mendisiplinkan pelajar pada masa itu. Begitu juga dengan sekarang. Para guru amat berdedikasi ketika menjalankan tanggungjawab mereka. Namun, sedikit masalah y timbul ketika hukuman rotan mahu diaplikasikan yang menyebabkan polemik ini menjadi perbahasan. Tidak seperti dahulu, rotan merupakan satu objek yang perlu ada pada setiap guru, terutamanya guru yang menjaga hal ehwal disiplin.

Sikap pelajar pada zaman ini, lain macam benar dengan sikap pelajar pada masa dahulu. Pelajar dahulu, amatlah menghormati guru mereka. Pelajar pada masa kini (bukan semua) merasakan guru bukanlah ibu bapa mereka yang perlu mereka turuti 100%. Mereka ada hak yang tidak boleh disentuh. Terutamanya sekiranya hukuman rotan mahu dijalankan, terutama sekali kepada pelajar-pelajar nakal.

Begitu juga dengan sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu sayangkan anak-anak mereka, sehinggakan akan berlaku konfrontasi dengan guru sekiranya anak mereka dipukul atau didenda oleh guru. Tidak tahulah apa sebenarnya yang difikirkan oleh ibu bapa sebegini. Tidakkah mereka menyelami tekanan yang dihadapi oleh para guru. Mendidik 30 orang anak di dalam satu kelas bukanlah semudah mendidik 10 orang anak dirumah. 30 pe'el atau perangai yang perlu dihadapi oleh guru-guru ini. Maka, sekiranya terdapat isu guru memukul atau merotan pelajar nakal, maka selidik dahulu. Ini tidak, apabila ada kes begini, mereka terus mengambil tindakan polis, hanya berdasarkan cerita anak-anak mereka yang saya pasti banyak yang sebenarnya direka-reka. Sudah menjadi tabiat kanak-kanak, mereka tidak akan mengaku kesalahan mereka walaupun mereka sebenarnya yang nakal. Seawal usia 3 tahun, mereka sudah mahir menafikan perkara salah yang mereka lakukan (lihat di Wikipedia tentang kognitif kanak-kanak).

Seingat saya, semasa di sekolah dahulu, sekiranya saya di sekolah nakal dan dirotan oleh guru, saya tidak berani untuk menceritakan kepada ibu bapa saya kerana sekiranya saya mengadu, pasti saya akan mendapat 'bonus' iaitu rotan cap naga ditengah belakang saya. Ibu bapa sekarang ini (bukan semua) menyayangi anak dengan membabi buta. Asal anak kena pukul, kena rotan, mereka terus mengadu kepada ibu bapa, dan ibu bapa tanpa usul periksa, akan menuduh guru bersalah memukul anak mereka. Kalau begitu, lebih baik tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Ajar sahaja anak dengan tangan sendiri.

Cadangan penggunaan semula rotan untuk mendisiplin kanak-kanak amat perlu, terutama pada zaman seperti sekarang. Dengan era globalisasi, yang menyaksikan liberalisma semakin menebal, dengan gejala sosial yang semakin serius dikalangan remaja, maka, langkah ini dikira amat tepat. Lihat sahaja, pertambahan jumlah remaja yang merokok, saban tahun terus meningkat. Bagaimana pula dengan kejadian buli dan samseng disekolah. Semua ini perlu perhatian serius daripada semua pihak. Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama untuk mendidik. Ibu bapa dahulu selalu menyerahkan tanggungjawab mereka sepenuhnya kepada guru apabila anak-anak mereka di sekolah. Ingat lagi pesan bapa saya kepada cikgu saya semasa mengantar saya ke sekolah, pukullah anak saya sekiranya anak saya nakal tetapi jangan sampai patah kaki tangan sudah. Semua pihak perlu bersikap realistik demi menjamin pewaris negara kita ini menjadi model insan yang berguna.