Feb 1, 2010

'Pemimpin Masa Hadapan'

Negara kita amat komited di dalam usaha melahirkan pemimpin pewaris y akan mewarisi negara ini n memerintah pada masa hadapan. Kita perlu sedar, di dalam keadaan dunia y serba maju ini, kita perlu berilmu, agar kelak kita tidak merosakkan negara ini serta akan terus memacu ke arah pembentukkan ketamadunan y tinggi.

Pemimpin bagaimanakah y kita perlukan. Adakah pemimpin y hanya pandai berpolitik semata2, ataupun pemimpin y berilmu n menjadikan ilmu satu pedoman untuk menjadi pemimpin y berjaya. Mengimbas kembali sejarah negara ini, ia terbentuk hasil usaha individu y begitu menyanjung tinggi budaya keilmuan. Memang benar, tidak dinafikan sokongan, darah n keringat insan2 y berjuang di dalam membebaskan negara ini daripada genggaman penjajahan. Lihat sahaja kepada Bapa Kemerdekaan kita, YM Tunku Abdul Rahman Putra, y merupakan seorang y berilmu tinggi. Begitu juga dengan Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn serta Tun Dr. Mahathir. Bagaimana pula dengan Tun Dr. Ismail, Tun Ghazali Shafie. Mereka semua ini merupakan insan y mementingkan ilmu di dalam membangunkan sebuah negara y bernama Malaysia y kita ada pada hari ini.

Universiti merupakan tempat y paling ramai dengan pemimpin pelapis y akan memimpin negara pada masa akan datang. Namun, pemimpin y bagaimana y perlu kita lihat y boleh menjadi pemimpin y dapat memacu negara dengan lebih maju. Adakah mereka y giat berpolitik di kampus, tetapi gagal di dalam pelajaran. Adakah hanya ilmu 'kepemimpinan' sahaja y mereka perlu ada untuk memimpin. Memetik kenyataan daripada blog seorang teman, di universiti terdapat 4 golongan pelajar iaitu y aktif akademik pasif persatuan, y pasif akademik aktif persatuan, y aktif akademik aktif persatuan serta y pasif akademik pasif persatuan. Memang benar seperti y dinyatakan, untuk mencari golongan y aktif akademik aktif persatuan amatlah susah. Hanya beberapa kerat sahaja individu y sedemikian. Jadi, kita hanya boleh menjadi salah satu seperti y di atas.

Dunia kampus hanya 3 4 tahun sahaja. Apa sangat y perlu dikejar kepada kepemimpinan berteraskan politik? Produk sebuah universiti adalah insan y berilmu. Berakar daripada ilmu, maka akan terbit falsafah kepemimpinan di dalam diri setiap insan. Adakah kita mahu negara ditadbir oleh mereka y memandang rendah kepada ilmu pengetahuan, ataupun sekadar cukup makan sahaja pengetahuannya. Saya mengakui, setiap orang memang dilahirkan, berbeza kemampuannya. Ada juga orang y diluar sana y hidup kaya raya n berjaya walaupun asalnya berpendidikan rendah, terutamanya mereka y terlibat di dalam bidang perniagaan. Saya amat berbangga dengan golongan seperti ini. Walau bagaimanapun, mereka ini sangatlah berbeza dengan golongan y saya maksudkan tadi kerana golongan y terlalu berpolitik ini semasa zaman belajar mereka seolah2 tidak tahu hala tujuan hidup mereka. Apa y perlu dipimpin, sedangkan selepas zaman universiti, mereka bebas untuk melakukan apa sahaja.

Ramai pelajar y begitu aktif berpersatuan sering gagal menyiapkan tugasan, ponteng kelas n sebagainya akibat terlalu aktif berpersatuan. Dalam erti kata lain, tidak menghormati pensyarah n amanah y diberikan kepada mereka. Pemimpin seperti inikah y mahu dibentuk oleh segelintir pihak. Politik kampus di Malaysia amat mudah untuk difahami, kita dipaksa untuk menyokong aspirasi y menjamin kedudukan pihak2 tertentu pada masa akan datang. Di universiti, mahu tidak mahu, setiap pelajar mesti aktif untuk akademik. 3 tahun sahaja, kemudian kalau mereka hendak buat apa sahaja, terserah pada diri masing.

Lihat apa y terjadi sekiranya pelajar terlibat di dalam politik kampus. Pertama, masa terbuang, kedua duit pelajaran di salahgunakan, ketiga menggalakkan perpecahan di kalangan generasi muda. Bukankan elok sekiranya perbezaan ini dapat dihapuskan.

Saya seorang y mengambil berat juga terhadap isu politik semasa. Namun y jelas, saya tidak menyebelahi mana2 pihak. Sedih melihat para pelajar menjadi taksub n bodoh kerana terlalu berpolitik pada masa y salah n tempat y salah. Lihat apa y terjadi di UM, pelajarnya berdemonstrasi akibat tidak berpuas hati itu n ini. Lihat bagaimana mereka membawa sepanduk, memecahkan komputer semata2 mahu tunjuk protes. Situasi sebeginikah y kita mahu lihat di sesebuah gedung ilmu. Cukuplah dengan politik di peringkat nasional.

Politik kampus bukan satu kaedah untuk menyediakan diri kepada falsafah kepemimpinan. Kepemimpinan adalah berlandaskan ilmu pengetahuan. Mampu bercakap di hadapan khalayak y ramai bukan bermakna seseorang pemimpin itu begitu bijak, tetapi hanya bijak untuk menipu, membuat janji palsu n sebagainya. Tetapi seorang y berilmu, mampu menjadi pemimpin y terbaik. Tanyalah kepada Tun Dr Mahathir, adakah beliau giat berpersatuan semasa zaman universitinya. Begitu juga Tan Sri Naib Canselor USM, adakah beliau seorang y aktif berpersatuan pada zaman universitinya.

Jan 30, 2010

'Hukuman Rotan'

Sehari dua ini, ada dibincangkan di dada akhbar tentang keperluan untuk melaksanakan semula hukuman rotan dikalangan pelajar-pelajar peringkat sekolah. Sebenarnya, perkara ini telah lama dipolemikkan. Namun, setahun dua ini, ia seperti menghilangkan diri. Setelah lama tidak dipedulikan, maka timbul semula cadangan sebegini yang saya rasakan amat baik untuk dilaksanakan memandang sistem pendidikan negara negara ini yang bertunjangkan pembentukan modal insan dikalangan generasi pewaris negara ini.

Dahulu, rotan merupakan mekanisme yang bukan ditetapkan oleh sesiapa untuk digunakan di dalam pendidikan kanak-kanak. Ia merupakan inisiatif sendiri para guru dan sikap sebenar mereka yang menganggap perlu untuk mendisiplinkan pelajar pada masa itu. Begitu juga dengan sekarang. Para guru amat berdedikasi ketika menjalankan tanggungjawab mereka. Namun, sedikit masalah y timbul ketika hukuman rotan mahu diaplikasikan yang menyebabkan polemik ini menjadi perbahasan. Tidak seperti dahulu, rotan merupakan satu objek yang perlu ada pada setiap guru, terutamanya guru yang menjaga hal ehwal disiplin.

Sikap pelajar pada zaman ini, lain macam benar dengan sikap pelajar pada masa dahulu. Pelajar dahulu, amatlah menghormati guru mereka. Pelajar pada masa kini (bukan semua) merasakan guru bukanlah ibu bapa mereka yang perlu mereka turuti 100%. Mereka ada hak yang tidak boleh disentuh. Terutamanya sekiranya hukuman rotan mahu dijalankan, terutama sekali kepada pelajar-pelajar nakal.

Begitu juga dengan sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu sayangkan anak-anak mereka, sehinggakan akan berlaku konfrontasi dengan guru sekiranya anak mereka dipukul atau didenda oleh guru. Tidak tahulah apa sebenarnya yang difikirkan oleh ibu bapa sebegini. Tidakkah mereka menyelami tekanan yang dihadapi oleh para guru. Mendidik 30 orang anak di dalam satu kelas bukanlah semudah mendidik 10 orang anak dirumah. 30 pe'el atau perangai yang perlu dihadapi oleh guru-guru ini. Maka, sekiranya terdapat isu guru memukul atau merotan pelajar nakal, maka selidik dahulu. Ini tidak, apabila ada kes begini, mereka terus mengambil tindakan polis, hanya berdasarkan cerita anak-anak mereka yang saya pasti banyak yang sebenarnya direka-reka. Sudah menjadi tabiat kanak-kanak, mereka tidak akan mengaku kesalahan mereka walaupun mereka sebenarnya yang nakal. Seawal usia 3 tahun, mereka sudah mahir menafikan perkara salah yang mereka lakukan (lihat di Wikipedia tentang kognitif kanak-kanak).

Seingat saya, semasa di sekolah dahulu, sekiranya saya di sekolah nakal dan dirotan oleh guru, saya tidak berani untuk menceritakan kepada ibu bapa saya kerana sekiranya saya mengadu, pasti saya akan mendapat 'bonus' iaitu rotan cap naga ditengah belakang saya. Ibu bapa sekarang ini (bukan semua) menyayangi anak dengan membabi buta. Asal anak kena pukul, kena rotan, mereka terus mengadu kepada ibu bapa, dan ibu bapa tanpa usul periksa, akan menuduh guru bersalah memukul anak mereka. Kalau begitu, lebih baik tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Ajar sahaja anak dengan tangan sendiri.

Cadangan penggunaan semula rotan untuk mendisiplin kanak-kanak amat perlu, terutama pada zaman seperti sekarang. Dengan era globalisasi, yang menyaksikan liberalisma semakin menebal, dengan gejala sosial yang semakin serius dikalangan remaja, maka, langkah ini dikira amat tepat. Lihat sahaja, pertambahan jumlah remaja yang merokok, saban tahun terus meningkat. Bagaimana pula dengan kejadian buli dan samseng disekolah. Semua ini perlu perhatian serius daripada semua pihak. Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama untuk mendidik. Ibu bapa dahulu selalu menyerahkan tanggungjawab mereka sepenuhnya kepada guru apabila anak-anak mereka di sekolah. Ingat lagi pesan bapa saya kepada cikgu saya semasa mengantar saya ke sekolah, pukullah anak saya sekiranya anak saya nakal tetapi jangan sampai patah kaki tangan sudah. Semua pihak perlu bersikap realistik demi menjamin pewaris negara kita ini menjadi model insan yang berguna.

Jan 27, 2010

'Kisah Menjadi Wakil Pelajar'

Esok, pilihan raya kampus (PRK) kembali lagi. Pemilihan wakil pelajar di kalangan pelajar2 USM menceriakan seketika suasana universiti y juga melalau musim kemarau pada masa ini walaupun sehari 2 ini, hujan turun dengan agak lebat. Kisah2 pilihan raya semberono ini mengisi dada akhbar (Kosmo!). Bahangnya tidaklah sepanas PRU, tetapi masih tetap diberi perhatian serius oleh sesetengah pihak.

Pelik, di dalam kesibukan untuk menghadiri kelas dikalangan pelajar terutama di awal semester ini, masih ada segelintir pelajar y sibuk menjadi calon, berkempen sana sini di serata kampus malahan ada juga y ponteng kelas semata2 sibuk politik. Jumlahnya tidaklah terlalu ramai, mungkin hanya seorang dua, tetapi y seorang dua inilah y telah menggadaikan prinsip keilmuan di universiti semata2 untuk menjadi hero di kalangan pelajar.

Sebenarnya, pelajar2 y begitu sibuk lagi tekun untuk menuntut ilmu, tidak memerlukan hero untuk membela nasib mereka. Mereka di dalam dunia mereka. Cukup kewangan n kemudahan, ia sudah memadai untuk mereka menjadi progresif untuk mencari pengalaman di menara gading ini.

Semalam, saya ada berbual dengan seorang calon y bertanding di dalam pilihanraya ini. Seperti biasa, beliau seperti tidak berpuas hati dengan hujah y saya berikan. Dan, seperti pelajar2 lain y menyertai politik di kampus, soalan y ditebak kepada saya juga begitu tipikal. Contohnya, adakah memasuki universiti adalah untuk menuntut ilmu akademik semata2? Jawapan y saya berikan, tentulah tidak. Untuk menjadi pemimpin, tidak perlu bergelumang di dalam najis politik. Pelajar ini mungkin tersalah anggap dengan menyangka bahawa akademik di universiti adalah bersifat teori semata2, namun sebenarnya, akademik y melatih setiap pelajar itu untuk memimpin. Lihat bagaimana2 Dekan2 di pusat2 pengajian terdiri daripada ahli akademik. Bagaimana mereka berjaya menjadi pemimpin. Mereka bukanlah ahli politik.

Definisi politik bukanlah kaedah untuk menjadi orang y mahir memimpin, tetapi politik adalah satu matlamat perebutan kuasa y menggunakan pelbagai kaedah n cara samada secara bermaruah atau tidak, baik atau buruk, semata2 untuk mendapat kuasa. Sudah menjadi naluri semulajadi manusia, ingin menjadi khalifah. Namun, adakah kita sebagai pelajar meletakkan diri kita di tempat y sepatutnya. Apa masalah kepada pengajian kita jika universiti bersifat menyokong parti kerajaan. Apa masalah kepada pengajian kita jika ada pelajar y bersetuju dengan pihak pembangkang. Tidak ada apa2 pun. Kenapa perlu berkumpul, berarak di jalanan, dengan tujuan untuk membantah itu n ini. Adakah ia membantu kita menjadi modal insan y cemerlang.

Saya secara peribadi, tidak bersetuju 100% dengan pilihanraya kampus. Begitu juga dengan sebilangan besar ahli2 akademik di USM ini. Semalam saya melihat bagaimana seorang calon tidak dibenarkan berkempen di dalam kelas saya. Begitu juga dengan kenyataan seorang bos di sebuah pusat pengajian y berkata," I dont give a damn to campus election". Mereka melihat ini satu kerugian di kalangan para pelajar. Nanti selepas pilihanraya, y menang akan lebih sibuk kesana sini, mesyuarat itu n ini. Lebih banyak masa terbuang untuk perkara2 y tidak memberi manfaat kepada warga kampus secara keseluruhannya daripada memenuhi harapan ibu bapa y mahukan anak2 mereka menjadi manusia berilmu, bukan melakukan perkara2 y kurang berfaedah.

3 soalan y saya kemukakan kepada calon y saya sebutkan diatas, sekiranya dia mampu yakinkan saya, sayalah orang pertama y akan berkempen untuknya walaupun saya tidak bersetuju dengan politik kampus. Pertama, untuk berkempen, calon akan membuat poster2. Daripada manakah mereka mendapat wang untuk perkara sedemikian. Sekiranya duit PTPTN y digunakan, maka zalimlah mereka pada diri sendiri. Sekiranya duit ibu bapa y diperas, maka mereka bukanlah seorang y bertanggungjawab. Kedua, adakah mereka dapat pasti y mereka akan menjadikan universiti ini top 100 di dalam ranking dunia. Ketiga, adakah mereka pasti y mereka akan mendapat keputusan n berijazah dengan cemerlang di akhir pengajian mereka. Tepuk dada, tanyalah minda.

Kepada y menjadi calon, Selamat Berjaya!

Jan 16, 2010

'Gerhana Matahari'

Semalam, terjadi lagi peristiwa alam y membuktikan kekuasaan Allah SWT iaitu gerhana matahari. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 3 dan berakhir 3 jam kemudian. Di Malaysia, gerhana matahari hanya berlaku separa, tidak sepenuhnya. Gerhana penuh untuk kali ini telah melintasi negara2 seperti India, Pakistan, China n beberapa negara Afrika. Juga di Sri Lanka n Maldives. Seingat aku, kali terakhir gerhana penuh berlaku, semasa aku masih bersekolah iaitu pada tahun 1995. Gerhana itu terjadi di Sabah, lebih tepat lagi di Kudat. Juga pada tahun 1998, gerhana turut berlaku di Mersing. Tahun lepas juga, pernah berlaku di Indonesia. Gerhana separa berlaku di Alor Setar, Kedah dan negeri2 di sebelah utara semenanjung Malaysia.

Semalam, aku sempat menyaksikan keajaiban itu, daripada bumbung paling atas school Biologi USM. Aku, Syafiq, Aiman n Kak Nunu memang excited la dok tengok gerhana tersebut. Di masjid USM, ramai y berkumpul untuk melihat fenomena alam tersebut n seterusnya melakukan solat sunat gerhana.

Pada zaman Rasulullah SAW juga telah berlaku gerhana matahari penuh di semenanjung Arab. Para penduduk di situ mengaitkan kejadian dengan kematian putera baginda iaitu Ibrahim bin Muhammad SAW. Namun Rasulullah menerangkan di dalam khutbahnya sesudah solat sunat gerhana bahawa peristiwa tersebut hanya bukti kekuasaan Allah, tidak ada kaitan dengan kematian putera baginda. Fenonema ini berterusan berlaku sehinggalah pada zaman moden ini.

Gerhana terjadi apabila bayangan bulan melindungi cahaya matahari daripada memasuki bumi. Bayangan bulanlah y menjadikan sesuatu kawasan itu dapat melihat gerhana matahari. Ia hanyalah fenomena alam, tidak ada kaitan dengan kepercayaan khurafat serta tahyul. Sebagai orang y beriman kepada Allah n Muhammad SAW, kita seharusnya bersyukur kerana diberi peluang untuk Allah memperlihatkan kekuasaannya.

Gerhana juga tidak ada kaitan dengan terjadinya kiamat. Memang benar, terdapat hadis2 y menceritakan tentang tanda2 kiamat. Namun, Allah y Maha Berkuasa, tidak akan memperlihatkan apa sahaja y menjadi rahsiaNya. Agak mudahlah sekiranya itu n ini diberikan tanda n isyarat. Semua y berlaku di dunia ini berlaku mengikut sunah Allah SWT. Pergerakkan planet n bintang2 semuanya terjadi mengikut aturan y telah ditetapkan. Kiamat pasti tiba, samada bertanda or tidak. Sebagai seorang muslim, saya percaya kepada Allah tentang hari kiamat, bukan kepada gerhana. Tidak perlu mengjangkakan bila berlaku kiamat. Apabila kita mengaitkan sesuatu y terjadi adalah tanda kepada satu perkara lain, maka kita akan menjadi seseorang y tahyul serta syirik di dalam amalan agama kita. Selama ini, tidak pula saya mendengar gerhana merupakan salah satu daripada tanda2 kiamat. Kalau ada, pasti Rasulullah telah isikan maklumat ini di setiap terjadinya gerhana di semenanjung Arab y kalau diikutkan kepada sejarah, telah berlaku sebanyak 4 kali semasa hayat baginda.

Agama ini bukan agama y berdasarkan ilusi. Ini adalah agama y berteraskan fakta. Apabila muncul golongan y ingin menunjukkan itu n ini adalah sebahagian daripada Islam padahal ianya tidak benar, maka agama kita tidak ubah seperti agama2 lain y tidak terlepas daripada imaginasi manusia y sukakan perkara2 y tidak masuk akal.

Jan 12, 2010

'Cuit Sikit'

Dah lama saya tidak menulis apa2 tentang USM. Bukan tidak ada perkara y mahu diluahkan, tapi cuma rasanya tidak ada mood y betul2 ok untuk menulis tentang USM ini. Lagipun, saya rasa, tidak perlu untuk diulang berkali2, takut nanti saya pula y dituduh cuba mencari populariti murahan n mereka2 cerita.

Tibanya semester baru di tahun baru 2010 ini mencoretkan pelbagai perkara y terjadi. Baru je petang tadi, warga USM kecoh sedikit apabila melihat 3 biji trak bomba masuk ke USM. Rupa2nya ada sedikit kebakaran di masjid Al-Malik Khalid, USM. Mulanya saya ingatkan ada latihan kecemasan, tetapi apabila melihat api sedang marak diatas bumbung library masjid n bomba, baru saya tahu y kebakaran telah benar2 berlaku. Tetapi api tidaklah terlalu marak. Ia dapat dikawal oleh sekumpulan pengawal keselamatan.

Hari ini, di akhbar Kosmo, muncul cerita tentang USM sebagai universiti APEX. Kejayaan y memacukan kelestarian USM dicoret di dalam 4 halaman. Sebagai pelajar, saya merasa bangga dengan setiap pencapaian USM.

Namun, di dalam kemanisan, pasti terselit cerita2 y kurang enak. Antaranya, konon USM sekarang mengalami krisis ekonomi. Ada y mendakwa kerajaan tidak lagi menyalurkan kewangan kepada pihak universiti sehingga beberapa perbelanjaan terpaksa dihadkan. Terdengar juga khabar daripada sumber tertentu bahawa peruntukkan kepada setiap pusat pengajian juga telah dipotong. Begitu juga dengan biasiswa serta geran2 penyelidikan. Mungkin baru awal tahun, namun sekiranya benar, bagaimanakah USM akan meneruskan operasinya tanpa menjejaskan mana2 pihak terutamanya golongan penyelidik seperti kami.

Walaupun USM menafikannya, namun pelajar2 serta staf2 akademik melihat USM melakukan pembaziran dengan projek baik pulih n tambah bangunan di sekitar kampus. Sebagai contoh, projek pembinaan bangunan perpustakaan, dilihat sebagai projek tidak perlu. Perpustakaan y sedia ada pun tidak mampu untuk diisi dengan bahan2 ilmiah y sealiran dengan masa, bagaimana pula pihak universiti ingin memenuhkan ruang2 di perpustakaan baru. Buku2 y sedia ada tidak di kemas kini. Ada y sudah terlalu lama serta tidak lagi relevan dengan ilmu semasa. Benar juga seperti kata2 Profesor Diraja Ungku Aziz bahawa memasuki perpustakaan adalah seperti pergi ke zaman 10 tahun y lampau. Begitu juga dengan projek baik pulih DTSP. Adakah satu keperluan y teramat tinggi untuk membaik pulih DTSP y zahirnya nampak masik elok n selamat untuk digunakan. Rasanya, baru tahun lepas DTSP diperindahkan dengan pembaikpulihan syiling serta cat. Entah berapalah agaknya y dibelanjakan oleh pihak universiti untuk tujuan sedemikian. Padahal duit y ada perlu dibelanjakan dengan bijak dengan memberi lebih banyak geran n biasiswa kepada pelajar ijazah tinggi y tidak sedikit menyumbangkan bakti kepada kelestarian universiti.

Bagitu juga dengan HEP. Entah berapa banyak duit y dibelanjakan semata2 untuk membawa wakil2 perwakilan pelajar pergi melancong keluar negara tanpa ada hasil y boleh disumbangkan kepada para penyelidik. Sekarang pula MPP USM bercadang untuk mewujudkan Parlimen Pelajar, kononnya untuk pelajar menzahirkan pendapat mereka. Apakah satu keperluan melibatkan pelajar kedalam politik. USM adalah universiti Sains, bukan Universiti Politik Malaysia. Adakah masa untuk para pelajar untuk semua perkara tersebut. Hari ini, ada seorang pelajar y merupakan salah seorang daripada MPP datang ke lab saya n bertanyakan kepada beberapa orang senior tentang subjek y mudah2, apa subjek y susah n bagaimana kalau drop subjek itu n ini kerana pelajar ini tidak ada masa. Kerana terlalu sibuk berpolitik, maka pada semester lepas, beliau telah gagal menghantar assignmentnya pada masa y ditetapkan n telah memberi kesan kepada pengajiannya. Adakah pelajar sebegini y universiti perlukan untuk meneruskan kelestarian. Cuba tanya, berapa ramaikah bekas YDP MPP y mendapat 3.0 keatas bagi CGPA mereka. Begitu juga dengan ahli2 mereka. Y mereka perolehi adalah pekerjaan y tidak layak untuk mereka duduki setelah tamat bergraduasi.

Di USM, tidak ketinggalan dilema y dihadapi oleh pelajar apabila berurusan dengan pihak y mentadbir. Masalah birokrasi tidak seperti akan berkesudahan. Y menjadi peliknya, di universiti y begitu gah ini, masih ada masalah untuk menyelesaikan masalah pelajar2 oleh staf2 di d bahagian pentadbiran. Saya pernah menolong seorang pelajar y berurusan dengan bendahari. Gaji RAnya tidak masuk lebih 2 bulan. Apabila menelefon orang y bertanggungjawab, kadang2 y menyakitkan hati apabila mendengar dihujung talian mengatakan bahawa staf y dicari keluar minum pagi, mc, cuti tahunan n sebagainya. Apabila staf y bertanggungjawab bercuti, tidak ada pula orang y menggantikannya. Kalau dia bercuti 2 hari, maka 2 hari itulah kerjanya akan terbengkalai. Pelajar y menghadapi masalah akan perlu menunggu orang ini masuk kerja semula barulah dapat berhubungan. Saya sendiri menghadapi satu situasi dimana claim saya untuk geran penyelidikan projek saya y dihantar bulan November 2009, masih di dalam proses sehingga ke saat ini. Bayangkan, banyak perkara y tergendala n menjadi masalah kepada kami golongan penyelidik untuk tempoh masa 3 bulan ini.

Pihak atasan universiti selalu melaungkan kelestarian. Apa y digambarkan dimedia amatlah hebat. Namun, apa kata sekiranya pihak2 ini datang membuat lawatan ke pusat2 pengajian y gigih membuat penyelidikan. Lihatlah di makmal pengajaran. Ada alatan y berusia seusia dengan USM masih digunakan oleh pelajar. Alatan tidak mencukupi untuk proses pembelajaran adalah perkara biasa y dihadapi oleh para pelajar. Ini bukanlah cakap kosong kerana saya sendiri mengajar di beberapa kursus n masalah ini berterusan menurut dakwaan pihak2 y bertanggungjawab terhadap makmal tersebut. Bagaimanakah untuk menyediakan suasana y begitu kondusif untuk para pelajar. Adakah ini satu kelestarian.

Sekarang ini, USM menceburkan diri pula ke kancah bolasepak. USM FC ditubuhkah. Mungkin pasukan ini berpenaja, namun tidakkah USM juga ada melabur di dalamnya. Berapa banyakkan wang y akan dihabiskan untuk perkara y dianggap tidak penting ini. Adakah USM Universiti Sukan Malaysia. Lihat saja pasukan2 My Team, Emkay, MPPJ, bagaimana mereka terus terkeluarkan daripada arena bola sepak negara kerana ia bukannya satu pelaburan y menguntungkan. Ia hanya percaturan 'syok sendiri' n mungkin ada individu2 y berkepentingan y akan mendapat habuan. Ini tidak mustahil berlaku.

Saya merasakan, perlulah pihak2 y berkenaan melihat kembali keputusan n cara mentadbir y dijalankan supaya universiti kita ini akan menjadi lebih cemerlang. Tingkatkanlah integriti kerana kita semua sedang memikul amanah y amat besar y mungkin akan menyebabkan kita tunduk malu di hadapan Hakim Allah SWT di mahsyar nanti sekiranya kita gagal memikulnya dengan sebaik-baiknya.