Oct 29, 2009

'Islam Agama Y Syumul'

Tidak bergelar ustaz, tidak bermaksud tidak boleh melontarkan pendapat tentang hal ehwal Islam. Mungkin ada sedikit pengetahuan y boleh dikongsi agar kita dapat mendidik orang kita untuk lebih berfikir. Sudah menjadi asam garam kehidupan, setiap orang pasti melakukan kesilapan. Namun, apa y lebih penting, kita cuba membetulkan kesilapan itu.

Untung menjadi orang Melayu kerana kita ini dilahirkan secara automatik menganut agama mulia Islam. Namun, seperti juga agama2 lain, pastinya akan ada kekhilafan y kita lakukan dalam mengamalkan agama. Faktor kurangnya ilmu merupakan penyebab kepada kesilapan kita itu.

Di dalam masyarakat Melayu, y menjadi salah satu sebab kepada kurang faham agama adalah percampuran antara adat budaya dengan agama. Kadang2, tidak dapat dibezakan y mana satu adat, y mana satu rukun agama. Adat kita juga mendidik kita supaya menghormati ustaz2 serta tok2 guru agama sehinggakan ada y mengikut ajaran2 mereka n menelannya bulat2 tanpa mahu berfikir tentang asas ajaran mereka itu. Tok2 guru kita pada zaman dahulu amat rajin menuntut ilmu, mengarang kitab2. Namun, ada juga y mendapat sumber ilmu agama itu y tidak dapat dibezakan samada palsu atau benar. Malah, mereka gemar memberatkan sesuatu hukum itu sehinggakan keindahan Islam berkurangan akibat agama disalahertikan sebagai agama y ekstrem. Akhirnya, Islam tidak mampu berkembang, atau pun dijadikan modal untuk kepentingan peribadi individu2 y gila kekuasaan.

Saya pernah berbual dengan bekas pengikut al-Arqam. Menurutnya, pada asalnya, al-Arqam merupakan satu jemaah y begitu jelas matlamat mereka dalam menyebarkan ajaran Islam. Ketokohan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, sehingga dikatakan, 1/3 orang Islam disekitar Lembah Kelang menjadi pengikutnya. Sering berdakwah, n begitu mendapat sambutan, akhirnya pusat Islam di sana diserahkan amanat oleh kerajaan kepada jemaah itu untuk tujuan penyebaran agama Islam melalui al-Arqam. Namun, akibat daripada ketamakan Ashaari n begitu galak mentafsir Islam secara salah, maka timbullah Aurad Muhammadiah y terus menenggelamkan perjuangan mereka. Terang2an Aurad Muhammadiah ini telah menjadikan al-Arqam sebagai ajaran sesat n diperangi oleh semua umat Islam seluruh negara.

Banyak y mahu dikongsi sebenarnya. Saya juga pernah berdebat dengan seorang jemaah tabligh. Saya menghormati jemaah ini, namun ada mesej2 y mereka cuba sampaikan tidak jelas n tidak mencerminkan Islam sebagai agama y syumul. Apa perlunya keluar 3 hari n 40 hari berdakwah, tinggalkan anak isteri dirumah. Ada y tidak memberi nafkah. Bagaimana keadaan keluarga, anak2 y tidak ada ketua keluarga. Ada patut isteri dibebankan dengan tugas mendidik anak2. Inilah fahaman y salah, y perlu disemak semula oleh jemaah ini.

Sekarang, timbul pula jemaah Ahmediah. Bukan sesuatu y baru, malahan banyak lagi jemaah2 y cuba mentafsirkan agama berdasarkan kefahaman sendiri. Apa y tidak saya gemari adalah boleh dikatakan, hampir kesemua jemaah2 ini mendakwa bahawa jemaah mereka lebih Islamik daripada orang Islam y bukan bersama2 jemaah mereka. Pengalaman berdialog secara terbuka tetapi ringkas dengan seorang ahli jemaah Ahmediah menjadikan saya terfikir, sampai bila umat Islam harus berpecah2 begini. Kita tidak akan menang menentang musuh2 Islam sekiranya mentaliti kita begini. Biarlah kita bersatu, menafsirkan Islam secara lebih ilmiah tanpa ada perasaan taksub atau ekstrem. Sesungguhnya Islam agama y syumul, indah Islam dapat dilihat dari keindahan iman penganutnya.


Oct 24, 2009

'Bicara Perlu'

Rasanya, dah lama x tulis entry baru. Selain daripada kesibukan harian sebagai pelajar, sengaja juga membiarkan entry tentang invitation ke wedding tu lama sikit jadi headline. Harap para pembaca setia tidak akan bosan apabila tidak ada coretan baru y dinukilkan.

Saya baru balik dari Royal Belum ni. Seperti biasa, perlu pergi untuk research setiap bulan, sehingga Januari 2010. Saya menjalankan kajian temporal, y memerlukan saya mengikut jadual untuk menjalanakan kajian, walaupun apa y terjadi kerana sekiranya ter'skip' sebulan, maka rosaklah data untuk projek master saya ini. Walaupun ada team y boleh tolong cover kerja, tapi lebih baik buat sendiri kerana kita akan lebih confident n puas, hasil kerja kita adalah hasil titik peluh kita sendiri.

Hari y dinanti akan tiba Jumaat ini. Masih belum bercuti, rasanya pada masa ini, kesibukan lebih terasa di sebelah pihak perempuan kerana majlis di sebelah mereka kurang lebih tinggal seminggu sahaja lagi. Saya akan mula bercuti Selasa ini. Mendapat kelulusan cuti 14 hari maksimum daripada penyelia, masa y diberikan akan digunakan secukupnya untuk berehat panjang, n menjadi masa y cukup untuk membiasakan diri dengan transisi status y baru. Tidak dinafikan wujud perasaan gementar di dalam jiwa, namun, kegembiraan mengatasi segalanya. Adakah mampu menggalas tanggungjawab y baru ini? Adakah diri cukup bersedia? Kita hanya merancang, Allah jualah penentu segalanya. Perancangannya cukup teliti, sehingga setiap insan itu pasti akan diberikan rahmat kegembiraan y menjadi nadi kehidupan semua orang.

Doa y diperlukan setiap ketika. Moga 2 jiwa selamat menjadi satu...

Oct 9, 2009

'Jemputan ke Perkahwinan Saya'

Assalamualaikum WarahmatullahiaWabarokaTuh,

Saya, Wan Mohd Hafezul Wan Abdul Ghani, dengan berbesar hati mewakili kedua ibu bapa saya serta keluarga ingin menjemput semua yang mengenali saya iaitu rakan-rakan, kawan-kawan serta sahabat-sahabat saya terutama yang pernah belajar dengan saya di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru, Maktab Mahmud Alor Setar, Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (SMTAS), Kolej Matrikulasi Melaka, University College Dublin (UCD) Ireland, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Universiti Sains Malaysia (USM). Akad nikah akan berlangsung pada 30hb Oktober 2009 di rumah tunang saya, Nur Asshifa Md. Noh (Shifa) di Kamunting, Perak diikuti dengan majlis Perkahwinan pada 31hb Oktober 2009, Sabtu.

Majlis di pihak saya adalah pada 7hb November 2009, hari Sabtu di rumah keluarga say di Alor Setar, Kedah.




Semua di jemput hadir.

Doakan semoga majlis perkahwinan ini diberkati Allah SWT dan ikatan yang terbina akan kekal ke anak cucu.

Wassalam

Oct 7, 2009

'Pakaian Dalam Islam'

Saya tertarik dengan laporan berita hari ini tentang Sheikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi, yang berhasrat mahu mengharamkan pemakaian purdah di kalangan pelajar-pelajar perempuan Universiti Islam tersohor itu. Alasan utama hasrat tersebut dinyatakan adalah di atas sebab keselamatan di samping mahu membuang stigma terhadap Islam oleh masyarakat bukan Islam yang menyangkan bahawa Islam adalah agama yang jumud.

Dalam konteks ini, umat Islam begitu sensitif sekiranya ditegur tentang perkara-perkara yang mereka sendiri salah faham dan tidak dapat membezakan yang mana hukum, yang mana pula adat dan budaya masyarakat setempat. Purdah bukanlah pakaian Islam. Ia adalah pakaian masyarakat Arab Badwi di mana di sesetengah negara-negara Arab pada masa ini, pemakaian purdah adalah diwajibkan kepada golongan wanita. Di negara kita, khususnya golongan-golongan yang mengamalkan Islam secara tidak berilmu, pemakaian purdah ini disangka pakaian Islam yang dapat menjauhkan diri daripada perkara keji dan mungkar. Walhal, ianya tidak ada kena mengena langsung. Terdapat juga kelompok yang mula merasakan yang mereka lebih Islamik daripada orang lain kerana mereka memakai purdah atau paling biasa pun, bertudung labuh. Maafkan saya, bukan niat mahu menjatuhkan dan memperlekehkan sesiapa, namun pengalaman saya berhadapan sendiri dengan orang-orang sebegini menjadikan saya agak skeptikal.

Hasrat Sayyed Tantawi boleh kita lihat daripada sudut kefahaman Islam yang sebenar. Beliau merupakan ulama tersohor, sudah tentu lebih memahami Islam yang sebenarnya. Beliau juga merupakan ahli akademik dan sarjana Islam yang sentiasa melakukan kajian tentang kesyumulan agama ini. Maka, hasrat beliau perlulah kita hormati dan bincangkan secara berhemah agar kita tidak mendedahkan kelemahan umat Islam kepada masyarakat bukan Islam. Sudah tentu selepas ini, akan ada perdebatan hebat tentang perkara ini.

Purdah digunakan oleh orang Arab kerana mereka kebanyakkannya tinggal di padang pasir. Fungsinya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melindungi mereka daripada habuk-habuk dan pasir-pasir kering yang boleh menyebabkan penyakit. Begitu juga dengan serban yang dipakai oleh kaum lelaki Arab. Ekor serban biasanya digunakan untuk menutup mulut dan hidung daripada dimasuki pasir. Apabila Islam muncul di Tanah Arab, pakaian Arab ini secara tidak langsungnya mempengaruhi pemakaian di kalangan orang Islam kerana mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW. Namun, Islam yang maha suci tidak pernah melabelkan pakaian Arab itu sebagai pakaian rasmi dan keislaman. Ia adalah semata2 salah faham di kalangan orang-orang Islam itu sendiri. Cuba fikirkan, adakah kurang Islamnya orang-orang Eskimo yang tinggal di kutub sekiranya mereka tidak berpurdah? Kalau purdah pakaian Islam, maka mati bekulah orang-orang Eskimo kerana perlu memakai purdah. Adakah Islam bukan agama yang adil dan ingin memberikan keselesaan hidup kepada penganutnya.

Saya tidaklah anti kepada sesiapa yang berpurdah. Ianya bagus tetapi lebih baik kita bersederhana ketika mengamalkan Islam. Allah menerangkan secara jelas di dalam Al-Quran tentang aurat-aurat kaum wanita. Tidak pula disebutkan tentang perlunya berpurdah. Aurat wanita adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Bukan kecuali mata n tapak tangan.

"Sesungguhnya orang y paling mulia disisi Allah orang y paling bertakwa".

Oct 6, 2009

'Bagan Pinang'

11hb Oktober, rakyat Malaysia akan sekali lagi melihat satu pilihanraya kecil y kesekian kalinya selepas pilihanraya umum PRU-12. Calon2 sudah diumumkan. BN akan menentang PAS satu lawan satu. PAS akan mewakili sahabat2nya di dalam Pakatan Rakyat (PR), untuk menjadi wakil rakyat di kawasan y boleh dikatakan kubu kuat BN itu. Calon BN, Tan Sri Isa Samad, y pernah digantung daripada parti UMNO akibat politik wang, merupakan calon y boleh dipertikaikan kewibawaannya untuk menjadi wakil rakyat y baik.

BN pada masa ini bertungkus lumus untuk membersihkan namanya y corot akibat hilangnya kepercayaan rakyat akibat daripada pemerintahan y tidak bijak oleh bekas Perdana Menteri y ke-5. Sokongan rakyat nampaknya semakinnya meningkat walaupun di dalam semua pilihanraya kecil sebelum ini, BN menunjukkan rekod buruk dengan memenangi 2 kerusi sahaja berbanding dengan PR y berjaya 7 kerusi. Stigma buruk rakyat perlu dipulihkan kerana BN merupakan parti y banyak berjasa di dalam membangunkan Malaysia menjadi seperti hari ini.

PAS masih lagi dengan sikap buruknya iaitu mempermainkan agama semata2 untuk berkuasa. PKR hanyalah parti y memperjuangkan nasib individu y memang buruk moralnya. DAP pula dengan konsep Malaysian Malaysianya. Hanya BN sahaja melalui UMNO y tampak begitu jelas matlamat n halatuju untuk membangunkan negara.

Kenapa harus dipersoalkan seorang y pernah terlibat di dalam rasuah boleh menjadi calon. Ia sudah dihukum bukan. Kenapa seorang peliwat boleh menjadi wakil rakyat. Sedangkan bukan sahaja agama, malahan di dalam masyarakat sekalipun orang2 sebegini dipandang jijik. Namun, mungkin akibat dunia sudah nak kiamat, orang2 sebegini y diambil untuk menjadi ketua. Sungguh malang orang2 y bersama2 dengannya.

Namun, apa y paling dibenci apabila akan berlangsungnya sebuah pilihanraya, ialah apabila melihat didalam berita tv wajah2 calon y baru nak pergi rumah ke rumah untuk berkempen. Padahal, nasib rakyat sebelum pilihanraya tidak ada siapa y peduli. Masa itulah janji2 palsu ditaburkan. Entah apalah malangnya menjadi rakyat kerana selalu diketuai oleh orang2 y hipokrit n berpura. Saya harap, pengundi di DUN 31 Bagan Pinang, buatlah pilihan y tepat agar nasib rakyat akan terus terbela. Buanglah wakil rakyat y jelas hanya mahu memenuhkan perut sendiri n membiarkan rakyat menderita.