Jul 23, 2009

'Adakah Bijak?'

Universiti Sains Malaysia(USM) merupakan universiti tersohor tanahair. Para ilmuwan y berada di dalam USM begitu bersemangat untuk memartabatkan n menjulang nama USM ke persada antarabangsa. Berapa banyak anugerah pingat emas y telah dimenangi oleh USM hasil kajian tanpa penat dan jemu daripada semua penyelidik y diam bertapa dalam universiti ulung ini.

Status APEX USM dicemburui oleh lawan n rakan. Namun, tidak sedar bahawa USM sedang menghadapi cabaran y berat untuk memastikan bahawa status APEX y di bawanya, segah kualiti y akan dilahirkan olehnya. Status APEX perlu dilihat secara positif oleh universiti2 lain sebagai persaingan sihat dalam menjulang kualiti universiti2 di Malaysia agar setanding dengan universiti luar negara y tersohor seperti Oxford, Harvard, Davis, MIT (sekadar menyebut beberapa nama).

Peruntukan kewangan luar biasa y diterima oleh USM daripada kerajaan menjadi beban kepada warganya dalam mencapai impian y diharapkan oleh semua. Di sini, setiap pihak y menguruskan dana2 ini haruslah membelanjakan dana tersebut secara bijak agar ia tidak terbuang begitu sahaja.

Bukan mahu membangkang semua perkara, namun daripada kacamata seorang pelajar dan penyelidik, saya berasakan USM sekarang sedang giat menjalankan pembangunan prasarana fizikal. Namun, apakah nanti prasarana ini akan diberi dana y secukupnya sehinggakan ia bermanfaat kepada semua pelajar(memandangkan pelajar adalah tunjang utama sesebuah universiti). Sebagai contoh, di USM sekarang ini, sedang giat dibina bangunan perpustakaan y baru. Perpustakaan merupakan gedung y maha penting y perlu didapati di sesebuah universiti. Namun, agak membimbangkan, adakah ia nanti akan berfungsi dengan baik sebagai sebuah gedung bahan2 ilmiah? Situasi y berlaku y perpustakaan sedia ada adalah tidak sewajarnya berlaku di universiti terulung. Sebagai contoh, rujukan2 dan bahan2 bacaan di perpustakaan terdiri daripada y sudah terlalu lama, y ada diantaranya tidak lagi sesuai untuk menjadi rujukan semasa. Sebagaimana y kita semua sedia maklum, teknologi n sains bergerak pantas, namun, di dalam perpustakaan USM, pergerakkannya amatlah perlahan. Perpustakaan mendakwa, mereka perlu 'request' daripada pelajar dan pensyarah untuk memohon membeli apa2 rujukan untuk diletakkan di perpustakaan, namun apa y terjadi, permohonan itu akan mengambil masa berbulan2 sehingga lebih daripada setahun untuk perpustakaan membeli rujukan tersebut. Ada pelajar y sudah habis belajar, namun buku rujukannya masih belum ada di perpustakaan. Jadi, amat membimbangkan sekiranya perpustakaan y baru ini nanti akan kosong atau hanya akan di penuhi oleh buku2 dan rujukan2 sezaman dengan Perjanjian Pangkor dulu.

Tidak juga bijak untuk USM membuka peluang y terlalu luas kepada pelajar2 asing sehingga ada y menerima biasiswa daripada USM sendiri. Di luar negara, pelajar2 kita amatlah susah untuk mendapat biasiswa daripada universiti2 mereka. USM sepatutnya mengutamakan pelajar2 tempatan terlebih dahulu, agar pelajar2 luar negara y datang akan belajar2 bersungguh sebelum layak diberikan biasiswa. Barulah mereka2 itu akan menolong menaikkan kualiti universiti. Janganlah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati x makan.

Banyak lagi y perlu diperbetulkan agar USM terus cemerlang di masa akan datang.

Jul 10, 2009

'PPSMI'

Nampaknya, sekali lagi saya perlu menulis n memberi sedikit pendapat tentang isu PPSMI walaupun sebelum ini saya ada mengulas tentang isu tersebut. Saya merupakan antara rakyat y paling kecewa dengan keputusan kerajaan. Sepatutnya, kerajaan perlu mendengar suara seluruh rakyat, bukan mendengar mereka y berdemonstrasi tanpa ada hala tuju, hanya untuk mendapat keuntungan dalam politik. Inilah realiti bangsa kita, terlalu banyak sangat berpolitik sampaikan nasib anak bangsa tidak langsung dipedulikan.

A. Samad Said n beberapa lagi tokoh sasterawan, tidak benar2 arif tentang usaha kearah kemodenan n keselesaan hidup. Mereka adalah tokoh sastera, bukan ahli akademik. Bidang mereka agak terbatas dalam mendalami n memahami usaha untuk memajukan bangsa n tanahair. Sekiranya kita amati keputusan kerajaan y mahu memansuhkan PPSMI sepenuhnya pada 2012, n memulangkan semula hak bahasa Malaysia kepada pengajaran n pembelajaran sains n matematik hanya di sekolah2 aliran kebangsaan, tidak termasuk sekolah2 jenis kebangsaan (Cina n Tamil), maka ini adalah keputusan berat sebelah. Umum mengetahui bahawa kaum Cina n India mendahului kaum Melayu dalam hal menguasai bahasa Inggeris. Dalam setiap hal, nampaknya orang Melayu selalu memilih jalan untuk ke belakang. Ini y malangnya apabila berbicara tentang nasib orang Melayu. Sekiranya A. Samad Said begitu ikhlas memperjuangkan bahasa Malaysia, maka perlulah beliau mengadakan satu lagi tunjuk perasaan untuk mendesak kerajaan supaya tidak kira apa jenis aliran sekolah, perlunya matematik n sains di ajar dengan menggunakan bahasa kebangsaan. Baru ini akan dikatakan pejuang bahasa y sejati.

Rakyat semakin arif bahawa, setiap kali menteri2 bertukar portfolio, maka dasar2 akan bertukar2. Mungkin menteri2 ini tidak lagi menpunyai idea y lebih bernas bagaimana mahu memartabatkan sistem pendidikan di tanah air. Tidak seperti menteri2 pelajaran semasa negara di awal2 tahun kemerdekaan. Banyak idea2 bernas y lahir n berjaya mentransformasikan sistem pendidikan menjadi sangat bermutu. Begitu juga dengan Dewan Bahasa n Pustaka (DBP). Tidak ada lagi perkembangan bahasa y dahulunya amat kita banggakan. Mereka tidak lebih hanya menceduk bahasa Inggeris n memelayukannya. Pusat Perkembangan Bahasa DBP tidak lagi berfungsi seperti y sepatutnya.

Dalam hal ini, anak2 kita y menjadi mangsa. Mereka ibarat 'tikus makmal' y sentiasa diuji. Kesan positif @ negatif, mereka y terlebih dahulu merasakannya. Kerajaan sepatutnya lebih tegas ketika berhadapan dengan kelompok2 ekstrimis, tidak kira ekstrimis agama, bangsa n bahasa, ia perlu ditangani berpaksikan pendapat majoriti. Dalam hal PPSMI, kerajaan perlu mendengar sebanyak mungkin suara rakyat. Bukan hanya kajian kasar sahaja. Amat susah untuk bersaing di IPT dalam n luar negeri sekiranya kita tidak mahir menguasai bahasa mereka. Saya pernah mengalami pengalaman sedemikian sehinggakan saya perlu membawa kamus kemana2 saya pergi semasa saya merantau belajar di UK dahulu, untuk memudahkan segala urusan. Hari pertama di dalam dewan kuliah amatlah menyeksakan. Oleh sebab itu, saya begitu menyokong agar pendidikan dalam bahasa Inggeris dimulakan sejak dari awal usia kanak2. Kasihanilah mereka. Realitinya sekarang, kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk menjadikan kita bangsa y setanding dengan bangsa Barat kerana sekarang mereka menguasai segala2nya. Sains, ekonomi n teknologi. Kita tidak akan ada apa2 y boleh dibanggakan sekiranya d masih mahu kembali ke dalam tempurung. Bangsa Melayu akan menjadi terkenal sebagai bangsa y selalu dijajah n ditindas.

p/s: Dah hilang respect kat A. Samad Said..

Jul 8, 2009

'Kisah Tok Guru'

Selama ini, orang2 dari parti PAS amat berbangga dengan Tuan Guru mereka, siapa lagi kalau bukan Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am parti tersebut y nampak gayanya akan menjawat jawatan itu sehingga ke liang lahad. Saya dahulu merupakan salah seorang pro-UMNO y begitu menghormati ilmu n keperibadian Nik Aziz. Namun, saya pasti sekarang, bahawa dahulu saya telah tersilap menilai Nik Aziz.

Pada zaman Nabi SAW, baginda begitu bimbang tentang kewujudan ulama su' y dalam hadith2 baginda, akan muncul pada akhir zaman. Ramai y sekarang mengakui diri sebagai alim n berpengetahuan y tinggi dalam bidang agama, namun secara jelas tidak 100% mempraktikkan kealiman itu dalam kehidupan seharian. Banyak perkara y diselindungkan demi kepentingan politik y cetek.

Janganlah ada orang datang kepada saya n mengatakan Nik Aziz bila mati akan masuk syurga (seperti dakwaan sesetengah ahli PAS y ekstrem), kerana belum tentu lagi. Banyak kesilapan n kekhilafan y telah dilakunya. Sebagai orang y dihormati, dia sepatutnya menjadi contoh n teladan kepada orang lain. Tetapi dia pula y menjadi 2x5 dengan orang2 PAS lain. Kadang2, apabila diperhatikan kenyataan2 Tok Guru ini, dirasakan seperti seorang kanak2 y sedang berkata2. Tidak matang n main hentam kromo jer apa y tidak sealirang dengan perjuangannya. Ini y dikatakan sebagai ketam y tidak berjalan betul tetapi mahu mengajar anaknya berjalan dengan lurus.

Mengatakan orang Islam y tidak PAS sesat adalah permainan mulut Nik Aziz sekarang. Jadi, inikan ulama y kita harap2kan. Politik, politik la jugak, tapi jangan sampai melacurkan keperibadian sendiri dengan mengeluarkan kata2 kesat kepada orang lain y tidak seperjuangan. Walaupun kita berada di tempat y tinggi, namun hormatilah orang lain. Susah sebenarnya nak mencari ulama y betul2 ulama sekarang ini.

p/s: PAS+UMNO- Harapan y xkan pudar..

Jul 1, 2009

'Kisah Pelajar UM y Dungu'

Sehari dua ni, heboh dengan kisah beberapa pelajar dari Universiti Malaya (UM) y telah bertindak bodoh dengan melakukan vandalisme, menconteng Dewan Akademi Pengajian Islam UM dengan kata2 kesat kepada isteri PM kita, Datin Seri Rosmah Mansor. Tidak dapat dipastikan adakah mereka ini benar2 mahasiswa UM ataupun cuma manusia bodoh y bertopengkan pelajar sebuah universiti terkemuka kerana sikap mereka y begitu biadap y sama sekali tidak boleh dimaafkan.

Sebenarnya, bermacam2 perkara y bermain2 di fikiran saya ketika ini, terutamanya selepas membaca satu berita dari internet y melaporkan bahawa seorang pelajar UM telah mengugut pihak universiti supaya tidak mengambil tindakan terhadap rakan2 y didakwa melakukan perkara y tersebut, sekiranya pihak universiti tidak mahu berhadapan dengan bantahan daripada mahasiswa UM sendiri. Pada saya, saudara Shazni Munir, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam lebih bodoh daripada seekor lembu (mungkin ini y paling sesuai y patut saya gunakan dalam entry saya ini). Dia telah salah percaturan dengan menulis di dalam blognya sedemikian. Dia fikir semua mahasiswa adalah bodoh sepertinya. Inilah bahananya sekiranya mahasiswa y masih mentah terjerumus dalam arena politik. Sebab inilah AUKU dikuatkuasakan, supaya tidak ada mahasiswa2 sebegini y pastinya akan merosakkan negara pada masa akan datang. Kononnya nak menjadi hero mahasiswa. Shazni, u just go to hell.

Apa y paling saya kesalkan, mereka ini adalah pelajar pengajian Islam. Saya amat risau sekiranya ini akan menjatuhkan martabat n maruah agama Islam kerana ramai orang luar y memerhatikan perbalahan di kalangan umat Islam sendiri supaya mereka terus lemah n tidak mampu bangun lagi. Inikah generasi y kita harapkan. Ubun2 masih lembik, tetapi sudah pandai nak ugut itu n ini. Saya percaya, ada dalang disebalik semua y berlaku ini.

Pada hemat saya, UM tidak perlu takut untuk membuang pelajar2 sebegini y menjadi duri dalam daging. Supaya peristiwa lalu tidak berulang, kurung sahaja mereka y tidak tahu mengenang budi ini ke ISA. Saya memang terasa begitu teruja untuk berhadapan dengan orang2 sebegini. Walaupun mereka in berwajah Islam, berpendidikan Islam, namun hati n jiwa mereka tidak lebih daripada seorang yahudi begitu ekstrimis, y di dalam hati mereka cuma ada perasaan benci semata2. Janganlah permainkan Islam untuk kepentingan sendiri. Belajar2lah pandai, jangan dok membuang masa sahaja membuat perkara2 bodoh sedemikian. Takut di masa hadapan, kamu semua hanya menjadi peminta sedekah di tepi jalan.

p/s: Geram, geram, geram....!!!

'Selamat Datang Ke USM'

Rasanya, belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Datang n Tahniah kepada semua pelajar2 baru sidang akademik 2009/2010. Selamat datang ke Universiti APEX y menjadi kebanggaan semua. Kepada y mendapat tempat ke Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Tahniah n Selamat Datang. Rasanya, pengambilan kali ini, tidak begitu ramai. Alhamdulillah, y terpilih pasti merasa bangga kerana berpeluang menjejakkan kaki, menimba ilmu n mendapat segala jenis pengalaman di universiti y terulung ini.

Apabila berada di sini, ilmu akademik adalah matlamat utama. Kejar n raih sebanyak mungkin ilmu y telah lama tersimpan di perut USM ini. Di universiti, pelajar2 akan menjadi lebih berdikari, belajar untuk membuat keputusan sendiri. Walaupun usia masih mentah, diharap dengan pengalaman baru, akan menjadi semua lebih matang n berupaya untuk menyumbangkan sesuatu kepada universiti ini untuk menjadikannya gedung ilmu y terulung di Malaysia.

Banyak y harus diingatkan kepada diri sendiri. Jadikanlah insan y bertanggungjawab. Jangan ikut perangai2 buruk kawan, ikutlah apa sahaja y memberi manfaat n kebaikan. Saya percaya, sebahagian besar daripada pelajar2 ini akan mendapat PTPTN. Uruskan dana itu sebaik2nya. Jangan berbelanja dengan cara tidak berhemah. Gunakan untuk apa sahaja y berkaitan dengan ilmu. Membeli buku n makan minum adalah perkara y paling utama. Kadang2, remaja2 y baru merasa memegang duit dalam jumlah y banyak akan mudah hanyut n lupa akan tujuan duit itu diberikan.

Beri tumpuan n fokus utama kepada ilmu akademik. Tidak usahlah untuk 'join' itu n ini, especially persatuan2 y lebih banyak membuang masa daripada memberi faedah y terbaik kepada semua pelajar. Sebagai contoh, MPP, Persatuan Pelajar Islam, Persatuan Bahasa TiongHua n lain2. Walaupun bertujuan untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman, tetapi percayalah, ia akan menyebabkan tujuan utama untuk datang n belajar di universiti ini akan menjadi terbantut kerana secara kasarnya, persatuan2 seperti ini tidak akan menyebabkan pelajr2 berijazah dengan grade y baik, malahan ramai y pada tahun pertama mendapat grade kelas pertama, telah merosot pelajarannya kerana terlalu sibuk dengan aktiviti2 berpersatuan ini.

Y paling utama, jagalah diri baik2, keselamatan n ingatlah setiap pesan ibu n bapa y menaruh harapan menggunung untuk melihat anak2 mereka, y dibesarkan hasil peluh n air mata menjadi insan y berjaya. Selamat Maju Jaya..