May 14, 2009

'Memori Kolej Matrikulasi Melaka'


Semalam masa dok belek2 album lama, ternampak la gambar kat atas ni. Memori lama menjelma balik(jiwang), hehe. Ni la classmate aku masa kat Kolej Matrikulasi Melaka tahun 2001 dulu. Dah 8 tahun dah usia gambar ni. Masa tu kamera pun dok guna filem lagi. Kitorang sekelas di Praktikum 31.

Dalam kelas ni, ada 31 orang. Lelaki 10 orang ja. Banyak y dah extint dah. Diorang ni adalah, dari kiri, Aku, Amir, Azmi, Kobod, Pejel, Arau, Mad n Cik Sue. Y pompuan pulak, ramai sangat la, letih aku nak menaip. Y masih dok keep in touch ngan aku cam Izani, Masturah, Achik and of course tunang aku, Shifa. Pergh, aku sedar, dah lama dah aku get along ngan Shifa ni, hehe.

Ramai gak y dah kawin. Cam Kobod, baru ni aku contact dia, dioa baru dapat anak sulung. Pejel plak kawin bulan 6 ni. Azmi dah selesai dah bulan Disember hari tu. Izani pulak akan berkahwin ngan Mad, classmate kitorang jugak, pun bulan depan. Cik Sue pun dah kawin.. Dah ada anak dah pun. Amir aku dah lost contact ngan dia. Arau masa jumpa time raya hari tu, baru dok bercinta. Kahwinnya x tau la bila. Aku ngan Shifa plak, hujung tahun ni nak kawin dah. Nora pun bulan 6 ni jugak kalau x salah.

Emm, cam baru semalam ja kami tinggalkan matrik. Banyak sangat kenangan manis. Dulu matrik lain, x macam hari ni. Dalam setahun, hanya 3 kali je balik rumah. Cuti pertengahan semester, cuti semester n hari raya. Kira dalam setahun tu, masa banyak habis ngan member2 la. Sedih sangat masa hari last nak blah. Kira, paling rapat ngan aku sehingga sekarang, Pejel. Dia memang bestest fren aku.

Paling best masa bulan puasa n hari raya haji kat sana. Semua dengan kawan2. Setiap malam, 28 hari g terawih ngan kawan2. Bangun bersahur. Main meriam buluh sampai kena kejar ngan En. ISA (nama dia Isa, kami panggil ISA sebab strict giler pasal disiplin). Aku ingat laig, satu blok kena panggil turun pukul 3 pagi sebab main meriam. Padahal y main tu 2 3 orang jer. Pastu semua kena g masjid, bersumpah ngan al-Quran kata x main meriam tu. Pikir2, memang jahat giler time tu. Kitorang berkurung dalam bilik, tutup lampu, n x turun sampai ke pagi.

Masa raya haji plak, pentadbiran matrikulasi ada buat majlis korban. 4 ekor lembu ditumbangkan. Best giler. Masa tu sembelih lembu x pakai tali pun xper. Ramai giler student y pakat dok pegang lembu tu termasuk aku. Sampai lembu tu x bergerak langsung walau sikit. Ada sekor lembu y terkorban malam raya haji tu sebab terjerut leher masa kena tambat kat bawh pokok belakang koperasi kitorang.

Best betul masa dok pi kacau budak2 tengah dok prep. Kira cam agensi pencegah maksiat la ni. Ketuk bilik kelas kalau ada lelaki n pompuan tengah dok buat study group. Aku ingat lagi, ada satu bilik tu, budak2 tengah buat study group. Kitorang ketuk n pekik, "Buka pintu, JAIS, JAIS(Jabatan Agama Islam Selangor)!!". Tiba2, dengar satu suara perempuan cakap, " Jais xder". Lembut jer suara tu. Kitorang gelak giler nak mampus, haha. Nakal betul time tu.

The Good Old Days. Memang cannot buy la al those things. Terfikir gak nak buat reunion (kami dah pernah buat reunion untuk Praktikum 31 kat KL tahun 2004). Tapi susah sebab ramai y dah berkerja, dah ada family. Apa2 pun, memang paling best la. Antara kenangan n memori y paling best la dalam kamus hidup aku.

p/s: Teringat jugak time aku homesick dulu masa 1st 2 weeks kat KMM. Kelakar giler, hahaha!


May 12, 2009

'Kita yang Tertewas'

Keputusan mahkamah tinggi dengan keputusan bahawa PR masih memegang tampuk negeri Perak secara sah membawa maksud y cukup mendalam kepada semua pihak untuk berfikir. Walaupun telah memerintah negara selama 52 tahun, namun merampas Perak melalui lompat pari adalah tindakan y paling tidak bijak n tidak matang y pernah dilakukan oleh kerajaan BN. Rakyat diletakkan sebagai mangsa akibat kerakusan semua pemimpin tidak kira pembangkang atau kerajaan dalam berpolitik.

Keputusan semalam sebenarnya membuka lebih peluang kepada sesetengah parti untuk melakukan kekacauan di negara kita ini. Semakin lama, semakin rakus mereka cuba untuk menguasai negara ini, seperti y telah terjadi di Singapura. Sekiranya dilakukan pilihanraya DUN di Perak sekalipun, Melayu masih tidak akan berkuasa. Orang bukan Melayu akan bersama2 berpakat untuk menguasai kerajaan, seterusnya negara ini. Mahukah kita, sebagai bumiputera, perkara2 sebegini terjadi semasa kita masih hidup. Tolak ketepi Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin kerana mereka merupakan pemimpin y paling bodoh dalam sejarah Malaysia y memperjudikan nasib bangsa ke tangan bangsa lain. Apa y ada dalam pemikiran mereka adalah kuasa n kekayaan. Itu sahaja.

Sebenarnya, Melayu perlu dikejutkan dari lena y tak pernah bangun n terjaga ini. Biarlah bangsa kita mengemis di tanahair sendiri satu masa nanti. Sekarang ini, kita sesama Melayu berbunuh-bunuhan, bertikam-tikaman semata2 kerana perbezaan ideologi politik n kerana hal2 y teramatlah kecil. Malang nasib kita sekiranya kita berterusan berfikiran sebegini.

p/s: Aku Melayu sejati!

May 9, 2009

'Pertunangan'

Since tahun ni, aku n Shifa, my fiancee memang dah confirm nak bersatu, so post kali ni aku reveal a few gambar masa kitorang bertunang dulu. Sebenarnya, semasa aku mula2 masuk USM, ramai kawan2 y x percaya kata aku ni dah bertunang. Aku pun malas la nak komen lebih, biar jer diorang semua buat andaian. Lagipun, sesetengah mentaliti orang kita ni masih x berkembang, sesuatu perkara y baik selalu ditafsirkan sebagai negatif n sebagainya.

Last Friday, parent aku dah bertandang ke Kamunting, ke rumah Shifa untuk tetapkan belanja kahwin n tarikh. Up to this time, aku rasa biar aku rahsiakan dulu tarikhnya. Whatever, it is still this year. Gedik cakap, ni kira tahun last aku la as bujang (n teruna, hehe).


For information, aku dah mengikat tali pertunangan dengan Nur Asshifa Md. Noh sejak 5 tahun y lalu. Lamakan. Tapi ok, since that kitorang dapat kenal hati budi masing2, including keluarga. Aku maa mula berkawan dengan Shifa, x macam orang lain. Aku rapat dengan dia last day masa kat matrik dulu. Sejak tu, x pernah jumpa. Rapat cuma dalam telefon jer. Aku hanya jumpa dia sekali jer, before aku fly ke Dublin. Stay kat sana 2 tahun. Balik, pas 2 minggu kat Malaysia, parent aku pun g rumah dia, nak ikat kami berdua. Majlis y sangat simple, tapi happening. Masa tu kami x plan bila nak kahwin since dua2 still belajar. Alhamdulillah sebab hubungan ni mampu pergi jauh sehingga ke hari ni.


Memang banyak dugaan. Lautan mana x bergelora. Tapi anak2 ombak jer, bukan tsunami pun. Semua tu mematangkan lagi relationship ni. Aku pun dah kenal hati budi tunang aku ni. Semoga relationship ni kekal sehingga akhir hayat. Kalau nak ada cinta baru pun, aku rasa dah penat start balik dari mula(joking). Love is soul. Whatever, love Allah come first..

p/s: Kad2 belum pun ditempah. Semua masih berjalan lancar..

May 8, 2009

'Negara Pasir Dua Butir @ Perak Darul Ridzuan'

Perak menjadi tumpuan ramai bermula awal tahun 2009 akibat daripada krisis politiknya. Ia bermula dengan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat(PR). Menteri Besarnya disingkirkan dari jawatan atas undi tidak percaya n isu lompak parti YB PR ke dalam kem Barisan Nasional(BN). Semua orang tahu cerita ini.

Selepas itu, bermacam2 adegan y dapat rakyat saksikan. Menteri Besar y lalu telah digantikan, tetapi oleh kerana tidak dapat menerima kenyataan, pelbagai tindakan biadap y dilakukan oleh PR untuk merebut kuasa. Antara y paling pelik ialah mengadakan persidangan di bawah pokok (cam dalam cerita Laksamana DoReMi). Nak ketawa pun ada apabila melihat gelagat orang gila talak ni.

Semalam, kemuncaknya berlaku pula kekecohan di DUN Perak. Wakil2 rakyat bergelut, menjerit n memaki hamun dalam DUN Perak, tanpa mempedulikan YAM Pemangku Sultan Perak y menunggu selama lebih 5 jam untuk merasmikan DUN tersebut. Ini pun semua orang dah tahu.

Puncanya, untuk menjadi lebih adil, saya perlu mengulas secara neutral. Sebenarnya, YB2 ini tidak layak menjadi 'wakil rakyat' atas kerosakan moral mereka. Mereka ini tidak ubah seperti mat2 rempit y tiada pertimbangan diri, baik BN @ PR. Wakil rakyat dari parti Islam pun bertindak seolah tiada pedoman. BN pun y mengambil kuasa secara lompat parti ini, sebenarnya menunujukkan moral pemimpinnya. BN selalu melaungkan tidak boleh lompat parti, tetapi y dilakukan adalah sebaliknya. Institusi kerajaan telah tercemar. Ini akan secara tidak langsung mempengaruhi rakyat, y mungkin mengetuai institusi2 tertentu, untuk melakukan perkara y sama dengan alasan bahwa pemimpin mereka menghalalkan perkara itu atas prinsip demokrasi. Inilah bahananya apabila mencedok prinsip keadilan barat n bukan Islam. Setakat y saya tahu, kelakuan SEMUA ahli YB semalam tidak ubah seperti beruk y sedang melalui proses evolusi. Fizikal seperti manusia, tetapi akal n fikiran masih belum sempurna terevolusi.

Pastu, y paling x boleh diterima, apabila dapat jer kuasa, mula la menunjukkan keangkuhan. Jual semua kereta baru, kononnya x ada jiwa patriotism. Kena guna Proton, baru nampak patriotism. Bukankah itu satu tindakan tidak bertanggungjawab, membazirkan duit2 rakyat. Kalau soal duit rakyat, pemimpin harus mengetepikan keangkuhan n ideologi politik mereka. Pemimpin semakin kaya, rakyat merana. Sampai ada 7 orang anak, seorang pun x mampu dihantar ke sekolah.

p/s: 1 Malaysia, YB didahulukan, rakyat dikemudiankan...

May 6, 2009

'Kerugian kepada Melayu & Islam'

Menteri2 Kabinet Malaysia pada 23 April 2009 y lalu telah bermesyuarat dan menetapkan bahawa kanak-kanak bawah umur akan kekal menganut agama asal ketika ibu bapa berkahwin, sungguhpun selepas salah seorang pasangan itu bertindak menukar agama. Tidak pasti apakah tekanan y dihadapi oleh kerajaan ketika mereka membuat keputusan sebegini. Sesungguhnya, ini merupakan salah satu kerugian kepada semua rakyat Malaysia y beragama Islam. Syiar Islam semakin terhakis sedikit demi sedikit dek kerana orang kita sangat gila berpolitik.

Perlembagaan Persekutuan merupakan teras undang2 tertinggi negara. Di dalam Perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut: Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan: (1) Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Kedudukan Islam memang lebih tinggi daripada agama lain dan tidak ada persamaan dalam perkara ini. Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu adalah ketua bagi agama Islam di negeri-negeri berkaitan.

Merujuk kepada Perlembagaan di atas, kita boleh mentafsirkan bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak langsung boleh dicabar. Semestinya, seseorang anak itu selagi belum cukup umur 18 tahun, maka agama y dianutinya mesti ditentukan oleh ibubapa. Sebagai contoh, sekiranya seseorang bayi itu ditemui sebab dibuang secara haram, apabila dia diserahkan kepada Kebajikan Masyarakat, secara automatiknya, dia akan beragama Islam n dididik untuk mengamalkannya, walaupun ibu bapanya bukan Islam. Ini fungsi n terjemahan daripada agama rasmi Perlembagaan Malaysia.

Polemik sebegini muncul kerana orang Islam, majoritinya orang Melayu telah sedikit demi sedikit terhakis kuasa politik mereka, akibat daripada kelalaian n kebodohan mereka sendiri. Bertelagah demi kuasa merupakan amalan sejati orang Melayu Islam ini. Dahulu orang berkata, hilang kuasa negara tergadai. Namun sekarang, agama y terlebih dahulu sedang digadaikan. Pada hemat saya, dalam keadaan sebegini, orang Melayu perlulah sedar diri, bersatu n cuba berusaha memajukan bangsa n agama. Kita sedang kehilangan kuasa. Jangan biarkan kelemahan ini digunakan dengan niat y jahat dari bangsa n agama lain demi untuk menjadi tuan di tanah kita. Cukuplah kita dijajah selama 500 tahun. Merdekakanlah kita, anak cucu kita selama2nya. Pertahankan agama, bangsa n negara kita, demi survival Melayu n Islam.

p/s: Waiting for PAS-UMNO collaboration!