Apr 28, 2009

'Sabar Menunggu'

Ramai orang x suka menunggu. Kenapa x suka? Sebab y pertama, mungkin ia membuang masa. Masa lebih berharga dari emas. Tetapi menunggu juga penuh dengan hikmah y kadang2 kita langsung tidak terfikir n terlintas dihati kita.

Dalam sesebuah hubungan sosial, percintaan @ persahabatan, menunggu dan ditunggu adalah perkara biasa. Mungkin masa itu emas, tetapi bagaimana pula dengan hati n perasaan. Adakah ia tidak bernilai. Apa y dimaksudkan disini adalah, sebagai contoh, apabila kita berjanji untuk melakukan sebarang perkara bersama, kenapa kita tidak sanggup menunggu supaya dapat bersama2. Kita selalu meletakkan syarat dalam sesebuah hubungan sosial, tetapi adakah kita sendiri mampu untuk memenuhi syarat y kita sendiri cipta.

Orang y ditunggu pula, sekiranya tidak ada perkara y penting, janganlah la biarkan orang tertunggu2. Setiap orang ada komitmen masing2. Pokoknya, kita perlu sabar. Kadang2 rasa terkilan juga apabila kita sanggup menunggu orang, tetapi orang itu tidak sanggup menunggu kita. Adakah masa kita kurang berharga dari masa mereka. Jawapan tidak. Didalam setiap persahabatan @ percintaan, susah untuk kita menjadi hati orang lain. Kita cuba menjaga hati orang lain, tetapi pastikah mereka mampu menjaga hati kita.

7 tahun menunggu, akhirnya masa y ditunggu pasti akan tiba tidak lama lagi. Hubungan y baik datang daripada sikap toleransi sesama sendiri. Ini y baiknya. Sekiranya kita tidak mampu menunggu, jangan harap y sama dari sahabat kita.

p/s: Tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan x timbul2..

Apr 18, 2009

'PilihanRaya lagi!'

Kalendar Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) tahun ini mesti akan penuh dengan Pilihanraya Kecil. Masakan tidak, belum pun habis suku kedua 2009 telah menyaksikan 3 pilihanraya kecil telah diadakan. Kehilangan wakil rakyat akibat kematian tidak dapat dielakkan, tetapi kehilangan akibat perletakan jawatan secara tidak bertanggungjawab adalah salah demi kepentingan rakyat.

Mengapa mahu menjadi wakil rakyat sekiranya tidak dapat berfungsi dengan baik? Y menjadi mangsa adalah rakyat akibat kejahilan n kerakusan wakil rakyat y langsung tidak boleh dimaafkan ini. Skandal, rasuah, penyalahgunaan kuasa n sebagainya menjadi semakin serius pasca PRU-13. Ini secara tidak langsung mendedahkan bahawa rakyat telah tersalah pilih calon untuk mewakili mereka. Mengundi atas sentimen emosi n ketidakwarasan akal fikiran merugikan rakyat sendiri.

Parti Keadilan Rakyat(PKR) adalah sebuah parti y ditubuhkan hanya untuk kepentingan individu tertentu n keluarganya. Parti y dilihat tidak langsung bertujuan membela agenda Melayu, sekarang ini diterima baik oleh sebilangan besar masyarakat hasil daripada kelemahan Perdana Menteri y ke-5 Malaysia n pembebasan pemimpin de-facto mereka, Anwar Ibrahim. Sebilangan besar penyokong PKR juga adalah dari golongan muda y lahir selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Tidak pernah merasai susah untuk menebus tanahair dari penjajah, golongan ini secara membabi buta menyokong PKR, berdemonstrasi n melakukan kekacauan demi kepuasan diri n mengikut darah muda mereka. Ini dapat dilihat semasa berlakunya proses peralihan kuasa di Perak dahulu. Mereka dengan begitu biadap, menderhaka kepada raja mereka sendiri.

Di kampung saya, semasa PRU-13 y lepas pun wujud ramai golongan ini. Mereka kadang2 menjadi begitu kurang ajar apabila mempertahankan ideologi mereka. Tidak perlulah diceritakan lebih lanjut, tetapi cukuplah dikatakan mereka akan meninggikan suara kepada sesiapa sahaja y memperkatakan sesuatu tentang parti mereka, tidak kira orang tua @ orang muda y sebaya dengan mereka.

Sebenarnya rakyat tidak perlu lagi pilihanraya. Fikirkanlah tentang nasib rakyat. Berapa ramai y melarat, kais pagi makan pagi. Wang y akan digunakan untuk pilihanraya lebih baik diberi untuk membeli beras kepada golongan miskin. Janganlah bazirkan duit rakyat lagi. Jadi wakil y rakyat sebaik-baiknya. Ingat, setiap pemimpin bertanggungjawab kepada y dipimpin. Jangan jauhkan syurga Allah dari diri sendiri atas nikmat y sementara di dunia.

p/s: Camnalah peliwat boleh jadi pemimpin?! Rosak dunia ni.

Apr 15, 2009

'Jambatan Indah'

Akhbar hari ini ada melaporkan tentang gesaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) kepada kerajaan untuk menyambung semula projek Jambatan Indah di Johor bagi menggantikan Tambak Johor di sebelah Malaysia y dibatalkan semasa zaman Perdana Menteri y paling 'cerdik' Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebenarnya, cadangan untuk menggantikan Tambak Johor itu telah lama berlegar2 di seluruh negara. Rakyat pelbagai bangsa dikira bersetuju n mengalu2kan projek mega itu. Namun, tanpa ia dibatalkan tanpa satu pun alasan y munasabah. Secara psikologinya, maruah n kedaulatan negara kita telah tergadai kepada sebuah negara y tanah kubur pun tidak cukup, iaitu Singapura.

Projek ini adalah salah satu agenda kerajaan dalam melaksanakan Wawasan 2020. Tun Dr Mahathir menerusi ideanya y begitu futuristik, mengimpikan negara maju Malaysia pada tahun 2020. Namun ia telah dimusnahkan oleh seorang y tidak cekap mentadbir kerajaan. Tindakan ke belakangnya telah menconteng arang sedikit kepada agenda kerajaan sebelumnya. Negara rugi berjuta ringgit kerana perlu membayar pampasan kepada semua kontraktor y terlibat kerana kerja2 prelimanary telah pun berjalan. Ini y boleh dikatakan pembaziran duit rakyat secara tidak bertanggungjawab. Sepatutnya, orang ini perlu diheret ke muka pengadilan selepas zaman kekuasaannya.

Walaupun negara mengalami kemelesetan ekonomi akibat krisis ekonomi global pada masa ini, namun adalah wajar kerajaan mempertimbangkan untuk menyambung semula projek itu selagi belum terlambat. Faedahnya amatlah besar kepada negara. Mungkin, sekiranya tidak diteruskan juga, kifarah akibat pembaziran y dilakukan keatas duit rakyat akan terus menenggelamkan ekonomi negara. Fikirkanlah.

Apr 14, 2009

'Kesihatan y paling Utama'

Siang tadi, aku g tolong roomate aku kat school Bio, g buat sampling kat Gelugor. Saifur Rahman, student PhD dari Bangladesh, ajak aku teman dia sebab dia x familiar sangat ngan neighbourhood kat sini. So, kami g la kat area orang Melayu kat Gelugor.

Kawasan rumah2 orang Cina, India susah sikit nak masuk. Diorang ni susah nak bagi kerjasama. Pastu ada pulak y bela anjing la. So, dalam banyak2, orang Melayu la senang sikit. Tapi ada gak yh x faham. Tapi x semua la.

Rumah pertama y kami g, rumah cam besar la, n lawa. Kawasan rumah dia cam ada mini zoo. Kami pun minta la kebenaran nak check. Pastu, sorang pompuan, aku rasa tuan rumah tu la, agak sombong la, dia cakap, "no, saya x benarkan awak masuk". Kami ok jer, tapi try gak explain y kami bukan dari pejabat kesihatan, nak check nyamuk. Kami nak buat kajian pasal nyamuk jer. Tapi dia xnak bagi jugak masuk. Tapi ada ayat y best tu, dia cakap,"I xnak sign borang apa2 yek". Paranoid betul diorang ni. Even kalau kitorang ni dari pejabat kesihatan pun, we come for the good thing. Kalau ada nyamuk Aedes kat rumah dia, x ker bahaya kat orang lain.

Pastu ada satu rumah orang tua, mula2 kami minta izin nak collect sample jentik2 kat luar kawasan rumah, dia ok jer. Pastu kami minta la nak tengok kolah air dalam rumah dia, kalau ada. Dia kata ada. Pastu kami ikut la dari belakang. Orang tua ni cam x larat, jalan pun pendek2 jer langkah dia. Dia bawa la ker bilik air dia. Pastu, dia tiba2 angkat kolah air dia, n tuang semua air dalam tu. Besar gak bekas air tu, cam kolah y plastik n lekat kat dinding tu. Kitorang terkejut la, camna dia boleh angkat. Terus Saifur tu bagi isyarat kat aku suruh blah dari situ. Lain macam jer. Mungkin dia marah kami kot nak sampai nak check dalam rumah dia.

Ramai gak y ingat kami ni dari pejabat kesihatan. Diorang kata denda mahal sangat. Inilah sebenarnya mentaliti majoriti masyarakat kita. Sebenarnya, kalau betul pun kitorang dari pejabat kesihatan, diorang kena bagi kami check, sebab ini adalah soal nyawa orang ramai. Mungkin mereka jaga kebersihan rumah, tapi mungkin ada y terlepas pandang, n nyamuk membiak dalam kawasan rumah mereka. Kalau kena denda pun, lain kali mereka aka lebih terdidik n lebih berhati2. Seratus ringgit x mahal jika dibandingkan dengan nyawa manusia. Inilah y orang kita langsung x rasa bersalah. Kalau x mau kena denda, jaga kebersihan kawasan rumah dengan lebih teliti. Berubahlah wahai masyarakat ku!

p/s: Al-Fatihah untuk arwah sahabat baik aku, Muhammad Al-Hafiz y meninggal kerana denggi!

Apr 10, 2009

'Realiti Di Sebalik Hantu'

Siapa y tidak kenal hantu. Di dalam budaya masyarakat Melayu, seawal usia kanak2, telah pun di momokkan oleh cerita2 hantu n jenis2 hantu y wujud di alam Melayu ini. Ini merupakan salah satu cara y digunakan oleh ibu bapa untuk mengurangkan kenakalan anak2 mereka.

Adakah hantu ini wujud? Di dalam surah Al-Baqarah ayat 3, Allah menyatakan kewajiban untuk mempercayai perkara2 ghaib y meliputi semua bidang kekuasaanNya, termasuk jin n syaitan. Apa tugas syaitan? Ia tidak lain hanyalah unyuk menyesatkan umat manusia. Begitu janjinya kepada Allah SWT.

Hantu tidak wujud secara nyata. Ia hanyalah imaginasi setiap individu y terlalu takut kepada perkara y diyakininya lebih berkuasa dari kuasanya. Tetapi manusia adalah sebaik2 kejadian, menjadi khalifah di muka bumi ini. Jadi, kenapa perlu takut hantu.

Hantu adalah salah satu cara untuk syaitan menyesati manusia. Bagaimanakah caranya? Sebagai contoh, kononnya apabila seseorang itu rohnya tidak diterima oleh langit (tahyul giler), maka roh ini akan menjelma untuk mengganggu manusia. Apabila orang Melayu kononnya ternampak pontianak y seakan2 si polan y baru meninggal dunia di kawasan mereka, maka mereka akan mendakwa bahawa si polan itu telah melakukan perkara jahat sehingga apabila mati, ia akan menjadi hantu. Maka, ia menimbulkan fitnah n mungkin menimbulkan persengketaan di kalangan anggota masyarakat. Padahal apabila matinya anak Adam, maka terputuslah hubungannya dengan alam dunia. Ia akan berada di alam barzakh.

Begitu juga apabila syaitan memasuki tubuh seseorang itu, ia seperti kerasukan n kita pasti akan pergi menemui bomoh @ pawang untuk mengubati kerasukkan itu. Kemudian, dengan izin Allah, syaitan itu pun tiba2 keluar dari tubuh manusia itu, maka manusia itu mendakwa bahawa pawang itu hebat, tidak pula menyatakan semua y berlaku dengan izin Allah. Maka, syaitan itu pun berjaya merosakkan akidah umat manusia itu.

Yakinilah, tiada hantu di dalam dunia ini. Belum pernah timbul dakwaan ada orang pernah mati dibunuh oleh hantu. Allah sebelum memberikan tugas khalifah kepada manusia, Dia bertanya kepada semua makhluk untuk memikul amanah itu, tetapi tiada satu pun y sanggup n berani. Tetapi manusia berani untuk menggalas amanah Allah itu. Maka, kita adalah makhluk y amat berani. Jadi, jangan takut kepada apa pun kecuali Allah.