Mar 25, 2009

'Daif'

Daif ertinya miskin, lemah, tidak berdaya n tertindas. Ada juga y menggambarkan daif sebagai kesan daripada kemajuan y sesebuah bangsa itu kecapi. Masalah sosio-ekonomi y tidak seimbang memarahkan lagi masalah kedaifan. Isu ini sering dipaparkan di media masa, daif kemiskinan. Sering juga menjadi modal politik ahli2 politik negara samada y bertangungjawab @ tidak untuk survival politk mereka. Membela golongan miskin menjadi agenda y senang2 boleh membeli undi pada setiap pilihanraya.

Saya ingin menyorot kembali berita dari Kosmo semalam, 24 Mac 2009. Berita tentang sekeluarga Islam y hampir bertukar agama kerana kesempitan & tekanan hidup. Benarlah seperti kata Umar Al-Farouq, Khalifah Ar-Rasyidin y ke-2 bahawa 'kefakiran menyebabkan kekufuran'. Namun, alhamdulillah, mereka sekeluarga telah berjaya diselamatkan akidah oleh Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP).

Apa y ingin saya nyatakan disini, kemana perginya pihak berkuasa Agama Islam di Malaysia secara amnya ketika keluarga ini ditindas & ditekan. Saya mungkin tidak memahami kisah y sebenar, namun, umum mengetahui bahawa badan2 keagamaan Islam begitu kuat mengamalkan birokrasi n begitu lembab dalam menangani krisis sosio-ekonomi di kalangan umat Islam di Malaysia. Saya tertarik dengan satu laporan akhbar y melaporkan bahawa terdapat Pusat Kutipan Zakat di beberapa buah negeri di Malaysia mengalami lebihan wang zakat y tidak diagihkan, dengan jumlah berjuta2 ringgit. Ini adalah fakta. Bagaimana wang zakat berlebihan namun orang miskin masih ramai di Malaysia. Ini adalah kerana pengurusan y tidak bijak atau dalam bahsa kasarnya, bodoh kerana tidak menjalankan amanah Allah sebaik2nya. Amil y dibayar elaun menggunakan wang zakat mendapat lebih banyak dari asnaf2 y layak. Saya pernah bertemu dengan seorang warga emas miskin tegar y hanya mendapat bantuan RM100 dari Pusat Zakat. Setiap bulan, dia y perlu ke Pejabat Zakat untuk mengambil CEK RM100. Tolak tambang teksi ke Pejabat Zakat n ke bank untuk cashkan cek itu, dia hanya dapat RM50 sahaja sebulan. Sedangkan Sheikh y menjadi pengurus pejabat zakat, berkelulusan Mesir hanya goyang kaki di pejabat mendapat elaun ribuan ringgit. Sepatutnya mereka ini pergi ke kampung2 mencari orang miskin, bukan orang miskin y mencari mereka. Lihatlah, sehingga hampir bertukar agama, baru pihak2 berkaitan tampil memberi bantuan. Kemudian menyatakan kepada akhbar, mereka mempunyai banyak sumber untuk membantu golongan miskin. Janganlah sampai murtad kerana mereka boleh tolong. Ini adalah penyataan y menjelmakan kebodohan n kedangkalan orang agama ini. Persoalannya, kenapa mereka y tidak keluar, turun padang mencari orang miskin. Mungkin dah menjadi sikap orang Malaysia, sudah terhantuk baru terngadah.

Mencari orang miskin untuk dibantu bukanlah tugas Bersamamu TV3 sahaja. Adalah tanggungjawab semua. Saya masih ingat ketika di tingkatan 5, ada seorang rakan sekelas y tidak mampu membayar yuran SPM. Y peliknya, guru tingkatan adalah ustazah. Adakah dia tidak faham @ buat2 tidak faham y pelajar ini tidak mampu. Y dia tahu adalah setiap hari masuk ke kelas, memanggil nama pelajar ini untuk mengutip yuran. Ini tentu memalukan pelajar ini, memberi tekanan kepadanya untuk menghadapi SPM. Gagal bererti masyarakat telah berlaku zalim kepadanya. Tidak ada mekanisma y difikirkan oleh ustazah ini untuk membantu pelajar ini. Akhirnya, saya menceritakan tentang masalah pelajar itu kepada bapak saya. Alhamdulillah, bapak saya bersetuju menjelaskan yuran pelajar itu. Saya masih ingat bagaimana wajah pelajar itu y hampir menangis semasa saya memberikan duit itu kepadanya.

Kita ini melaksanakan Islam secara membabi buta. Ada masa pula penguatkuasa Agama berjaga malam pergi mengendap n menangkap basah orang. Namun tidak ada masa mencari orang miskin untuk dibantu. Mereka sepatutnya menumpukan usaha menaikkan taraf sosio-ekonomi umat Islam kerana ia adalah kunci kepada penyelesaian masalah sosial pada masa ini.

p/s: Semoga Allah menganpuni dosa aku sekiranya pandangan diatas tidak benar sama sekali.

Mar 24, 2009

'Sehari Di Perlis'

Hari Sabtu 2 3 hari lepas, aku g ke Perlis, ngan housemate aku, Syafiq n Fariz. Y ikut kami jugak adalah geng2 pintu 6-6-3, Shifa, Nik n Wawa. Kami juga ajak Izni n Adibah sebab tujuan utama kami nak g Perlis tu adalah nak g kenduri kat rumah Apai. Kakak Apai y kawin, bukan Apai. Azreen nama kakak Apai tu. Tahniah buat pengantin berdua.

Kami bertolak dari Penang lebih kurang pukul 11 lebih. Before tu kami semua breakfast kat Taman Saadon. Kami g dengan 2 biji kereta. Keta Syafiq n Nik. Kami sampai kat rumah kenduri lebih kurang pukul 2 lebih. Right on time betul sebab pengantin baru jer sampai. Baru nak makan beradap tu. Memandangkan kami semua dah lapar gedik, terus jer makan. Apai masa tu tengah sibuk layan tetamu. Lauk pauk y disediakan memang sedap. Kira marvelous la omputih cakap.

Masa kami tengah menjamu selera tu, pengantin diarak masuk kerumah untuk acara bersanding. Memang cantik sangat decoration pelamin pengantin tu. Simple but beautiful. Masa kami tengah makan tu, Fariz ni dok sibuk ngan kamera Si Syafiq ni. So, banyak jugaklah gambar2 masa kat rumah Apai. Apai pastu join kami makan sebab dia kata, dia memang x sempat makan lagi dari pagi. Standard la tuan rumah. Mesti x sempat makan punya.

Pas makan, pas lepak2 sat kat rumah Apai tu, kami pun angkat kaki la. G Padang Besar. Pergh, dah dekat 10 tahun aku x jejakkan kaki ke Paddang Besar tu. Nama jer duduk kat Kedah. Tapi memang best la untuk shopping kat situ. Barang murah n mampu milik, hehe. Aku sempat gak borong 2 3 helai baju n seluar. Member2 y lain pun borong sakan. Memang penuh la beg plastik kat tangan (sori Fuzah). Leka betul kat situ kami semua. Pastu, bertolak balik pun dah dekat pukul 6 dah.

On the way balik, aku ajak2 ahli2 rombongan ni singgah kat rumah aku kat Aloq Setaq. Dah alang2 lalu depan rumah aku on the way balik Penang. So, kami dinner n maghrib kat rumah aku la. Kitorang bertolak balik pukul 9 camtu. Sampai Penang dalam pukul 11. Sempat tengok bola, tapi hampeh, Man U kalah! Tapi apa2 pun, memamg enjoy la trip kitorang sepanjang hari tu.

p/s : Rugi beli T-shirt Man U kat Padang Besaq, sebab kalah malam tu!







Mar 20, 2009

'Malang di Universiti APEX'

X tau la, nape ri ni rasa cam serba x kena je. Aktiviti semua terbengkalai atas sebab musabab y x terfikir sebelum ini. Rasa cam x logik plak apa y berlaku. Tapi xder apa y mustahil. Lagipun perkara y dah berlaku kat aku hari ni memang x mustahil pernah berlaku sebelum ni, cuma mungkin aku jer y x tau.

Pagi tadi, masa aku masuk ofis, aku terkejut betul sebab lantai bilik aku tu basah. Lagi terkejut pas aku tengok kat atas. Syiling n bumbung betul2 atas bilik aku tu pecah. Y aku peliknya, camna bumbung n syiling boleh pecah dengan sebegitu besar. Cam kena pecah masuk jer bilik aku tu. Tapi xder barang2 apa y hilang. Jarak antara syiling dengan bumbung tu cam tinggi jugak antara satu sama lain. Kalau ada orang panjat bumbung n kemudian terpijak bumbung n pecah, camna boleh terpecahkan syiling sama. Aku pun x tau nak habaq camna. Pastu, nak ditambahkan malang aku lagi, masa solat jumaat tadi, hujan turun lebat. Aku masa solat tu dah x kusyuk dah. Dok teringat laptop aku tinggal kat dalam bilik. Takut rosak kena air hujan. Pas solat jer, aku terus redah hujan, lari balik school. Aku terus ke bilik. Memang, bilik aku tu banjir. Tapi komputer aku selamat. Aku pun menyumpah2 la dalam hati kat pembangunan USM. Diorang dah datang pagi tu check, pastu aku minta repair cepat sebab takut hujan. Tapi pas 2 3 jam, diorang x datang balik. Ini kes urgent ni. Camna diorang boleh tangguh2. Esok dah la sabtu. Mungkin ini kot unversiti APEX. Buat keja lembab n banyak birokrasi.



Pastu, petang pulak, pas tension ngan bilik banjir, aku pun nak join la budak2 3rd year bio ada final football match ngan budak2 1st year. Tapi y bengang tu, padang pulak tutup. Sampai nak main kat tepi padang pun x boleh. Kononnya takut padang rosak sebab becak. Sampai ada student terpaksa main bola kat atas jalan tepi padang. Student tension seharian gi kelas la, research n sebagainya. Bila petang nak beriadah tapi gitu pulak jadinya. Tapi padang stadium, boleh pulak digunakan untuk Citrawarna, benda y nak lalaikan student. Aku x faham betul la.Kalau takut padang rosak, korang buat la apa2 bangunan kat atas padang tu, pandai! Kalau ada padang, x boleh main bola takut rosak, apa guna ada padang. Mesti USM ada bajet untuk maintenance. Aku x tau la kot2 duit @ peruntukan tu, sikit sebanyak ada y masuk poket sendiri. Aku cadangkan, USM jadikan padang bola tu tempat student main 'teng-teng' je la, baru x rosak.



p/s : Kritis untuk membina..

Mar 15, 2009

'Cemerlang'

Setinggi gunung, jutaan ucapan TAHNIAH kepada Nik Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar 20A untuk SPM 2008! Aku turut merasa bangga n terharu dengan kejayaan seorang anak Melayu, berpendidikan Islam, anak nelayan n hidup dalam kekurangan, namun berjaya menjadi terbaik di kalangan terbaik.

Buletin Utama tadi menyiarkan betapa murahnya rezeki y di terima Nik Madihah atas sikap ikhlasnya dalam menuntut ilmu selama ini. Beliau kini menjadi rebutan Bank Negara, Petronas n MARA y begitu beria2 ingin membiayai pelajarannya ke luar negara dalam bidang apa saja y dia mahu. Turut menerima tempiasnya sudah tentu kedua ibu bapanya y berjaya mendidiknya dengan begitu cemerlang walaupun mereka bukanlah berpelajaran tinggi. Namun, kesedaran bahawa ilmu mampu mengubah hidup seseorang itu menjadikan mereka redha dengan kehidupan mereka n berusaha untuk mengubah nasib mereka sekeluarga. Alhamdulillah, sejuk perut ibunya mengandungkannya.

Begitulah, sekiranya ilmu menjadi matlamat, kesenangan hidup y menjadi nikmah. Usahlah hanya sibuk berpersatuan, menjadi wakil pelajar n sebagainya sekiranya ilmu berterusan diabaikan. Memang perlu seimbang, tetapi hakikatnya langsung tidak seimbang bagi pelajar y begitu sibuk berpersatuan itu n ini. Mereka tidak akan ikhlas mencari ilmu. Niat ingin membantu, mewakili pelajar lain untuk berjaya, namun diri mereka sendiri tidak terbantu. Akhirnya kejayaan y mereka kecapi hasil bodekan n kabelan dengan pihak2 atasan y begitu buta menilai kaca atau permata. Jadinya, negara akan diwarisi oleh generasi y lemah n tidak berilmu.

Mar 11, 2009

'Bacalah dengan nama Tuhanmu'

Ketika ini, mungkin masih belum basi isu Pengajaran n Pembelajaran Sains n Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Program y bermula 6 tahun y lepas, menerima tentangan y hebat selepas 6 tahun berlalu. Perintis telah pun tamat persekolahan. Ada y gagal namun lebih ramai y berjaya. Kita dapat menyaksikan setiap tahun, semakin bertambah jumlah lepasan persekolahan y berebut2 tempat ke menara gading sehingga persaingan menjadi begitu sengit.

Saya bukanlah begitu arif tentang PPSMI ini. Namun apa y dapat saya fahami, ia adalah bertujuan semata2 untuk mengangkat martabat Malaysia ke persada ilmu y tiada batasan. Bahasa merupakan medium utama untuk mendapatkan ilmu. Dahulu, semasa zaman kegemilangan Islam, ramai sarjana2 Barat telah giat mempelajari bahasa Arab, semata2 mahu mengaut n menggali sebanyak mungkin hasil pemikiran intelektual para sarjana Islam berketurunan Arab. Selepas berabad lamanya, bahasa Barat terutamanya bahasa Inggeris telah menjadi bahasa Ilmu, hasil ketekunan pada cendiakawan mereka dahulu tidak terlalu bersikap jumud atau sempit dalam mencari ilmu.

Mempelajari sesuatu apa dalam bahasa lain tidak akan menghakis identiti sesuatu budaya itu. Sebenarnya, orang kita pada masa ini salah konsep. Mereka tidak begitu memahami apa itu PPMSI. Lihat sahaja beberapa tokoh ulung di negara ini. Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail, Tun Hussin Onn n Tun Dr Mahathir, walaupun mereka menerima semua ilmu mereka di dalam Bahasa Inggeris, namun mereka lebih melayu dari orang Melayu. Mereka masih fasih berbahasa Melayu n mengamalkan budaya Melayu tanpa terjejas sedikit pun. Kenapa kita perlu risau?

Gabungan Memansuhkan PPSMI (GMP) sebenarnya keliru. Pada pendapat saya , mereka ini telah diracuni oleh segelintir ahli politik y tidak bertanggungjawab. Walaupun ia dinafikan oleh Pengerusinya. Saya kecewa kerana gerakan sebegini turut mengheret tokoh2 lain sperti Datuk A. Samad Said untuk berarak, mendemostrasi n membuat huru hara. Ia secara tidak langsung, merendahkan maruah tokoh tersebut. Gambar2 remaja2 y terlibat di dalam demonstrasi itu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya bodoh n dungu. Dalam erti kata lain, melakukan sesuatu secara membabi buta.

Apa y perlu di tentang oleh para pencinta bahasa Melayu adalah, sebagai contoh, dahulu Bank Pertanian tetapi ditukar kepada Agro Bank. Dulu LAN, Lembaga Akreditasi Negara sekarang MQA. Kenapa orang kita malu untuk menjaja identiti sendiri. Y baik ditentang, y buruk semua diam. Di USM sendiri, saya sering melihat nama USM dijadikan University Science of Malaysia di lekatkan di kereta2 staf n pelajarnya. Sticker ini ada y dikeluarkan oleh alumni USM. Persoalannya, kenapa kita melacurkan identiti kita semata2 untuk kelihatan antarabangsa. Tetapi apabila mahu diberikan ilmu dalam bahasa asing, ia ditentang habis-habisan. Apa y dapat difahami di sini, apabila identiti berubah, manusia itu akan berubah. Tetapi apa bahasa berubah, tidak mungkin manusia itu mampu diubahnya. Ilmu menjadikan manusia lebih matang untuk ia mengekalkan bahasanya walaupun bahasa ilmu y diperolehinya adalah bahasa asing.

p/s : Kenapa xder demonstrasi memansuhkan bahasa Kelantan, hehe!