Jan 9, 2009

'Palestin semakin sengsara'

Ya Allah! Mungkin pada masa sekarang ni, roket2 n bom2 Israel laknatullah masih menghujani bumi Palestin. Apa y kita lakukan apabila melihat gambar anak2 kecil begelimpangan tidak lagi bernyawa? Kita hanya berpeluk tubuh. Tidak langsung tidak menangis sepertimana kita menangis apabila peserta Akademi Fantasia tersingkir. Bodoh betul kita ni.

Bukan salah Amerika, bukan 100% salah Zionis menyembelih n membunuh rakyat Palestin. Tapi salah orang Islam keseluruhannya. Arab, bangsa y masih jahiliah pada zaman moden ini. Tidak menggunakan nikmat kekayaan y Allah berikan kepada mereka untuk membantu umat Islam lain. Mereka diredhai dengan Islam, tetapi jahiliah dalam bentuk kemanusiaan. Mereka tetap tamak. Hubungan dengan manusia sesama agama dibezakan oleh jurang sosial. Adakah kita boleh menerima tindakan mereka y membazirkan kekayaan ke jalan y tidak sewajarnya. Melabur berjuta2 ringgit membeli unta tercantik, plat kereta, kelab bolasepak n macam lagi. Padahal hasil kekayaan mereka datang dari Allah y memberi kemakmuran minyak di negara mereka untuk membantu umat Islam y ditindas. Arab lebih kaya dari Amerika, namun kenapa mereka lembik n dayus. Ini kerana, sikap tamak dalam hati mereka y menghalang mereka untuk membela Palestin. Kalau kita lihat, bangsa Arab ini begitu kurang ajar n tidak hormatkan orang lain. Di USM, kita boleh lihat fenomena sedemikian.

Negara ini n boleh dikatakan hampir semua umat Islam di Malaysia mengutuk keras n memaki hamun Israel. Tapi tahukah, bahawa mereka inilah y membiayai Israel untuk melakukan kekejaman kepada Palestin. Kempen boikot kedengaran di sana sini, tetapi tidak seorang pun perokok memboikot rokok. Hampir 35% perokok di negara ini adalah orang Islam. Namun, tidak akan sesekali mereka ini memboikot merokok n selama itulah mereka membantu Israel menyembelih umat Islam Palestin. Padahal rokok terang-terangan produk Yahudi n Amerika. Hentikanlah bercakap berkobar2, tetapi cakap x serupa bikin.

Semoga Allah merahmati semua roh para syuhada di Palestin. Al-Fatihah.



Jan 7, 2009

'Beg Laptop paling cool'

Semalam, selepas menyimpan angan selama sebulan, akhirnya berjaya jugak aku beli sebuah beg laptop baru y pada pandangan aku, sangatlah cool, hehe..Beg tu berjaya menarik perhatian aku pada pertama kali aku tengok dia. Terima kasih pada Wawa n Nik sebab memberitahu aku tentang beg tu n bersungguh2 menyatakan betapa sesuainya aku sekiranya aku menggunakan beg sebegitu. Tampak lebih cool n macho (hahahahahahahaha)(menurut Nik n Wawa la).... Diorang siap pesan lagi kat Shifa supaya jaga aku elok2 kalau aku beli beg tu sebab mesti ramai gadis akan terpikat, uwekks..

Beg ni sangat nipis. Even lepas masukkan laptop n charger pun still nipis. Sangat spacious. Ada 3 compartment y besar. Bagus protection untuk laptop. Banyak poket untuk gadjet n sangat tahan lasak. Warranty beg ni seumur hidup (lifetime warranty). Tapi x water proof, cuma water resistant sahaja. Pastu tali galas dia memang selesa la. Cam banyak je features dia.

Ok, beg ni brand Golla, made in Germany. So, kualiti memang ditahap tertinggi la. So, kepada sesiapa y berminat, boleh la beli. Aku jumpa satu kedai kat Queensbay y jual beg ni.

p/s : Laptop time2 sekarang ni dah jadi cam nyawa. Penting giler. Kalau rosak ker apa ker, boleh gila hamsap tu..




Jan 6, 2009

'Permata Hati Ryan & Amy Blair'

Tanggal 1 Januari 2009, merupakan detik y paling bermakna buat Ryan n Amy. Ini kerana pada detik itu, mereka telah dikurniakan seorang putera y sihat n comel. Tahun baru diraikan dengan penuh kesyukuran n kegembiraan. Tahniah kepada Ryan n Amy!

Ok, untuk pengetahuan semua, Ryan n Amy merupakan warganegara Amerika y telah setahun menetap di sini. Mereka merupakan sahabat karib aku n Shifa kerana semasa mereka tiba di sini dahulu, selain keluarga Girlings, aku n Shifa y menjadi akrab dengan mereka. Kami berjumpa di USM. Oleh kerana aku n Shifa merupakan pembantu bahasa di Dynamic Language Centre, aku n Shifa telah berjumpa dengan Ryan n Amy untuk mengajar mereka bahasa Melayu. Dari situ hubungan semakin erat n kini, aku n Shifa umpama keluarga kepada mereka di sini selain Girling.

Buah hati pertama mereka telah selamat dilahirkan pada pagi tahun baru selepas 2 jam Amy di'induce'kan. Jackson Daniel Blair dilahirkan secara normal n agak berat iaitu 3.8kg. Amy berada di wad selama 4 hari sebelum pulang kerumah. Kebetulan, Jackson lahir sehari selepas ulangtahun perkahwinan Amy n Ryan iaitu pada 31 December. Mungkin boleh dianggap ia merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan y terhebat mereka.

Aku kagum semasa melihat Amy mengandung. Dia sentiasa ceria n begitu gigh menjaga kesihatan. Namun, y paling best, Amy x kisah nak pergi ke sana sini, tidak ada pantang larang walaupun kandungan tengah sarat. Ini sangat menarik. Ia akan memudahkan proses kelahiran sekiranya ibu aktif. 3 minggu sebelum bersalin, Amy masih sempat pergi ke rumah aku di Kedah untuk menyambut Raya Korban. Kemudian 2 hari sebelum bersalin, masih sempat ke pesta Penang, sehari sebelum bersalin, masih kuat pergi menonton movie kat GSC. Rutin harian pun menyihatkan. Kalau ada masa luang, dia bersama Ryan akan berjoging di sekitar kejiranan diorang.

Akhirnya, selepas 9 bulan menanti, mereka dikurniakan cahaya mata y sangat comel. Aku n shifa ucapkan jutaan TAHNIAH kepada mereka. Semoga hidup mereka lebih bahagia n ceria. To Jackson, Welcome to the World!

p/s : Tak tau nak bagi apa kat Jackson, aku n Shifa beli bantal pisang jer kat dia. Tapi best, sebab dia suka!!




Jan 1, 2009

'Kempen Alam Sekitar USM'

Selamat Tahun Baru 2009M n 1430H kepada semua visitors blog ni. Aku bgun agak lewat pagi ni. Al-maklum la, kan cuti hari ni. Mesti semua tgah buat hal masing2kan. Ada y kuar mkan angin, ada y lepak2 kat rumah jer, tgok tv or spend masa ngan famili. Even pagi ni aku rasa kat tv xdak pun program2 y best sempena New Year.

Entry aku kali ni, aku nak cakap skit pasal Kempen Alam Sekitar USM (Kempen White Coffin). 2 3 cafe kat USM y pernah aku lepak n makan2, dah x menggunakan plastik sebagai pembungkus mkanan n minuman. Nampaknya kempen ni telah berjaya menjangkiti semua warga USM. Tahniah kepada Kelab Alam Sekitar n USM. Tapi, apa y mengecewakan, kempen ini dilakukan dengan amat tergesa2 sehinggakan tidak tahu membezakan antara keperluan atau bukan keperluan.

Sepanjang y aku tahu, kempen ini telah berjalan selama setahun lebih. Ok, tidak apa untuk ban bekas makanan styrofoam n plastic, tapi ia perlu dilakukan dengan cara lebih berkesan. Tindakan mem'ban' semua plastic tidak akan menjadikan kempen ini berkesan. Apa y perlu di ubah adalah mentaliti semua warga USM. Mereka perlu di didik dengan lebih mendalam dan diberi kesedaran y tinggi. Sekarang, di USM aku x nampak lagi dah banner atau poster tentang kempen itu. Sepatutnya ia perlu dipasang secara berterusan dan konsisten, menyebarkan risalah2 di tempat awam, pemantauan di setiap cafe tentang penggunaan plastik dan y paling penting, menguatkuasakan kempen itu secara terbuka. Mungkin aku tidak begitu jelas dengan sistem y telah dijalankan oleh AJK kempen ini, tapi aku rasakan, kempen ini xkan bertahan lama.

Aku harap aku tidak bercakap tentang perkara y aku tidak tahu. Seperkara lagi, tentang ada cafe y tidak mahu menggunakan straw plastik. Ini adalah satu tindakan y ridiculous. Kita boleh berkempen, tetapi jangan secara tiba2 merampas hak keselesaan setiap individu. Perkara ini tidak boleh dilakukan secara drastik. Perlu jangkamasa y panjang untuk mengubah mentaliti manusia. Di Eropah, mereka mengambil masa bertahun2 untuk mengkaji kempen alam sekitar mereka sebelum mereka datang dengan idea, mengenakan tax kepada setiap plastik y digunakan oleh pengguna. Mereka tidak terus mem'ban' itu dan ini. Dan pengguna, merasa lebih bertanggungjawab dan menghargai setiap pastik y mereka guna.

Pada hemat saya, kempen seperti ini perlu diubah pendekatannya. Pendekatan psikologi perlu digunakan. Dimana2 sudut di universiti perlu di letakkan risalah, banner dan apa2 maklumat tentang peri pentingnya menjaga alam sekitar. Selitkan didalam setiap khutbah Jumaat tentang perkara ini. Pada setiap surat rasmi, buku nota2 y dibuat oleh USM or kad matrik USM, boleh diletakkan tagline kempen alam sekitar supaya semua warga USM diingatkan oleh perkara itu setiap masa. Tentang kos, saya rasa tidak menjadi masalah. Daripada menghabiskan duit membuat lawatan keluar negara, hanya untuk melihat kempen alam sekitar di luar negara, lebih baik duit itu digunakan untuk menjayakan kempen ini.

Ada satu cafe y tidak menggunakan menggunakan plastik dan straw untuk membungkus air tetapi menggunakan gelas plastik pula. Apa bezanya. Nampak cam kempen ini caca-merba. Perlu diingatkan, jangan suka membuat bermacam2 perkara dalam tempoh y singkat, tetapi perlu meng'establish'kan dulu setiap idea sehinggakan berjaya, kemudian baru diteruskan dengan idea seterusnya. Dengan sikap sebegini, barulah kerajaan y ada pada masa sekarang tidak y suka membuat undang2 tetapi tidak suka menguatkuasakan, tidak ada pelapis. Gagal merancang, sebenarnya merancang kegagalan!

p/s : I hope one day, USM will ban the disfunctional MPP..hehe..n give me back my straw!

Dec 30, 2008

'Selamat Tahun Baru'

Aku harap aku belum terlambat untuk ucapkan Maal Hijrah 1430 kepada semua. Sekejap rasanya masa berlalu sehinggakan sedar x sedar, aku pun dah tamat belajar kat USM ni. Besok lusa, dah pula masuk Tahun Baru 2009. Pastu Tahun Baru Cina pulak. Bagus betul la kita, orang Malaysia, ada banyak tahun baru. Mesti kita pun ada banyak azam. Kalau la azam2 y kita buat setiap tahun baru tu kita berjaya tunaikan, mesti Malaysia betul2 cemerlang, gemilang dan terbilang.

Apa azam standard orang Malaysia? Mestilah nak lebih berjaya, berhenti merokok, belajar bersungguh2 dan mahu jadi orang y lebih baik. Kalau y bertunang, mesti berazam nak kahwin, cam aku ni, hehe. Bila agaknya aku nak kawin? Persoalan ni akan aku jawab menjelang pertengahan tahun depan. Wah, dah macam pelan peralihan kuasa UMNO pulak.

Sepanjang tahun 2008, macam2 y berlaku kan. 365 hari tu, cam ada 1001 kejadian y boleh berlaku. Kira, secara purata, 3 kejadian y terjadi kat dalam hidup kita setiap hari. Kira banyak la tu. Kalau di dunia pulak, beratus ribu kejadian dan kenangan y terpahat dalam kalendar 2008. Cuma, Dajal jer y x keluar lagi. Kalau x, bersedia la untuk menanti Hari Kiamat @ Apocalypse. Apa2 pun, sepanjang hidup ini, kita perlu sentiasa bermuzakarah dan beramal dengan amalan baik. Semoga kita diredhai Allah SWT pada setiap nafas kita di dunia ini.

Ok, mungkin ramai sekarang ni tengah countdown New Year. Atau tengah seronok bercuti, menghabiskan cuti tahunan. Atau sedang seronok menonton filem2 kat tv sempena Tahun Baru. Macam2 aktiviti y kita lakukan, mungkin sebagai balasan setelah setahun bertungkus lumus menjalani kehidupan, menempuh pelbagai dugaan. Alangkah bahagianya orang2 y berjaya menempuh semua dugaan2 tu.

Semoga, setiap tahun baru mempunyai makna dan pengertian besar kepada setiap orang. Bukan hanya menanti detik 12 malam 1 Januari 2009, kemudian bersuka ria sampai ke pagi, minum najis arak, seks bebas, merempit dan bermacam2 lagi sempena tahun baru. Semoga selamat semuanya..

p/s : Kat mana agaknya nak sambut tahun baru ni yek? Any idea, plz give it to me. tq...