Dec 3, 2008

'Cuti Pernikahan Abang + Aidil Adha'

Salam kasih kepada semua pembaca setia blog 'When Zul Writes' ini. Sebelum ini, aku agak aktif menulis dalam blog ni. Sempena cuti utk Raya Korban minggu depan dan pernikahan abang aku hari Sabtu ni, mungkin aku akan bercuti selama seminggu lebih start dari hari ini. Aku akan balik kampung petang ni. Memandangkan abang aku x dapat cuti awal utk menguruskan hal pernikahan dia, aku la terpaksa take over bantu parent aku nak buat preparation. Hari Sabtu ni cuma majlis akad nikah. Kenduri kahwin akan diadakan selepas Tahun Baru Cina bulan depan, insyaAllah. Aku xnak komen apa2 pasal pernikahan abang aku ni cuma lepas ni, tinggal aku sorang2 la, dah xder geng. Aku rapat ngan abang aku ni. Beza umur kami hanyalah 2 tahun, jadi membesar lebih kurang bersama2 la. Bila dah dewasa ni, masing x plak buat hal masing2. Kalau balik kampung, cuti ker, selalu lepak ngan dia la. Abang aku ni jenis x bnyak cakap sngt. Lain ngan aku y memang banyak cakap. Well, pasni dia dah ngan bini dia. Aku terpaksa bawa diri sendiri la.

Aku x puas hati sebenarnya cuti raya korban tahun ni sehari jer. Celaka punya Lim Guan Eng. Bagi la cuti 2 hari ker. Terpaksa la aku balik Penang awal dari orang lain. Dah la pastu dah kena g Belum dah. Aku terpaksa settle cepat2 hal nak g Belum tu. Scholarship pun dah dapat, so kena cepat start keja sampling ni. Cukup tahun Emkay dah nak report. Tapi apa2 pun aku akan pastikan aku nikmati cuti raya sepenuhnya hati sebab pastu dah susah nak cuti dah. Abstrak paper pun nak kena repair lagi. By 12 Dec nak kena hantar dah. Kalau x, x dapat la aku nak g Surabaya untuk conference tu nanti. Ok, keja keja jugak. Enjoy tetap kena enjoy. Seminggu rasanya aku x dapat nak tulis dalam blog ni nnt. Ape2 pun, Selamat Bercuti pada semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR BATIN.

p/s : Semalam aku g tgok movie, Twilight. Best citer tu. 2 tumbs up!! Kalau Kerol bagi 3.5 stars, aku bagi 4 la,hehe~~~~~

Dec 1, 2008

'ASIMO'

Hari Sabtu kelmarin, aku g Queensbay Penang. Sempat gak masa aku pegi tu, depa dok tengah buat show, show ASIMO. ASIMO ni seekor robot(betul ker seekor). ASIMO ni short form utk 'Advanced Step in Innovative Mobility'. Robot ni dicipta oleh gergasi permotoran terkenal di dunia, Honda.

Aku sngt teruja masa tengok ASIMO ni. Tak tau la pasal apa. Mungkinkah aku peminat robot. Tapi aku memang suka giler citer Transformers. Tapi kat dalam citer tu aku paling suka heroin dia, Megan Fox. Ok, melalut pulak aku ni. Masa kat Queensbay tu, masa emcee memperkenalkan robot tu, aku rasa bangga sangat masa dapat lihat sendiri robot tu berlari keluar dari belakang pentas. Walaupun bukan orang Malaysia y cipta, tapi sedikit sebanyak aku rasa terharu n sangat kagum dengan kehebatan sains dan teknologi serta kegigihan Jepun demi merealisasikan impian diorang. Robot ni robot humanoid(mirip manusia). Bagi aku, robot ni tersangat la canggih. Setiap anggota badan robot ni di cipta dengan begitu teliti sama seperti manusia.

Y paling aku kagum ialah masa ASIMO ni angkat kaki dia sebelah. Dia mampu berdiri sebelah kaki jer. Pergh, hebat betul jurutera y merekacipta benda alah ni. Dia stabil dan mampu menguasai graviti. Camna diorang cipta yek? Ini x mustahil sebab 10 tahun masa diambil untuk merekacipta part kaki saja! Sebab tu aku kata diorang ni gigih. Kan best kalau bangsa kita pun gigh camtu jugak. Mesti orang Melayu x terhina sekarang ni.

Lagi, robot ni boleh berlari, menari dan menaiki tangga dengan lancar. Mungkin dalam masa 10 or 15 tahun lagi, robot ni aku sempurna dicipta n dapat membantu manusia untuk kehidupan y lebih senang. Best la kul camtu. Xyah la ambik pekerja Indon, Bangla n Nepal lagi untuk jadi buruh. Kuranglah indeks jenayah di negara kita. Robot pun xkan buat jenayah. Sapa tau, mungkin satu hari nanti kehidupan kita akan menjadi lebih mudah dengan bantuan robot. Cam dalam citer 'I, Robot' tu.

Nov 29, 2008

'Cina semakin biadap'

Saya sempat membaca laporan dari MalaysiaKini semalam. Agak memeranjatkan kerana terdapat satu laporan y menyebut, bahawa Timbalan Presiden MCA y baru, Chua Soi Lek telah mengeluarkan kenyataan tentang ketidak-relevan-an konsep ketuanan Melayu. Kenapa seseorang y telah lama berjuang dengan Melayu dalam Barisan Nasional berani mengeluarkan kenyataan provokasi seperti ini. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mencari populariti demi survival politik y tidak menentu pasca PRU 12 y lalu.

Umum mengetahui bahawa Chua Soi Lek pernah menggemparkan negara dengan skandal seks y menyebabkan dirinya kehilangan jawatan dalam MCA dan kabinet Malaysia. Jadi, tidak hairanlah tindakan terdesaknya sekarang kerana dengan cara itu, ia akan popular di kalangan masyarakat bukan Melayu di Malaysia ini. Saya pun hairan bagaimana seseorang y tidak mempunyai moral seperti ini boleh diterima pandangannya dan dipilih menjadi timbalan ketua untuk partinya. Memang benar, isu moral adalah soal peribadi, tetapi peribadilah y akan membentuk soal kepimpinan. Sekiranya seseorang itu berperibadi panas baran, sudah tentu dia akan turut membawa sikapnya itu sekiranya memimpin sesuatu organisasi.

Kenyataan Soi Lek kemudian disokong pula oleh Ketua Wanita MCA, Chew Mei Fun. MCA y kalah teruk semasa PRU 12 sememangnya dilihat sedang mencari2 arah tuju untuk mengembalikan kekuatannya. Sikap rasis dan chauvinis seperti ini sama sekali harus ditolak demi perpaduan rakyat keseluruhannya.

Sejarah jelas menunjukkan bahawa Cina dan India adalah kaum pendatang. Namun, mereka diterima seadanya di negara ini dan dapat sama berkongsi kemakmuran negara. Jadi, hentikanlah sikap perkauman y hanya akan mengganggu proses pembangunan negara y sedang dalam era pemodenan ini. Sikap mempertikai hak2 keistimewaan Melayu y merupakan tuan tanah Malaysia ini hanya seperti 'menuang minya ke dalam api' y akan menyemarakkan lagi sikap prejudis antara kaum. Pada hemat saya, Soi Lek haruslah meminta maaf kepada orang Melayu tentang kenyataan jahatnya itu dan pemimpin2 bukan Melayu y lain haruslah terus menghormati orang Melayu kerana pengorbanan orang Melayu memberikan ruang untuk Cina dan India menjadi rakyat di negara ini tidak ada tolok bandingnya. 'Orang akan hormati kita sekiranya kita menghormati orang lain'.

Nov 28, 2008

'Ralat'

Penulis di sini ingin menjelaskan bahawa artikel bertajuk 'Sehari di Feringgi' telah menimbulkan kontreversi sehingga penulis telah menerima ancaman dan ugutan supaya artikel itu di tarik balik. Ingin penulis jelaskan di sini, tujuan penulisan dalam blog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan mungkin juga hiburan bagi sesetengah orang. Dalam artikel itu, penulis telah meletakkan satu gambar dan meletakkan p/s untuk artikel itu y mengundang kemarahan sesetengah pihak y menaruh hati kepada orang y di dalam gambar itu. Jadi di sini, penulis ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kerana niat penulis hanya untuk bergurau memandangkan kedua2 mereka y terlibat merupakan rakan baik penulis. Sebenarnya, tidak ada sebarang hubungan antara mereka. Ia hanyalah gimik semata2. Blog ini bukanlah untuk menyebarkan berita palsu dan fitnah. Semoga apa y terjadi, dapat kita betulkan dan teruslah melayari blog ini, tanpa ada prejudis serta salah sangka.

Regards.

Nov 25, 2008

'Adakah kita jahil'

Semasa zaman sebelum merdeka dahulu, ramai tokoh2 agama y muncul y menyebarkan dakwah Islamiah. Antaranya ialah, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi n lain2 y menjadi pelopor kepada gerakan tajdid atau reformasi pemikiran. Mereka y membawa pemikiran tokoh2 ulama terkemuka iaitu Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh di Universiti Al-Azhar, Mesir. Mereka ini menentang pemikiran kuno dan sempit dalam Islam dan cuba mengembalikan Islam di landasan Al-Quran n hadith. Maka berlakulah pertembungan di antara Kaum Tua n Kaum Muda.

Apakah pentingnya kita harus berfikiran terbuka, tidak sempit dalam agama? Ia adalah untuk menjadikan agama ini relevan dan dapat menarik minat bukan Islam untuk mendekatinya. Jadi, setiap pemikiran sempit perlulah dikikis demi memartabatkan lagi agama y suci ini. Namun, perubahan ini agak susah kerana sikap ramai di antara kita y terlalu sempit n tidak mahu menggambarkan betapa indahnya Islam ini.

Solat adalah tiang agama. Walaupun dimana kita berada, solah adalah wajib walaupun dalam keadaan sedang berperang. Solat bukan untuk menyusahkan, tetapi untuk menjadikan kita mengingati Allah SWT walau dimana kita berada. Solat boleh dilakukan di mana2. Umar al-Khattab r.a semasa hayatnya pernah bersolat di tepi gereja semasa menduduki Baitul Maqdis. Bukan kerana tidak boleh bersembahyang di gereja tapi untuk mengelakkan fitnah n kekeliruan pada umat Islam, Umar bersembahyang di sebelahnya. Beliau tahu umat Islam selepasnya ramai y tertutup pemikirannya. Lagipun tidak boleh bersembahyang di dalam gereja selagi ada gambar2 n patung2. Jika tidak, tidak ada salahnya. Bumi Allah dihamparkan seluas2nya untuk kita beribadat. Solat sah dilakukan asalkan tempat solat tidak bernajis, kotor n sebagainya.

Namun ramai y berfikiran sempit sekarang. Kata mereka solat perlulah dilaku dengan sempurna. Ini adalah betul tetapi sekiranya darurat atau tidak berkesempatan, solat boleh dilakukan di mana sahaja. Dari Amir bin Rabiah r.a, 'Aku selalu melihat Rasulullah SAW semasa bermusafir bersolat sunat di atas kenderaan baginda (unta) dengan menghadap arah laluannya'.

Kita tidak jahil, cuma kita terlalu berfikiran jumud. Kita selalu menjadikan Islam itu sesuatu y susah. Padahal Allah SWT mempermudahkan kita kepada setiap urusan jika kita ikhlas untuk mengagungkanNya. Jumudnya orang Islam pada hari ini menyebabkan agama mereka semakin terhakis dari muka bumi ini. Sikap suka menyusahkan perkara mudah menjadikan individu n organisasi Islam tidaklah dipandang tinggi lagi. Buktinya boleh dilihat kepada umat Islam n organisasi Islam di Malaysia ini sendiri. Kita takut n marah apabila mendengar orang Islam murtad. Tapi sedarkah kita, kitalah penyebabnya. Kita selalu menggambarkan Islam ini seperti menyusahkan.

Umat Islam hari ini malas membaca. apa y mereka fikirkan adalah hasil dari semaian ilmu y jumud n tidak berkembang. Selepas pertembungan Kaum Muda n Kaum Tua, kita mengharapkan akan tumbanglah pemikiran sempit namun tidak, ianya telah berakar umbi dalam masyrakat kita sehingga ke hari ini. Usaha y besar perlu dilakukan untuk menjadikan pemikiran Islam kuno dipupuskan. Ia adalah penting demi memakmurkan Islam n menyebarkan dakwah dengan lebih berkesan.