Oct 10, 2008

'Gelaran'

Orang Malaysia amat terkenal dengan kebanggaan mereka terhadap gelaran2 yang boleh menunjukkan mereka daripada kelompok yang mulia, terkenal, eksklusif dan yang terpilih. Gelaran seperti Datuk, Datin,Tan Sri dan sebagainya menjadi penanda aras terhadap kemuliaan seseorang, mengikut definisi orang Malaysia itu sendiri. Walaupun hanya melakukan ibadat haji, seseorang itu amat gemar sekiranya gelaran haji atau hajjah diletakkan di pangkal nama masing2.

Pengalaman saya menetap selama 2 tahun di Dublin, Ireland mendedahkan kepada sikap kesederhanaan masyarakat di sana. Bagi mereka, pangkat dan darjat tidak ada kena mengena dengan kehidupan mereka. Bagi mereka, semua orang adalah sama dan tidak ada jurang daripada segi sosial mahupun ekonomi mereka. Ada seorang Profesor perubatan yang hanya menunggang basikal untuk ke tempat kerja. Di sini, tidak akan ada seseorang yang berpangkat besar yang akan menaiki basikal untuk ke tempat kerja. Ini kerana, hal sedemikian akan menjejaskan reputasi tersohor mereka. Alangkah pelik pemikiran kolot sebegini.

Orang yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa kepadaNya. Kadang2 kita pelik, hinggakan apabila orang itu baru pulang dari Mekah selepas menunaikan ibadah haji, pangkal namanya akan diletakkan haji. Mereka amat berbangga padahal haji mereka itu tidak ada makna sekiranya berniat untuk menunjuk2. Apabila mahu dipanggil nama mereka, perlu disebut 'Tuan Haji' dan sebagainya. Padahal Nabi SAW dahulu tidak meletakkan gelaran haji pada nama baginda walaupun baginda melakukan ibadat haji. Pernahkah kita mendengar gelaran Haji Nabi Muhammad SAW. Tidak pernah bukan? Jadi, kenapa kita perlu melebih2 daripada Nabi SAw sendiri dalam ibadat kita. Bodohlah orang yang berfikiran sebegini.

Begitu juga dengan gelaran2 seperti Datuk dan sebagainya. Di dalam Malaysia ini, orang yang mempunyai gelaran Datuk amatlah dihormati padahal gelaran yang di dapati itu adalah kerana individu tersebut pernah bermain golf dengan Sultan atau Raja. Kalau dihitung tentang jasa dan bakti, tidaklah sebanyak mana. Kecualilah orang2 yang betul2 layak untuk mendapat penghormatan kerana jasa kepada negara barulah padan dengan gelaran yang telah dianugerahkan. Bagi saya, budaya sebegini perlulah dikikis kerana ianya hanya akan meluaskan jurang antara masyarakat dalam hubungan sosial. Manusia adalah sama. Darah sama merah. Tidak ada yang paling mulia hanya dengan gelaran2 sedemikian.

Begitu juga dengan orang yang amat berbangga dengan keturunan mereka. Contohnya seperti keturunan Syed dan Syarifah. Mereka bukanlah daripada keturunan Rasulullah seperti yang didakwa. Itu hanyalah dakwaan mulut yang tiada bukti dan nasab yang kukuh. Mereka ini terlalu berbangga dengan keturunan sehinggakan pada mereka tidak boleh berkahwin dengan orang lain kecuali dari keturunan Syed dan Syarifah juga. Kononnya ini akan memutuskan nasab mereka dengan Nabi SAW. Ini dakwaan palsu. Jangan kaitkan diri kita sebagai keturunan NAbi SAW yang mulia. Ini akan membuka ruang untuk orang musyrik mempersendakan agama dan nabi kita. Bagaimana kalau mereka bertemu dengan seorang Syed tetapi dia adalah seorang pelakon dan dengan tidak segan silu berpakaian tidak senonoh, berpeleseran di kelab2 malam dan berepelukan dengan wanita sebelum berkahwin?Bukan ini akan menghina Nabi SAW itu sendiri. Ingatlah, Allah menjadikan kita berbangsa2 agar kita berkenal2 bukan untuk melahirkan sikap asobiyah yang menjadi budaya masyarakat arab jahiliah pada satu ketika dahulu.

'Orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa'...

Oct 7, 2008

Aidilfitri..

Salam Aidilfitri kepada semua pelayar2 website ini. Selamat kembali bekerja. Selepas 6 hari beraya, semua sudah kembali ke tempat mencari rezeki untuk meneruskan proses kehidupan yang hanya akan tamat bila Izrail datang menjemput.

Aku baru sampai kat Penang maghrib tadi. Sebenarnya plan nak balik ahad semalam tapi dek kerana jalan sangatlah teruk jemnya,jadi aku balik hari ni. Terlupa pulak petang tadi ada kelas ento. Supervisor aku dah kecik harti dah sebab dia x nampak aku kat kelas dia tadi. Besok kena g mintak maaf ni. Takut gak nanti dia ingat aku ni seorang yang x bertanggungjawab. Sorry Dr.!

Raya tahun ni cam suram sikit la. Mungkin sebab hujan kot kat kampung aku. Solat Aidilfitri pun x dapat tahun ni sebab masjid terlau sesak dengan orang ramai. Ditambah pulak dengan hujan jadi kat luar masjid xleh nak sembahyang. Nasib baik ada ramai gak member aku y datang beraya. Ok la sikit. Bestfren aku, Pejel datang beraya kat rumah aku tahun ni. Dia sampai kat rumah aku pagi2 raya ngan mak dia dan beraya kat rumah aku sampai raya ke-4. Thanks Pejel! Housemate aku, Travis pun datang beraya kat Alor Setar.

Aku selsema ni. Hidung aku tengah tersumbat ni. Camna nak buat yek.Aku kena rehat dulu. Besok aku kena keja dah. Oklah. Selamat Malam semua...

Sep 22, 2008

'Lelaki lembut di Universiti'

Lelaki lembut atau pondan semakin ramai di universiti2 di seluruh negara. Mereka ini hidup berkelompok dan hanya bergaul sesama mereka sahaja. Mereka amat mudah dikenali dengan perwatakan lembut y seperti di buat2 dan ada di antara mereka y berpakaian seperti wanita. Adakah ini masalah sosial ataupun mereka ini dilahirkan sebegitu sifatnya.

Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyatakan bahawa Dia telah menjadikan manusia dengan sebaik2 kejadian. Manusia ialah makhluk Allah y paling sempurna dengan dikurniakan akal, perasaan, nafsu n sebagainya. Ini adalah kerana Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Jadi, tidak boleh dikatakan bahawa Allah y menjadikan seseorang lelaki itu lembut n berperasaan seperti wanita. Ia adalah hanya ujian Allah untuk melihat bagaimana manusia menanganinya.

Di universiti kini, wujud ramai lelaki lembut atau pondan y kadangkala begitu ekstrim cara penampilan n perwatakan y menjurus ke arah kewanitaan. Kadangkala, golongan ini dilihat sengaja untuk menonjolkan diri sebagai wanita untuk menarik perhatian orang terhadap mereka. Di sini, secara psikologinya, mereka ini menghidapi kecelaruan identiti. Memang mereka dilahirkan dengan naluri kewanitaan akibat ketidakstabilan hormon. Tetapi, mereka mampu untuk menjadi lelaki normal asalkan mereka tidak begitu terpengaruh dengan unsur2 wanita semasa mereka membesar. Biasanya, apabila di universiti, seseorang itu amat mudah untuk terpengaruh dengan rakan2 disekeliling mereka. Jika mereka ini asyik berdamping dengan pondan2 y lain, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih jauh terpesong. Sama juga apabila berkawan dengan perokok. Tidak mustahil kita akan merokok juga akibat pengaruh y amat kuat dari rakan2.

Di USM sendiri, jumlah pondan setiap tahun semakin bertambah. Mereka ini tidak malu dengan orang di sekeliling malah mereka bangga dengan penampilan mereka. Adalah dikalangan mereka y boleh dikatakan amat 'macho' semasa tahun pertama pengajian tetapi berubah menjadi pondan semasa tahun kedua. Ini pastinya berpunca daripada pengaruh rakan2. Mereka tidak boleh katakan y mereka memang dilahirkan begitu kerana mereka sendiri y tidak berusaha untuk menjadi lelaki normal. Mereka berpakaian seperti wanita, melicinkan kulit, melurus dan memanjangkan rambut adalah semata2 mahu kelihatan cantik seperti wanita. Ini adalah salah dari segi agama. Nabi SAW melarang umatnya iaitu lelaki dari berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti lelaki. Nabi SAW tidak pula mengatakan bahawa mereka memang dilahirkan sebegitu jadi tidak salah untuk mereka menjadi seperti wanita. Jadi, pondan2 ini tidak seharusnya mengatakan memang naluri mereka begitu dan mereka tidak boleh berbuat apa2. Ini adalah dakwaan palsu semata2. Apa y mereka lakukan adalah menurut kata hati y songsang tanpa ada usaha untuk berubah.

Masalah pondan merupakan masalah sosial y perlu kita tangani bersama2. Jangan menyokong apa y mereka lakukan. Kita haruslah berusaha untuk mengubah mereka. Pihak universiti juga harus bijak menangani isu2 sebegini. Jangan biarkan kelak, institusi ini diketawakan kerana banyak melahirkan tenaga kerja lelaki tetapi berpewatakan seperti wanita.

Sep 19, 2008

'VACANCY'

VACANT POST

RESEARCH OFFICER

JOURNAL DIVISION, PENERBIT USM

Duties:

· Carry out technical, record keeping and administrative duties.

· Maintanance of journals’ website.


Qualifications:

· A Bachelor’s degree in any field.

· Working knowledge of HTML/Web design.

Other requirements:

· Good oral & written communication skills in Bahasa Malaysia and English

· Able to work as part of a team

· Able to multi-task and meet deadlines


Commencement of position: Immediate.

Terms of Appointment: Contract

Remuneration: RM 2,471.18 monthly

Interested applicants should contact:

Fazlina Mohamed Rouse

Penerbit Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia

11800 Minden USM


Email: fazlina@notes.usm.my

Phone: 04-653 4425/4423

'Perpaduan dalam hubungan antara kaum'

Malaysia merupakan sebuah negara y begitu unik dengan budaya y pelbagai. Ini adalah hasil hubungan erat antara kaum n masyarakat majmuk y menjadi model kepada negara2 membangun y lain. Sikap pemurah kaum Melayu menjadi penyebab kepada situasi menang2 kepada semua kaum y hidup aman dalam negara y pesat membangun ini.

Kaum2 lain sperti India,Cina, Sikh n lain2 y telah berhijrah n mendiami bumi bertuah ini sejak 200 ratus tahun y lalu pasti lebih bersyukur apabila melihat keadaan rakyat di tanah kelahiran nenek moyang mereka y kebanyakkannya hidup miskin n dalam keadaan y amat daif. Di sini, ada dianatara mereka y berjaya menjadi jutawan n hartawan n mendapat semua peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka. Formula y digunakan oleh kerajaan semasa membentuk negara ini amatlah berkesan n belum ada negara di dunia y dapat mengekalkan keharmonian antara kaum selain dari Malaysia.
Justify Full
Namun, perkembangan y melanda negara kebelakangan ini amatlah membimbangkan. Hubungan antara kaum amatlah rapuh hasil dari perkembangan politik pasca PRU-13. Dalam hal ini, semua kaum bertanggungjawab menimbulkan pergeseran antara mereka. Kontrak sosial mula dipertikaikan n ada y mula mempersoalkan hak2 kaum2 y lain. Ini perkembangan y amat menakutkan. Ketidakstabilan dari segi sosioekonomi n politik akan menyebabkan negara menghadapi pelbagai krisis termasuklah ketiadaan pelabur2 y akan melabur di Malaysia. Ini akan mengganggu ekonomi negara n sekiranya dibiarkan, Malaysia pasti terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi sekali lagi.

Mereka2 y menimbulkan masalah ini tidak berfikir kesan ini semua. Mereka hanya mengejar kuasa n kekayaan diri sendiri sahaja. Perjuangan di dalam politik juga adalah untuk mendapatkan wang n pangkat semata2, bukan untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju. Mereka rela untuk mewariskan kepada anak cucu mereka negara y tidak stabil n miskin. Amatlah sedih hati para pejuang kemerdekaan sekiranya mereka masih hidup apabila melihat perkembangan y seperti ini. Pentingnya, hubungan antara kaum harusah kekal harmoni sampai bila2. Janganlah di ungkit perkara y boleh menimbulkan amarah kaum lain. Jangan sesekali timbulkan perkara2 sensitif.