May 18, 2010

'Tahniah MP Sibu yang Baru'

Tamat sudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu. Tahniah kepada MP y baru daripada DAP, Wong Ho Leng kerana berjaya memenangi PRK tersebut dan selamat menjalankan tugaas sebagai Ahli Parlimen y berkesan untuk membantu menyuarakan hasrat rakyat Sibu untuk mendapat kehidupan y lebih baik. Seperti biasa, akan timbul cakap2 kedai kopi selepas tamat pilihan raya ini. Apa2 pun, kalah menang tidak menjadi soal selagi mana tanggungjawab kepada rakyat menjadi agenda penting bagi setiap orang y mahu menjadi pemimpin.

Kekalahan Robert Lau Hui Yew bukanlah bermakna beliau tidak boleh berkhidmat kepada anggota masyarakat. Seperti biasa, peluh dan keringat perlulah ditumpahkan untuk membangunkan Sibu demi keselesaan hidup rakyat di sana perlu menjadi tumpuan beliau. BN dahulu, kini dan selamanya perlu disematkan di dalam diri, bukan untuk menjadi YB sahaja, tetapi dahulu, kini dan selamanya perlu berkhidmat n berjasa kepada rakyat. Tidak perlu ada perasaan kecewa di dalam diri. Pemimpin sejati adalah pemimpin y mengutamakan rakyat lebih dari segala2nya.

Kalah kali ini bukan bermakna kalah selamanya. Biar kalah bertanding, tetapi menang untuk mendampingi rakyat. Tempoh kempen merupakan medium y paling penting untuk mendampingi rakyat. Ia wajar diteruskan, tidak hanya pada pilihan raya sahaja. Saya berfikir, janji2 kerajaan untuk memberi segala bentuk sumbangan perlulah diteruskan. Janganlah disebabkan kalah, rakyat y mengundi BN turut menjadi mangsa. Mereka hanya memilih wakil rakyat, bukan berniat untuk bermusuh dengan kerajaan. Siapa sahaja wakil mereka, diharap akan menjadi jambatan y berkesan menghubungkan rakyat n pemerintah. Itulah makna demokrasi y sebenar.

MP y baru diharap tidak akan membanggakan diri akibat jawatan politik y dimenangi. Mungkin hari ini rakyat suka anda, tetapi sekiranya tidak dijaga dengan baik, jawatan itu akan hilang sekelip mata. Rakyat pasti gembira apabila wakil rakyat mereka akan begitu cuba untuk memahami masalah dalah kehidupan seharian mereka. Duduk mesti sama rendah, berdiri mesti sama tinggi. Sekiranya kita mengambil contoh di Eropah, wakil rakyat tidak sana tidak begitu mempedulikan protokol2 mereka. Di sana, sekiranya panas, wakil rakyat akan berpayung sendiri, tidak berkarpet merah di acara2 y mereka hadiri. Walaupun ia hanyalah perkara kecil, tetapi itulah y menjadi penilaian rakyat untuk melihat keikhlasan pemimpin mereka. Mereka suka pemimpin merendahkan diri n begitu memahami masalah rakyat. Sikap membezakan taraf setiap orang cumalah akan menyebabkan perpecahan y membawa kepada keruntuhan kita pada satu hari nanti. Saya lihat, orang di Malaysia sangat gemar membezakan taraf setiap individu, walaupun dunia sudah lama memasuki zaman teknologi n keterbukaan minda.

Saya tidak pasti apakah punca kekalahan BN. Saya secara peribadi sejak awal tidak begitu menggemari calon BN untuk Parlimen Sibu. Walaupun saya tidak mengenali beliau, namun saya tidak begitu gemar calon untuk apa jua parti, tidak fasih berbahasa Malaysia. Negara sudah merdeka 53 tahun, tidak ada alasan untuk tidak fasih berbahasa Malaysia. Orang Bangladesh y datang Malaysia setahun pun lebih fasih bercakap Melayu. Bagaimana untuk menjadi MP y baik sekiranya Perlembagaan Persekutuan pun tidak mampu di penuhi iaitu berbahasa Melayu. Ini cuma akan melebar jurang dengan rakyat y hanya bertutur menggunakan bahasa Melayu. Bagaimana untuk menyampaikan agenda rakyat di Parlimen?

Walaupun Sarawak merupakan kubu kuat BN, seharusnya kerajaan tidak ambil mudah apa y terjadi di sana. Perlu ada sesuatu y dilakukan untuk mengeratkan perhubungan antara semenanjung dengan Sabah n Sarawak. Pembangunan di sana, mestilah seiring dengan apa y ada di semanjung. Isu2 tanah2 milik bumiputera haruslah diselesaikan secepat mungkin. Bukan di Sarawak sahaja, tetapi di seluruh Malaysia. Tetapi apa pun, rakyat mestilah didahulukan.

p/s: Taib Mahmud dah lama sangat. Tolonglah ganti dengan orang lain at next DUN election.

May 3, 2010

'Polis dan Aminulrasyid'

Sepanjang minggu lepas dan minggu ini, panas di akhbar2 serta di internet tentang kisah 'pembunuhan' dan 'kekejaman' y dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Aminulrasyid, remaja y berusia 15 tahun. Adakah ini benar? Tidak ada sesiapa y tahu. Namun, ramai y memberi komen serta pandangan berkaitan dengan insiden ini y kadang2 bersifat provokasi dan tidak bertanggungjawab.

Cerita sebenar di sebalik kejadian ini tidak jelas diketahui. Menurut cerita rakan Allaryarham Aminulrasyid y bersama2 dengan arwah ini pada malam kejadian, mereka tidak melakukan kesalahan jenayah. Mereka baru pulang makan daripada sebuah restoran. Semasa di dalam perjalanan, mereka telah melanggar lampu isyarat y menyebabkan mereka dikejar oleh polis. Polis mengejar dan dalam masa y sama, melepaskan beberapa das tembakan y salah satunya terkena di belakang kepala Aminulrasyid y menyebabkan kematiannya. Walaupun mangsa telah mati tetapi kakinya masih di pedal minyak y menyebabkan beliau seolah2 mahu melanggar pihak polis. Kereta mereka melanggar tembok. Kemudian apabila kawan mangsa keluar mahu menyerah diri, beliau telah dibelasah oleh polis tetapi dapat melepaskan diri.

Menurut cerita, Aminulrasyid seorang remaja y bijak serta amat aktif bersukan. Beliau juga disifatkan sebagai remaja y tidak bermasalah serta tiada masalah disiplin. Jadi, tuduhan y dilemparkan kepadanya iaitu beliau mungkin anggota kumpulan penjenayah adalah mungkin tidak benar. Beliau y seorang remaja y menjadi mangsa kerana berada di tempat y salah pada waktu y salah.

Di dalam hal ini, polis tidak seharusnya dipersalahkan 100%. Kesalahan terletak kepada semua pihak. Namun, pada masa ini, menuding jari bukanlah sesuatu y bijak y perlu kita lakukan. Kita perlu bersabar menunggu hasil siasatan sebelum mengulas tentang insiden ini.

Saya berbincang dengan beberapa orang sahabat tentang perkara ini di laman sosial Facebook. Di laman ini, wujud satu 'Group' y bertajuk 'Kekejaman Polis Malaysia-Justice for Aminulrasyid'. Inilah perkara y mahu diulas oleh saya. Wujudnya laman sosial sebegini, walaupun di dalam penerangan laman group itu tertulis bahawa ia bukan bertujuan untuk membenci polis Malaysia tetapi hanya bertujuan untuk mencari keadilan dan membuka mata orang ramai terhadap kes ini. Saya fikir, dengan tajuk group tersebut, ia merupakan satu provokasi y dilakukan oleh insan2 y tidak bertanggungjawab. Perkataan Polis Malaysia ini menggambarkan secara umum bahawa keseluruhan institusi keselamatan di negara ini tidak boleh dipercayai. Ini sebenarnya cuma akan mengeruhkan keadaan. Saya sebagai rakyat Malaysia y begitu cintakan negara, secara keras menyatakan bahawa laman group sebegini patut ditutup. Biarlah siasatan dijalan, barulah kita semua membuat kesimpulan.

Penafian merupakan satu sifat semulajadi manusia y paling awal dikuasai oleh setiap orang. Menurut ahli psikologi terkenal, Sigmund Freud, penafian wujud didalam diri manusia seawal manusia itu boleh bertutur. Kita boleh melihat contoh di sekeliling kita. Anak2 kita y masih kecil, apabila bermain dengan kawan2, sekiranya terjadi apa2, mereka akan mengambil jalan menafikan kesalahan mereka dengan harapan mereka tidak akan dimarahi. Mereka bukan berniat untuk berbohong, tetapi mereka melakukan ini demi kelangsungan hidup mereka. Mungkin kedengaran teori ini agak gila, tapi itulah hakikatnya. Jadi, apabila mendengar penafian dipihak mangsa serta polis, sahaja hanya tersenyum. Kalaulah tidak ada sikap penafian, saya fikir, dunia ini akan aman n tenteram.

Namun, kejadian ini membuka mata banyak pihak terhadap institusi kekeluargaan serta menarik perhatian orang ramai terhadap polis serta anggota keselamatan y lain. Saya tidak mahu mempersoalkan bagaimana keluarga begitu mempercayai kanak2 seusia 15 tahun untuk tidak berada dirumah pada awal pagi, memandu kereta tanpa lesen serta keluar bersama rakan y juga masih diperingkat juvana. Namun, ini akan membuka mata semua pihak agar kita bersikap lebih peduli. Ibu bapa sepatutnya memastikan anak2 sentiasa berada di dalam zon selamat iaitu rumah, pada waktu2 tertentu terutamanya malam. Semua pihak perlu sedar semua ini. Saya fikir, ada iklan di radio tidak lama dahulu, y bertujuan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya untuk mengetahui di mana anak2 berada terutamanya pada waktu malam. Di waktu inilah segala kegiatan jenayah dilakukan dan kita perlu risau anak2 kita berada ditempat y salah pada waktu y salah. Dalam hal ini, kita tidak perlu menuduh polis itu dan ini kerana tugas mereka hanya untuk mengawal keselamatan orang ramai termasuk anak2 kita semasa kita sedang enak tidur dirumah. Saya berpendapat bahawa kes ini merupakan satu insiden y tidak disengajakan oleh anggota polis. Maka, mensensasikan kes ini, serta terdapat unsur politik y mula mencampuri urusan siasatan, maka ini hanya akan mengeruhkan keadaan. Apa sahaja dakwaan polis, kita tidak boleh tolak bulat2, begitu juga dengan dakwaan kawan kepada mangsa.

Saya cuma berharap agar perkara sebegini tidak berlaku kepada keluarga saya. Harapan saya agar semua pihak bertenang. Jangan huru-harakan negara dengan tindakan2 y tidak bertanggungjawab.

p/s: Al-fatihah untuk Allahyarham Aminulrasyid serta anggota2 polis y terkorban semasa menjalankan tugas mereka..

Apr 28, 2010

'Dah agak dah'

Sengaja saya tidak menulis atau memberi komen tentang Pilihahan Raya Kecil (PRK) P94 Hulu Selangor. Saya berfikir, ada sesuatu y pasti akan dilakukan oleh pembangkang berkaitan dengan kekalahan mereka di sana. Jangkaan saya tepat apabila hari ini, calon y kalah, Zaid Ibrahim telah memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan pilihanraya itu. Dakwanya, ada konspirasi n ketidaktelusan y dilakukan oleh kerajaan n Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memenangkan calon BN, P. Kamalanathan. Amboi, dahsyat betulkan kerajaan kita ni. Asyik merancang konspirasi sahaja. Bila diorang ni buat kerja untuk membangunkan negara ya? Kerja Datuk Seri Najib, balik ke rumah n fikirkan, bagaimana agaknya nak kenakan pembangkang ini. Saya simpati kepada pengikut2 parti pembangkang y asyik diperbodohkan sahaja oleh pemimpin mereka.

Zaid ini, apabila dia disokong oleh lebih daripada 20 ribu pengundi pun, dia sepatutnya bersyukur kerana dia ini bukanlah pemimpin y berwibawa pun. Dulu semasa menjadi menteri pun, dia dilantik semata2 untuk menyerang peribadi Tun Dr Mahathir y pada masa itu menjadi masalah kepada pentadbiran Perdana Menteri. Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan sesetengah bloggers y menyerang peribadi Zaid Ibrahim. Lebih baik berkempen secara 'gentleman'. Kalah atau menang, berbudi kepada rakyat adalah y paling penting. Zaid Ibrahim tidak perlu menfailkan petisyen atau membantah keputusan PRK tersebut. Dia hanya perlu berdiam diri, cuba membantu rakyat di kawasan berkenaan n membina reputasi y besar untuk persediaan PRU ke 13. Ala, bukan lama sangat pun. Ramai y jangka, PRU 13 akan dilakukan April 2011. Masa tu, cuba la sekali lagi. Rakyat bukan nak tengok pemimpin asyik bertekak sahaja, mereka mahu nasib mereka ada y bela.

Dah jadi sikap n tabiat pembangkang. Asyik nak membangkang ja. Kadang2, rasa macam diorang ni dayus la pulak. Kalau mereka menang, mereka kata SPR sudah adil. Lepas tu, lepas 2 3 bulan, ada PRK, kemudian mereka ni kalah, tiba2 pula SPR tidak adil. Pelik pulak sebab SPR ini adil n tidak adil, ada musim la pulak. Aneh betul la. Kalau ada sahaja perkara y tidak memihak kepada mereka ini, maka semua orang dipersalahkan. Diorang ni umpama, bila baju dah tidak muat dipakai, dikatakan baju itu sudah kecil padahal mereka tidak katakan pulak mereka y sudah besar. Lepas itu, perangai ganjil pembangkang ini, berjangkit pulak kepada pengikut-pengikut mereka. Kesian betul melihat pengikut pembangkang ini, sebab mereka ini asyik hidup di dalam dunia khalayan tentang konspirasi itu n ini.

Saya tergelak apabila mendengar perbualan mereka y amat taksub kepada pemimpin mereka ini. Mereka bercakap seolah2 pemimpin mereka itu malaikat, lebih daripada Nabi SAW, tidak melakukan sebarang kesalahan. Bila diberikan fakta, mereka kata kita tipu. Tidak pasti, air apa y mereka ini minum sehingga sedikit pun tidak boleh dijentik Tok Guru mereka ini. Harap2, apabila tok guru ini mati nanti, janganlah ada mana2 'kutu' y buat patung serupa macam tok guru ini n dijadikan 'idol' pulak. Nauzubillah.

Apr 18, 2010

'Pelampau Jahil'

Kelmarin, Jumaat, 16 April 2010, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan sikap biadap orang y tidak menghormati institusi agama. Namun, kali ini, y paling mengejutkan, perlakuan itu dilakukan oleh orang Islam sendiri y motifnya tidak jelas diketahui. Apa y pasti, tindakan ini mencerminkan kecetekan serta kejahilan mereka y mendakwa amat arif tentang hukum hakam serta akidah dan akhlak Islamiah.

Perhimpunan di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh, telah memperlihatkan kejahilan pemikiran pemimpin serta penyokong parti pembangkang terutama PAS n PKR. Mereka ini telah melacurkan ahklak Islam mereka diatas nama politik keterlaluan y telah lama menjadi darah daging mereka. Sejarah telah mencatatkan beberapa tindakan agresif serta estremis daripada pemimpin n penyokong pembangkang, namun saya fikir, tidak perlulah kita mengungkit sejarah hitam y tidak lebih hanya akan menjatuhkan imej Islam itu sendiri.


Inilah mereka y tidak menghormati masjid

Sebenarnya, sikap parti pembangkang y menerapkan pemikiran kejahilan bermula dari anak2 mereka lagi. Saya pernah bersekolah di sebuah sekolah aliran agama terkemuka di Alor Setar, y rata2 kawan2 sekelas saya, berpemikiran ekstremis sejak dari tingkatan 1 lagi. Sikap mereka jelas menunjukkan mereka ini terpengaruh dengan dasar y dipelopori oleh ibu bapa mereka y berfahaman pelampau. Pernah seorang sahabat saya, semasa saya ditingkatan 1 berkata, "Dr Mahathir, kalau mati, patut daging dia dipotong2 n diberi makan anjing'. Begitu sekali didikan y diberikan sehingga menghormati umara tidak ada dalam kamus mereka. Padahal ia adalah perkara wajib y dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Sedih apabila melihat masjid y baru sahaja diimarahkan dengan zikir, solat Jumaat serta doa dicemari oleh golongan sebegini. Saya tidak faham, kerana di dalam al-Quran ada menyebut 'Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuataan keji n mungkar' kerana apa y dapat dilihat, jelas kemungkaran telah dilakukan dihadapan rumah Allah. Dengan berkopiah putih serta y wanita bertudung labuh, mereka tidak melindungi akhlak mereka sepertimana mereka menutup aurat mereka. Membaling telur, tidak kira telur busuk atau telur wangi, tetap akan mengotorkan perkarangan masjid dimana hukumnya adalah haram. Bagi saya, mereka ini tidak lebih hanya sekumpulan sekumpulan keldai jantan n keldai betina membawa kitab2 agama dibelakang mereka tetapi tidak tahu isi kandungannya serta tidak memahami asas agama bermula dari akar, tetapi hanya bersikap pelampau y jahil.


Kelibat beberapa wanita 'Islam' sedang ber'jihad'

Isu APCO ini hanyalah propaganda Anwar Ibrahim y mahu mengalihkan perhatian masyarakat kepada isu salah laku moral y dihadapinya. Untuk penjelasan, tidak ada satu pun y terlibat membaling telur memahami isu ini dengan jelas. APCO mungkin dilantik oleh kerajaan untuk terlibat di dalam hal perdagangan Malaysia, y melalui proses tender seperti syarikat2 lain. Hubungan APCO dengan Israel masih belum jelas. Dakwaan oleh Anwar Ibrahim hanyalah berdasarkan faktor luaran semata2, tidak terbias dengan perjanjian sebenar antara kerajaan dengan APCO ini. Kalaupun kerajaan berurusan dengan APCO, ia cuma untuk perdangan n demi rakyat Malaysia secara amnya. Anwar mungkin lupa hubungan baiknya dengan Yahudi y terang2 anti kepada Islam iaitu Rupert Murdoch dan persahabatan eratnya dengan arkitek kepada perang Iraq iaitu Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia. Dia juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Foundation for Future y mengumpul dana untuk menguatkan pengaruh Amerika n Israel di Asia Barat. Saya yakin, para penyokongnya serta penyokong PAS tidak ambil peduli fakta ini. Mereka ini buta dengan politik serta telah digula-gulakan oleh para pemimpin mereka untuk membuat kacau di Malaysia. Ingat, walau apa pun alasan mereka, membuat onar di masjid, selepas solat berjemaah pula, adalah perkara keji y menegaskan penyataan 'matlamat tidak menghalalkan cara'.

Kadang2, terdetik di hati saya, apa lagi y mereka ini mahu. Kerajaan tidak menghalang mereka untuk mengamalkan Islam secara keseluruhan. Kerajaan tidak menghalang mereka untuk berjubah serta berpurdah. Tetapi mereka tetap membawa 'bom' di dalam hati mereka untuk memusnahkan kerajaan. Mereka bersikap mendewa2kan pemimpin mereka tambahan pula y berjubah, beserban serta y bergelar tok guru. Padahal mereka hanyalah manusia biasa y diberikan ujian oleh Allah dengan ilmu agama y luas. Ulama pewaris Nabi tidak merujuk kepada mereka y arif tentang ilmu agama tetapi kepada mereka y mengamalkannya secara keseluruhan, zuhud serta mengamalkan cara hidup y diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW. Mereka tidak hiraukan kesenangan dunia, kemerkapan berpolitikan serta hal2 y syubahah semata2 ingin menjadi pewaris Nabi. Ini lah masalahnya apabila al-Quran n hadith diterjemahkan secara berkepentingan serta membabi buta. Tok Guru tidak lagi menjadi pewaris Nabi setelah dia terlibat di dalam politik kerana beberapa tindakannya jelas menunjukkan bahawa beliau hanya tahu agama tetapi tidak mampu mengamalkan secara keseluruhan. Melantik keluarga serta kroni di dalam hal2 kerajaan negeri menterjemahkan sikap sebenar orang y bergelar tok guru ini (baca sini).

Memang kalau kita pergi ke rumah Tok Guru, dari depan kelihatan uzur. Tetapi lihat di belakangnya. Lihat juga kereta y dinaiki. Padahal, Perdana Menteri sendiri cuma menaiki Proton Perdana y kos maintanancenya lebih murah dari kereta Tok Guru. Jadi, dengan secara automatiknya Tok Guru bukan pewaris Nabi serta tidak maksum dan boleh dikritik. Dosa n pahala orang y mengkritik adalah urusan Allah SWT. Kita sebagai manusia hanya boleh menegur sesama kita untuk mendapat manfaat, tidak layak melabelkan orang itu berdosa kerana mengkritik Tok Guru.


Penulis bersama kereta Tok Guru y amat sederhana


Rumah Tok Guru y sederhana di depan, mewah dibelakang

Saya menyeru kepada semua y begitu taksub kepada pemimpin ini supaya mendalami sejarah serta fakta ketika mahu berhujah. Jangan asyik baca blog sahaja serta mendapat maklumat dari internet. Memandang terdapat segelintir y begitu mempercayai blog, jadi saya meluahkan pendapat ini melalui blog saya serta meletakkan link kepada blog y mendedahkan kepincangan sesetengah individu. Namun bagi saya, buku adalah sahabat utama untuk saya menambahkan ilmu pengetahuan kerana sifatnya y lebih authenthic.

Apr 12, 2010

'Pandangan Senget'

2 3 hari ini, saya begitu rajin bersama2 Facebook untuk berdiskusi dengan beberapa orang ahli PMIUSM tentang isu y diorang sering bangkitkan di dalam Facebook diorang. Tidak ada metafora indah untuk menggambarkan tahap pemikiran mereka ini, y jikalau hendak dilihat pada umur, belum pun layak lagi untuk mendaftar mengundi. Namun, dalam pada itu, saya sedikit juga bangga dengan sikap agresif mereka y menggunakan segala ilmu agama y mereka pelajari untuk mempertahankan hujah serta pegangan y ada pada mereka.

Sebenarnya, tidak ada suatu orang pun y mampu menjangkakan samada mereka berhujah dengan betul n berada di landasan y benar. Kita hanya mampu untuk berada hampir dengan sesuatu perkara y kita hujahkan berdasarkan ilmu. Al-quran n sunnah Rasulullah SAW menjadi kunci kepada setiap apa y kita bahaskan. Selepas kedua2nya, pengalaman, pergaulan serta persekitaran y akan mencerminkan tahap kematangan kita berfikir tentang sesuatu isu.

Selalu terjadi, kita akan merasakan kitalah y betul di dalam mengemukakan apa jua hujah. Kita ada nas2 n dalil kita sendiri. Namun, Rasulullah SAW pernah bersabda y bermaksud, ijtihad atau perselisihan faham umatku akan membawa kebaikan, asalkan ianya berdasarkan al-Quran n hadis.

Di zaman ini, muncul pelbagai kumpulan y mendakwa mereka mengamalkan ilmu agama y sebenar. Tidak kira apa pun, biarlah ia berlandaskan syariat y sah serta tidak sesekali menjadikan kita syirik kepada Allah SAW. Menggunakan agama untuk tujuan y tidak betul akan mendekatkan diri dengan kemurkaan Allah serta menjauhkan diri daripada rahmatNya. Dalam hal ini, saya paling tidak suka orang y suka bertopengkan agama untuk kepentingan politik, terutama ahli politik di Malaysia kerana sikap orang Malaysia ini, mereka mudah untuk jatuh cinta kepada orag berperwatakan alim ulama tetapi pada masa y sama, golongan ini sebenarnya tidak lebih tetapi sama sahaja seperti ahli politik y lain.

Sudah menjadi tabiat orang kita, pakai sahaja jubah, berserban n berjanggut, akan dikatakan maksum n tidak akan melakukan dosa. Manusia tetap manusia. Naluri mereka kadang2 tidak mampu dihalang oleh ilmu mereka. Mereka ini tidak terlepas daripada melakukan dosa. Y membezakan kita semua hanyalah sejauh mana kita selalu beristigfar di dalam kekhilafan y kita sentiasa lakukan secara kita sedar atau pun tidak. Pada zaman Nabi SAW, orang kafir Quraisy pun memakai jubah, berserban n berjanggut. Adakah mereka ini mengikut jalan2 Allah? Jadi, itu hanya pakaian sedangkan orang paling mulia di sisi Allah adalah orang y paling bertakwa di kalangan kita.

Sekarang, timbul fenomena dimana terdapat golongan remaja y terbias dengan pakaian ala-arab y gemar melihat kekhilafan orang lain. Sikap tidak bersyukur kepada keamanan y kita kecapi pada hari ini mungkin timbul dari hakikat bahawa mereka ini lahir pada zaman kesenangan. Namun, y paling saya tidak gemarkan, tindakan mereka ini y gemar menterjemahkan ayat2 Allah hanya daripada bahasa Arab kepada Bahasa Melayu tanpa ada usaha untuk memahami hakikat setiap baris di dalam al-Quran. Seorang kiai pernah berkata kepada saya, sesungguhnya, apabila kita mahu memahami konteks setiap ayat daripada al-Quran, maka kita perlu membaca ayat pertama iaitu bermula dengan Bismillahirrhomanirrahim sehingga minaljinnatiwannas, barulah kita akan faham n boleh berhujah dengan menafsirkan ayat al-Quran. Setiap baris daripada kalam Allah itu, bersifat konsistensi. Satu lagi perkara y saya pegang padanya ialah, di dalam al-Quran, Allah SWT sebagai ar-Rahman n ar-Rahim tidak akan mencela mana2 bangsa n agama sepanjang zaman. Itulah pentingnya untuk setiap individu y mahu berhujah menggunakan ayat2 Allah agar mengkaji sebab2 turunnya ayat itu. Kita boleh mengambil contoh surah al-Lahab. Bagaimana sekiranya ada umat Islam y bernama Abu Lahab pada masa ini? Adakah dia akan terbias dengan surah tersebut. Maka, kita akan kembali melihat asbabul nuzul iaitu surah itu diturunkan khas kepada Abu Lahab, bapa saudara Nabi SAW. Walaubagaimanapun, ayat2 Allah ini kekal menjadi pedoman kepada kita sepanjang masa sehingga hari kiamat, selagi mana kita berfikir dengan iman n ilmu ketika mentafsirkannya. Inilah y dikatakan mukjizat.

Berkaitan dengan hubungan kita dengan Kristian, Yahudi n agama lain, pada masa ini, umat Islam berada pada saat y amat kritikal iaitu akibat sikap pelampau sesuatu kumpulan y menyebabkan agama ini ditakuti n digelar sebagai agama kekerasan. Ia berlawanan dengan nama Islam y bermaksud keamanan ini. Jadi, sebagai umat Islam y begitu cintakan agama ini, kita perlu menggunakan pendekatan y paling lembut untuk memberi kefahaman Islam kepada golongan bukan Islam ini. Sekiranya kita menafsirkan ayat2 Allah sesuka hati iaitu tentang jihad n keperluan untuk menentang umat agama lain, maka sehingga bila pun Islam tidak akan berkembang. Ini bukanlah asas dakwah. Ini hanya merosakkan hubungan kita sesama makhluk. Keindahan Islam ini perlu kita pakai supaya apabila golongan bukan Islam melihat 'pakaian' cantik y kita pakai, tidak hairan sekiranya ada y mahu menyarungkan 'pakaian' y sama seperti kita.

Rasulullah SAW adalah uswatul hasanah, iaitu contoh terbaik. Lihatlah sikap baginda kepada orang bukan Islam. Ingatkah kita kepada kita kisah bagaimana Rasulullah SAW memberi makan seorang Yahudi buta y selalu mencaci baginda. Makanan y disuapkan, dipicit2 dahulu untuk dilembutkan supaya mudah untuk Yahudi itu menelan. Akhirnya, sesudah kewafatan baginda Rasulullah SAW, Yahudi itu memeluk Islam setelah mengetahui y selama ini memberi makanan kepadanya adalah Muhammad y selama hayat baginda, dicaci n dmakinya setiap hari. Begitulah contoh y kita perlu ambil sebagai modal untuk kita berdakwah.

Saya sedih melihat sesetengah kumpulan di USM y merasakan diri mereka y terbaik kerana kononnya untuk berdakwah tetapi mengabaikan pelajaran y menjadi amanah untuk membangunkan Islam. Ilmu Allah bukanlah hanya sempit kepada fikah sahaja, tetapi setiap ilmu y ada di dunia ini adalah perlu dipelajari. Ilmu di universiti adalah y paling wajib memandangkan zaman ini, ilmu itulah y akan memberi kemuliaan kepada umat Islam itu sendiri. Saya juga pernah berjumpa golongan ini y bertudung labuh ini, y tidak bergaul dengan y bertudung singkat, apatah lagi y tidak bertudung kerana merasakan mereka ini jauh dari rahmat Allah. Begitu juga y berkopiah putih. Alangkah dangkalnya fahaman sebegini sedangkan mereka tidak menyedari, dakwah datang dengan pelbagai cara. Siapakah y akan membetulkan golongan y tidak menutup aurat ini sekiranya golongan y kononnya ingin berdakwah, tidak betah untuk mendekati golongan sebegini. Banyak pengalaman saya berhadapan dengan golongan sebegini. Saya juga pernah ditempelak oleh seorang y bertudung labuh di pejabat Pusat Islam semata2 saya meminta tolong untuk membeli Yasin untuk diwakafkan di masjid. Saya mahu meninggalkan wang n meminta tolong kepada pihak pejabat Pusat Islam untuk membelikan Yasin untuk diletakkan di dalam masjid. Dengan sinisnya, dia bertanya, 'adik ni x masuk masjidkah?'. Kecil hati saya. Adakah apabila kita memakai t-shirt n jeans, maka iman kita lemah berbanding mereka.

Saya menyeru kepada pelajar2 y masih baru di USM ini, bergaullah dengan semua orang, fahami isi kandungan al-Quran sepenuh jiwa, barulah bangun mendabik dada mengatakan kita ini orang berpengalaman. Kalau baru setahun dua di universiti, renungkanlah, banyak lagi y perlu dipelajari. Saya fikir, tidak perlulah menceritakan semua pengalaman saya. Semua itu saya terjemahkan di dalam pemikiran saya.