Apr 18, 2010

'Pelampau Jahil'

Kelmarin, Jumaat, 16 April 2010, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan sikap biadap orang y tidak menghormati institusi agama. Namun, kali ini, y paling mengejutkan, perlakuan itu dilakukan oleh orang Islam sendiri y motifnya tidak jelas diketahui. Apa y pasti, tindakan ini mencerminkan kecetekan serta kejahilan mereka y mendakwa amat arif tentang hukum hakam serta akidah dan akhlak Islamiah.

Perhimpunan di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh, telah memperlihatkan kejahilan pemikiran pemimpin serta penyokong parti pembangkang terutama PAS n PKR. Mereka ini telah melacurkan ahklak Islam mereka diatas nama politik keterlaluan y telah lama menjadi darah daging mereka. Sejarah telah mencatatkan beberapa tindakan agresif serta estremis daripada pemimpin n penyokong pembangkang, namun saya fikir, tidak perlulah kita mengungkit sejarah hitam y tidak lebih hanya akan menjatuhkan imej Islam itu sendiri.


Inilah mereka y tidak menghormati masjid

Sebenarnya, sikap parti pembangkang y menerapkan pemikiran kejahilan bermula dari anak2 mereka lagi. Saya pernah bersekolah di sebuah sekolah aliran agama terkemuka di Alor Setar, y rata2 kawan2 sekelas saya, berpemikiran ekstremis sejak dari tingkatan 1 lagi. Sikap mereka jelas menunjukkan mereka ini terpengaruh dengan dasar y dipelopori oleh ibu bapa mereka y berfahaman pelampau. Pernah seorang sahabat saya, semasa saya ditingkatan 1 berkata, "Dr Mahathir, kalau mati, patut daging dia dipotong2 n diberi makan anjing'. Begitu sekali didikan y diberikan sehingga menghormati umara tidak ada dalam kamus mereka. Padahal ia adalah perkara wajib y dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Sedih apabila melihat masjid y baru sahaja diimarahkan dengan zikir, solat Jumaat serta doa dicemari oleh golongan sebegini. Saya tidak faham, kerana di dalam al-Quran ada menyebut 'Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuataan keji n mungkar' kerana apa y dapat dilihat, jelas kemungkaran telah dilakukan dihadapan rumah Allah. Dengan berkopiah putih serta y wanita bertudung labuh, mereka tidak melindungi akhlak mereka sepertimana mereka menutup aurat mereka. Membaling telur, tidak kira telur busuk atau telur wangi, tetap akan mengotorkan perkarangan masjid dimana hukumnya adalah haram. Bagi saya, mereka ini tidak lebih hanya sekumpulan sekumpulan keldai jantan n keldai betina membawa kitab2 agama dibelakang mereka tetapi tidak tahu isi kandungannya serta tidak memahami asas agama bermula dari akar, tetapi hanya bersikap pelampau y jahil.


Kelibat beberapa wanita 'Islam' sedang ber'jihad'

Isu APCO ini hanyalah propaganda Anwar Ibrahim y mahu mengalihkan perhatian masyarakat kepada isu salah laku moral y dihadapinya. Untuk penjelasan, tidak ada satu pun y terlibat membaling telur memahami isu ini dengan jelas. APCO mungkin dilantik oleh kerajaan untuk terlibat di dalam hal perdagangan Malaysia, y melalui proses tender seperti syarikat2 lain. Hubungan APCO dengan Israel masih belum jelas. Dakwaan oleh Anwar Ibrahim hanyalah berdasarkan faktor luaran semata2, tidak terbias dengan perjanjian sebenar antara kerajaan dengan APCO ini. Kalaupun kerajaan berurusan dengan APCO, ia cuma untuk perdangan n demi rakyat Malaysia secara amnya. Anwar mungkin lupa hubungan baiknya dengan Yahudi y terang2 anti kepada Islam iaitu Rupert Murdoch dan persahabatan eratnya dengan arkitek kepada perang Iraq iaitu Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia. Dia juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Foundation for Future y mengumpul dana untuk menguatkan pengaruh Amerika n Israel di Asia Barat. Saya yakin, para penyokongnya serta penyokong PAS tidak ambil peduli fakta ini. Mereka ini buta dengan politik serta telah digula-gulakan oleh para pemimpin mereka untuk membuat kacau di Malaysia. Ingat, walau apa pun alasan mereka, membuat onar di masjid, selepas solat berjemaah pula, adalah perkara keji y menegaskan penyataan 'matlamat tidak menghalalkan cara'.

Kadang2, terdetik di hati saya, apa lagi y mereka ini mahu. Kerajaan tidak menghalang mereka untuk mengamalkan Islam secara keseluruhan. Kerajaan tidak menghalang mereka untuk berjubah serta berpurdah. Tetapi mereka tetap membawa 'bom' di dalam hati mereka untuk memusnahkan kerajaan. Mereka bersikap mendewa2kan pemimpin mereka tambahan pula y berjubah, beserban serta y bergelar tok guru. Padahal mereka hanyalah manusia biasa y diberikan ujian oleh Allah dengan ilmu agama y luas. Ulama pewaris Nabi tidak merujuk kepada mereka y arif tentang ilmu agama tetapi kepada mereka y mengamalkannya secara keseluruhan, zuhud serta mengamalkan cara hidup y diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW. Mereka tidak hiraukan kesenangan dunia, kemerkapan berpolitikan serta hal2 y syubahah semata2 ingin menjadi pewaris Nabi. Ini lah masalahnya apabila al-Quran n hadith diterjemahkan secara berkepentingan serta membabi buta. Tok Guru tidak lagi menjadi pewaris Nabi setelah dia terlibat di dalam politik kerana beberapa tindakannya jelas menunjukkan bahawa beliau hanya tahu agama tetapi tidak mampu mengamalkan secara keseluruhan. Melantik keluarga serta kroni di dalam hal2 kerajaan negeri menterjemahkan sikap sebenar orang y bergelar tok guru ini (baca sini).

Memang kalau kita pergi ke rumah Tok Guru, dari depan kelihatan uzur. Tetapi lihat di belakangnya. Lihat juga kereta y dinaiki. Padahal, Perdana Menteri sendiri cuma menaiki Proton Perdana y kos maintanancenya lebih murah dari kereta Tok Guru. Jadi, dengan secara automatiknya Tok Guru bukan pewaris Nabi serta tidak maksum dan boleh dikritik. Dosa n pahala orang y mengkritik adalah urusan Allah SWT. Kita sebagai manusia hanya boleh menegur sesama kita untuk mendapat manfaat, tidak layak melabelkan orang itu berdosa kerana mengkritik Tok Guru.


Penulis bersama kereta Tok Guru y amat sederhana


Rumah Tok Guru y sederhana di depan, mewah dibelakang

Saya menyeru kepada semua y begitu taksub kepada pemimpin ini supaya mendalami sejarah serta fakta ketika mahu berhujah. Jangan asyik baca blog sahaja serta mendapat maklumat dari internet. Memandang terdapat segelintir y begitu mempercayai blog, jadi saya meluahkan pendapat ini melalui blog saya serta meletakkan link kepada blog y mendedahkan kepincangan sesetengah individu. Namun bagi saya, buku adalah sahabat utama untuk saya menambahkan ilmu pengetahuan kerana sifatnya y lebih authenthic.

Apr 12, 2010

'Pandangan Senget'

2 3 hari ini, saya begitu rajin bersama2 Facebook untuk berdiskusi dengan beberapa orang ahli PMIUSM tentang isu y diorang sering bangkitkan di dalam Facebook diorang. Tidak ada metafora indah untuk menggambarkan tahap pemikiran mereka ini, y jikalau hendak dilihat pada umur, belum pun layak lagi untuk mendaftar mengundi. Namun, dalam pada itu, saya sedikit juga bangga dengan sikap agresif mereka y menggunakan segala ilmu agama y mereka pelajari untuk mempertahankan hujah serta pegangan y ada pada mereka.

Sebenarnya, tidak ada suatu orang pun y mampu menjangkakan samada mereka berhujah dengan betul n berada di landasan y benar. Kita hanya mampu untuk berada hampir dengan sesuatu perkara y kita hujahkan berdasarkan ilmu. Al-quran n sunnah Rasulullah SAW menjadi kunci kepada setiap apa y kita bahaskan. Selepas kedua2nya, pengalaman, pergaulan serta persekitaran y akan mencerminkan tahap kematangan kita berfikir tentang sesuatu isu.

Selalu terjadi, kita akan merasakan kitalah y betul di dalam mengemukakan apa jua hujah. Kita ada nas2 n dalil kita sendiri. Namun, Rasulullah SAW pernah bersabda y bermaksud, ijtihad atau perselisihan faham umatku akan membawa kebaikan, asalkan ianya berdasarkan al-Quran n hadis.

Di zaman ini, muncul pelbagai kumpulan y mendakwa mereka mengamalkan ilmu agama y sebenar. Tidak kira apa pun, biarlah ia berlandaskan syariat y sah serta tidak sesekali menjadikan kita syirik kepada Allah SAW. Menggunakan agama untuk tujuan y tidak betul akan mendekatkan diri dengan kemurkaan Allah serta menjauhkan diri daripada rahmatNya. Dalam hal ini, saya paling tidak suka orang y suka bertopengkan agama untuk kepentingan politik, terutama ahli politik di Malaysia kerana sikap orang Malaysia ini, mereka mudah untuk jatuh cinta kepada orag berperwatakan alim ulama tetapi pada masa y sama, golongan ini sebenarnya tidak lebih tetapi sama sahaja seperti ahli politik y lain.

Sudah menjadi tabiat orang kita, pakai sahaja jubah, berserban n berjanggut, akan dikatakan maksum n tidak akan melakukan dosa. Manusia tetap manusia. Naluri mereka kadang2 tidak mampu dihalang oleh ilmu mereka. Mereka ini tidak terlepas daripada melakukan dosa. Y membezakan kita semua hanyalah sejauh mana kita selalu beristigfar di dalam kekhilafan y kita sentiasa lakukan secara kita sedar atau pun tidak. Pada zaman Nabi SAW, orang kafir Quraisy pun memakai jubah, berserban n berjanggut. Adakah mereka ini mengikut jalan2 Allah? Jadi, itu hanya pakaian sedangkan orang paling mulia di sisi Allah adalah orang y paling bertakwa di kalangan kita.

Sekarang, timbul fenomena dimana terdapat golongan remaja y terbias dengan pakaian ala-arab y gemar melihat kekhilafan orang lain. Sikap tidak bersyukur kepada keamanan y kita kecapi pada hari ini mungkin timbul dari hakikat bahawa mereka ini lahir pada zaman kesenangan. Namun, y paling saya tidak gemarkan, tindakan mereka ini y gemar menterjemahkan ayat2 Allah hanya daripada bahasa Arab kepada Bahasa Melayu tanpa ada usaha untuk memahami hakikat setiap baris di dalam al-Quran. Seorang kiai pernah berkata kepada saya, sesungguhnya, apabila kita mahu memahami konteks setiap ayat daripada al-Quran, maka kita perlu membaca ayat pertama iaitu bermula dengan Bismillahirrhomanirrahim sehingga minaljinnatiwannas, barulah kita akan faham n boleh berhujah dengan menafsirkan ayat al-Quran. Setiap baris daripada kalam Allah itu, bersifat konsistensi. Satu lagi perkara y saya pegang padanya ialah, di dalam al-Quran, Allah SWT sebagai ar-Rahman n ar-Rahim tidak akan mencela mana2 bangsa n agama sepanjang zaman. Itulah pentingnya untuk setiap individu y mahu berhujah menggunakan ayat2 Allah agar mengkaji sebab2 turunnya ayat itu. Kita boleh mengambil contoh surah al-Lahab. Bagaimana sekiranya ada umat Islam y bernama Abu Lahab pada masa ini? Adakah dia akan terbias dengan surah tersebut. Maka, kita akan kembali melihat asbabul nuzul iaitu surah itu diturunkan khas kepada Abu Lahab, bapa saudara Nabi SAW. Walaubagaimanapun, ayat2 Allah ini kekal menjadi pedoman kepada kita sepanjang masa sehingga hari kiamat, selagi mana kita berfikir dengan iman n ilmu ketika mentafsirkannya. Inilah y dikatakan mukjizat.

Berkaitan dengan hubungan kita dengan Kristian, Yahudi n agama lain, pada masa ini, umat Islam berada pada saat y amat kritikal iaitu akibat sikap pelampau sesuatu kumpulan y menyebabkan agama ini ditakuti n digelar sebagai agama kekerasan. Ia berlawanan dengan nama Islam y bermaksud keamanan ini. Jadi, sebagai umat Islam y begitu cintakan agama ini, kita perlu menggunakan pendekatan y paling lembut untuk memberi kefahaman Islam kepada golongan bukan Islam ini. Sekiranya kita menafsirkan ayat2 Allah sesuka hati iaitu tentang jihad n keperluan untuk menentang umat agama lain, maka sehingga bila pun Islam tidak akan berkembang. Ini bukanlah asas dakwah. Ini hanya merosakkan hubungan kita sesama makhluk. Keindahan Islam ini perlu kita pakai supaya apabila golongan bukan Islam melihat 'pakaian' cantik y kita pakai, tidak hairan sekiranya ada y mahu menyarungkan 'pakaian' y sama seperti kita.

Rasulullah SAW adalah uswatul hasanah, iaitu contoh terbaik. Lihatlah sikap baginda kepada orang bukan Islam. Ingatkah kita kepada kita kisah bagaimana Rasulullah SAW memberi makan seorang Yahudi buta y selalu mencaci baginda. Makanan y disuapkan, dipicit2 dahulu untuk dilembutkan supaya mudah untuk Yahudi itu menelan. Akhirnya, sesudah kewafatan baginda Rasulullah SAW, Yahudi itu memeluk Islam setelah mengetahui y selama ini memberi makanan kepadanya adalah Muhammad y selama hayat baginda, dicaci n dmakinya setiap hari. Begitulah contoh y kita perlu ambil sebagai modal untuk kita berdakwah.

Saya sedih melihat sesetengah kumpulan di USM y merasakan diri mereka y terbaik kerana kononnya untuk berdakwah tetapi mengabaikan pelajaran y menjadi amanah untuk membangunkan Islam. Ilmu Allah bukanlah hanya sempit kepada fikah sahaja, tetapi setiap ilmu y ada di dunia ini adalah perlu dipelajari. Ilmu di universiti adalah y paling wajib memandangkan zaman ini, ilmu itulah y akan memberi kemuliaan kepada umat Islam itu sendiri. Saya juga pernah berjumpa golongan ini y bertudung labuh ini, y tidak bergaul dengan y bertudung singkat, apatah lagi y tidak bertudung kerana merasakan mereka ini jauh dari rahmat Allah. Begitu juga y berkopiah putih. Alangkah dangkalnya fahaman sebegini sedangkan mereka tidak menyedari, dakwah datang dengan pelbagai cara. Siapakah y akan membetulkan golongan y tidak menutup aurat ini sekiranya golongan y kononnya ingin berdakwah, tidak betah untuk mendekati golongan sebegini. Banyak pengalaman saya berhadapan dengan golongan sebegini. Saya juga pernah ditempelak oleh seorang y bertudung labuh di pejabat Pusat Islam semata2 saya meminta tolong untuk membeli Yasin untuk diwakafkan di masjid. Saya mahu meninggalkan wang n meminta tolong kepada pihak pejabat Pusat Islam untuk membelikan Yasin untuk diletakkan di dalam masjid. Dengan sinisnya, dia bertanya, 'adik ni x masuk masjidkah?'. Kecil hati saya. Adakah apabila kita memakai t-shirt n jeans, maka iman kita lemah berbanding mereka.

Saya menyeru kepada pelajar2 y masih baru di USM ini, bergaullah dengan semua orang, fahami isi kandungan al-Quran sepenuh jiwa, barulah bangun mendabik dada mengatakan kita ini orang berpengalaman. Kalau baru setahun dua di universiti, renungkanlah, banyak lagi y perlu dipelajari. Saya fikir, tidak perlulah menceritakan semua pengalaman saya. Semua itu saya terjemahkan di dalam pemikiran saya.

Mar 31, 2010

'Macam-macam Hal Y Tidak Kita Jangkakan'

Dunia semalam dikejutkan dengan dua siri letupan di Moscow. Serangan berani mati itu ditujukan kepada orang awam y sedang menaiki tren metropolitan di Moscow. 2 pengebom berani mati wanita, menjadi dalang y membunuh 38 nyawa termasuk mencedera 3 pelajar Malaysia. Agak mendebarkan hati apabila mendapat berita tersebut kerana seorang sepupu saya sedang berada di Moscow. Agak bernasib baik, kerana pada waktu kejadian, beliau tidak menaiki subway tersebut walaupun ia merupakan pengangkutan utama di Moscow. Sempat berbual dengannya semalam dan kelmarin, alhamdulillah, beliau selamat namun turut berasa trauma dengan apa y berlaku. Secara automatiknya, dunia akan terus menuding jari kearah masyarakat Islam untuk bertanggungjawab ke atas apa y berlaku. Menurut cerita sepupu, 2 wanita itu bertudung, sebab itu orang Islam dituduh terlibat. Padahal, tudung itu cuma pakaian y boleh dipakai oleh sesiapa. Penganut Kristian ortodok di Canada juga memakai skaf ala tudung y dipakai oleh orang Islam. Mengapa tidak dituduh mereka?

Terorisme yang dikaitkan dengan umat Islam adalah satu bencana pada abad ini. Islam y sepatutnya menjadi agama keamanan, dikaitkan dengan keganasan. Menurut cerita sepupu, selepas kejadian di Moscow itu, seorang remaja Islam diserang n dipukul akibat salah faham y timbul. Ini adalah tragedi ketika umat Islam sedang bergelut mengejar duniawi. Orang Arab y kaya, terus berboros, bersekongkol dengan orang bukan Islam terutamanya barat untuk menghancur umat Islam sendiri. Membina gedung2 y tinggi melangit menjadi keutamaan. Isu Israel-Palestin y menjadi kunci keamanan sejagat terus dianaktirikan. Sebenarnya, dengan kekayaan n nikmat y diberikan oleh Allah, umat Islam mampu bersatu untuk menjadi kuat. Israel tidak boleh dipersalahkan dalam krisis ini. 100% kesalahan adalah datang dari umat Islam sendiri. Ada y begitu cintakan Islam, namun bersifat ekstremis. Ada y kurang memahami Islam, tidak mahu menambahkan kecintaan pada Islam n umatnya. Ada y membabi buta sahaja mentafsirkan agama ini. Kurang membaca n berguru menjadi faktor utama kehilangan jati diri di kalangan umat Islam.

Kemudian, seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan berita pelawak terkenal, Din Beramboi tiba2 koma akibat keracunan air kencing tikus. Setiap pagi ramai y ceria dengan karenahnya, tiba2 sahaja dia sedang bergelut dengan ajal. Siapa tahu, perkara2 sebegini akan terjadi kepada diri masing2. Ajal datang tidak bertanda serta berisyarat. Tidak lewat walau semikro saat. Allah serta Muhammad SAW memberi kita peringatan tentang perkara ini 5 kali sehari iaitu melalui solat. Sebab itu, apabila kita masbuq untuk mengikut imam untuk solat jemaah, kita digalakkan terus mengikut apa y imam lakukan ketika solat. Kalau imam sujud, kita perlu terus turun bersujud. Ini adalah kerana, kita tidak tahu bila ajal kita. Takut nanti, ketika kita menunggu imam bangun untuk rakaat seterusnya, Allah akan mencabut nyawa kita sedang kita belum bersolat.

Selepas ini, setiap daripada kita berhati2lah. Kalau mencari tempat untuk makan, carilah tempat y bersih. Kita tidak tahu ajal kita, namun kita perlu berusaha untuk teruskan hidup. Kadang2 kita fikir, Allah lebih sayangkan orang y diambil nyawa, namun sebenarnya Allah sayangkan semua hambanya, sebab itu dia memperlihatkan kematian orang2 di sekeliling kita, agar kita lebih berusaha untuk menjadi manusia y bertakwa.


Mar 29, 2010

'MCA-Selesaikah Sudah?'

Hari ini, akhbar2 berbahasa Malaysia n Cina laris dijual. Masing2 setiap rakyat begitu teruja untuk mengetahui tentang apa y sedang berlaku di dalam permilihan parti terbesar y mewakili masyarakat Cina di negara ini, menjadi komponen kedua terbesar di dalam Barisan Nasional (BN). Selesai sudah pemilihan di dalam parti tersebut. Y menang, meraikan, manakala y kalah menerima kekalahan dengan hati y terbuka n berjanji untuk bekerjasama dengan pucuk pimpinan terbaru. Di harap, krisis dalaman parti tersebut akan selesai setelah sekian lama berlarutan.

Secara peribadi, saya amat menantikan proses ini berlangsung. Ini kerana, saya amat berharapkan, calon y menang akan berjaya menyelesai masalah parti. Ini kerana, komponen y bergolak, akan merapuhkan perpaduan di dalam BN. Sebenarnya, Ong Ka Ting menjadi pilihan saya. Saya amat menyukai perwatakannya sejak dia berada di kepimpinan teratas MCA satu ketika dahulu. Saya agak kecewa juga apabila beliau meletakkan jawatan pasca PRU-12 y lepas. Chua Soi Lek, saya tidak begitu gemarkan perwatakkannya. Selepas skandal seksnya terdedah, bertambah perasaan negatif saya kepadanya. Bagi saya, beliau sepatutnya tidak perlu lagi berada di dalam politik akibat skandalnya itu.

Moral sebenarnya menjadi asas penting untuk menjadi seorang pemimpin. Memang, seorang pemimpin y buruk moralnya, tidak layak digelarkan pemimpin. Chua Soi Lek mengambil langkah sewajarnya untuk menebus kesalahan y telah dilakukannya. Pastinya, bagi masyarakat Cina, keputusan beliau untuk bertanggungjawab diatas kesilapannya telah menaikkan popularitinya untuk diangkat semula memimpin mereka. Bagi mereka, setiap orang melakukan kesilapan, n sebaik2 orang adalah mengaku bersalah n bersikap bertanggungjawab terhadap kesalah y telah dilakukan. Mungkin ini salah satu faktor mengapa dia dipilih mengetuai MCA.

Bagi saya, sikap sebegini lebih baik daripada hanya bersifat hipokrit semata2. Saya fikir orang Melayu tidak perlu persoalkan pilihan masyarakat Cina ini. Ini kerana, mereka mampu untuk menerima pemimpin y melakukan seks diluar tabii kemanusiaan, maka sekiranya orang y melakukan di dalam sifat manusia serta telah bertaubat, maka, apalah sangat isu moral y perlu dibangkitkan. Pasti, selepas ini, pasti akan ada dari kalangan pemimpin politik pembangkang akan menyerang peribadi Chua Soi Lek ini.

Saya harap, krisis MCA akan selesai selepas ini. Sikap orang Cina di dalam berpolitik amat sukar difahami. Mereka ini walaupun berbeza pandangan politik, namun mampu bersatu di dalam mempertahan kepentingan bangsa mereka sendiri. Cuma, apa y saya takuti, krisis di dalam MCA sebenarnya adalah satu konspirasi y terancang y bertujuan untuk menyebabkan masyarakat Cina hilang keyakinan kepada BN n seterusnya menyokong parti y mewakili masyarakat Cina di kalangan pembangkang y bersikap ultra-rasis. MCA y selama ini menjadi wadah perjuangan masyarakat Cina semenjak dari zaman penjajahan akan cuma tinggal sejarah. Namun, saya harap apa y saya fikirkan ini, cuma ilusi semata2 n ia sama sekali tidak akan berlaku. Apa2 pun, kita cuma berdoa supaya perpaduan diantara rakyat y menjadi tunjang keamanan di negara ini akan berkekalan. Politik y berlebih2an perlu dikurangkan akan kita lebih berfokus kepada pembangunan negara bangsa.


Mar 17, 2010

'Masalah Kita Orang Melayu'

Sudah lama tidak menulis. Mengejar masa adalah salah satu sebab mengapa blog ini tidak ter'update'. Idea untuk menulis title di atas kadang2 datang tidak seperti air y mencurah. Ia hanya datang menjenguk sesekali, mungkin kerana ia merupakan isu y setiap masa perlu digilap supaya kita tidak lupa bahawa kita perlu berjuang memartabatkan bangsa kita.

Hanya tinggal 10 tahun saja lagi Malaysia akan mengecapi kemajuan iaitu pada tahun 2020. Wawasan y diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir ini akan menjadi saat y ditunggu2 oleh semua pihak, setiap lapisan rakyat untuk melihat Malaysia menjadi komponen penting di atas muka bumi ini. Namun, kemajuan y bagaimana akan kita kecapi?

Menjadi sebuah bangsa Malaysia y dimiliki oleh pelbagai kaum menjadikan persaingan untuk memajukan diri sendiri serta kaum adalah tugas y agak sukar. Perpaduan y kita ada hari ini adakah akan kekal sehingga 2020. Melihat kepada kek ekonomi y dimonopoli oleh kaum2 tertentu, timbul persoalan tentang survival bangsa Melayu di tanah air sendiri. Walaupun mempunyai kuasa besar di dalam bidang politik, namun, setakat mana mampu kita mempertahankannya.

Kita sering mendengar fasiliti kelas pertama, namun permikiran kelas ketiga. In bukan kenyataan menghina, namun, ia adalah hakikat. Terutama bangsa Melayu, pemikiran kita semua tidak begitu matang, berfikiran pendek n jarang untuk melihat menembusi masa. Sebagai contoh, saya pernah membuat senarai peserta untuk satu program. Di dalam senarai tersebut, peserta perlu menulis nama serta alamat email. Melihat kepada alamat email peserta Cina & India, jelas terlihat kematangan mereka walaupun pada usia remaja. Email mereka diletakkan nama mereka sendiri, y dapat mereka gunakan sekiranya diperlukan untuk hal2 rasmi. Berbeza sangat dengan peserta Melayu. Hampir kesemua peserta mempunyai alamat email y sangat pelik sehingga sukar untuk dibaca n diingati. Sebagai contoh, aquaquaquaz@limau.com, thestarwalker@asam.com n lain. Mungkin ini perkara kecil, namun sekiranya ini adalah email saya, saya merasa malu untuk memberikan kepada orang untuk hal2 rasmi.

Susah untuk mengubah sikap kita. Apabila saya melawat Thailand, Indonesia serta pernah menetap di United Kingdom, saya melihat masyarakat di sana amat berdisiplin. Ok, tidak perlu membanding dengan negara maju, kita bandingkan dengan jiran kita iaitu Thailand n Indonesia. Apabila di sana, apabila mahu menggunakan tandas, kita merasa kagum dengan kebersihan tandas awam mereka, padahal rakyat mereka lebih ramai y miskin dari y kaya. Di sini, memasuki tandas awam umpama memasuki tempat pembuangan sampai. Mentaliti orang kita, tandas tempat kotor, mengapa perlu dibersihkan. Inilah mentaliti jahiliah y perlu kita ubah demi memastikan kita mampu menjadi bangsa y maju satu hari nanti.

Satu lagi situasi y mungkin bagi sesetengah orang, ia adalah remeh. Namun untuk bangsa y maju, ia adalah lambang kemajuan pemikiran mereka. Apabila kita ke pasaraya2 y menyediakan troli, sering kita lihat orang kita meletakkan troli merata2 setelah digunakan. Ada y diletakkan di belakang2 kereta. Saya sering melihat fenomena ini di Tesco, Giant n pasaraya2 lain. Bagaimanakah cara untuk mendisiplin orang sebegini. Kalau di Tesco di UK, untuk menggunakan troli, perlu dimasukkan syiling. Untuk mengambil semula syiling itu, perlu dibawa troli ketempat letaknya. Jadi, setiap orang mahukan duit mereka semula walaupun hanya 1euro. Namun, saya tidak pasti, sekiranya diaplikasikan cara itu disini, adakah orang kita akan melakukannya. Masalah orang Melayu adalah mereka malas+berlagak banyak duit, maka tidak pasti samada kaedah ini akan berkesan.

Mungkin, kita perlu berusaha lebih gigih untuk mengubah pemikiran kita. Namun, apa y pasti, kemajuan y akan kita kecapi akan terasa lebih nikmat sekiranya bangsa kita sama bersaing untuk memajukan pemikiran kita. Semoga bangsa kita akan terkeluar daripada kepompong kemunduran pemikiran kesan daripada penindasan daripada bangsa lain semasa dijajah dahulu.