Jan 12, 2010

'Cuit Sikit'

Dah lama saya tidak menulis apa2 tentang USM. Bukan tidak ada perkara y mahu diluahkan, tapi cuma rasanya tidak ada mood y betul2 ok untuk menulis tentang USM ini. Lagipun, saya rasa, tidak perlu untuk diulang berkali2, takut nanti saya pula y dituduh cuba mencari populariti murahan n mereka2 cerita.

Tibanya semester baru di tahun baru 2010 ini mencoretkan pelbagai perkara y terjadi. Baru je petang tadi, warga USM kecoh sedikit apabila melihat 3 biji trak bomba masuk ke USM. Rupa2nya ada sedikit kebakaran di masjid Al-Malik Khalid, USM. Mulanya saya ingatkan ada latihan kecemasan, tetapi apabila melihat api sedang marak diatas bumbung library masjid n bomba, baru saya tahu y kebakaran telah benar2 berlaku. Tetapi api tidaklah terlalu marak. Ia dapat dikawal oleh sekumpulan pengawal keselamatan.

Hari ini, di akhbar Kosmo, muncul cerita tentang USM sebagai universiti APEX. Kejayaan y memacukan kelestarian USM dicoret di dalam 4 halaman. Sebagai pelajar, saya merasa bangga dengan setiap pencapaian USM.

Namun, di dalam kemanisan, pasti terselit cerita2 y kurang enak. Antaranya, konon USM sekarang mengalami krisis ekonomi. Ada y mendakwa kerajaan tidak lagi menyalurkan kewangan kepada pihak universiti sehingga beberapa perbelanjaan terpaksa dihadkan. Terdengar juga khabar daripada sumber tertentu bahawa peruntukkan kepada setiap pusat pengajian juga telah dipotong. Begitu juga dengan biasiswa serta geran2 penyelidikan. Mungkin baru awal tahun, namun sekiranya benar, bagaimanakah USM akan meneruskan operasinya tanpa menjejaskan mana2 pihak terutamanya golongan penyelidik seperti kami.

Walaupun USM menafikannya, namun pelajar2 serta staf2 akademik melihat USM melakukan pembaziran dengan projek baik pulih n tambah bangunan di sekitar kampus. Sebagai contoh, projek pembinaan bangunan perpustakaan, dilihat sebagai projek tidak perlu. Perpustakaan y sedia ada pun tidak mampu untuk diisi dengan bahan2 ilmiah y sealiran dengan masa, bagaimana pula pihak universiti ingin memenuhkan ruang2 di perpustakaan baru. Buku2 y sedia ada tidak di kemas kini. Ada y sudah terlalu lama serta tidak lagi relevan dengan ilmu semasa. Benar juga seperti kata2 Profesor Diraja Ungku Aziz bahawa memasuki perpustakaan adalah seperti pergi ke zaman 10 tahun y lampau. Begitu juga dengan projek baik pulih DTSP. Adakah satu keperluan y teramat tinggi untuk membaik pulih DTSP y zahirnya nampak masik elok n selamat untuk digunakan. Rasanya, baru tahun lepas DTSP diperindahkan dengan pembaikpulihan syiling serta cat. Entah berapalah agaknya y dibelanjakan oleh pihak universiti untuk tujuan sedemikian. Padahal duit y ada perlu dibelanjakan dengan bijak dengan memberi lebih banyak geran n biasiswa kepada pelajar ijazah tinggi y tidak sedikit menyumbangkan bakti kepada kelestarian universiti.

Bagitu juga dengan HEP. Entah berapa banyak duit y dibelanjakan semata2 untuk membawa wakil2 perwakilan pelajar pergi melancong keluar negara tanpa ada hasil y boleh disumbangkan kepada para penyelidik. Sekarang pula MPP USM bercadang untuk mewujudkan Parlimen Pelajar, kononnya untuk pelajar menzahirkan pendapat mereka. Apakah satu keperluan melibatkan pelajar kedalam politik. USM adalah universiti Sains, bukan Universiti Politik Malaysia. Adakah masa untuk para pelajar untuk semua perkara tersebut. Hari ini, ada seorang pelajar y merupakan salah seorang daripada MPP datang ke lab saya n bertanyakan kepada beberapa orang senior tentang subjek y mudah2, apa subjek y susah n bagaimana kalau drop subjek itu n ini kerana pelajar ini tidak ada masa. Kerana terlalu sibuk berpolitik, maka pada semester lepas, beliau telah gagal menghantar assignmentnya pada masa y ditetapkan n telah memberi kesan kepada pengajiannya. Adakah pelajar sebegini y universiti perlukan untuk meneruskan kelestarian. Cuba tanya, berapa ramaikah bekas YDP MPP y mendapat 3.0 keatas bagi CGPA mereka. Begitu juga dengan ahli2 mereka. Y mereka perolehi adalah pekerjaan y tidak layak untuk mereka duduki setelah tamat bergraduasi.

Di USM, tidak ketinggalan dilema y dihadapi oleh pelajar apabila berurusan dengan pihak y mentadbir. Masalah birokrasi tidak seperti akan berkesudahan. Y menjadi peliknya, di universiti y begitu gah ini, masih ada masalah untuk menyelesaikan masalah pelajar2 oleh staf2 di d bahagian pentadbiran. Saya pernah menolong seorang pelajar y berurusan dengan bendahari. Gaji RAnya tidak masuk lebih 2 bulan. Apabila menelefon orang y bertanggungjawab, kadang2 y menyakitkan hati apabila mendengar dihujung talian mengatakan bahawa staf y dicari keluar minum pagi, mc, cuti tahunan n sebagainya. Apabila staf y bertanggungjawab bercuti, tidak ada pula orang y menggantikannya. Kalau dia bercuti 2 hari, maka 2 hari itulah kerjanya akan terbengkalai. Pelajar y menghadapi masalah akan perlu menunggu orang ini masuk kerja semula barulah dapat berhubungan. Saya sendiri menghadapi satu situasi dimana claim saya untuk geran penyelidikan projek saya y dihantar bulan November 2009, masih di dalam proses sehingga ke saat ini. Bayangkan, banyak perkara y tergendala n menjadi masalah kepada kami golongan penyelidik untuk tempoh masa 3 bulan ini.

Pihak atasan universiti selalu melaungkan kelestarian. Apa y digambarkan dimedia amatlah hebat. Namun, apa kata sekiranya pihak2 ini datang membuat lawatan ke pusat2 pengajian y gigih membuat penyelidikan. Lihatlah di makmal pengajaran. Ada alatan y berusia seusia dengan USM masih digunakan oleh pelajar. Alatan tidak mencukupi untuk proses pembelajaran adalah perkara biasa y dihadapi oleh para pelajar. Ini bukanlah cakap kosong kerana saya sendiri mengajar di beberapa kursus n masalah ini berterusan menurut dakwaan pihak2 y bertanggungjawab terhadap makmal tersebut. Bagaimanakah untuk menyediakan suasana y begitu kondusif untuk para pelajar. Adakah ini satu kelestarian.

Sekarang ini, USM menceburkan diri pula ke kancah bolasepak. USM FC ditubuhkah. Mungkin pasukan ini berpenaja, namun tidakkah USM juga ada melabur di dalamnya. Berapa banyakkan wang y akan dihabiskan untuk perkara y dianggap tidak penting ini. Adakah USM Universiti Sukan Malaysia. Lihat saja pasukan2 My Team, Emkay, MPPJ, bagaimana mereka terus terkeluarkan daripada arena bola sepak negara kerana ia bukannya satu pelaburan y menguntungkan. Ia hanya percaturan 'syok sendiri' n mungkin ada individu2 y berkepentingan y akan mendapat habuan. Ini tidak mustahil berlaku.

Saya merasakan, perlulah pihak2 y berkenaan melihat kembali keputusan n cara mentadbir y dijalankan supaya universiti kita ini akan menjadi lebih cemerlang. Tingkatkanlah integriti kerana kita semua sedang memikul amanah y amat besar y mungkin akan menyebabkan kita tunduk malu di hadapan Hakim Allah SWT di mahsyar nanti sekiranya kita gagal memikulnya dengan sebaik-baiknya.

Jan 11, 2010

'Gereja Dibakar!'

Kelmarin dan semalam berita arus perdana juga di blog2, melaporkan n mengulas tentang kejadian kebakaran y berlaku di beberapa buah gereja sekitar ibu kota n insiden serangan bom api keatas gereja2 tersebut. Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu perkara y wajar dilakukan kerana ia hanyalah akan lebih mengeruhkan keadaan. Namun, persoalannya, siapakah y bertanggungjawab? Adakah benar orang Islam y menjadi dalang disebalik semua ini. Semuanya masih didalam siasatan polis. Jadi, sebagai rakyat biasa, menjadi lebih bijak sekiranya kita tunggu n mendengar hasil siasatan itu nanti. Jangan terburu2 melemparkan tuduhan bahawa serangan itu adalah hasil tindak balas orang Islam terhadap isu kalimah Allah minggu lepas. Mungkin perbuatan itu dilakukan oleh bukan Islam juga y sengaja ingin menimbulkan provokasi n melaga2kan rakyat dinegara ini.

Walau apa pun tindakan balas terhadap kekurangajaran gereja2 Kristian y menimbulkan isu ini, ia bukan sesuatu y menjadi asas di dalam Islam n Islam menentang segala bentuk ekstremis walaupun ia adalah bertujuan untuk membela Islam itu sendiri. Konsep asas Islam adalah saling hormat menghormati, tidak menimbulkan kekacauan n mengelakkan pergeseran. Namun, sekiranya y melakukan serangan ke atas gereja itu merupakan orang Islam, maka pihak gereja perlu mentalbiahkan n bermuhasabah tentang mengapa perkara sebegini terjadi, jika mereka sendiri y cuba bermain dengan api.

Kerajaan pula perlu bersikap adil kepada rakyat. Ketika majoriti rakyat y beragama Islam melahirkan bantahan, mengapa perlu kerajaan memberi sumbangan serta merta RM 500 ribu kepada gereja y dibakar padahal belum tahu lagi siapa y bertanggungjawab. Apa akan jadi apabila didapati y membakar itu adalah pihak gereja sendiri semata2 untuk meraih simpati atau mencipta provokasi kepada orang Islam. Tidak ia akan mendukacitakan masyarakat majoriti tersebut. Kerajaan sepatutnya perlu tunggu n lihat apa y sebenarnya berlaku. Apabila gereja menghina orang Islam n orang Islam bangun membantah, kerajaan menyuruh supaya bersabar n menunggu keputusan rayuan. Perlu mengikut saluran undang2. Tetapi apabila berlaku kepada gereja, tindakan serta merta terus diambil. Adakah sekarang kita amat takut kepada agama lain. Islam tiada kekuatan. Kerajaan Islam berterusan menjadi seperti tidak mampu mempertahan Islam sebaik2nya. Kenapa kita perlu menari mengikut rentak y mereka mainkan. Kita adalah majoriti. Y sebetulnya, merekalah y perlu merasa bersalah dengan apa y telah mereka lakukan kerana merekalah y memulakan semua ini.

Begitu juga, parti2 politik, ada y menyokong puak2 Katholik ini. Y sedihnya, pemimpin2 ini beagama Islam. Mungkinkan dunia ini akan berakhir kerana telah muncul pemimpin y beragama Islam menjadi munafiq dengan menjual maruah agamanya sendiri. Menyokong tindak tanduk kafir samalah seperti bersekongkol dengan mereka. Kasihan, akibat kepentingan politik, agama menjadi barang dagangan y tidak bernilai harganya. Apa akan jadi. Perlukan kita hanya berdiam diri. Dimanakan pembela2 Islam y dahulunya amat lantang bersuara. Kenapa masing2 menikus sahaja apabila melihat perangai tidak enak pemimpin sebegini. Rasanya, kalau perkara sebegini berterusan, maka Islam akan hancur n hanya boleh didapati pada nama sahaja. Bangunlah kita, kita pertahankan agama mulia ini sehingga ketitisan darah terakhir...

Jan 5, 2010

'Allah, Tuhan Maha Esa!'

Menghiasi dada2 akhbar n media masa dalam minggu ini, pastilah berita y menghancurkan hati umat Islam di seluruh tanah air kita ini. Keputusan mahkamah tinggi membenarkan penggunaan perkataan ALLAH sebagai kata ganti nama untuk tuhan di dalam majalah mereka, Herald The Catholic Weekly telah melukakan hati n menimbulkan rasa kurang senang di antara hubungan sesama kaum.

Sebenarnya, kita telah mendengar pelbagai pendapat daripada tokoh2 tentang pendirian mereka berkenaan isu y amat sensitif ini. Kadang2, pendapat2 mereka ini menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Mungkin tidak semua y mampu faham hal2 hukum y diterangkan oleh mereka. Tetapi, apa y jelas, umat Islam telah kembali bersatu berganding bahu di dalam menghadapi suasana y amat mengancam akidah umat ini.

Tujuan n matlamat Gereja Katolik untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan amatlah diragui. Memang benar, Allah Tuhan sekelian alam. Itu secara rububiyah. Namun, dari segi akidah, Allah Tuhan y Maha Esa, tuhan kepada manusia y beriman kepadanya, tidak menyekutukannya serta mengakui kekuasaannya. Tidak beranak n tidak diperanakkan. Jadi, tujuan Gereja Katolik untuk menggunakan istilah Allah untuk ganti nama tuhan di dalam terbitan mereka ditakuti akan menjadi senjata y paling kuat untuk menjahanamkan akidah umat Islam. Akidah Islamiah langsung tidak sama dengan triniti fahaman seluruh umat Kristian. Agama y hanya berlandaskan kepada magis n imaginasi tidak harus disandarkan kepada agama Islam y suci n berteraskan fakta. Tidak lain dan tidak bukan, tujuan mereka hanyalah satu, untuk melaksanakan tugas penyebaran agama mereka kepada umat Islam di Malaysia ini. Walaupun orang Islam di sini sering bertelagah tentang fahaman politik mereka, namun dalam hal pengamalan agama, mereka akan bersatu. Itulah y amat ditakuti oleh oleh orang Kristian terutamanya y telah lama bermastautin di negara ini. Akidah triniti perlu diselinap secara halus kedalam kehidupan umat Islam.

Sebenarnya, secara tidak kita sedari, kita menerima mereka ke dalam kehidupan mereka. Ada aku pernah mendengar remaja Islam menyebut 'Geez' kononnya untuk menunjukkan cara percakapan mereka begitu moden namun mereka tidak sedar bahawa perkataan itu merujuk kepada Jesus. Mungkin itu hanya perkara remeh, namun itulah bukti n contoh mereka telah bertapak di dalam minda kita melalui proses liberalisasi. Tidak ada kesesatan akidah pun jika kita menyebut Jesus, namun akidah perlu dipertingkatkan agar kita tidak terus tersesat dan jiwa kita sentiasa ingin mempertahankan agama Islam.

Kita mesti berwaspada dengan mereka. X kiralah apa pun pendapat, kita mesti berpegang kepada satu pegangan, iaitu 'Katalah (Wahai Muhammad) ALLAH itu satu. Allah tempat meminta sesuatu. Tidak beranak n tidak diperanakkan. Tidak ada sesuatu y setara denganNYA' (1 -4 Surah Al-Ikhlas).

Jan 4, 2010

'Selamat Tahun Baru 2010'


Memang, aku selalu terlewat mengemaskini blog ini. Masalah kesuntukan masa menyebabkan blog ini seperti tidak bertuan. Aku sebenarnya pulang ke kampung halaman isteri di Kamunting dan baru sahaja tiba di rumah di Penang pukul 11.30 malam tadi.

Walaupun hari ini dah masuk 4 Januari 2010, aku harap aku masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua. Semoga tahun ini akan menambahkan ceria di hati kita semua, dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, dibuka pintu rahmat dan dihiasi hidup y berkat. Kata orang, biarlah kita papa harta, tetapi tenang jiwa. Namun, kita berdoa agar kita kaya di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Aku rasa, tidak perlu mencipta azam setiap kali datangnya tahun baru. Ia cuma skeptikal dan sudah basi pada zaman y serba moden ini.Azam perlu ditaburkan dan ditunaikan setiap hari. Seperti biasa, aku tidak langsung berazam pada setiap tahun baru. Azamku wujud setiap hari. Ada y mampu ditunaikan, ada pula y masih terhutang kepada diri sendiri.

Kepada semua, aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Maaf dipinta andai sepanjang 2009, aku telah melakukan kesilapan n kesalahan pada kalian secara sengaja ataupun tidak.

Dec 23, 2009

'Penat Rasanya'

Apabila mula menjejakkan kaki ke USM, rasa perlu untuk bergaul dengan semua orang. Especially mestilah dengan semua coursemate even 90% of coursemate tu lebih muda or x sebaya dengan orang y dah tua ni. Semasa di Dublin, boleh dikatakan semuanya sebaya daripada segi umur, jadi sangat senangg berinteraksi dengan mereka semua. Jadi cabaran untuk membentuk komuniti sosial dalam kamus kehidupan di USM ini perlukan sedikit pengorbanan agar semua berlalu dengan baik n mesra. Bak kata orang tua2, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemoo (betul ke perkataan nih). Jadi, perlahan2, secara tidak disedari, penyesuaian diri dengan keadaan berjalan dengan sempurna n tanpa disedari, diri terasa lebih muda 2 3 tahun daripada usia sebenar.

Namun, apabila terlalu ingin menjaga hati orang2 y lebih muda, maka beberapa prinsip asas diri terpaksa dikorbankan. Rasanya, sudah boleh merasa puas hati kerana telah berjaya untuk menyusun kehidupan agar sentiasa tenang n diberkati.

Dulu, kehidupan semasa disekolah, matrik terasa begitu bebas untuk melakukan apa sahaja y dirasakan mengikut kata hati remaja pada masa itu kerana setiap orang faham apa y kita lakukan. Tetapi sekarang agak susah kerana tidak semua orang faham apa y ada dihati kita. Kita mahu menjaga hati setiap orang, tetapi ramai y x tahu nak menjaga hati kita semula. Penat rasanya.

Apabila cuba beradaptasi dengan tingkahlaku mereka, kita pula dituduh tidak matang n kebudak-budakan. Hakikatnya, mereka y tidak faham y mana satu kematangan n y mana satu ketidakmatangan. Akibat daripada itu juga, mereka mula tidak menghormati orang2 y tidak sependapat dengan mereka. Dunia kita berbeza. Tanggungjawab kita juga berbeza. Lain beza n rasanya apabila kita mendapat apa y kita inginkan hasil usaha n titik peluh kita sendiri berbanding orang y lahir atas dulang emas. Kita akan lebih menghargai setiap orang disekeliling kita, hatta orang itu lebih tua n lebih muda daripada kita.

Namun, pastikanlah, apabila kita ingin membina satu titian silaturrahim, jadikan sebuah dinding kaca y menghalang kita untuk menyentuh apa y ada disebelah sana dengan tangan kita. Biarlah kita hanya melihat, supaya sekiranya titian itu runtuh, hati kita tidak turut sama runtuh.

Penat rasanya apabila ingin membina titian y baru semula...

Mudah apabila menjadi orang y outspoken. Ramai y tidak suka, tetapi kita tahu y kita tidak hipokrit. Kita tidak mengata orang daripada belakang. Kita tahu baik buruk sikap y ada di dalam diri kita. Kita cuba untuk mengawalnya apabila kita ditegur kerana terlalu outspoken. Bagaimana kita nak mengubah sikap kita apabila kita menganiaya orang lain n orang itu hanya mengumpat keburukan kita itu. Akhirnya, sikap kita akan menjadi lebih teruk. N kita tidak tahu lebih ramai orang membenci sikap kita. Akhirnya, kita y binasa. Kita tidak mampu membina kecemerlangan diri. Natijahnya, kita y rugi, padahal sikap kita boelh dibentuk, tidak kiralah dimana umur kita berada. Perangai bergantung kepada diri sendiri. Namun, kita perlukan teguran demi teguran untuk menjadi lebih baik. Itulah hikmahnya setiap orang dicipta dengan mempunyai ibu bapa, saudara mara n rakan taulan.

Penat rasanya untuk memuaskan hati semua orang...